***BUSY WEEK-WORKSHOP,LONG LOST FREINDS,EARTHQUAKE,NEW BORN BABY***
27 Mac 2005
Hmmm... baru terasa ada sedikit ruang untuk bernafas minggu ni. Setelah seminggu lalu bekerja keras. Wah.. memacam yang terjadi pada minggu sudah..
1st mestilah tentang kursus kat Shangri-La Putrajaya. Last minute bos baru bagitau..aku kena conduct lak kursus tu sebab hari selasa tu dia ada urgent meeting kat KD Pelanduk TLDM. Apa lagi kelam kabut lah aku...ish..ish..awat tak cakap awal.. ari sabtu baru bagitau..aku tak book hotel lagi. Ish suka lah last minute. Hari sabtu aritu baru bagitau. Aku dah siap prepared all material. Ingatkan boley lah rileks next week. Tetiba kena g KL lak... malas tulll.
Aku cadang nak g ari ahad..taklah kelam kabut sangat... tapi i'm so tired, malas nak kelam kabut. Memag tak larat lah. Then ari isnin baru pegi. Tu pun sebab ada beberapa kat opis yang perlu aku selesaikan sebelum ke KL. Settle semua, aku pun bergegas ke S.P. naik bas kat situ. Bas kul 12.30tgh. Aku bawak satu bag, laptop and LCD-Projector. Pergh...banyak gila bawak barang.. letih maa. Naik bas.. seat aku ada amoi duduk...Aku mmg lah tgh letih.. amoi ni duduk lak kat seat aku tu(Seat bas 3-1) Aku nak duduk seat single tu..senang nanti aku nak turun kat Hentian Serdang. So dgn muka gangster aku tunjuk tiket kat amoi tu.. boley siap tanya.. u nak duduk sini ker...Yerlah kang aku cakap ko bodoh marah lak. Aku tak banyak cakap...dia pun cuak tgk muka aku yang tak serius tu..dia pon blah carik seat dia...kehekeh... amoi sory lah..today i'm bad mood.. n aku mmg nak duduk seat tu..sbb brg aku banyak.
Letih sungguh naik bas..4 jam suku dari JB, tu pon bas ni kira lajulah gak. Awal2 aku dah pesan dreber bas supaya berhenti kat hentian Serdang,sbb aku mmg tak tau kat mana hentian Serdang. Dalam kul 4.15 aku dah samapi. Call cik omin maklumkan aku dah sampai,sbb nanti dia dgn hubby akan hantar aku kat Putrajaya. Bila hentian serdang tu,ramai lak penumpang alin turun. Tetiba bila aku tgk bas tu dah jalan,aku nampak sorang mamat ni..duduk depan aku..terpinga2 carik bas... wakakka... laa..tertinggal bas lak mamat ni..tu lah terhegeh2
"Eh... bas dah jalan laa...u naik mayang sari tadi kannn"
"Looor...abih lu.."
"I mmg nak turun kat sini"
"Wolawei..cheng..chong....&^$#$%X.." ntah apa dia merepek dalam bahasa cina tu.. terus dia kejar bas yang dah jalan dalam 500 meter tu...kehkeh
Nasib lah..aku pun maleh nak amik tau...aku terus g surau..sembahyang. Arghh..letihnya..segala urat di badan ku ini. Hmm..bila bersolat ni..penat, masalah pun terasa ringan..alhmadulilah..hingga saat ini masih lagi ku bernafas dimuka bumi ini..Ammiinnn. Siap solat tu aku pon keluar,surau pon kecik, bukan muat reramai pon.
Aku klua dari bas tu nampak mamat tadi tengah deal dgn dreber bas lain... pepandailah hang.. aku pun melilau carik minuman, haus sesangat..lapar pun yer..lom makan dari pagi tadi. Manalah sempat..dgn kelam kabut kat opis tadi.
Mamat tadi dah naik bas lain.....
Cik omin dtg dlm kul 5.15, sampai kat Shangri-La Putrajaya dala kul 6.00 ptg. Check-in.. dan perkara utama aku buat adalah..collect brg kat security. Printer dan semua material. Then kena carik Mr. JS,person yang aku deal kat Shangri-La tu, utk makesure all the preparation yang aku minta tu dah ready. Hmm..very nice place and landskap here. Privacy, and tenang jer kat sini. Jauh dari hiruk pikuk. Semua pekerja dia bagus... kenal aku Cik H***, hehe.... sbb tak ramai org kat situ..kan ker week days tu..mmglah tak ramai org, pekerja kat situ pon leh cam aku. Settle segala equipment, room seeting, signage, backdrops... argh..baru aku boley tarik nafas sikit... ada lagi amsalah lain. Oleh kerana bos takder so aku kena wat welcoming speech. Ish boss.. ni aku dah mengelabah klu cakap depan orang ramai..aku selalu wat kerja2 kat belakang tabir jer...ni bidang terjun betul lah..
