***SHOPPING DGN AMMAR***
Emm..best weekend aritu bz sikit, sbb minggu lepas adalah sabtu bekerja..so aku kenalah g keje..pastu kena tunggu bos lak..lately lah gak smapai kul 3 ptg.
Hmm...handphone lak buat problem...GGGRRRR...marah..tahap gaban, sbb tukar hp dgn adik aku...dah lah minggu ni bz nak mampus..banyak keje nak settle, dah ler call banyak masuk..dah jadik operator lak aku jawab telefon. Pastu lecturer kasik spec tak betul..main ikut suka dia jer..ni lah kalau terlebih pandai. Pastu hp buat hal lak..keje semua kasik last minute..nak siap cepat, ingat aku buat design pejam mata agaknya..ish..ish.. ni lah kalau dah namanya keje..nak wat camner kan.. Bial time banyak keje..smapai tak cukup tangan..kalau takder kejer tu..syok jer jenjalan baca weblog org..
But all everything segala ketensionan hilang bila mana dapat jumpa Ammar hujung minggu tu. Ammar si buah hati ku. Rasa tak sabar jer nak jumpa ari ahad tu. Ammar smapai lebih kurang kul 12.00 tghhari kat rumah sewa. Masa tu aku g opis jap..bila tau Ammar dah nak sampai..cecepat aku balik rmh...tak sabar nak jumpa. Rindu sangat kat Amar. Hmm dekat 2 bln jugak lah tak jumpa dgn si Amar ni.
Jejumpa jer ajak Ammar g makan kat BISTRO. Tapi ari ahad tutup lak..aku kurang periksa lak..Hmm..melepas nak mkn kat sini..tempat favourite ni..Hujan lebat lak tu... Ammar mengantuk..kesian lak kat dia..
At least kami g JJ jer, makan kat situ. Lagi best banyak pilihan woo... Ammar pun cam suka jer pegi kat situ. Mata dia tak lepas pandang semua orang. Bukan main suka laa dia.
Ammar...apa ingat pakwe baru aku ekk... Bukanlah, ni anak buah aku(merangkap anak angkat aku), baru 6 bulan. Mak & ayah dia saja bawak jumpa aku..sbb tau aku selalu rindu kat Ammar. Ikut petua org dulu..kalau anak selalu sakit..kena jual...tukar nama. Masa Amar lahir..dia mmg selalu sakit2, sbb tu aku beli Ammar(beli olok-olok) dgn harga RM2.50, duit tu nanti wat bubur merah, bubur doa selamat. Masa aku beli aku letak nama Adam, tapi mak dia tak mau..takperlah..but Ammar still anak angkat aku.
Bestnya dapat mengabihkan ams shoping dgn Ammar. Gelihati tengok keletah dia. Mulut dia tak berenti2 menceceh dari mula sampai nak balik. Emm mak ayah dia shopping..aku tak jemu kena dokong dgn dia... Tak rasa penat pun...
Well..kat kul 4 gak lah baru aku abih shopping. Aku sempat hadiah kan sepasang kasut Tollyjoy warna dark blue utk Ammar. Comel sgt bila Ammar pakai. Hmm... tak tahan tu tgk kecomela baby ni. Rasa ..nak beli semua utk dia.
By the..way happy sangat sbb dapat habiskan masa dgn Ammra.Weekend ni jumpa Ammar lagi, tapi kat kampung lak.... Bestnya..Tak sabar...
My Memories
Yang Terindah Hanya Sementara
Monday, April 25, 2005
Wednesday, April 13, 2005
***INTERVIEW AS A LECTURER***
A really tight months. This months jer dah berpa kali travel ke sana kesini. Asyik emergency jer. Sampai dah pokai aku bulan ni. Abis duit kat tgh jalan jer. Pining..pining.
Bebaru ni dapat call panggilan interview disebuah tempat yang cukup bersejarah. Satu tempat yang aku kira amat bermakna dalam hidup ku ini. Disini lah segalanya bermula. Di daerah inilah cinta pandangan pertama ku bermula. Takan ku lupa tempat yang penuh bersejarah ini. Semlam ku kembali menjejakan kaki ku disini.
