Friday, June 09, 2006

I'M UR WIFE

Sayang...

Sebaik saja takbir solat maghrib awak laungkan ketika kita berjemaah...seluruh hati dan sanubari ini bergetar sama. Terlalu syahdu ku rasa. Aku tak pernah rasa sebegini Ya Tuhan ku... betapa aku bertaubat dan bersyukur keatas segala kurniaan Mu. Betapa besar nikmat yang telah Dikau berikan pada ku. Rasa hilang segala derita selama ini. Kini aku seorang isteri kepada seorang lelaki yang amat aku kasihi yang digelar suami. Dia sedang berdiri dihadapan ku menunaikan kewajipanya terhadapaMu. Dialah insan yang akan membimbingku. Dialah yang akan menjadi ketua keluraga.

Aku bkn lagi anak manja mak. Aku bukan lagi adik+kakak manja kpd abg, kakak ku dan juga adik ku. Aku kini menjadi seorang isteri. Aku harus akur terhadap tugas dan tanggungjawab yang bakal mendatang. Keluarga ku juga sudah bertambah. Aku ada ayah, mama,ijan dan aiman. Saya sayang mereka...mcm saya syg famili saya sendiri.

Yer.. aku sudah berubah status. Akhir solat... tangisan ku... makin berterusan. Doa di aminkan berserta esak tangisku. Suami tersayang.. meraut airmata yang berlinangan. Perlahan-lahan dia mendongak kan wajah ku. Wajahku ditenung dalam-dalam mencari jawapan. Satu pertanyaan diajukan...

"kenapa sayang...."
"kenapa sedih sgt ni.... awak tak gembira balik rumah saya?"
aku hanya menggelengkan kepala
"awak tak gembira menjadi isteri saya..."
sekali lagi aku menggelengkan kepala

"tidak sayang.... saya terlalu gembira... saya terharu..."

"awak tak sangka kita akan kahwin akhirnya kan.... dah 10 thn... lama kan kita bercinta"

Aku mengangguk kan kepala. Ucapan itu membuat kan aku lagi tersentuh.Kini bahu yang sasa itu menjadi tempat ku bersandar. Tangisan ku blm reda...
Dia terus memujuk ku.... sebenarnya aku terlalu gembira sayang.

Cukuplah derita selama ini... kerana kini dikau sudah ada disisi. Aku tak perlu bimbang lagi...

AKU SAYANG PADAMU.... SUNGGUH...

Leave your messages here...
Name

URL or Email

Messages(smilies)