***AL-FATIHAH***
Minggu ni berlambak-lambak keje. Nak uruskan event next week kat Putrajaya, nak observe student praktikal, nak betulkan coding(asyik error jer..geram tul),mesyuarat JE dan memacam lagilah. Hmm..kelam kabut tu..Hotel yg sepatutnya kitaorg decide nak buat tetiba jer date tu tak available lak..argh miss comunicate. Ni lah padahnya bila perkara kecil dipandang ringan. Terpaksa lah aku telefon beberapa hotel lain yg berdekatan dgn putrajaya. Bengkel dah lah tinggal next week jer lak tu..tak tau sempat ker tidak. Hmm..letihnya...so..dah dapat semua qoutation yg diperlukan tinggal satu dua hotel lagi. Then tetiba aku terima satu faks qoutation dari Presscott Hotel,Klang. Bila masa lak aku mintak qoutation hotel ni,then aku pun terfikir..argh..dalam saat genting ni boley lak operator Telekom buat lawak. Aku mintak no tel. Marriot Hotel, bley lak dia kasik Presscot Hotel...ishh..rasa nak marah lak, buat keje sambil lewa. Aku lak dgn confident pon call jer ingatkan betul..ish...tgh marah tahap gaban ni dgn operator Telekom.
Tgh kelam kabut dapatkan qoutation, aku tak lupa wish Good Luck kat adik tersayang sbb dia ada interview. Tengah borak dgn dia nama dia pun dipanggil. Wish u the best. Selang 1/2 jam..dia call balik..cakap dah settle interview..Alhamdulilah.
Selang 1/2 jam kemudian adik sms..Memacam lah adik aku ni...aku ni tgh sibuk ada jer lah hal dia tu. Bila baca jer sms tu mata aku tak berkelip. Serasa air jernih memenuhi kelopak mataku. Berita yg dibawa cukup untuk membuatkan degup jantung ku terhenti. Aku call balik adik, dia tengah sesungguh menangis. Dia kata dia dah nak balik kg jap lagi. Hati aku begitu tegar mnerima berita itu. Rileks..sbb aku tgh banyak keje. First thing aku buat inform kesemua abang2 dan kakak ku. Then check semua keje aku,aku rasa aku nak balik. So aku stop keje..kalau stay kat opis pun sure aku tak leh teruskan keje dgn tenteram. Even keputusan aku balik kampung tu macam tak relevan,abg aku pon tak sokong.Yerlah sbb dah kul 12.45, perjalanan pulang ker kampung memakan masa hampir 3 1/2 jam. Tapi aku ni kan degil..biarlah aku berpeluang untuk memberi penghormatan yang terakhir buat jenazah,walau seketika. Aku dah berkira kalau aku balik sekarang aku akan sampai lepas Asar. Dan mungkin waktu itu baru mayat akan disembahyangkan dan dikebumikan, yerlah sekarang jenazah masih lagi dihospital utk pemeriksaan.
Letih memang tak leh nak kata lagi lah. Kebetulan aku berpuasa sunat hari ini. Istighfar bebanyak..moga perjalanan pulangkan ku ni tidak ada halangan. Alhamdulilah perjalanan lancar,Tuhan telah permudahkan laluan ini. Sepanjang perjalanan aku dihujani panggilan telefon yang bertanyakan pelbagai pertanyaan dari abang2 kesayangan yang kesemuanya nyata begitu terkejut dengan berita yang diterima. Berita yang sememanganya diluar dugaan. Sesungguh ajal dan maut itu ditangan Tuhan dan yang pergi takan kembali.
