Tuesday, March 22, 2005

***AL-FATIHAH***

Minggu ni berlambak-lambak keje. Nak uruskan event next week kat Putrajaya, nak observe student praktikal, nak betulkan coding(asyik error jer..geram tul),mesyuarat JE dan memacam lagilah. Hmm..kelam kabut tu..Hotel yg sepatutnya kitaorg decide nak buat tetiba jer date tu tak available lak..argh miss comunicate. Ni lah padahnya bila perkara kecil dipandang ringan. Terpaksa lah aku telefon beberapa hotel lain yg berdekatan dgn putrajaya. Bengkel dah lah tinggal next week jer lak tu..tak tau sempat ker tidak. Hmm..letihnya...so..dah dapat semua qoutation yg diperlukan tinggal satu dua hotel lagi. Then tetiba aku terima satu faks qoutation dari Presscott Hotel,Klang. Bila masa lak aku mintak qoutation hotel ni,then aku pun terfikir..argh..dalam saat genting ni boley lak operator Telekom buat lawak. Aku mintak no tel. Marriot Hotel, bley lak dia kasik Presscot Hotel...ishh..rasa nak marah lak, buat keje sambil lewa. Aku lak dgn confident pon call jer ingatkan betul..ish...tgh marah tahap gaban ni dgn operator Telekom.

Tgh kelam kabut dapatkan qoutation, aku tak lupa wish Good Luck kat adik tersayang sbb dia ada interview. Tengah borak dgn dia nama dia pun dipanggil. Wish u the best. Selang 1/2 jam..dia call balik..cakap dah settle interview..Alhamdulilah.

Selang 1/2 jam kemudian adik sms..Memacam lah adik aku ni...aku ni tgh sibuk ada jer lah hal dia tu. Bila baca jer sms tu mata aku tak berkelip. Serasa air jernih memenuhi kelopak mataku. Berita yg dibawa cukup untuk membuatkan degup jantung ku terhenti. Aku call balik adik, dia tengah sesungguh menangis. Dia kata dia dah nak balik kg jap lagi. Hati aku begitu tegar mnerima berita itu. Rileks..sbb aku tgh banyak keje. First thing aku buat inform kesemua abang2 dan kakak ku. Then check semua keje aku,aku rasa aku nak balik. So aku stop keje..kalau stay kat opis pun sure aku tak leh teruskan keje dgn tenteram. Even keputusan aku balik kampung tu macam tak relevan,abg aku pon tak sokong.Yerlah sbb dah kul 12.45, perjalanan pulang ker kampung memakan masa hampir 3 1/2 jam. Tapi aku ni kan degil..biarlah aku berpeluang untuk memberi penghormatan yang terakhir buat jenazah,walau seketika. Aku dah berkira kalau aku balik sekarang aku akan sampai lepas Asar. Dan mungkin waktu itu baru mayat akan disembahyangkan dan dikebumikan, yerlah sekarang jenazah masih lagi dihospital utk pemeriksaan.

Letih memang tak leh nak kata lagi lah. Kebetulan aku berpuasa sunat hari ini. Istighfar bebanyak..moga perjalanan pulangkan ku ni tidak ada halangan. Alhamdulilah perjalanan lancar,Tuhan telah permudahkan laluan ini. Sepanjang perjalanan aku dihujani panggilan telefon yang bertanyakan pelbagai pertanyaan dari abang2 kesayangan yang kesemuanya nyata begitu terkejut dengan berita yang diterima. Berita yang sememanganya diluar dugaan. Sesungguh ajal dan maut itu ditangan Tuhan dan yang pergi takan kembali.

Bila sampai di kampung ku, aku melewati rumah Allayarham,kelihatan ramai jiran tetangga dan saudara mara memenuhi rumah pusaka itu. Hati berdegup kuat..Ya Allah! Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Samapi dirumah aku terus bersolat jamak, serta menenagkan hati yang gundah. Kemudian baru call adik aku yang sudah pun ada dirumah arwah utk membawa aku kesana. MAsa tu dah jam 5.00ptg. Sesampai aku disana mereka tengah sembahyang jenazah. Pakcik, makcik, atuk sedara, sepupu majoritinya telah berkumpul disitu. Sekalipon berita mengejut, mereka berusaha untuk hadir disitu untuk memberi penghormatan terakhir. Di kejauhan juga kulihat abang2 kesayangan aku juga dah sampai dari KL dan juga Kota Tinggi.