Aku termenung ..seketika bila aku terima panggilan itu di hujung minggu yang lalu ketika tgh bercuti hujung minggu di kampung. Tawaran yang mungkin sekian lama ku nantikan. Panggilan yang sepatutnya aku melonjak kegembiraan. Di sebalik kegembiraan terselit satu persaan yang sukar dimengerti...Betulkah tindakan aku ni. Hmm..aku buntu seketika. Gaji aku jauh lebih rendah dari yang sekarang ni. RM500 short..satu jumlah yang cukup besar. Skop kerja mestilah lagi kecil. Kalau disni aku berpeluang berurusan dgn pelbagai peringkat klien dan golongan profesional. Dan disini aku boleh kembangkan segala kemahiran aku. Dan yang paling penting..mendapat kepercayan dari bos sendiri. Kalau dulu amat berat hati aku meninggalkan tempat ini setelah sesuatu kejadian tragis yang berlaku 2 tahun lalu. Beristikharah aku 2-3 mlm. Dan Tuhan telah tunjukan disinilah harus ku teruskan kehidupan ku...kerana khidmat ku amat diperlukan ditempat ini aku kira... Maka aku kembali disini.
Tapi sejak akhir tahun lalu, aku sering berdoa agar aku dapat duduk berdekatan dgn ibuku yang keseorangan jauh dikampung sana. Dia selalu mengeluh..kesemua anak2nya dok jauh dari dia. Dah kahwin lak tu..komitmen pada keluarga melebihi segalnya. Aku cukup sedar tentang itu. Apalah daya ku utk menolong. Dari itu saban waktu ku berdoa agar ibu di lindungi dari segala mala petaka, dikurniakan kesihatan adn juga agar sentiasa beroleh kenikmatan. Mak selalu bertanya bila aku nak balik kerja kat bandar M. Dekat sikit dgn dia. Aku selalu jawab acuh tak acuh...dgn kelulusan aku mana mungkin ada jawatan yang sesuai. Paling tidak pun hanya mengajar. Itu pun belum tentu Institut itu perlukan aku. Bila tanya asyik takder kosong jer. Dan aku akhirnya aku mesti jawab..ntahlah mak..mak doalah supaya kita(aku bahasakan diri aku ) dapat duduk dekat dgn mak, dapat kerja dekat2 sini.
Dan bila panggilan itu ku khabarkan pada ibu ku..bukan kepalang gembira hatinya. Tidak putus dia mengucap syukur. Dia dah tak sabar...sekalipon aku hanya dapat panggilan interview jer. Mana mungkin ku sanggup untuk menghancurkan kegembiranya itu. Arggh... sungguh payah pilihan kali ini. Aku berperang dalam diri sendiri... Antara pengorbanan dan kemahuan diri. Berbaloikah pengorbanan ku ni. Aku korban kan segalanya hanya demi untuk membuat ibu tersayang gembira. Andai itu bakti yang dapat kucurahkan selagi hayatnya masih ada....ya... mungkin jua. Oh..Tuhan kuatkan semangat hambu mu yang lemah ini. Tunjukan lah pilihan yang terbaik buat diriku. Pilihan yang memberi kebaikan pada masa kini dan sekarang. Bukan bermkasud aku menolak kurniaan mu..hanya aku mahu pilihan itu yang terbaik buat diri ku..AMIN..YA RABAL ALAMIN.. Ampunilah hambamu ini...
Monday, April 11, 2005
***JODOH****
Emm seperti biasa... bila balik kampung ni lah yang mak aku dok leterkan...alamk pening aku di buatnya. Aku lak...menjawab dgn jawpan yang bernas, mak aku pon lelamer malas nak layan aku...aku mesti sengih jer..keh..keh..mak..mak..
"ko ni bila lagi.. tengok sepupu ko tu... dah kawin pon, tu dak kampung yang sebaya ko tu semua dah kawin, dah ada anak pun..anak si polan tu anak dah lima pun...sipolan tu dah nak masuk 2, dia belajor gak kat u, kat jepun lagi...ko ni bila lagi...dah lah jangan inagt yang lama...." tu lah antara kata2 mak aku ...
"hehe... mak ni relaks la...org baru 25++, muda lagi...biarlah diorang tu kawin..diorang tu dah wajib..sbb dah ada pakwe...kehkeh..kita mana ada pakwe.." sengih2 aku jawab
"ish...dia nie....umur ko tu dah berapa...orang lain semua tu dah kawin dah ada anak..nanti kesian nanti kalau dah ada anak2 tu..."
