ON MY SWEET DAY
02.06.2006 satu tarikh keramat yang akan kukenang sampai bila-bila. Petang itu terasa damai hati ini. Usai sahaja solat zohor, aku berdoa agar pernikahan kami pada hari ini sentiasa berada dibawah lindunganNYA. Jauhkan dari segala perkara yang tidak baik. Mak andam pun telah bersiap sedia untuk makeupkan aku. Tapi gemuruh rasa hati ini tatkala jam tepat menunjukan jam 3.30 ptg tidak dapat ku usir dari raut wajah ku ini. Ditemani keluarga tersayang, mak dan abg kami menaiki Perdana WGU 3*** tiba di perkarangan masjid jamek As-Shamssudiniah Kg. P* M*d**. Rombongan pihak lelaki juga telah tiba tepat pada masanya di masjid. Petang yang syahdu itu rombongan kedua-dua pihak memenuhi ruang masjid. Nun di kejauhan terlihat “si dia” mengambil wuduk. Sejuk rasa hati ini..
Sebaik melangkah kedalam masjid, kami mengambil tempat. Dimulai dengan lafaz bismillah, istighfar acara dimulakan. Terlebih dahulu imam Hj. Guf***(bekas guru sekolah agama aku), meminta kebenaran dari pengantin perempuan sama ada bersetuju untuk dinikahkan. Lafaz persetujuan dibacakan penuh berhati-hati. Kemudian imam beralih kepada wali, lafaz penyerahan dari abg tersayang untuk membenarkan imam meneruskan akad nikah.
“ayah, alangkah gembiranya hati andai tatkala ini ayah yang menjadi wali pernikahan ini. Saksi dihari bahagia nan indah..Namun Allah lebih menyayangimu… dan pergi terlebih dahulu,ajal dan maut ditangan Tuhan. Restuilah pernikahan ini.. Semoga roh mu sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang yang beriman.. Aminnn”
Selesai sudah tandatangan pengantin perempuan diambil, beralih pula kepada pengantin lelaki yang setia menunggu. Khutbah keluarga As-Sakinah dibacakan diselang-selikan dengan lawak jenaka imam tadi. Hilang rasa gemuruh dihati tatkala mulut menguntum senyuman gelihati mendengar usikan imam. Selesai bacaan khutbah.. tiba masanya untuk pengantin lelaki melafaz akad nikah. Dimulai dengan bacaan istighfar perlahan-perlahan oleh imam. Para saksi dan wali mula berkumpul lebih dekat dgn pengantin lelaki dan imam. Agar lafaz akad dapat didengar dengan jelas. Kelihatan sidia duduk bertenang disana.
"aku nikah kan dikau 'i***t **iza* bin anuar dgn z*****a bte a. m*rz**i dengan mas kahwinya rm22.50 tunai"
“aku terima nikah z*****a bte a. m*rz**i dengan mas kawin nya RM22.50 tunai”
Bergema ucapan tersebut didalam masjid. Kedua-dua keluarga pihak lelaki dan perempuan dapat mendengar dengan jelas. Dengan sekali lafaz termeterilah ikatan pernikahan kami ini. Aku menarik nafaz lega… percaya atau tidak saat ini aku telah bergelar seorang isteri. Gugur airmata kesyahduan tanda kesyukuran kepada yang maha ESA. Aku bersyukur atas kurniaan mu ini ya Tuhanku.
Ucapan tahniah aku terima dari rakan tersayang. Mommy min, daddy mawan, baby ainur tiba disaat lafaz dibacakan. Cik Tat juga ada disaat hari bahagia itu.
Lafaz taklik, lafaz penyerahan dibacakan oleh kedua pengantin lelaki dan perempuan. Keinsafan mula menyelubungi diri ini. Begitu banyak ranjau yang perlu kami lalui untuk menunggu saat ini. 10 tahun, satu jangka masa yang cukup lama. Terlalu syahdu aku rasakan, tak tergambar perasaan ini. Yang pasti aku cukup gembira kerana inilah kesudahan cerita cinta kami. Aku gembira ianya ternoktah dgn cerita gembira. Cukuplah segala derita, ujian dan dugaan selama ini. Ternoktah lah sudah hubungan kami ini dengan termetri ikatan kasih sayang yang halal disisi agama. Yang pasti satu kehidupan baru akan bermula, bukan sebagai pasangan kekasih tetapi sebagai pasangan suami isteri. Aminnn.. ya Rabbal Alamin…
“Awak sayang saya tak?”
“Sayang….” Satu kucupan didahi kuterima dari suami tersayang
“Naper nak kawin dengan saya?”
“Sayang…kita dah kawin pun….”
Hahaha…. Lagi mau tanya….
My Memories
Yang Terindah Hanya Sementara

<< Home