Thursday, February 24, 2005

***TULUS BERSIH JIWA MU***

Panas terik akhir-akhir ni menyebabkan aku lebih suka duduk diam2 kat rumah mahupun di ofis. Kalau ada hal yg penting2 saja baru keluar. Hari ni pulang lewat skit..sbb pukul 5 ptg pun cuaca masih terik..astaghfirullah...moga Allah mengampuni aku... kalau kat padang mahsyar nanti mesti lagi panaskan...waktu terluang tu aku abiskan baca membaca suratkhabar...sementelah hari ni tak berkesempatan nak baca paper. Pastu solat asar sekali..tunggu samapi kul 6.. sementara tunggu cik T balik dari kerja. Boleh hantar dia balik sekali. Balik tu singgah pasar malam.

Kisah 1
Pulang dari kerja singgah ke pasar malam. Pasar malam dah tukar tempat, tapi still area Tmn T. Okaylah... Setiap kali mengunjungi pasr malam disini..mata ku takan terlepas pandang di stu sudut pasar malam itu mencari sekawan pemain keyboard, berserta iringan alat-alatan muzik yg lain. Tidak lupa juga berserta nyanyian yang kadang kala mengudang kesayuan di jiwa ni. Itulah dia sekumpulan pakcik-pakcik yang berumur 50an..gigih mencari rezeki sekalipon buta, sekalipon tidak mempunyai suara semerdu Ahmad Jais. Aku berbangga kerana mereka tidak hnaya mengemis, meminta simpati..tapi berusaha mencari rezeki yang halal sekalipon hanya berbekal bakat yg tidak seberapa serta alatan muzik yang telah usang. Kadang kala bila aku datang, mereka baru tiba...sayu melihat gelagat mereka yg jalan berpimpin tangan,saling membantu satu sama lain.Sekalipon masing2 tidak mempunyai daya penghlihatan.Kekadang terlanggar kenderaan2 yang di parking tepi jalan.Aku selalu memerhatikan gelagat mereka dari jauh..kenkadang aku rasa mahu berlari menolong mereka..sayu sungguh melihat mereka diusia tua..masih berusaha mencari rezeki..dimanakah anak mereka yang sepatutnya membela nasib mereka. Aku menolong setakat yang termampu..bersedekah seikhlas hati..mungkin hanay sedikit jumlahnya, aku berharap itu dpat membantu.Sesungguhnya setiap manusia dimuka bumi ini mempunyai kelebihan dan kekurangan...Maha Suci Allah..sekuarang-kurangnya mata mereka terlindung dari melihat sebarang kemaksiatan dan kemungkaran...sungguh cekal hatimu itu meneruskan kehidupan ini..walau serba kekurangan mereka redha itulah takdir utk mereka... Hati mereka begitu terang dan bersih..sekalipon realitinya pandangan mereka gelap.
Semoga..pakcik2 buta itu sentiasa berada di bawah lindunganNYA...Amin

Kisah 2
TV3, Buletin Utama, Jam 9 mlm.Anak2 Acheh yang kehilangan ibu bapa dalam ombak Tsunami...Tiap kali berita pasal Tsunami dipaparkan..serasa sampai betapa begitu sekali ciptaanMu. Beratus2 ribu yang menjadi korban. Apakah dosa yang telah mereka lakukan sehingga begitu sekali amarahMU ya Illahi. Sehingga Acheh menjadi padang jarak, lautan lumpur. Dan betapa aku merasa takjub..bila mana ramai anak2 kecil ini terselamat dari becana yang sungguh dahsyat ini. Mereka dikumpulkan ditempat yang selamat. Diberi perlindungan, penempatan dan makan yang cukup. Mereka sungguh tabah, tenang..sekalipon mereka masih sedih atas kehilangan ibu bapa mereka. Sesama mereka sentiasa memberi semangat..Betapa tulus bersih jiwamu...bagaimana sikecil ini boleh terselamat sedangkan ibu bapa mereka entah dimana..Bila terpandangkan wajah2 mereka yang suci ini, yang belum lagi mengerti kehidupan..sayu rasanya. Ditambah lagi..sekalipon kanak tersebut baru berusia 3-4 tahun,yang lelaki pasti berketayap dan yang perempuan pula lengkap bertudung litup..betapa keayuan wajahmu itu menginsafkan aku betapa..bertuahnya aku dibumi Malaysia ini..MasyaAllah....

Ya Allah..jadikanlah aku insan yang kaya dgn sifat mahmudah...Amin..