"..mak ni,kalau dah Tuhan tulis kat Loh Mahfuz tu mmg kita kawin umur 30thn...hah nak buat camner....hah! tu semua kuasa Tuhan " pandai aku bersyarah. Kehkeh...
Mak aku senyap jap.... eh! tak abis lagi syarahan dia....
"Ko sembhyang hajat tak?"
"Buat..."
"Semahyang istikharah?"
"Sembahyang...tapi taknampaklah..mak"
"Hmm..amik ayat ni bawak balik JB....,amalkan selawat fatih ni tetiap hari..biar mudahkan pilihan dan permitaan..."
Hmmm...yerlah mak. Aku angguk kepala. Aku kan anak yang baik..muahaha.Ok jgn bantah lagi..karang mak bawak aku g mandi bunga ker, bawak g jumpa ustaz memana ker carikan jodoh...tak ker naya tu. Ish...ikut jer kata mak tu..jgn sibuk nak menjawab jer..karang mak dah marah ..abis aku.
Tulah dia.. antara kerenah2 wajib dan dan soalan wajib dari mak aku bila balik kampung. Entahlah... sbb semua tu ..TUhan punya kuasa..manusia hanya mernacang Tuhan yang menentukan. Tuhan ..berikanlah berkat kesabaran buat hamba mu ini.
Aku harap mak aku dapat bersabar dengan kerenah anak dara dia yang sorang ni. Tuhan ko cepatkanlah jodoh aku...supaya ibu ku tak rasa bimbang lagi...dan aku akan puas kalau dia tersenyum gembira. Itu jer. Aku akan buat apa2 sajer untuk buat ibu ku rasa bahgia. Sbb selagi masih ada hayatnya..aku akan berbakti utknya. Memberinya sejuta kebahgiaan dan kegembiraan selagi termampu, selagi peluang masih ada.
Kat opis lak...they all asyik citer pasal baby..dan orang mengandung...huhuhu... tak perlah..aku tak kisah..boley jer masuk join citer...cuma tulah kenkadang sayu gak..aku masih jer sendiri. Hehe...tak mana sedih..happy jer. Tengok diorang citer pasal baby, tgk muka memasing happy. Yang sorang tak sabar tunggu deliver baby lan 6, setelah 3 tahun menunggu, yang sorang lagi dah nak dapat second baby bila dah disahkan pregnant utk yang kedua,tahun lepas baru jer deliver 1st baby, tahun ni sorang lagi. Murah rezeki tull. Hmm aku tumpang gembira buat mereka. Semoga semua baby dan mak baby sihat serta selamat.
Monday, April 04, 2005
***BUSY WEEK-WORKSHOP,LONG LOST FREINDS,EARTHQUAKE,NEW BORN BABY***
27 Mac 2005
Hmmm... baru terasa ada sedikit ruang untuk bernafas minggu ni. Setelah seminggu lalu bekerja keras. Wah.. memacam yang terjadi pada minggu sudah..
1st mestilah tentang kursus kat Shangri-La Putrajaya. Last minute bos baru bagitau..aku kena conduct lak kursus tu sebab hari selasa tu dia ada urgent meeting kat KD Pelanduk TLDM. Apa lagi kelam kabut lah aku...ish..ish..awat tak cakap awal.. ari sabtu baru bagitau..aku tak book hotel lagi. Ish suka lah last minute. Hari sabtu aritu baru bagitau. Aku dah siap prepared all material. Ingatkan boley lah rileks next week. Tetiba kena g KL lak... malas tulll.
