***Nenek Ti***
Hmm.. semlam lepas abih keje g melawat nenek Ti kat Hospital Sultanah Aminah, keadannya agak kritikal bila dimasukan ke dalam wad Hosp. Pakar Tun Fatimah hari sabtu lepas. Terus dihantar ke HSA pagi ahad tu.
Keadaanya lemah tidak bermaya... sayu aku melihatnya, ada anak dia sedang setia menunggu disitu, Makcik Yati. Aku tak tahulah dia masih ingat pada aku lagi tak.. rasa macam nak menangis lak tengok dia berkeadaan begitu. Darah dia tinggi sangat sampai masuk ke otak. Dan dah terlalu lamer... hingga menyebabkan keadaanya begitu kritikal. Pembedahannya begitu berisiko kerana memandangkan usianya sudah lanjut. Mungkin akan membawa maut jika pembedahan itu dibuat. Sempat berborak seketika dgn makcik Yati. Sebelum pulang.. sempat ku kucup pipi yang dah mengleber tu....rasa kasih ... sekalipon hanya nenek sebelah rumah.. aku selalu melihat dia.. dari kecil hingga skang ni... kasihan pada dia.
Semoga dia selamat dibawah linduganNya
My Memories
Yang Terindah Hanya Sementara

<< Home