Tuesday, February 22, 2005

***VALENTINOS Six's CELEBRATIONS FREINDSHIP***

Hmm... bila jer menjelang bulan February ni, sejak 6 tahun lalu aku dan teman-teman pasti takan terlupa untuk menyambut satu ulangtahun persahabatan. Jangan salah anggap..kitaorang tak meraikan valentine's day, tapi satu sambutan untuk mengingati betapa kami menghargai persahabtan ini yang telah kian lama terjalin. Perjumpaan sekali setahun ini cukup bermakna utk kami. Sementelah sekarang ni mereka semua terlibat dgn pelbagai komitment...yerlah memasing dah jadik bini orang... ader yang dah ader baby pon.. Cuma tinggal geng dari Jb ni jer yg masih bersendirian...kehkeh.... aku lak tgh tunggu putera katak..meminang.

Saban tahun pada bulan february kami akan berkumpul..mengabiskan masa bersama teman-teman bercerita sepanjang malam...mengumpat, bergosip, mengenang cerita-cerita lama ketika dikolej, mengupdate cerita2 terbaru bersama... dan juga melihat perubahan diri memasing... wakakaka...hakikatnya kami semua tak pernah berubah bila berkumpul bersama-sama tu. Itulah teman-teman yang ku kenali 7 tahun lalu. Pelbagai kenangan manis dan pahit kami lalui bersama. Bergaduh tak usah cerita..asam garam dalam persahabatan..tapi itulah yang merapatkan hubungan kami. Bergaduh..melaser-laser... perkara biasa... kalau nak kutuk..kutuk jer depan2, tu stail kitaorang.. argh ..rindunay aku nak bertemu kalin. Tak sabar nak tunggu 26 & 27 hb ni...rasa cam nak menangis saat ini bila terkenang kan korang.

Hmm...memacam kisah lucu yang kami kongsi bersama.. kalau setakat curi buah..(hish..tak best lah guna perkataan curi..rasa cam berdosa.. sbb buah tu hidup kat sekitar kolej kediaman..abih kalau kitaorang tak petik..busuklah..kan membazir tu..ish..ish) kita pernah petik..buah rambutan..hmmm manis buah rambutan yg kat belakang sedundun tu..tak campur yg dekat court tenis..saban petang bila musim buah jambu air..kat fakulti mekanikal..aku dgn cik ally mclarren mesti tak lupa utk singgah petik jap..ader lagi buah belimbing yang kat bangunna petadbiran..pepetang bila takder orang..tanpa segan silu kami pasti mengutip seberapa banyak yg boleh.. tu lom lagi buah mangga dan buah kuini yang kat belakang rumah felo tu... ish..sodapnya saat itu... hmm buah betik lagi... apa sajer buah yg ader kat dlm u tu,,kitaorang pasti tak lupa nak kibetnya lah...semua ni terbawa2 sampilah.. masa acik odah golang kawin.. ader ker cik ally mclarren ni..leh sibuk lak nak petik buah jambu air.. kat rumah.. orang lain tgh sibuk dgn majlis kawin.. dia sibuk dgn jambu air.. ish..ish dah tua2 pun perangai tak berubah.. itulah istimewanya kami.. kami takpernah berubah..itulah kami dari zaman u samapilah dah keje..dah jadik bini orang pun..camtulah... cuma perangai elok sikitlah.. sbb yg dah jadik bini orang ni kena control sikit..

Waktu sedih..kami kongsi bersama.. waktu aku memerlukan segenap kekuatan, ketika menerima kabar berita kematian ayah tersayang,korang ader disisi aku,memberi sepenuh kekuatan dan membantu sedaya mungkin... Kesedihan yang kutanggung sedikit sebanyak terubat dgn pengorbanan kalian.. aku takan lupa saat itu....

Begitu juga saat aku rasa betapa peritnya kehilangan cinta pertama yang kupertahankan 7 tahun lamanya.. sendu dan tangis ku yg mengegarkan seluruh putrajaya,dimana kalian juga ader disisi menenangkan kan aku,memberi kata nasihat dan semangat. Memujuk agar sendu dan tangis ku terhenti....kasihnya kalian pada ku.... terima kasih yg termat sangat kerana aku dikurniakan teman sebaik kalian.

Monday, February 21, 2005

***WANITA ITU RUMPUT SEMALU***

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda,Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.

Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Thursday, February 17, 2005

***Tenggelamnya Kapal Van Der Vijck***

Setelah baca sinopsis and komen DJW, aku begitu excited nak carik buku ni.. merata carik kat JB ni and kat bandar M. Dan berapa banyak kedai buku aku masuk...tapi tak jumpa gak. Tapi yang pastinya ada kat KL.

