***HAPPENING WEEKEND***
Oh yeah... weekend ni kene keje..boring tul.. bos dah kluakan arahan suruh keje, sbb nak kasik weekend next week cuti masa raya haji. Keje jer lah. Wa cuma carik makan.. bos suruh wat apa buat jerlah. Jangan banyak songeh.
***TENGOK MOVIE**
Hmm.. ari Sabtu planning baik nya... nak mkn tengahahri sikitnya jauh kat Leisure Mall. Ader agenda lebih penting daripada lunch kat sana.. nak p tengok movie citer Gengster. Filem ini mengisahkan tentang penyangak2 kat kota metropolitan. Lintah darat. Dari jual dadah,along,skim cepat kaya dan pelumba kereta haram. Best.. taklah sgt sbb terlalu banyak citer yg nak diketengahkan.. so takder citer yang difokuskan.. so terasa hambar.. walaupun citer ni dari segi aksi mmg best. Klu di fokus kan main plot..cam buat citer KL Menjerit tu maybe lagi best.
Mengisahkan tentang percaturan hidup dikota besar. Rosli merupakan seorang peniaga yang mempunyai gerai makan. Tersepit dgn kehidupan kota...dia bertindak menyertai skim cepat kaya. Maka dia bertindak meminjam duit dari Along dgn jumlah amaun yang besar. Walau bagaimanapun dia telah tertipu oleh skim tersebut. Dia tidak mampu untuk membayar semula duit pinjaman itu, along telah bertindak menculik anak dan isterinya sebagai ganti untuk dia melangsaikan hutangnya.
Sementara itu Rizal, seorang pemuda anak hartawan terlibat didalam lumba kereta haram. Ada aksi cabar mencabar didalam scene ni. Dia mencabar Legau seorang juara bertahan. dgn bantuan apek.. Rizal dapat enjin kereta yang dimpikan. Pada akhirnya.. Rizal tidak berpuashati kerana legau telah memenangi pertandingan itu sekalipon dia telah menukar enjinya seperti yang disarankan oleh apek. Rizal berang dan memandu didalam keadaan marah sehingga mengakibatkan kemalangan insan yang tidak berdosa.
Kisah ketiga pula adalah tentang Ria, terlibat didalam penjualan dadah yang didalangi oleh teman lelakinya sendiri iaitu Nala. Ria menjadi tertekan kerana sering jadi mangsa Nala dan merasa bosan dgn kerja tersebut. Sufi seorang pelayan bar sentiasa memerhati Ria menjalankan aktivitinya.. merasa kasihan kerana dia tahu.. Ria hanya dipergunakan oleh Nala. Lama kelamaan timbul rasa kasihan dan berjanji akan menolong Ria untuk melepaskan diri dari Nala. Akhirnya mereka berjaya melarikan diri dari kondo Nala, tapi malangnya mereka dikejar oleh kuncu Nala.
Dalam pada cuba melarikan diri, secara tetiba kereta mereka telah dilanggar oleh Rizal yang sedang memecut laju. Rizal mati ditempat kejadian, begitu jua dgn Sufi dan Ria. Ketika sedang bertarung dgn maut.. Sufi cuba meminta tolong.. Datang Rosli yang sedang kebingungan untuk mendapatkan sejumlah wang untuk membebaskan anak dan isterinya. Kerana terdesak.. Rosli mengambil semua duit Ria.. Ria pula yang berlumuran darah tidak sedar dan tidak berdaya..Kunco2 Nala juga terbunuh dlm kemalangan itu kerana mereka mengikut terlalu dekat dgn kereta yang dipandu Sufi.
Nala pula telah didatangi oleh bekas pekerjanya yang berniat untuk membals dendam... Nala dan kuncunya mati dlm aksi tembak menembak.
Along pula.. mendapat balasannya sendiri akibat kekejamanya terhadap para peminjam. Dia kehilangan anak dan isterinya sekaligus ketika... isterinya dibawa lewat kehospital untuk bersalin.
Moral.. setiap yang jahat.. akan di balas setiap perbuatan mereka. Dan kesilapan mereka akan menyebabkan insan tidak berdosa turut menjadi mangsa.
***MAIN BOWLING***
Best.. lamer tak main.. pepagi housemate kejut suruh bangun sbb lapo..(lapo pn kejut aku..erk..) kawannay pasal pun layan lah.. bawak dia g pasar tani.. beli apa2 yg patut. Pastu yeahh.... punya bersemangat nak main bowling dgn adik angkat. Kami bertiga klua dah lewat sikit. Main Bowling kat S.P. Awal lagi tak ramai orang... Memula main satu game jer... Pergh tak puas hati.. sbb tu baru acara panaskan badan... main lagi satu game... oraits smua puas hati.. aku beselah.. juara masuk longkang.. kehkeh..... apa pun sonok nooo.. lamer tak bersuka ria...
Sepanjang main tu.. dgn housemate.. asyik gelak jer.. apa yg gelihati sgt taktaulah.. ni laa.. klu lamer tak berkumpul... segala aura dah klua... sampai sakit perut bergelak..
Tetiba teringat pesan mak aku.. jgn terlalu suka sgt.. nanti ader berita duka...
Minta2 takderlah.. apa2..... harapnya lah...
My Memories
Yang Terindah Hanya Sementara

<< Home