Aku cadang nak g ari ahad..taklah kelam kabut sangat... tapi i'm so tired, malas nak kelam kabut. Memag tak larat lah. Then ari isnin baru pegi. Tu pun sebab ada beberapa kat opis yang perlu aku selesaikan sebelum ke KL. Settle semua, aku pun bergegas ke S.P. naik bas kat situ. Bas kul 12.30tgh. Aku bawak satu bag, laptop and LCD-Projector. Pergh...banyak gila bawak barang.. letih maa. Naik bas.. seat aku ada amoi duduk...Aku mmg lah tgh letih.. amoi ni duduk lak kat seat aku tu(Seat bas 3-1) Aku nak duduk seat single tu..senang nanti aku nak turun kat Hentian Serdang. So dgn muka gangster aku tunjuk tiket kat amoi tu.. boley siap tanya.. u nak duduk sini ker...Yerlah kang aku cakap ko bodoh marah lak. Aku tak banyak cakap...dia pun cuak tgk muka aku yang tak serius tu..dia pon blah carik seat dia...kehekeh... amoi sory lah..today i'm bad mood.. n aku mmg nak duduk seat tu..sbb brg aku banyak.
Letih sungguh naik bas..4 jam suku dari JB, tu pon bas ni kira lajulah gak. Awal2 aku dah pesan dreber bas supaya berhenti kat hentian Serdang,sbb aku mmg tak tau kat mana hentian Serdang. Dalam kul 4.15 aku dah samapi. Call cik omin maklumkan aku dah sampai,sbb nanti dia dgn hubby akan hantar aku kat Putrajaya. Bila hentian serdang tu,ramai lak penumpang alin turun. Tetiba bila aku tgk bas tu dah jalan,aku nampak sorang mamat ni..duduk depan aku..terpinga2 carik bas... wakakka... laa..tertinggal bas lak mamat ni..tu lah terhegeh2
"Eh... bas dah jalan laa...u naik mayang sari tadi kannn"
"Looor...abih lu.."
"I mmg nak turun kat sini"
"Wolawei..cheng..chong....&^$#$%X.." ntah apa dia merepek dalam bahasa cina tu.. terus dia kejar bas yang dah jalan dalam 500 meter tu...kehkeh
Nasib lah..aku pun maleh nak amik tau...aku terus g surau..sembahyang. Arghh..letihnya..segala urat di badan ku ini. Hmm..bila bersolat ni..penat, masalah pun terasa ringan..alhmadulilah..hingga saat ini masih lagi ku bernafas dimuka bumi ini..Ammiinnn. Siap solat tu aku pon keluar,surau pon kecik, bukan muat reramai pon.
Aku klua dari bas tu nampak mamat tadi tengah deal dgn dreber bas lain... pepandailah hang.. aku pun melilau carik minuman, haus sesangat..lapar pun yer..lom makan dari pagi tadi. Manalah sempat..dgn kelam kabut kat opis tadi.
Mamat tadi dah naik bas lain.....
Cik omin dtg dlm kul 5.15, sampai kat Shangri-La Putrajaya dala kul 6.00 ptg. Check-in.. dan perkara utama aku buat adalah..collect brg kat security. Printer dan semua material. Then kena carik Mr. JS,person yang aku deal kat Shangri-La tu, utk makesure all the preparation yang aku minta tu dah ready. Hmm..very nice place and landskap here. Privacy, and tenang jer kat sini. Jauh dari hiruk pikuk. Semua pekerja dia bagus... kenal aku Cik H***, hehe.... sbb tak ramai org kat situ..kan ker week days tu..mmglah tak ramai org, pekerja kat situ pon leh cam aku. Settle segala equipment, room seeting, signage, backdrops... argh..baru aku boley tarik nafas sikit... ada lagi amsalah lain. Oleh kerana bos takder so aku kena wat welcoming speech. Ish boss.. ni aku dah mengelabah klu cakap depan orang ramai..aku selalu wat kerja2 kat belakang tabir jer...ni bidang terjun betul lah..
Emm aku dah janji dengan long lost freind..minta dia temankan aku dinner. Yerlah dah lah aku seko2 kat sini..mati akal aku.Dia dok dekat area Putrajaya jer. Kul 8.15 dia samapi. Dia tunggu aku kat lobby. Emm malu lah nak jumpa, its over 8 years tak pernah jumpa. Aku promise nak jumpa dia sebaik dia sembuh dari accidents. So i just want to keep my promise. Dia dah sihat skang over 8 months. 1 months kat ICU,5 months tak bekerja,terlantar. 2 bulan kemudian baru dia leh jalan tanpa tongkat. Lamer dah tak jumpa..banyak jugak yang kami borakan.. emm paling best dia hadiahkan aku buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, yang sekian lama aku carik kat JB ni. Ahaks..sukanya..rasa hilang masalah aku kena buat speech sok pagi. Cerita beselah..pasal dia accidents tu, pasal aku clash...dia tanya tak nak carik penganti ker..aku diam jer..isu sensitif..maleh nak pk...sehingglah kami borak ke isu2 semasa. Dan mata aku tak lepas 2 menikmati keindahan tempat makan tu. Memang bersih, makanan pun variety. Tenang dan damai jer. Kalau dating kat sini..best ni..muahahaha..Dating? Pakwe pun takder ;-)...