Bila sampai di kampung ku, aku melewati rumah Allayarham,kelihatan ramai jiran tetangga dan saudara mara memenuhi rumah pusaka itu. Hati berdegup kuat..Ya Allah! Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Samapi dirumah aku terus bersolat jamak, serta menenagkan hati yang gundah. Kemudian baru call adik aku yang sudah pun ada dirumah arwah utk membawa aku kesana. MAsa tu dah jam 5.00ptg. Sesampai aku disana mereka tengah sembahyang jenazah. Pakcik, makcik, atuk sedara, sepupu majoritinya telah berkumpul disitu. Sekalipon berita mengejut, mereka berusaha untuk hadir disitu untuk memberi penghormatan terakhir. Di kejauhan juga kulihat abang2 kesayangan aku juga dah sampai dari KL dan juga Kota Tinggi.
Aku sempat membaca suarh Al-ikhlas untuk disedekahkan. Selesai sembahyang jenazah,mayat masih belum dikebumikan..aku tertanya2 kenapa. Rupanya masih menuggu isteri arwah yang masih ditahan dihospital. Setengah jam kemudian isteri arwah dah sampai,bersama-sama dengan anaknya. Suasana sunyi sepi..kerana isteri arwah tidak dimaklumkan dari awal bahawa suaminya menemui ajal dalam kemalangan yang berlaku. Isteri arwah yang masih cedera, langsung tidak bermaya untuk keluar dari kereta. Sebaik isteri arwah diangkat oleh anak menantunya...tangisan dan teriakan kalimah allah berselang seli panggilan terhadap suami tercinta. Suasana amat memilukan..tiada siap yang berani suara..hanya airmata menjadi iringan..sayu melihat situasi itu.
"Abanggg......"
"La Ilah Ha Ilaw lahhhhh..."
Berkali-kali isteri arwah menyebutnya...Begitu sekali derita yang ditanggung. Siapa saja yang melihatnya pasti berasa hiba. Ahli keluarga,anak-anak diberi peluang untuk memberi penghormatan terakhir...suasana amat memilukan bila tangisan dan esakan anak-anak dan isteri arwah,memenuhi suasana.
Sebaik jenazah diangkat untuk dikebumikan..anak-anak masih menenangkan si ibu, yang kelihatan begitu payah untuk menerima ketentuan ini.
"Pergi berdua....,balik sorang-sorang, kenapa jadik macam ni...hu..hu.."
"Ajib..atuk dah takder,dah takder kawan...hu..hu.."
Sesiapa yang melihatnya, pasti terusik hati nurani. Isteri arwah masih lagi didalam pemerikassan doktor..kelihatan begitu tidak bermaya. Luka dan lebam masih lagi begitu jelas kelihatan. Dia agak kesukaran untuk meanangis dan masih lagi menahan kesakitan.
Hati aku yang begitu tegar menerima berita itu dari tengahari tadi, sampai lah kesaat arwah dibawa kekubur..sedikit pun aku tidak benarkan air jernih ini mengalir. Mungkin kerana aku pernah melalui saat yg begitu yg lebih pilu disaat kematian arwah ayahku...benar mengajar aku menjadi insan yang tabah. Tapi bila melihat keadaan isteri arwah serta anak-anak yang sedang menenangkan ibunya...hati aku begitu terusik. Tanpa kusedari air jernih ini mengalir juga...ahh..tewas aku pada keadaan yang begitu memilukan.
Arwah merupakan atuk saudara aku sebelah ibu. Arwah merupakan adik bungsu daripada 7 orang adik beradik, kini aku hanya tinggal soarang sajer atuk sedara yang masih hidup. Arwah menemui ajal ketika berumur 68 tahun. Serta merta maut ditempat kejadian. Arwah dan isteri pergi kepekan berdekatan untuk membetulkan motor mesin jahit yang rosak. Dalam perjalanan pulang kerumah arwah di langgar dari penuggang motosikal lain yang tidak bertanggunjawab itu akibat tidak berhenti disimpang. Arwah meninggalkan isteri dan 5 orang anak. Yang bungsu masih di sekolah menengah.