Last weekk...my freinds really make me happy. He founded that books kat Alamanda. Tak terucap dengan kata2..Ahh sukanya.. tapi nak tak nak kena g jumpa dia lah kan sbb nak amik buku tu.. Oh god!., aku mmg nak elak jumpa dia.. beriya2 nak jumpa aku..yerlah since dari zaman sekolah sampai laa ni dia tak pernah jumpa aku.. Alaaa..aku segan nak jumpa..sbb sekarang dah gemuk..dah tak lawa... malu nak jumpa...Nanti akan ku fikirkan alasan2 yang bernas untuk elak jumpa dia....then suruh jer dia pos..haha..jahat tak? Orang dah tolong aku wat camtu lak..

ntah..yg pasti.. tak nak jumpa mana2 lelaki...kawan..boley lah..lebih dari tu.. taknak lah for this moment..luka lama terlalu dalam...ahh...tak payah ku fikirkan lagi..biarlah satu masa nanti ingatan tu pasti hilang ditelan sejarah .....Aku berdoa padaNYA setiap masa..agar tiada satu pun yang akan aku ingat..aku tak mahu ianya menjadi duri dalam daging..

Semoga Allah sentiasa melindungi ku...Aminn


***BROKEN HEART***

Hmm..bukan broken heart sbb seseorang.. tapi epal kaca kesayangan pecah berderai. Serangkaian koleksi epal kaca hijau dan merah menjadi hiasan atas meja disudut ruang tamu. Bila petang semalam menerima berita tu dari housemate(sbb dia yg pecahkan) rasa cam nak nangis..takperlah dah pecah nak wat camner. Bukan dia sengaja nak pecahkan....

But once petang tu balik dari kerja bukak jer pintu..rumah... Waargghh... my lovely epal dah pecah berderai... jelas masih disitu..agaknya housemate aku tadi tak sempat nak bersihkan agaknya... Terus aku menangis... cam tengok hati aku yang pecah berderai..ahh sedihnya...tak tau nak gambarkan camner...aku sayang sgt kat koleksi epal tu. Dan pecah satu.. :-(.Hmm..nanti ader masa nak p carik lah..takder orang nak belikan ker?? wakakaka.. saperlah yang ingat kat aku yang sentiasa keseorangan ni.....takder orang peduli pon, takder orang amik berat pon... Takperlah aku kan dah biasakan diri hidup seorang..takperlah nanti aku p carik ganti yang pecah tu(pujuk hati aku sendiri,abih takder orang pujuk..pujuklah sendiri kann)...

Moga aku dikurniakan berkat kesabaran yang berpanjangan...


***SEPI??***

Lately ni..seminggu dua ni..tak tau lah naper hati aku sedih sgt...rasa ngilu sgt kat hati ni. Aku sedih, rasa cam nak nangis jer, makan tak selera, emosi cam tak stabil, asyik nak marah... hmmm selawat bebanyak. Maybe coz menstrual period kot... bisalah tu sakit pompuan tiap bulan. Ingat kat Harry kot?? Yup... i want to stop to rembering u, i want to stop u to appearing in my dream, i want to stop shout yr name... i wants its gone from me... Harry if u read this.. please do..pary for me..agar saya lupa kan awak..saya tak nak ingat apa2 tapi payah sgt...apalah maknanya saya dlm hidup awak lagi..takder papaer..dan tak memberi makna..

Hari ni rasa lagi tak sihat, agaknya sbb banyak sgt minum ais kot, lately ni suka sgt minum ais,ditambah cuaca yang panas..nilah bahananya. Macam nak demam..tekak dah mula rasa sakit. Pastu sakit dada aku dtg balik...cam ditekan2 susah nak nafas. Klu dulu selalu sakit sbb klua malam..tak tahan sejuk. Tapi tak taulah lately ni naper....lagi tadi sakit ... sampai kat ulu hati rasa. Hmm ni mesti bahana bau Ridsect..aku bukan leh bau sgt penyembur racun serangga ni. Tapi housemate suka sgt sembur..jumpa lipas sekor sembur sampai satu rumah..karang lipas tak mati aku lak yg mati keracunan ...

Harap sakit tak berterusan....nanti susah nak wat keje lain..

Maybe aku banyak sgt pk...lebih2 lagi bila mengenangkan ibu dikampung..adik aku yang sorang tu, life aku lagi....ntahlah..yang pastinya aku sedih...tak tau sbb yang nyata..