Leka berborak..jam dah 10mlm, aku mmg dah letih gila..kepala pon dah pening,ting tong. Mintak member tadi hantar balik hotel. Ada keje yang aku perlu selesaikan sebelum esok.
Sampai hotel 10.40mlm, terus tukar baju, sembahyang, cuci muka, gosok gigi. Bancuh air panas...sbb mata aku ngantuk gila.. Speech aku tak siap lagi tu. Aku pun wat lah ...pastu cakap sensorang akt bilik cam org gila..suara aku ni dah lah kelako..halus, mesti orang gelak. Bukan apa..nervous, sbb sok yang datang semua pegawai kanan MOH(Engineering Department)
Jam 12.00 lebih..tetiba aku rasa cam beralun2 lak..lantai ni,kerusi aku duduk tu bergegar2. Ehh... pesal lak ni...lamer gakk..first tu kuat..pastu yang second tu slow sikit...Eh..pesal cam pening2 ni,aku pon aku ingat migrain,tak pon.. adakah ada misteri Nusantara disini..Jeng..jeng..jeng..aku pun dah takut.. g carik pil migrain aku..telan 2 bijik terus g tido.
Tapi tu lah masalah aku klu kena handle kursus sensorang,kena lak dok kat hotel..mmg aku tak suka...dulu tu ada gak opismate temankan, tapi laa ni opismate tgh sarat mengandung takan nak p gak. Terpaksa lah sensorang..dah sudahnya susah nak tido. Terkebil-kebil. Even tilam empuk mana pun, hotel 5 star sekalipun..tulah masalahnya. Sejam kemudian apabila ubat tu beri kesan aku pun terlena.
28 Mac 2005
Sok..awal pagi kul 5 pagi aku dah sedar2, sayup2 terdengar bacaan ayat suci Al-quran dari Masjid Putrajaya. Syahdunya.. Arghh..letihnya...tido tak lena... Ku gagahkan diri uantuk bangun, arini kan aku banyak keje. Bangun, mandi, solat subuh, then receive msg dari abg aku yang kat Johor,dia kata hati2 ada gempa bumi kat sumatera, kemungkinan akan berlaku Tsunami. Emm..sayang gak abang aku ni kat aku rupanya..kehkeh.Ingat akt adik dia yang sorang ni. Gempa bumi?? OOO mungkin gegaran malam tadi adalah gempa bumi kot..tapi aku ada kat putrajaya skang ni. Cecepat aku bukak TV. OOO.. betullah ada gempa bumi lahh malam tadi. Tulah yang aku rasai malam tadi. Area terlibat dimalaysia-Perak, Selangor dan Johor. Hmmm cetek sungguh pengetahuan aku..gempa bumi pon tak tau..agaknya..sampai dinding tanggal baru aku tau tu gempa bumi agaknya..kehkeh. Sambil bersiap aku pon dok khusuk dgr berita kat tv tu.
Hari ni hari pertama kursus, aku pakai kebaya putih bunga pink dan tudung pink..makeup ala kadar,cukup untuk sembunyikan mataku yang sembab tu.Seawal jam 7.45 aku dah ada di ballroom hotel. Last cek segala kelengkapan. Ntah berap kali aku turun naik bilik hotel dengan ballroom pon aku tak tau..rasa cam nak pengsan jer kena handle kursus sensorang ni. Bila dah 8.30pg, participant tak samapi lagi..aku dah risau dah.
Msg bos.. sure mereka tahu kan workshop di Putrajaya. Bos kata mmg dia tau. Call speaker..taknak angkat lak..hopefully dia on the way, malam tadi dah call confirmkan tmpt dan bila workshop mula.