Takdir Tuhan tiada siapa yang dapat menahannya, seandainya itu yang telah tertulis di Luh-Mahfuz itu takdirnya. Kemalangan itu hanyalah penyebab. Arwah merupakan seorang yang baik hati, penyayang dan soft spoken. Kami semua sayang padanya. Tapi apa kan daya Tuhan lebih menyanyanginya....Al Fatihah,semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat...Aminnnn.
My Memories
Yang Terindah Hanya Sementara
Tuesday, March 22, 2005
Tuesday, March 15, 2005
***SAYA CIKGU TUISYEN***
Dua tiga minggu yang lalu, aku didatangi mak Angah(anak murid tuisyen aku, tingkatan 5). Dia mintak aku ajar tuisyen untuk anak dia yang darjah 5 tu. Tak tahu nak kata apa.. dulu aku ajar angah memang aku niat nak tolong dan hulurkan bantuan dan berkongsi ilmukan yang tak seberapa ni. aku mengenakan yuran yang cukup rendah....memang jauh berbeza daripada harga yang dikenakan oleh pusat2 tuisyen di luar sana.
Bila ibu tadi datang bersunguh2 aku jadik kasihan. Yerlah aku tinggal di kawasan kejiranan yang berpendapatan rendah. Mereka mahu nasib anak2 mereka terbela. Pada masa yang sama cengkaman maslah kewangan memang tetap ada. Bayangkan jer lah berapa kos hantar tuisyen dibandar besar seperti JB ni. Pendapatan mereka rendah..mestilah kos tu agak membebankan. Aku memang cukup sedar dengan situasi itu. Sbb itu aku rasa terpanggil uantuk membantu nasib golongan ini. Akan aku curahkan ilmu yang tak seberapa ini utk membimbing mereka meneruskan kehidupan yang mencabar ini. Aku harap akan lahir Amalina kedua dalam daerah terpencil ini.
Jadik mana mungkin ku menolak permintaan si ibu tadi. Cuma ku katakan bimbang aku terlepas memberi perhatian..yerlah kenkadang kerja aku menuntut aku untuk kerja lebih masa. Dia sedia maklum dengan situasi aku itu. Dan satu lagi syarat aku tetapkan sudah yang hujung minggu ku tak mahu diganggu. Ibu tadi setuju saja dengan syarat aku tu. Bukan apa hujung minggu aku biasanya suka menghabiskan masa pulang kekampung..bertemu ibu tercinta,ataupun menghabiskan masa mengemas, membelai diri,memasak-mencuba resepi baru ..ataupun memenuhi hobi aku..Pergi bookstore dan abiskan masa cari bahan bacaan.
Tadi sempat pergi bookstore jap, carik buku2 yang berkaitan untuk bakal anak murid aku. Alamak aku memang tak tahu whats the best book for year 5 nanti. Aku kelua balik bookstore dgn perasaan hampa. Nantilah aku tanya sesapa yang ada silibus tak pon carik jer kat internet. Maka next week bermula lah tugas aku sebagai CIKGU TUISYEN. Semoga aku jadik guru yang berdedikasi..TERBILANG,GEMILANG,cEMERLANG...oh yeah!
Thursday, March 10, 2005
***VALENTINO : Part II***
26 FEB 2005
ReD Nights Valentino
Sudah menjadi tradisi kami sejak dulu...kami bersiap dan berhias secantik mungkin. Sebagai organizer aku tetapkan malam itu..semua sekali dikehendaki memakai baju warna merah. Dan juga perlu membawa satu hadiah sebagai hadiah pertukaran. Alhamdulilah semua telah mengikut syarat yang telah ditetapkan. Warna merah yang ditetapkan adalah untuk memperingati sambutan pertama kami pada tahun 1998. Semua masa tu pakai baju merah. Begitu juga pada malam ini kami ulangi saat itu kembali. Semua bersolek ala-kadar, simple, tetapi mantain cun dan anggun. Warna merah itu menyemarakan lagi kasih sayang kami yang kian akrab dimakan tahun. Meskipun duduk berjauhan..kami pasti saling merindui saat bersama-sama.