Ya Allah...tabahkanlah hati hamba mu ini..jadikanlah aku insan yang cekal..


***Isteri Solehah***

Awal malam tadi sempat berborak dengan teman lama. Lama dah tak dengar kabar sejak dia mendirikan rumah tangga bulan 12 yang lepas. Ceria saja mendengarkan suaranya..Hmm celotehnya masih tak berubah..macam dulu gak...gembira sikit bila mendengarkan suara dan cerita bahagianya. Wahh jadik isteri solehah sekarang ni... aku tau kengkawan aku ni..sblm kawin biasala...dgn kenkadang pakai tudung kadang tak...tak tau masak..tak pandai buat keje rumah... Tapi bila dia orang dah kawin..Alhamdulilah memasing jadik isteri solehah..itu yang aku sayang diorang ni...even camner pun... isteri solehah tetap jadi idaman..semuanya menjalankan tanggunjawab sebaiknya...alhamdulilah memasing dah tambah alim..Mungkin ader sesetengah kawan2 kami dulu memandang serong dgn gelagat kami... tapi aku cukup bangga dgn diorang... memanglah kiatorang nampak cam budak jahat dulu.. tapi semakin lama..perangai kami berubah menjadi lebih baik dan kami tak hipokrit pastinya. Tak macam ader orang lain..masa kat U bukan main baik lagi..ader yang bertudunglabuh..sekarang sekali jumpa..tudung mana..baju mana..perangai apatah lagi..."Dont judge a book by its cover!"
Ntah lah pernagai manusia sukar dijangkakan...cuma yang pasti..sentiasa muhasabah diri.

Berbalik pada teman tadi..dia kata sekarang kalau kelua rumah jer mesti pakai tudung. Even just nak ke corridor rumah...wahh baiknya dia, sembahyang pun berjemaah... Alhamdulilah.. nasib baik dia jumpa suami yang dapat membimbingnya kejalan yang diredhai dengan penuh kasih sayang...beruntung dia.

Aku... ntahlah.. tgh tunggu putera katak kot..haha.. impian..pasti ader..pastinya untuk mejadi isteri solehah juga buat yang tersayang.. tapi calon lum jumpa laa... takperlah ..Tuhan tu kan maha mengetahui...biarlah soal jodoh ditentukan olehnya..AMIN...

Monday, February 14, 2005

***CNY HOLIDAY***

Hmm..bestnya cuti lamer.. 5 hari beb..without take any extra leave. Lewat petang selasa aku dah memulakan perjalanan pulang ke bandar M, bersama dgn team cik N seramai 4 org.

Lewat malam samapai di rumah cik N. Dok kami bergelak ketawa tu...sambil makan..baru aku terpersaan sesuatu.. my handbag takder..and i'm so sure that i left it masa aku turun bas tadi..Alamk..parah ni...camner lah leh tetinggal.. Hmm..what should i do..Parah ni... kad bank, pen drive, wallet, n my bag tu sendiri.. the most fovourite handbag..hehe..harga dia jer dekat RM100, nampak buruk jer bag tu..tapi tulah paling aku sayang. It just not only its design, but the materialnya juga memang aku suka..brand VINCCI. Kalau tak ..takderlah beriya-iya aku mengabihkan duit utk beli handbag ni jer...kalau dah suka tu.. apa pun sanggup ku lakukan.Kehkeh..waa.waa... manalah handbag aku...

Hmm..alhamdulilah.. aku bersyukur pada ilahi...nsib baik cik N ader simpan no phone pakcik kat kaunter bas tu, then nasib baik jugalah pakcik tu ader no tepon dreber bas tu.. aku terus call jer pakcik tu n dreber bas tu tanya pasal handbag aku, tapi dia kata tak taulah..sbb tak kemas bas lagi..klu nak tau sok pagilah..

Mlm tu sebelum tdo..aku luangkan masa semayang hajat... dan menginsafi kelalaian aku. Nak tdo mlm tu aku tak henti berselawat... Hmm baru dia tarik sedikit nikmat tu aku dah gelabah.. lom lagi DIA tarik yang lain...betul-betul insaf masatu..

Pagi bangun awal, tido pun tak lena...seawal jam 7.30 pgi..aku dah call pakcik tu.. Wahh!! Suprise.. i'm so lucky..sbb mmg ader pun handbag aku tu.. kat seat aku duduk..tima kasih bebanyak lah....Alhamdulilah ..selesai satu masalah..Klu tak jumpa..mmg banyak masalah lain yg akan timbul tu..