Kat kul 9.00pg baru nampak batang hidung diorang tu..Allhamdulilah. Lega... kalau tak rugi maa. RM1650/person. Hmmm..sesaper nak kursus statergic planning, boley arrange dgn aku. MMg tak rugilah.. attend, berbaloi dgn harga kursus. Tak caya tanya pegawai kanan MOH ni yang dtg. Diorang semua suka. Banyak knowledge. Harga boley dirundingkan..Promote jgn tak promote..kehkeh.
Selesai pendaftaran.. Tiba masa aku buat welcoming speech. Hehe..cuak aku ..hmm tibai jerlah..fuhh dah lepas pun. Then selesai tu aku buat apa2 yang patut..jalan2 kat area ballroom tu. Jap lagi dah nak tea break.. kena tunggu..dalam kul 10.30pg. Pastikan speaker tak lebihi masa. Lepas break aku kna cek lunch,kat mana? kul berapa ready? arrange kan dengan orang banquet. Lepas break tu..ada mamat cina ni dtg..saper lak dia. Dia introduce diri dia Mr. S, wakil dari MN S/B. reprsented bos dia untuk tgk camner aku kendalikan kursus ni..sbb speaker tu..under company dia. Borak2 lah tentang bisness. Dia impressd dgn preparation yang aku buat untuk kursus ni. Hmm...ntahlah..aku buat semua cam bese jer. Dalam kul 11.30pg. Dia pun blah..budak banquet ni panggil aku untuk aku tgk arrangement makan tengahahri kat Cafe bawah tu. Bila kau datang terasa semua..mata2 chef ni tgk aku..cuak pulak aku..bukan apa diorang hormat aku sbb aku kan pelanggan kat sini. Wow..menarik nampaknya segala hidangan kat sini..
12.30tgh, dah bley gi makan dah...so aku suruh dak2 bonquet ni tunjukan cafe tu kat semua participant. Hmmm..tarik nafas aku lega.. selesai satu hal. Pening lalat aku dibuatnya. Yerlah Tido pun tak cukup kan.. Masuk sesi petang..mata aku dah letih,naik semyang jap. Then turun dok berborak dengan bebudak kat situ..tunggu break 3.30ptg. Lepas break aku p cari Mr. JS. Untuk uruskan LO dari UTM ni. Lama gak borak dgn MR. JM ni. Memacam isu dibincangkan. Hmmmmg layanan mmg high class.. sebelum ini ada gak buat kursus kat hotel lain. Tapi tak macam yang kat sini.. mmg thumbs 10 lah aku kasik. Mmg puas hati, cakap jer nak apa? Masalah apa? Sure mesti datang tolongnya lah. Cam superman..
Kul 5.00ptg abis kursus hari pertama..bawak naik barang, aku solat. Pastu terlelap seketika ..letih sangat rasanya.
Hmm..petang tu dah janji dgn Aly Mclaren dan cik Omin nak p tgk cik Onie yang baru kluar wad bersalin tu. Janji punya janji lepas maghrib baru diorang sampai. Bertolak lah ke Kg Pulau Menanti...pergh mencabar sungguh perjalanan. Macam kat ceruk mana jer..jalan pun baru renovate. sampai dah dekat kul 9.00mlm. Hmmm..dapat tengok baby adam. Nama dia Adam Harith. Muka cam bapak dia sikit. Borak punya borak..beselah kalau geng valentino jumpa mesti...bergosip..bergosip bende baik ekk..
Jam 10 mlm kami pun beransur pulang..lama no dok kat situ.
Balik g makan dulu..borak2 lagi..tulah kalau dah jumpa..ada jer isu yang nak diceritakan..kalau masa panjang lagi..kalau tak ingat esok memasing kena keje..mmmg lah lama lagi kitaornag duk kat kedai makan tu. Jam 12 malam kami pun beransur pulang..
Lena tidur ku malam ni..sbb letih sesangat seharian ni..
29 Mac 2005
Hmm..hari ni dah tak berpaa kelam kabut sangat. Sbb dah settle. Bos pun dah ada kat sini. Biarlah dia handle lak...kehkeh. Hari ni bese jer.. cuma aku kena preparekan sijil. Ari ni aku banyak lepak bilik..amik gambo sensorang..cam org tak betul lak..kehekeh. Lantaklah.