Malam tu aku mengenakan sepasang cheongsam merah hati dan selendang warna krim. Solekan ala-kadar.Sesi bergambar dimulakan dahulu..Kami bergambar beramai-ramai dalam pelbagai gaya.
Malam tu dimulakan ucapan alu-aluan dari aku selaku organizer. Kad ucapan yg aku design kuagihkan pada mereka semua. Bukan main suka lagi diorang semua dapat kad tu. Dalam kad tu adalah gamba2 sewaktu kami menghabiskan masa bersama dan juga ada sebuah sajak yang aku gubah khas untuk mereka semua. Patutnya ada sepuluh orang..tapi sorang tidak dapat hadir ke reunion kami diatas masalah2 yang tidak dapat dielakkan. Sedih juga sbb tak cukup geng.
Selepas memberi ucapan sepatah dua kata, maka bermulalah majlis pertukaran hadiah sesama kami. Maka cabutan nama pun dibuat. Sesi bertukar menajdi meriah dan kecoh..aku tak taulah..mesti jiran sebelah bengang sbb suara kitaorg mmg mengamatkan suasana. Tulah bila dah jumpa semua nak bercakap.dan bila semua dah bercakap..memasing suara mesti kuatnya lah..lelagi cik Ally Mclaren...wakakka...jgn mare ekk.
Letih sungguh sesi pertukaran hadiah dan juga sesi bergambar.. kitaorang dah tak larat dah. Oh yea masa majlis ni hubby & bf memasing tidak dibenarkan turut serta. Ini pun salah satu syarat ynag telah aku tetapkan. So kiranya malam tu adalah privacy utk kami habiskan masa bersama. Lepas sesi bergambar tibalah acara kemuncak...potong KEK VALENTINO! Apalagi kitaorang suruh la..hubby n & bf memasing join bukan apa..nak suruh amik gamba..senang sbb majoriti bawak kamera. Lagipon sian diorang ..penat membakar makanan BBq yang berlebihan petang tadi.
Masa potong kek tu cam rasa sesi sidang akhbar. Sbb tak sudah2 snap gambar. Flash sana..falsh sini. Selesai potong kek maka tibalah acara makan. Memasing carik partner memasing...baru beberapa jam tinggal dah rindu. Ish..ish..mmg takleh pisah lelamer diorang ni..Yang tak bawak boyfreinds sibuk mereport setiap masa. Asyik tot tet bunyi sms. Aku lak..wah syahdu nya..sbb satu2nya ahli valentino yang masih tidak berteman..wah..camner ni..next year kalau takder partner aku aku tak nak join lah gathering ni.Uwaa..waa..
Dah penat bergelak ketawa makan, bergambar,berborak..Yang lelaki pon memasing dah balik ke apartment yang dah dikhaskan utk lelaki. Yang pompuan satu apartment lain. Sebelah menyebelah jer. So yang pompuan bila dah berkumpul..tukar uniform utk tido lepak kat ruang tamu untuk bergosip..eh bukan mengumpat ekk...sebenarnya..bercerita tentang perkembangan diri memasing. Yerlah semua sibuk bekerja..masa nilah nak mengupdate cerita2 terkini. Yang beberapa kali tukar pakwe, yang naik pangkat, yang dapat pakwe baru, yang sibuk berusaha dapatkan baby, memacam lah topik yang dibualkan termasuklah isu semasa sampailah ke pagi. Tu pon aku terlelap kat sofa sbb khusuk dgr citer diorang. Kul 4.30pg barulah habis sesi berborak. Tu pon bila sorang demi sorang dah angkat kaki masuk bilik. Letih beb....letih tak letih..setiap masa terluang kami gunakan sebaiknya. Acara tamat..bila semua dah tido...ZZZZZZ. Selamat Malam Valentino...
Inilah kek valentino kami....sedap woo kek coklat ni..