Emm aku dah janji dengan long lost freind..minta dia temankan aku dinner. Yerlah dah lah aku seko2 kat sini..mati akal aku.Dia dok dekat area Putrajaya jer. Kul 8.15 dia samapi. Dia tunggu aku kat lobby. Emm malu lah nak jumpa, its over 8 years tak pernah jumpa. Aku promise nak jumpa dia sebaik dia sembuh dari accidents. So i just want to keep my promise. Dia dah sihat skang over 8 months. 1 months kat ICU,5 months tak bekerja,terlantar. 2 bulan kemudian baru dia leh jalan tanpa tongkat. Lamer dah tak jumpa..banyak jugak yang kami borakan.. emm paling best dia hadiahkan aku buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, yang sekian lama aku carik kat JB ni. Ahaks..sukanya..rasa hilang masalah aku kena buat speech sok pagi. Cerita beselah..pasal dia accidents tu, pasal aku clash...dia tanya tak nak carik penganti ker..aku diam jer..isu sensitif..maleh nak pk...sehingglah kami borak ke isu2 semasa. Dan mata aku tak lepas 2 menikmati keindahan tempat makan tu. Memang bersih, makanan pun variety. Tenang dan damai jer. Kalau dating kat sini..best ni..muahahaha..Dating? Pakwe pun takder ;-)...
Leka berborak..jam dah 10mlm, aku mmg dah letih gila..kepala pon dah pening,ting tong. Mintak member tadi hantar balik hotel. Ada keje yang aku perlu selesaikan sebelum esok.
Sampai hotel 10.40mlm, terus tukar baju, sembahyang, cuci muka, gosok gigi. Bancuh air panas...sbb mata aku ngantuk gila.. Speech aku tak siap lagi tu. Aku pun wat lah ...pastu cakap sensorang akt bilik cam org gila..suara aku ni dah lah kelako..halus, mesti orang gelak. Bukan apa..nervous, sbb sok yang datang semua pegawai kanan MOH(Engineering Department)
Jam 12.00 lebih..tetiba aku rasa cam beralun2 lak..lantai ni,kerusi aku duduk tu bergegar2. Ehh... pesal lak ni...lamer gakk..first tu kuat..pastu yang second tu slow sikit...Eh..pesal cam pening2 ni,aku pon aku ingat migrain,tak pon.. adakah ada misteri Nusantara disini..Jeng..jeng..jeng..aku pun dah takut.. g carik pil migrain aku..telan 2 bijik terus g tido.
Tapi tu lah masalah aku klu kena handle kursus sensorang,kena lak dok kat hotel..mmg aku tak suka...dulu tu ada gak opismate temankan, tapi laa ni opismate tgh sarat mengandung takan nak p gak. Terpaksa lah sensorang..dah sudahnya susah nak tido. Terkebil-kebil. Even tilam empuk mana pun, hotel 5 star sekalipun..tulah masalahnya. Sejam kemudian apabila ubat tu beri kesan aku pun terlena.
28 Mac 2005
Sok..awal pagi kul 5 pagi aku dah sedar2, sayup2 terdengar bacaan ayat suci Al-quran dari Masjid Putrajaya. Syahdunya.. Arghh..letihnya...tido tak lena... Ku gagahkan diri uantuk bangun, arini kan aku banyak keje. Bangun, mandi, solat subuh, then receive msg dari abg aku yang kat Johor,dia kata hati2 ada gempa bumi kat sumatera, kemungkinan akan berlaku Tsunami. Emm..sayang gak abang aku ni kat aku rupanya..kehkeh.Ingat akt adik dia yang sorang ni. Gempa bumi?? OOO mungkin gegaran malam tadi adalah gempa bumi kot..tapi aku ada kat putrajaya skang ni. Cecepat aku bukak TV. OOO.. betullah ada gempa bumi lahh malam tadi. Tulah yang aku rasai malam tadi. Area terlibat dimalaysia-Perak, Selangor dan Johor. Hmmm cetek sungguh pengetahuan aku..gempa bumi pon tak tau..agaknya..sampai dinding tanggal baru aku tau tu gempa bumi agaknya..kehkeh. Sambil bersiap aku pon dok khusuk dgr berita kat tv tu.