Tidak ada apa yang menarik hari ini. Cuma participant pun banyak kena buat assigment yang diberi oleh speaker untuk dibentangkan. Sebelah pagi sibuk sikit, sbb aku kena kemaskan barang sbb akan check-out kul 12.00tgh. Letak barang kat security..sana sini aku bawak document penting,pastu kena g lunch sensorang..boring tull, kalau tak der partner ni. Lainkali aku angkut jer adik aku untuk teman kan aku klu kena handle kursus ni.
Kursus habis jam 5.00ptg. Ada certificated awarding. Pastu kena jumpa Mr. JM, sbb bos nak discuss pasal payment. Dalam 5.30ptg settle, cik omin dan hubby pun dah sampai. Hmm...nak balik tu, siap hantar sampai kat keta. Mr. JM dah beberapa kali say TQ..pastu tertunduk2, cam org Jepun jer aku rasa,kehkeh.. Bos aku lak..asyik kelam kabut ..ada jer barang dia tertinggal.. Cik omin kata..."bos ko ni kalau takder ko mesti hari birunya.." ...betulah tu aku jawab.
Aku balik tak saing bos. Bos pagi esok still ada meeting di UiTM,bos aku ni sibuk jer memanjang..tak pernah penat. Aku lak sok pepagi kena berada di opis client, sbbnya sistem yang click aku buat tu ada problem. Sedangkan petang tu ada lounching. Perghh..mememang mencapai tahap kesabaran aku... yerlah..penat tak ilang, kena rush balik JB. Ikut hati aku malas nak balik..lepak kat rumah Omin..then jumpa geng valentino yang lain kat KL. Tapi..tulah..malam tu aku gagahkan diri balik gak ke JB. Naik bas kul 9 mlm. Sampai kul 2.30pgi. Naik cab..tawakal jerlah..moga tiada kejadian buruk yang berlaku. Yerlah..sekang kan banyak kejadian, bunuh,culik rogol, isshh.. ngeri aku.
Alhamdulilah kul 3.00 pagi selamat sampai dirumah sewa. Pakcik cab tunggu aku sampai masuk dalam rumah barulah dia beransur pulang...alhamdulilah..nasib baik pakcik ni baik.
30 Mac 2005
Sewala jam 9.00pgi dah g opis client. Cek sistem..betulkan error..nasi baik sikit jer. Tu pun aku dah siap call click yang develop sistem tu...tanya kenapa ada error. Dah dia kata dulu client yang mintak cam tu...client ni pun satu..banyak sangat request..dah tu menyusahkan diri sendiri, sbb key-in data tak ikut format, mmglah tak leh access. Takper...depan cleint kena tunjuk muka manis. Sedar tak sedar dah pukul 12 tgh rupanya. Perut aku pun dah pedih..lapor..Dari malam tadi tak makan apa2. Settle maintance sistem tu,discus dengan cleint then aku blah. Dah tak larat...lapo,mengantuk..karang gastrik lak aku ni. Terus g cafe..beli apa yang patut, makan then balik opis. Sampai opis kul 1 dah. G tido kat surau opis. Aku cakap kat kakak admin aku letih sangat..karang kalau kul 2 aku tak bangun kejut lah...
Minggu yang benar2 mencabar mental dan fizikal. Weekend tu pulak nak tak nak kena balik kampung. Sebab cousin kahwin. Tak pergi karang..kena kata. Makcik2 aku mulut jahat. Hmm karang aku dah naik angin kang..kena laser dgn aku baru tau. Takper..rasa hormat masih lagi menguasai diri..sabor jerlah. Sabtu tu pon sampai lewat kat kampung. Ari ahad pepagi buta mak dah buat kerahan tenaga ...supaya g rumah cousin awal pepagi untuk tlg apa yang patut. Sengeh jer lah aku..sbb aku kalau pepagi mmg lembap sikit bersiap.
Bila dah sampai..seronok jumpa sanak saudara, lagilah sepupu ku yang kecil. Seronok ..hilang seketika rasa letih.
Petang tu aku dah balik ke JB semula. 7 mlm baru sampai rumah.
Minggu yang pack...Oh Tuhan.. Moga aku banyak masa untuk bersamaMU..Aminnn..