27 Feb 2005
VALENTINO : Part III
Ke esokan paginya..bangun-bangun dah subuh. Hmm memasing terpisat2 nak bangun..berkejar2 sembahyang subuh memasing sbb dah lewat. Sejuknya pagi tu.. tetapi memasing tak sabar nak mandi kat swiming pool. Apa lagi..ketuk apartment sebelah..kejutkan hubby dan partner memasing.. wahh liatnya bebudak laki ni nak bangun...akhirnya..sbb semua berkobar2 nak mandi ...sempat breakfast dulu..memasing bangun kelaparan. Makan nasi impit dengan kuah kacang. Sejuk tapi sedap..sbb dah lapar kann... Patu minum air panas..sib baik ada Instant Nescafe 3 in 1 tu. Dah siap alas perut tu.. turun lah kat pool. Nasib baik management resort tu tak strict..nak kena pakai swiming suit & swiming trunk. Kita orang sempoi turun pakai t-shirt & track bottom. Mandi lah kami puas-puas. Syok bekejar sana sini. Gamat dengan suara kitaorang jer..Masa turun tu tak ramai orang. Kitaorang kongker pool tu. Dah la semua dah tua bangka..mandi cam bebudak kecik.. samapi aku rasa mak bapak budak yang lain tak kasik dekat dgn kitaorang. Diorang main kat tepi2 jer... haha..gelihati tul. Kalau tengok video mesti gelak nak mampus bila tgk gelagat memasing. Yang dah kawin tak kisah lah berpeluk..tapi kalau orang tengok tak tau mesti diorang kata apalah bebudak ni,perangai tak senonoh. Yerlah kitaorang muka semua cam bebudak tak rupa pon dah 26-30 tahun. Tak perlah..kami jer tahu kebenarannya. Kami still jaga batas2 pergaulan yer. Saling hormat antara satu sama lain.
Lama juga kami berendam didalam kolam tu..dekat 2 jam jugalah. Bila semua jari dah kecut, muka pun dah pucat barulah memasing tinggalkan kolam tu. Naik kat apartment bersiap apa yang patut, dan kemaskan apartment yang bersepah tu. Kami perlu check out pukul 12.00 tengah hari.
Jam 11.30 pagi semuanya dah siap..semua barang dah siap kemas. Kemudian pulang kunci..n memasing ambil keputusan untuk naik ke tower kat resort tu. Tempat terakhir diresort itu yang kami nak abiskan masa. Menikmati pemandangan keindahan pantai amatlah mengasyikan. Kami juga tak lepas peluang untuk sesi bergambar sekali lagi.
Cantik sekali pemandangan dari atas tower tu. Tapi sian makk buyung tak dapat naik sampai atas sekali, yerlah mana larat dia tu tgh sarat mengandung 8 bulan..karang kalau terberanak sapa susah..kitaorang gak..
Hmmm balik tu kitaorang konvoi sesama...carik tempat untuk makan tengahari sekali. Makan untuk kali terakhir..tak tau bila lagi dapat kumpul reramai tu. Sambil makan tu sambil bercerita lagi..tak sudah2. Rona sedih..sudah terpancar disetiap wajah memasing. Sedihnya hati tak tau nak kata apa dah..
Balik dari makan sekali lagi kami konvoi menuju ke tol. Aku dan kengkawan memilih lane ke JB, rerakan yang lain lane ke KL. Sedihnya hati saat lambaian terkakhir itu...memasing terlalu sedih...ntahkan bila lagi kitakan dapat bertemu..ada umur panjang usia kami...moga kan ketemu lagi kengkawan..Insyallah sahabat! Valentino tahun depan pasti lebih meriah dengan baby baru and cik abang baru..(aku ker tu..sbb aku jer takder cik abang..hahha..insyallah)
p/s: lewat malam tadi terima berita tentang salah seorang dari geng kami sudah pon pregnant sebulan. Allhamdulilah..terkabul doa. So next year sure baby ayin ada kawan baru..Horey! Makin ramailah second generation valentino.
