Thursday, March 10, 2005

***VALENTINO : Part II***

26 FEB 2005
ReD Nights Valentino


Sudah menjadi tradisi kami sejak dulu...kami bersiap dan berhias secantik mungkin. Sebagai organizer aku tetapkan malam itu..semua sekali dikehendaki memakai baju warna merah. Dan juga perlu membawa satu hadiah sebagai hadiah pertukaran. Alhamdulilah semua telah mengikut syarat yang telah ditetapkan. Warna merah yang ditetapkan adalah untuk memperingati sambutan pertama kami pada tahun 1998. Semua masa tu pakai baju merah. Begitu juga pada malam ini kami ulangi saat itu kembali. Semua bersolek ala-kadar, simple, tetapi mantain cun dan anggun. Warna merah itu menyemarakan lagi kasih sayang kami yang kian akrab dimakan tahun. Meskipun duduk berjauhan..kami pasti saling merindui saat bersama-sama.

Malam tu aku mengenakan sepasang cheongsam merah hati dan selendang warna krim. Solekan ala-kadar.Sesi bergambar dimulakan dahulu..Kami bergambar beramai-ramai dalam pelbagai gaya.

Malam tu dimulakan ucapan alu-aluan dari aku selaku organizer. Kad ucapan yg aku design kuagihkan pada mereka semua. Bukan main suka lagi diorang semua dapat kad tu. Dalam kad tu adalah gamba2 sewaktu kami menghabiskan masa bersama dan juga ada sebuah sajak yang aku gubah khas untuk mereka semua. Patutnya ada sepuluh orang..tapi sorang tidak dapat hadir ke reunion kami diatas masalah2 yang tidak dapat dielakkan. Sedih juga sbb tak cukup geng.

Selepas memberi ucapan sepatah dua kata, maka bermulalah majlis pertukaran hadiah sesama kami. Maka cabutan nama pun dibuat. Sesi bertukar menajdi meriah dan kecoh..aku tak taulah..mesti jiran sebelah bengang sbb suara kitaorg mmg mengamatkan suasana. Tulah bila dah jumpa semua nak bercakap.dan bila semua dah bercakap..memasing suara mesti kuatnya lah..lelagi cik Ally Mclaren...wakakka...jgn mare ekk.

Letih sungguh sesi pertukaran hadiah dan juga sesi bergambar.. kitaorang dah tak larat dah. Oh yea masa majlis ni hubby & bf memasing tidak dibenarkan turut serta. Ini pun salah satu syarat ynag telah aku tetapkan. So kiranya malam tu adalah privacy utk kami habiskan masa bersama. Lepas sesi bergambar tibalah acara kemuncak...potong KEK VALENTINO! Apalagi kitaorang suruh la..hubby n & bf memasing join bukan apa..nak suruh amik gamba..senang sbb majoriti bawak kamera. Lagipon sian diorang ..penat membakar makanan BBq yang berlebihan petang tadi.

Masa potong kek tu cam rasa sesi sidang akhbar. Sbb tak sudah2 snap gambar. Flash sana..falsh sini. Selesai potong kek maka tibalah acara makan. Memasing carik partner memasing...baru beberapa jam tinggal dah rindu. Ish..ish..mmg takleh pisah lelamer diorang ni..Yang tak bawak boyfreinds sibuk mereport setiap masa. Asyik tot tet bunyi sms. Aku lak..wah syahdu nya..sbb satu2nya ahli valentino yang masih tidak berteman..wah..camner ni..next year kalau takder partner aku aku tak nak join lah gathering ni.Uwaa..waa..

Dah penat bergelak ketawa makan, bergambar,berborak..Yang lelaki pon memasing dah balik ke apartment yang dah dikhaskan utk lelaki. Yang pompuan satu apartment lain. Sebelah menyebelah jer. So yang pompuan bila dah berkumpul..tukar uniform utk tido lepak kat ruang tamu untuk bergosip..eh bukan mengumpat ekk...sebenarnya..bercerita tentang perkembangan diri memasing. Yerlah semua sibuk bekerja..masa nilah nak mengupdate cerita2 terkini. Yang beberapa kali tukar pakwe, yang naik pangkat, yang dapat pakwe baru, yang sibuk berusaha dapatkan baby, memacam lah topik yang dibualkan termasuklah isu semasa sampailah ke pagi. Tu pon aku terlelap kat sofa sbb khusuk dgr citer diorang. Kul 4.30pg barulah habis sesi berborak. Tu pon bila sorang demi sorang dah angkat kaki masuk bilik. Letih beb....letih tak letih..setiap masa terluang kami gunakan sebaiknya. Acara tamat..bila semua dah tido...ZZZZZZ. Selamat Malam Valentino...


