***TULUS BERSIH JIWA MU***
Panas terik akhir-akhir ni menyebabkan aku lebih suka duduk diam2 kat rumah mahupun di ofis. Kalau ada hal yg penting2 saja baru keluar. Hari ni pulang lewat skit..sbb pukul 5 ptg pun cuaca masih terik..astaghfirullah...moga Allah mengampuni aku... kalau kat padang mahsyar nanti mesti lagi panaskan...waktu terluang tu aku abiskan baca membaca suratkhabar...sementelah hari ni tak berkesempatan nak baca paper. Pastu solat asar sekali..tunggu samapi kul 6.. sementara tunggu cik T balik dari kerja. Boleh hantar dia balik sekali. Balik tu singgah pasar malam.
Kisah 1
Pulang dari kerja singgah ke pasar malam. Pasar malam dah tukar tempat, tapi still area Tmn T. Okaylah... Setiap kali mengunjungi pasr malam disini..mata ku takan terlepas pandang di stu sudut pasar malam itu mencari sekawan pemain keyboard, berserta iringan alat-alatan muzik yg lain. Tidak lupa juga berserta nyanyian yang kadang kala mengudang kesayuan di jiwa ni. Itulah dia sekumpulan pakcik-pakcik yang berumur 50an..gigih mencari rezeki sekalipon buta, sekalipon tidak mempunyai suara semerdu Ahmad Jais. Aku berbangga kerana mereka tidak hnaya mengemis, meminta simpati..tapi berusaha mencari rezeki yang halal sekalipon hanya berbekal bakat yg tidak seberapa serta alatan muzik yang telah usang. Kadang kala bila aku datang, mereka baru tiba...sayu melihat gelagat mereka yg jalan berpimpin tangan,saling membantu satu sama lain.Sekalipon masing2 tidak mempunyai daya penghlihatan.Kekadang terlanggar kenderaan2 yang di parking tepi jalan.Aku selalu memerhatikan gelagat mereka dari jauh..kenkadang aku rasa mahu berlari menolong mereka..sayu sungguh melihat mereka diusia tua..masih berusaha mencari rezeki..dimanakah anak mereka yang sepatutnya membela nasib mereka. Aku menolong setakat yang termampu..bersedekah seikhlas hati..mungkin hanay sedikit jumlahnya, aku berharap itu dpat membantu.Sesungguhnya setiap manusia dimuka bumi ini mempunyai kelebihan dan kekurangan...Maha Suci Allah..sekuarang-kurangnya mata mereka terlindung dari melihat sebarang kemaksiatan dan kemungkaran...sungguh cekal hatimu itu meneruskan kehidupan ini..walau serba kekurangan mereka redha itulah takdir utk mereka... Hati mereka begitu terang dan bersih..sekalipon realitinya pandangan mereka gelap.
Semoga..pakcik2 buta itu sentiasa berada di bawah lindunganNYA...Amin
Kisah 2
TV3, Buletin Utama, Jam 9 mlm.Anak2 Acheh yang kehilangan ibu bapa dalam ombak Tsunami...Tiap kali berita pasal Tsunami dipaparkan..serasa sampai betapa begitu sekali ciptaanMu. Beratus2 ribu yang menjadi korban. Apakah dosa yang telah mereka lakukan sehingga begitu sekali amarahMU ya Illahi. Sehingga Acheh menjadi padang jarak, lautan lumpur. Dan betapa aku merasa takjub..bila mana ramai anak2 kecil ini terselamat dari becana yang sungguh dahsyat ini. Mereka dikumpulkan ditempat yang selamat. Diberi perlindungan, penempatan dan makan yang cukup. Mereka sungguh tabah, tenang..sekalipon mereka masih sedih atas kehilangan ibu bapa mereka. Sesama mereka sentiasa memberi semangat..Betapa tulus bersih jiwamu...bagaimana sikecil ini boleh terselamat sedangkan ibu bapa mereka entah dimana..Bila terpandangkan wajah2 mereka yang suci ini, yang belum lagi mengerti kehidupan..sayu rasanya. Ditambah lagi..sekalipon kanak tersebut baru berusia 3-4 tahun,yang lelaki pasti berketayap dan yang perempuan pula lengkap bertudung litup..betapa keayuan wajahmu itu menginsafkan aku betapa..bertuahnya aku dibumi Malaysia ini..MasyaAllah....
Ya Allah..jadikanlah aku insan yang kaya dgn sifat mahmudah...Amin..
My Memories
Yang Terindah Hanya Sementara

<< Home