Wednesday, March 09, 2005
***VACATION AT PD***
25 FEB 2005
Hmm...tdo lewat lagi mlm tadi,kul 4.30 baru tido,pastu sibuk siapkan preparation utk presentation ari ni dan juga sibuk design card valentino....Hmm card design yg mana termampu jerlah, coz i dont have enough time to make it...
Pagi kat opis..sibuk dengan material yg bos nak untuk present...waa serbutnya minggu ni dgn pelbagai kerja. Client dah call bila nak deliver sistem..pergh..mencabar tahap kesabaran aku minggu ni berkerja, selalu takder bz camni...letihnya seminggu ni asyik bekejar kesana sini..
Petang masuk opis dlm kul 2.45ptg..prepare apa2 yg patut utk present, 3.00ptg..alamak Consultant aku dah sampai..hmm layan krenah dia yg memacam,itulah inilah, tu tak betulah,salahlah..cerewet..malas aku..biar click aku handle..pening aku dibuatnya..aku nak concentrated utk present.Hmm..nak klua opis tu pesan pada click aku...emm..pls handle En. A tu apa2 yg dia tak puas hati..aku tak sempat..Tengah kelam kabut keluar opis ader lak call dari member..tanya pasal event ari esok..hmm..lama lah gak berborak...ish..ish..aku tgh sibuk ni..time ni lak dia ajak borak..layan jerlah..syok gak borak..yerlah member aku ni kelako...relese tension jap..
Present..checking sistem..samapi kul 5.00ptg gak lah..opis client tu tutup kul 4.30ptg..lantaklah..aku tercongok2 kat server tu sensorang...aku nak sipakan keje..soksok aku takder dah...Ptg tu balik masuk opis..laa consultant aku ader laie..
"En A..saya bebetul sibuk ni..ada banyak bende nak kena settle petang ni utk vacation saya ari esok..so apa2 hal biar click saya take over ekk"..aku buat muka sedih, harap dia faham..kali ni jer aku mmg betul2 takleh stayback..
"Hmmmm..kaylah..takperlah..u g lah bercuti, uruskan apa2 yang patut..i settlekan keje ni sok..N*** kan ader...takperlah..take care"
waa... nasib baik dia leh faham..baik hati lak dia..kahkah...Dia kesian kot kat aku..sbb selalu aku kena stayback siapakn keje...baguihlaa..
Balik tu g JJ, hadiah valentino tak beli lagi...card tak liminate lagi...Hmm..aku buat semua keje tu dalam sejam..sbb nak rush balik rmh lak...
Mlm g beli barang lagi kat GIANT, pastu pergi Pasar Borong Pandan..beli barang2 untu BBQ ari sok...Banyaklah ...ikan kembung,ikan pari,ikan siakap,kerang,udang,ayam,daging,sosej...mmg makan jerlah kejenya ni....
Balik tu sampai rumah dah 12.30mlm,letihnya..nak siang ikan lagi,udang,basuh ayam,kerang..waa letihnya. Cik K basuh ayam..pastu aku suruh dia tido,..sian sbb sok dia nak kena drive..aku leh tido dalam keta sok.
Siap siang tu...bungkus hadiah game,potong card..hmm letihnya..terlelap seketika..sayup2 dengar azan subuh...astaghfirullah..hmm...bangun..solat subuh..aku tido jap..kul 8 nanti dah nak bangun...