Settle tu cik N rancang nak p Gunung Ledang.. p mandi air terjun.. maleh nak citer sbb nya.. tak best langsung.. dahlah panas, ramai giler orang.. dan memcam lagi insiden lah.. tension maa. Tu lom lagi mak aku wat hal.. adik aku lagi, tayar keta pancit... arh... hmm memacam hal.. pining kepala bibik dibuatnya. elok2 utk berseronok..jadik ntah apa2 ntah..

hari khamis...puasa 1 muharam..yey..yey..dapat puasa sesama dgn mak kat kampung.. bestnya..

Soknya seharian melepek jer aku kat rumah..aku mmg rasa seminggu dua ni cam tak sihat sgt..banyak keje, makan tak selera, emosi tak stabil..berat badan pun turun sampai 1 kilo dalam masa seminggu jer tu. Tapi balik rumah.. dah jumpa mak.. makan mak masak..pastu mak bawak aku g berubat jap..(sakit lamer dtg balik), tdo jer keje...Kejap jer sakit aku baik... pastu naik dah berat aku sampai 1 kilo balik..wakakaka.

Hmm... sabtu patutnya aku ader temujanji..dgn seseorang.. Dia demam lah pulak.. aku ni dah lah tak banyak masa, dia leh demam lak...Hmm.. cainlak kat dia. Aku lak bukan apa, tau next time nanti mesti susah nak jumpa lagi. Or dia sengaja tak nak jumpa aku... i guess so.. sbb tgk kebelakangan ni perangai dia pelik skit... sbb cam dah tak excited nak balas msg aku,call jgn harap ler... I wonder.. what is my mistake... Kecik hati aku lak.. sbb dia wat camtu.. Masa mula2 nak kenal.. bukan main lagi..tiap masa,tiap hari msg aku..tak balas msg siap call tanya naper tak balas, naper tak jawab semua soalan dia... dah tu bila aku dah leh terima nak kawan dgn dia.. dia wat camni lak... Oh Tuhan.. inikah dugaan...?

I'm wondering.. so aku tanya lah.. sbb dia kata dia sajer wat camtu, sbb nak tengok apa reaksi org tu bila lambat balas msg...Rasa cam nak menangis baca msg tu... balas dendam? Ikhlas ker hatinya masa dia kata nak kawan dgn aku tu.. i already explain.. bukan sengaja tak nak balas msg,atau lambat balas.... tapi utk memulakan satu perkenalan dgn seorang bernama lelaki..mmg susah utk aku.. bukan dengan dia sajer.. aku sedar..dgn sesiap sajer, aku akan buat mereka rasa payah utk mengenali aku , mmg sikap aku susah untuk didekati..bukanlah niat jual mahal,cuma mungkin aku terlalu rasa merendah diri,yerlah aku ni tak lawa..biarlah mereka jelas..klu nak kawan dgn aku bkn kerana rupa..tapi sbb hati aku ni.. tapi klu dah ok... aku akan jadi kawan yang baik. But.. belum sampai penghujungnya nampaknya dia dah give-up. Macam main tarik tali lak...awak juga haritu minta diberi peluang...untuk mengenali saya...janganlah wat camni.. hati saya ni baru nak pulih dari luka yg cukup dalam, dan saya ingat awak dapat bantu saya.. tapi camnilak..akhirnya.. takperlah..biarlah dia nak wat apa pun suka hati dia.. dia yg mulakan perkenalan so..klu nak tarik balik..silakan... klu tak nak teruskan perkenalan ini suka hatilah. Aku pun taknak sengsarakan hati ku lagi..

Terima Kasih sbb sudi untuk berkenalan dgn saya.....kalau saya menyakiti awak dulu.. saya minta maaf bebanyak.. mungkin saya tak sedar dah menyakiti hati orang lain..

Sedih hati ini... ku bawa pulang ke JB..sementelah program nak klua dgn dia tak jdik so aku balik awal...actually bos suruh masuk ari sabtu, tapi sbb aku dah kata nak klua dgn dia, even dia tak kasik kata putus confirm atau tak ..aku mintak bos aku ..aku leh dtg on Sunday tak?. Sbb saturday tu nak klua dgn dia... tapi takperlah..manusia merancang TUHAN yang menentukan...

Lewat petang sabtu aku dah sampai di JB. Berakhirlah cuti panjang tu..dgn seribu satu pertanyaan.. yang tiada jawapan...

Aku nak wat diam diri jerlah..maleh den nak pk semua ni...

Leave your messages here...
Name

URL or Email

Messages(smilies)