Tuesday, March 15, 2005

***SAYA CIKGU TUISYEN***

Dua tiga minggu yang lalu, aku didatangi mak Angah(anak murid tuisyen aku, tingkatan 5). Dia mintak aku ajar tuisyen untuk anak dia yang darjah 5 tu. Tak tahu nak kata apa.. dulu aku ajar angah memang aku niat nak tolong dan hulurkan bantuan dan berkongsi ilmukan yang tak seberapa ni. aku mengenakan yuran yang cukup rendah....memang jauh berbeza daripada harga yang dikenakan oleh pusat2 tuisyen di luar sana.

Bila ibu tadi datang bersunguh2 aku jadik kasihan. Yerlah aku tinggal di kawasan kejiranan yang berpendapatan rendah. Mereka mahu nasib anak2 mereka terbela. Pada masa yang sama cengkaman maslah kewangan memang tetap ada. Bayangkan jer lah berapa kos hantar tuisyen dibandar besar seperti JB ni. Pendapatan mereka rendah..mestilah kos tu agak membebankan. Aku memang cukup sedar dengan situasi itu. Sbb itu aku rasa terpanggil uantuk membantu nasib golongan ini. Akan aku curahkan ilmu yang tak seberapa ini utk membimbing mereka meneruskan kehidupan yang mencabar ini. Aku harap akan lahir Amalina kedua dalam daerah terpencil ini.

Jadik mana mungkin ku menolak permintaan si ibu tadi. Cuma ku katakan bimbang aku terlepas memberi perhatian..yerlah kenkadang kerja aku menuntut aku untuk kerja lebih masa. Dia sedia maklum dengan situasi aku itu. Dan satu lagi syarat aku tetapkan sudah yang hujung minggu ku tak mahu diganggu. Ibu tadi setuju saja dengan syarat aku tu. Bukan apa hujung minggu aku biasanya suka menghabiskan masa pulang kekampung..bertemu ibu tercinta,ataupun menghabiskan masa mengemas, membelai diri,memasak-mencuba resepi baru ..ataupun memenuhi hobi aku..Pergi bookstore dan abiskan masa cari bahan bacaan.

Tadi sempat pergi bookstore jap, carik buku2 yang berkaitan untuk bakal anak murid aku. Alamak aku memang tak tahu whats the best book for year 5 nanti. Aku kelua balik bookstore dgn perasaan hampa. Nantilah aku tanya sesapa yang ada silibus tak pon carik jer kat internet. Maka next week bermula lah tugas aku sebagai CIKGU TUISYEN. Semoga aku jadik guru yang berdedikasi..TERBILANG,GEMILANG,cEMERLANG...oh yeah!

Leave your messages here...
Name

URL or Email

Messages(smilies)