***INTERVIEW AS A LECTURER***
A really tight months. This months jer dah berpa kali travel ke sana kesini. Asyik emergency jer. Sampai dah pokai aku bulan ni. Abis duit kat tgh jalan jer. Pining..pining.
Bebaru ni dapat call panggilan interview disebuah tempat yang cukup bersejarah. Satu tempat yang aku kira amat bermakna dalam hidup ku ini. Disini lah segalanya bermula. Di daerah inilah cinta pandangan pertama ku bermula. Takan ku lupa tempat yang penuh bersejarah ini. Semlam ku kembali menjejakan kaki ku disini.
Aku termenung ..seketika bila aku terima panggilan itu di hujung minggu yang lalu ketika tgh bercuti hujung minggu di kampung. Tawaran yang mungkin sekian lama ku nantikan. Panggilan yang sepatutnya aku melonjak kegembiraan. Di sebalik kegembiraan terselit satu persaan yang sukar dimengerti...Betulkah tindakan aku ni. Hmm..aku buntu seketika. Gaji aku jauh lebih rendah dari yang sekarang ni. RM500 short..satu jumlah yang cukup besar. Skop kerja mestilah lagi kecil. Kalau disni aku berpeluang berurusan dgn pelbagai peringkat klien dan golongan profesional. Dan disini aku boleh kembangkan segala kemahiran aku. Dan yang paling penting..mendapat kepercayan dari bos sendiri. Kalau dulu amat berat hati aku meninggalkan tempat ini setelah sesuatu kejadian tragis yang berlaku 2 tahun lalu. Beristikharah aku 2-3 mlm. Dan Tuhan telah tunjukan disinilah harus ku teruskan kehidupan ku...kerana khidmat ku amat diperlukan ditempat ini aku kira... Maka aku kembali disini.
Tapi sejak akhir tahun lalu, aku sering berdoa agar aku dapat duduk berdekatan dgn ibuku yang keseorangan jauh dikampung sana. Dia selalu mengeluh..kesemua anak2nya dok jauh dari dia. Dah kahwin lak tu..komitmen pada keluarga melebihi segalnya. Aku cukup sedar tentang itu. Apalah daya ku utk menolong. Dari itu saban waktu ku berdoa agar ibu di lindungi dari segala mala petaka, dikurniakan kesihatan adn juga agar sentiasa beroleh kenikmatan. Mak selalu bertanya bila aku nak balik kerja kat bandar M. Dekat sikit dgn dia. Aku selalu jawab acuh tak acuh...dgn kelulusan aku mana mungkin ada jawatan yang sesuai. Paling tidak pun hanya mengajar. Itu pun belum tentu Institut itu perlukan aku. Bila tanya asyik takder kosong jer. Dan aku akhirnya aku mesti jawab..ntahlah mak..mak doalah supaya kita(aku bahasakan diri aku ) dapat duduk dekat dgn mak, dapat kerja dekat2 sini.
Dan bila panggilan itu ku khabarkan pada ibu ku..bukan kepalang gembira hatinya. Tidak putus dia mengucap syukur. Dia dah tak sabar...sekalipon aku hanya dapat panggilan interview jer. Mana mungkin ku sanggup untuk menghancurkan kegembiranya itu. Arggh... sungguh payah pilihan kali ini. Aku berperang dalam diri sendiri... Antara pengorbanan dan kemahuan diri. Berbaloikah pengorbanan ku ni. Aku korban kan segalanya hanya demi untuk membuat ibu tersayang gembira. Andai itu bakti yang dapat kucurahkan selagi hayatnya masih ada....ya... mungkin jua. Oh..Tuhan kuatkan semangat hambu mu yang lemah ini. Tunjukan lah pilihan yang terbaik buat diriku. Pilihan yang memberi kebaikan pada masa kini dan sekarang. Bukan bermkasud aku menolak kurniaan mu..hanya aku mahu pilihan itu yang terbaik buat diri ku..AMIN..YA RABAL ALAMIN.. Ampunilah hambamu ini...
My Memories
Yang Terindah Hanya Sementara

<< Home