26 Feb 2005
Valentino:Part I
Pagi esoknya...aku bgn lewat sedikit, yerlah cik K kata nak bertolak lewat sikit. Jam 10 pagi baru bf cik K dtg antar keta...kemas barang2,kul 10.30 baru bertolak dari rumah. Bonet keta dah tak muat... yerlah just imagine, ada 2 box makanan utk BBq,lum tong air lagi,tong kuah kacang..lom lagi 2 kotak buah limau mandarin,pastu pingang mangkuk,buah2an lain,air kordial,botol air masak,arang,apa lagi..buah2an,nasi impit,hadiah games...lomlagi peralatan cam tripod, video cam, laptop,bag kitaorang lagi...argh..letihnya prepare kan semua barang. Apa2 pun semuanya settle masuk dlm keta. Keta mula bergerak jer..aku pon sibuk meyiapkan keja cam potong kad,kad2 lucky draw,kad valentino ...sambil buat keje,dgn gunting ditangan aku boley terlelap.. tido tak cukup..sakit badan,letih tak usah cakap la...sbb dah seminggu tdo lambat jer..badan lesu,mata bengkak2..
Jam 12.30 tiba kat Hentian Air Keruh..berenti makan tengahari jap. Teruskan perjalanan.. On the way around 1.30 ptg cik Onie dah call,tanya kita org dah smpi lom..sure lom..sbb masa tu baru nak masuk Seremban.
Sepanjang perjalanan tu..asyik roger in-out dgn geng yg lain..Yang beli kek nya la..beli tape video-cam, beli ais la..apa lah..memcam. Yang dtg lambatnya lain laa..sibuk meeting la..yang tidak dihubungi pon ada.
Geng JB's smpi around 2.30ptg, terus jumpa cik Onie..bilik dah settle. Apartment 4081,Sri Siantan. Aritu dah arrangekan dgn pihak pengurusan supaya apartment kami sebelah menyebelah.So apartment satu lagi tu 4071.
Relaks jap kat atas tu..sementara tunggu yang lain tiba. Puashati dgn apartment. Ada 3 bilik, setiap bilik ada bilik air,ada 2 katil single dan juga ada yg katil queen size. Hall mmg besar syok..melepak. Jam 4.00ptg tibala Cik Orly dgn buah hati kesayangan. And Suprise cik nani bawak yg tersayang..pakai baju sama lak tu...hmmm tak sangka lak,pandai dia simpan rahsia selama satu tahun ni. Anyway..tahniah.
Seronok tengok semua datang dgn syarat yg telah aku tetapkan..datang dengan pakai baju warna biru.Jam 4.30ptg cik Omin samapi dgn hubby..la pesal hubby dia tak pakai baju biru..ni nak kena denda ni. Takperlah..pastu kitaorang bersiap turun.
Tengah kalut turun semua orang tu leh lak ada insiden yang aku takleh aku lupakan.. Baby ayin kehilangan mamanya! Biasa mak kehilangan anak,ni terbalik lak. Aku tak taulah camner leh jadik camni,apa yang pasti masa kat lobi tu aku namapak cik omin dan cik orly tgh kalut tenangkan Baby ayin yang dah mula nangis.Tangisan makin menjadi2 bila baby ayin mula muntah2 susu. Wah kes berat ni..aku terus capai baby ayin...tenangkan dia ..tak jalan beb. Receptionist tu tgk jer..mesti diorang ingat kitaorang tgh culik baby ayin..yerlah masa cik omin pegang..mesti org tu kata..takanlah ni mak dia..kecik sgt..tak nampak cam talent mak baby tu..serah kat cik orly,lagilah org confuse..sbb cik Orly dgn rambut karat dia..dan gelang pelbagai warna tu..ish..ish takan lah..ni mak baby ni..Wakaka..
Aku lak.. dah bising2 maner mak dia ni..Cik Owan..abih dah baby ayin muntah kat baju aku dan kat lobi tu.Aku dgn muka selamba cakap dekat akak receptionist tu yg muka dah confuse.."kak..nanti mop ekk..baby muntah laa.." wakaka...
Lama la juga..baru la mak baby ayin muncul..Hmm nasib baik la muncul, aku dah nak report polis jer..wakaka..Selesai sudah..aku lak kena bergegas naik atas..tukar baju...sbb abis kena muntah baby ayin tadi.