Hari ni hari pertama kursus, aku pakai kebaya putih bunga pink dan tudung pink..makeup ala kadar,cukup untuk sembunyikan mataku yang sembab tu.Seawal jam 7.45 aku dah ada di ballroom hotel. Last cek segala kelengkapan. Ntah berap kali aku turun naik bilik hotel dengan ballroom pon aku tak tau..rasa cam nak pengsan jer kena handle kursus sensorang ni. Bila dah 8.30pg, participant tak samapi lagi..aku dah risau dah.
Msg bos.. sure mereka tahu kan workshop di Putrajaya. Bos kata mmg dia tau. Call speaker..taknak angkat lak..hopefully dia on the way, malam tadi dah call confirmkan tmpt dan bila workshop mula.
Kat kul 9.00pg baru nampak batang hidung diorang tu..Allhamdulilah. Lega... kalau tak rugi maa. RM1650/person. Hmmm..sesaper nak kursus statergic planning, boley arrange dgn aku. MMg tak rugilah.. attend, berbaloi dgn harga kursus. Tak caya tanya pegawai kanan MOH ni yang dtg. Diorang semua suka. Banyak knowledge. Harga boley dirundingkan..Promote jgn tak promote..kehkeh.
Selesai pendaftaran.. Tiba masa aku buat welcoming speech. Hehe..cuak aku ..hmm tibai jerlah..fuhh dah lepas pun. Then selesai tu aku buat apa2 yang patut..jalan2 kat area ballroom tu. Jap lagi dah nak tea break.. kena tunggu..dalam kul 10.30pg. Pastikan speaker tak lebihi masa. Lepas break aku kna cek lunch,kat mana? kul berapa ready? arrange kan dengan orang banquet. Lepas break tu..ada mamat cina ni dtg..saper lak dia. Dia introduce diri dia Mr. S, wakil dari MN S/B. reprsented bos dia untuk tgk camner aku kendalikan kursus ni..sbb speaker tu..under company dia. Borak2 lah tentang bisness. Dia impressd dgn preparation yang aku buat untuk kursus ni. Hmm...ntahlah..aku buat semua cam bese jer. Dalam kul 11.30pg. Dia pun blah..budak banquet ni panggil aku untuk aku tgk arrangement makan tengahahri kat Cafe bawah tu. Bila kau datang terasa semua..mata2 chef ni tgk aku..cuak pulak aku..bukan apa diorang hormat aku sbb aku kan pelanggan kat sini. Wow..menarik nampaknya segala hidangan kat sini..
12.30tgh, dah bley gi makan dah...so aku suruh dak2 bonquet ni tunjukan cafe tu kat semua participant. Hmmm..tarik nafas aku lega.. selesai satu hal. Pening lalat aku dibuatnya. Yerlah Tido pun tak cukup kan.. Masuk sesi petang..mata aku dah letih,naik semyang jap. Then turun dok berborak dengan bebudak kat situ..tunggu break 3.30ptg. Lepas break aku p cari Mr. JS. Untuk uruskan LO dari UTM ni. Lama gak borak dgn MR. JM ni. Memacam isu dibincangkan. Hmmmmg layanan mmg high class.. sebelum ini ada gak buat kursus kat hotel lain. Tapi tak macam yang kat sini.. mmg thumbs 10 lah aku kasik. Mmg puas hati, cakap jer nak apa? Masalah apa? Sure mesti datang tolongnya lah. Cam superman..
Kul 5.00ptg abis kursus hari pertama..bawak naik barang, aku solat. Pastu terlelap seketika ..letih sangat rasanya.
Hmm..petang tu dah janji dgn Aly Mclaren dan cik Omin nak p tgk cik Onie yang baru kluar wad bersalin tu. Janji punya janji lepas maghrib baru diorang sampai. Bertolak lah ke Kg Pulau Menanti...pergh mencabar sungguh perjalanan. Macam kat ceruk mana jer..jalan pun baru renovate. sampai dah dekat kul 9.00mlm. Hmmm..dapat tengok baby adam. Nama dia Adam Harith. Muka cam bapak dia sikit. Borak punya borak..beselah kalau geng valentino jumpa mesti...bergosip..bergosip bende baik ekk..
Jam 10 mlm kami pun beransur pulang..lama no dok kat situ.
Balik g makan dulu..borak2 lagi..tulah kalau dah jumpa..ada jer isu yang nak diceritakan..kalau masa panjang lagi..kalau tak ingat esok memasing kena keje..mmmg lah lama lagi kitaornag duk kat kedai makan tu. Jam 12 malam kami pun beransur pulang..
Lena tidur ku malam ni..sbb letih sesangat seharian ni..