Inilah kek valentino kami....sedap woo kek coklat ni..

27 Feb 2005
VALENTINO : Part III


Ke esokan paginya..bangun-bangun dah subuh. Hmm memasing terpisat2 nak bangun..berkejar2 sembahyang subuh memasing sbb dah lewat. Sejuknya pagi tu.. tetapi memasing tak sabar nak mandi kat swiming pool. Apa lagi..ketuk apartment sebelah..kejutkan hubby dan partner memasing.. wahh liatnya bebudak laki ni nak bangun...akhirnya..sbb semua berkobar2 nak mandi ...sempat breakfast dulu..memasing bangun kelaparan. Makan nasi impit dengan kuah kacang. Sejuk tapi sedap..sbb dah lapar kann... Patu minum air panas..sib baik ada Instant Nescafe 3 in 1 tu. Dah siap alas perut tu.. turun lah kat pool. Nasib baik management resort tu tak strict..nak kena pakai swiming suit & swiming trunk. Kita orang sempoi turun pakai t-shirt & track bottom. Mandi lah kami puas-puas. Syok bekejar sana sini. Gamat dengan suara kitaorang jer..Masa turun tu tak ramai orang. Kitaorang kongker pool tu. Dah la semua dah tua bangka..mandi cam bebudak kecik.. samapi aku rasa mak bapak budak yang lain tak kasik dekat dgn kitaorang. Diorang main kat tepi2 jer... haha..gelihati tul. Kalau tengok video mesti gelak nak mampus bila tgk gelagat memasing. Yang dah kawin tak kisah lah berpeluk..tapi kalau orang tengok tak tau mesti diorang kata apalah bebudak ni,perangai tak senonoh. Yerlah kitaorang muka semua cam bebudak tak rupa pon dah 26-30 tahun. Tak perlah..kami jer tahu kebenarannya. Kami still jaga batas2 pergaulan yer. Saling hormat antara satu sama lain.

Lama juga kami berendam didalam kolam tu..dekat 2 jam jugalah. Bila semua jari dah kecut, muka pun dah pucat barulah memasing tinggalkan kolam tu. Naik kat apartment bersiap apa yang patut, dan kemaskan apartment yang bersepah tu. Kami perlu check out pukul 12.00 tengah hari.

Jam 11.30 pagi semuanya dah siap..semua barang dah siap kemas. Kemudian pulang kunci..n memasing ambil keputusan untuk naik ke tower kat resort tu. Tempat terakhir diresort itu yang kami nak abiskan masa. Menikmati pemandangan keindahan pantai amatlah mengasyikan. Kami juga tak lepas peluang untuk sesi bergambar sekali lagi.

Cantik sekali pemandangan dari atas tower tu. Tapi sian makk buyung tak dapat naik sampai atas sekali, yerlah mana larat dia tu tgh sarat mengandung 8 bulan..karang kalau terberanak sapa susah..kitaorang gak..

Hmmm balik tu kitaorang konvoi sesama...carik tempat untuk makan tengahari sekali. Makan untuk kali terakhir..tak tau bila lagi dapat kumpul reramai tu. Sambil makan tu sambil bercerita lagi..tak sudah2. Rona sedih..sudah terpancar disetiap wajah memasing. Sedihnya hati tak tau nak kata apa dah..

Balik dari makan sekali lagi kami konvoi menuju ke tol. Aku dan kengkawan memilih lane ke JB, rerakan yang lain lane ke KL. Sedihnya hati saat lambaian terkakhir itu...memasing terlalu sedih...ntahkan bila lagi kitakan dapat bertemu..ada umur panjang usia kami...moga kan ketemu lagi kengkawan..Insyallah sahabat! Valentino tahun depan pasti lebih meriah dengan baby baru and cik abang baru..(aku ker tu..sbb aku jer takder cik abang..hahha..insyallah)

p/s: lewat malam tadi terima berita tentang salah seorang dari geng kami sudah pon pregnant sebulan. Allhamdulilah..terkabul doa. So next year sure baby ayin ada kawan baru..Horey! Makin ramailah second generation valentino.

Leave your messages here...
Name

URL or Email

Messages(smilies)