Aku sempat membaca suarh Al-ikhlas untuk disedekahkan. Selesai sembahyang jenazah,mayat masih belum dikebumikan..aku tertanya2 kenapa. Rupanya masih menuggu isteri arwah yang masih ditahan dihospital. Setengah jam kemudian isteri arwah dah sampai,bersama-sama dengan anaknya. Suasana sunyi sepi..kerana isteri arwah tidak dimaklumkan dari awal bahawa suaminya menemui ajal dalam kemalangan yang berlaku. Isteri arwah yang masih cedera, langsung tidak bermaya untuk keluar dari kereta. Sebaik isteri arwah diangkat oleh anak menantunya...tangisan dan teriakan kalimah allah berselang seli panggilan terhadap suami tercinta. Suasana amat memilukan..tiada siap yang berani suara..hanya airmata menjadi iringan..sayu melihat situasi itu.

"Abanggg......"
"La Ilah Ha Ilaw lahhhhh..."

Berkali-kali isteri arwah menyebutnya...Begitu sekali derita yang ditanggung. Siapa saja yang melihatnya pasti berasa hiba. Ahli keluarga,anak-anak diberi peluang untuk memberi penghormatan terakhir...suasana amat memilukan bila tangisan dan esakan anak-anak dan isteri arwah,memenuhi suasana.

Sebaik jenazah diangkat untuk dikebumikan..anak-anak masih menenangkan si ibu, yang kelihatan begitu payah untuk menerima ketentuan ini.

"Pergi berdua....,balik sorang-sorang, kenapa jadik macam ni...hu..hu.."
"Ajib..atuk dah takder,dah takder kawan...hu..hu.."

Sesiapa yang melihatnya, pasti terusik hati nurani. Isteri arwah masih lagi didalam pemerikassan doktor..kelihatan begitu tidak bermaya. Luka dan lebam masih lagi begitu jelas kelihatan. Dia agak kesukaran untuk meanangis dan masih lagi menahan kesakitan.

Hati aku yang begitu tegar menerima berita itu dari tengahari tadi, sampai lah kesaat arwah dibawa kekubur..sedikit pun aku tidak benarkan air jernih ini mengalir. Mungkin kerana aku pernah melalui saat yg begitu yg lebih pilu disaat kematian arwah ayahku...benar mengajar aku menjadi insan yang tabah. Tapi bila melihat keadaan isteri arwah serta anak-anak yang sedang menenangkan ibunya...hati aku begitu terusik. Tanpa kusedari air jernih ini mengalir juga...ahh..tewas aku pada keadaan yang begitu memilukan.

Arwah merupakan atuk saudara aku sebelah ibu. Arwah merupakan adik bungsu daripada 7 orang adik beradik, kini aku hanya tinggal soarang sajer atuk sedara yang masih hidup. Arwah menemui ajal ketika berumur 68 tahun. Serta merta maut ditempat kejadian. Arwah dan isteri pergi kepekan berdekatan untuk membetulkan motor mesin jahit yang rosak. Dalam perjalanan pulang kerumah arwah di langgar dari penuggang motosikal lain yang tidak bertanggunjawab itu akibat tidak berhenti disimpang. Arwah meninggalkan isteri dan 5 orang anak. Yang bungsu masih di sekolah menengah.

Takdir Tuhan tiada siapa yang dapat menahannya, seandainya itu yang telah tertulis di Luh-Mahfuz itu takdirnya. Kemalangan itu hanyalah penyebab. Arwah merupakan seorang yang baik hati, penyayang dan soft spoken. Kami semua sayang padanya. Tapi apa kan daya Tuhan lebih menyanyanginya....Al Fatihah,semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat...Aminnnn.

Leave your messages here...
Name

URL or Email

Messages(smilies)