Hmm..tu lum lagi cik Nani complain..pesal yg lain tak sampai lagi..sbb diorang dah abih punggah barang BBQ.Aku pon tepon cik Onie...lagilah kelako sbb diorang tak tau kat mana tempat BBQ tu...terpaksa la aku explain..Aduss..macam2 hal.
Hmm..insiden lain lak..tgh aku bersiap nak turun..kunci apartment stuck..takleh nak lock.Aduhh...pening aku..tadi Hubby Cik Owan dah cakap..dah..sbb dia pun takleh nak lock..argh..parah aku pon apa lagi panggil la bell boy.Tgh sibuk2 tu..Cik Odah Golang pon sampai dgn hubby. Pastu..tak lama tu bell boy pon sampai.. settle dah. Dekat kul 5.30 dah masa tu. Baru aku turun jenguk yang lain kat bawah.
Semua dah menghulurkan bantuan tanpa disuruh. Yang lelaki dah mula membakar makanan BBQ..Yang pompuan sibuk memotong buah,timun,nasi impit...bagus..takyah organizer suruh pun..
Lepas tu acara makan,bergambar dan bergosip..Sedang makan tu aku buatlah acara lucky draw. Cik Tat yang menang.Pastu buat game..Pertandingan makan limau..part ni paling kelako..sampai skang kalu tgk video tu aku mesti nak gelak sakan nya lah. Gelihati sangat tgk gelagat Cik Odah, Cik K,Cik Owan dan Cik Orly.. Pastu masa diorang makan limau tu..Memang gelihati sangat.Dengan mulut penuh...sambil gelak..seronok tul. Aku lak..nak pecah perut gelak..cik K menang 1st, second cik Owan.
Dah sudah main tu buat lucky draw yg second. Bley lak aku yang menang..kui..kui..Haha..tu yang lain tak puas hati tu..Lagi tadi organizer jer yg menang...kehkeh..nasiblah.
Pastu sambung makan balik... pastu diorang request utk game yang satu lagi. Aku tetapkan syarat diorang kena masuk, jgn jadi game yang 1st tadi, membazir beli limau sampai 2 kotak, diorang tak nak main game tu lak.
Game kali ni aku tetapkan..diorang kena carik barang.. Carik 3 bende yang ada di sekeliling resort. Bila dah cukup..kena carik refree kat tepi pantai(aku ler tu..dah aku yg kena organize).
Lepas jer tiup wisel semua bertaburan carik barang yg aku mintak tu...aku pon apa lagi larilah ketepi pantai...Tak lama lepas tu.. mak buyung datang..dengan dipimpin oleh hubby tersayang... yerlah sbb jalan nak ketepi pantai tu curam sikit. Aku dah gelak.... sbb kat belakang tu adalah 2-3 org lain dgn partner memasing. Pantai yang damai tu kecoh seketika dek kerana kebingitan suara kami. Tetiba jadik kecoh sbb persoalkan warna bunga ..purple tu.Aku suruh carik merah..tapi yg ada purple. Aku suruh carik 3 bende bunga warna merah, kulit siput, dan daun pokok Rhu. Gelihati sangat bila memasing sibuk bersuara..tu lum lagi yang tak puashati..sbb partner memasing tolong diorang, kesian yang single la..and cik Owan sbb husband dia kena jaga anak. Hahaha... akhirnya keputusan muktamad dibuat.. semua yg dtg cukup 3 bende tu dikira pemenang...Cik Onie tempat pertama pastu,cik odah,cik Ally Mclaren n lastly Cik Omin.
Setelah keputusan tu..kitaorang bersurai lah..mesti diorg kata apalah bebudak ni wat..buat kecoh kat pantai jer..Haha...seronok sangat moment tu..
Balik semula ke tempat BBQ, hari pun dah lewat..sampaikan hadiah. N berkemas apa yang patut naik ke apartment utk acara malam lak.. RED NIGHTS VALENTINO....wait for part II
Ini lah baby ayin..yang telah menyebabkan smua org kelam kabut
Pertandingan makan limau..memasing mulut penuh...