29 Mac 2005
Hmm..hari ni dah tak berpaa kelam kabut sangat. Sbb dah settle. Bos pun dah ada kat sini. Biarlah dia handle lak...kehkeh. Hari ni bese jer.. cuma aku kena preparekan sijil. Ari ni aku banyak lepak bilik..amik gambo sensorang..cam org tak betul lak..kehekeh. Lantaklah.
Tidak ada apa yang menarik hari ini. Cuma participant pun banyak kena buat assigment yang diberi oleh speaker untuk dibentangkan. Sebelah pagi sibuk sikit, sbb aku kena kemaskan barang sbb akan check-out kul 12.00tgh. Letak barang kat security..sana sini aku bawak document penting,pastu kena g lunch sensorang..boring tull, kalau tak der partner ni. Lainkali aku angkut jer adik aku untuk teman kan aku klu kena handle kursus ni.
Kursus habis jam 5.00ptg. Ada certificated awarding. Pastu kena jumpa Mr. JM, sbb bos nak discuss pasal payment. Dalam 5.30ptg settle, cik omin dan hubby pun dah sampai. Hmm...nak balik tu, siap hantar sampai kat keta. Mr. JM dah beberapa kali say TQ..pastu tertunduk2, cam org Jepun jer aku rasa,kehkeh.. Bos aku lak..asyik kelam kabut ..ada jer barang dia tertinggal.. Cik omin kata..."bos ko ni kalau takder ko mesti hari birunya.." ...betulah tu aku jawab.
Aku balik tak saing bos. Bos pagi esok still ada meeting di UiTM,bos aku ni sibuk jer memanjang..tak pernah penat. Aku lak sok pepagi kena berada di opis client, sbbnya sistem yang click aku buat tu ada problem. Sedangkan petang tu ada lounching. Perghh..mememang mencapai tahap kesabaran aku... yerlah..penat tak ilang, kena rush balik JB. Ikut hati aku malas nak balik..lepak kat rumah Omin..then jumpa geng valentino yang lain kat KL. Tapi..tulah..malam tu aku gagahkan diri balik gak ke JB. Naik bas kul 9 mlm. Sampai kul 2.30pgi. Naik cab..tawakal jerlah..moga tiada kejadian buruk yang berlaku. Yerlah..sekang kan banyak kejadian, bunuh,culik rogol, isshh.. ngeri aku.
Alhamdulilah kul 3.00 pagi selamat sampai dirumah sewa. Pakcik cab tunggu aku sampai masuk dalam rumah barulah dia beransur pulang...alhamdulilah..nasib baik pakcik ni baik.
30 Mac 2005
Sewala jam 9.00pgi dah g opis client. Cek sistem..betulkan error..nasi baik sikit jer. Tu pun aku dah siap call click yang develop sistem tu...tanya kenapa ada error. Dah dia kata dulu client yang mintak cam tu...client ni pun satu..banyak sangat request..dah tu menyusahkan diri sendiri, sbb key-in data tak ikut format, mmglah tak leh access. Takper...depan cleint kena tunjuk muka manis. Sedar tak sedar dah pukul 12 tgh rupanya. Perut aku pun dah pedih..lapor..Dari malam tadi tak makan apa2. Settle maintance sistem tu,discus dengan cleint then aku blah. Dah tak larat...lapo,mengantuk..karang gastrik lak aku ni. Terus g cafe..beli apa yang patut, makan then balik opis. Sampai opis kul 1 dah. G tido kat surau opis. Aku cakap kat kakak admin aku letih sangat..karang kalau kul 2 aku tak bangun kejut lah...
Minggu yang benar2 mencabar mental dan fizikal. Weekend tu pulak nak tak nak kena balik kampung. Sebab cousin kahwin. Tak pergi karang..kena kata. Makcik2 aku mulut jahat. Hmm karang aku dah naik angin kang..kena laser dgn aku baru tau. Takper..rasa hormat masih lagi menguasai diri..sabor jerlah. Sabtu tu pon sampai lewat kat kampung. Ari ahad pepagi buta mak dah buat kerahan tenaga ...supaya g rumah cousin awal pepagi untuk tlg apa yang patut. Sengeh jer lah aku..sbb aku kalau pepagi mmg lembap sikit bersiap.
Bila dah sampai..seronok jumpa sanak saudara, lagilah sepupu ku yang kecil. Seronok ..hilang seketika rasa letih.
Petang tu aku dah balik ke JB semula. 7 mlm baru sampai rumah.
Minggu yang pack...Oh Tuhan.. Moga aku banyak masa untuk bersamaMU..Aminnn..
My Memories
Yang Terindah Hanya Sementara

<< Home