***HAMPAS SAMPAH KENANGAN......buangkan ia jauh-jauh***
Tirai 2005......ku nanti dgn penuh segala keazaman...mencari sekelumit erti bahgia untuk aku nikmati atas sedikit ruang yang tinggal. Hidup ini terlalu singkat...Tuhan aku bermohon agar segalanya dapat ku lupakan. Biarlah si dia dgn keputusannya sendiri. Hormatilah pilihannya.. redhakanlah pemergiannya... Doaku agar kau sentiasa bahgia.. dan menemui seseorang yang dapat mendambakan kebahgian padamu.
Hari ni aku membaca sebuah artikel yang cukp bermakna, untuk ku memahami...dan sebagai penawar hati ku ketika membuka tirai 2005.. Aku akan tinggalkan segalanya.. termasuklah segalanya di daerah yang menjadi saksi cintaku buat sekian lamanya...
Hakikatnya mmg sukar... untuk kumelupakan. Hati ini seolah2 tersiat sembilu..ketika hati ini cuba untuk tidak mengingatinya lagi. Pertemuan dgn seorang adik angkat..u harap dpt menolongku.. tapi acapkali pula kuserasa airmata ini akan mengalir sesudah berborak atau keluar dgnya. Hati ini digamit2 kenagan tika kluar dgn si dia. Tawa dan senyuman ini tak mampu untuk berikan pd insan lain. Aku seolah tertawa dgn sidia...padahal disiku orang lain. Oh Tuhanku..aku cukup takut dgn perasaan ini... Oh tuhan... bawalah dia jauh dariku..andai itu adalah suratanmu.... aku redha dia bkn miliku..Tapi hati ini terlalu gentar....Tuhan..lindungilah hati mu ini....hatiku terlalu teguh untukmu....
USAH HIDUP MEMBAZIR USIA
Kehilangan orang yang pernah "dimiliki", disayangi dan menyayangi hanya sebahgian kecil daripada pengalaman hidup yang menyebabkan hampas perasaan. Adakalnya ada perkara yang tidak pernah berlaku juga boleh meninggalkan hampas perasaan. Pelik kan? Ada perkara yang kita harap akan berlaku dan merasakan ia "sepatutnya berlaku" tetapi malangnya "tidak pernah berlaku" lalu menyebabkan kita berkabung sepanjang masa. Hidup begini adalah hidup didalam ilusi. Hidup membazir usia.
Seorang ingin jadi juruterbang sejak kecil. Ibu bapa pula memberi dorongan dan sokongan. Buku tentang penerbangan menjadi minat utama. Nampaknya laluan hidup dirancang menuju ke arah citi-cita. Entah bagaimana menyebabkan beberapa perkara sahaja yang menyebabkan dia gagal menjadi juruterbang, tetapi berjaya menjadi jurutera penerbangan.
Menyimpan terus hampas perasaan (kecewa harapan tidak terapai) boleh menjejaskan prestasinya sebgaai jurutera. Alangkah baiknya jika dia meredai apa yang gagal dicapai dan mensyukuri apa yang "dimilikinya" kini. Sikap melepaskan dan meredai apa yang telah berlaku memberinya kekuatan untuk fokus dalam bidang yang ditakdirkan untuknya.
REDA-KEKUATAN DAN KEMAMPUAN MEMBUANG HAPAS PERASAAN
Kemampuan untuk membuang hampas dan sampah persaan hanya dpat dimiliki dengan keyakinan yang mantap kepada Allah. Reda melepaskan apa yang pernah kita miliki, reda dengan kehilangan yang berlaku. Reda dan melepaskan sepenuhnya apa yang ditakdirkan tidak pernah menjadi milik kita, walaupun harapan untuk memilikinya setinggi melangit.
Yakinlah dengan sifat Tuhan yang maha Sempurna. Dia Maha Kaya, perbendaharan ilmu dan kasih sayang-Nya tidak terhad. Dia pernah mendatangkan orang-orang dan barang2 yang kita saynagi dan miliki kali pertama, seterusnya menghilangkanya dari hidup kita. Pasti dia boleh memberikannya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Dia Maha Berkuasa menahan sesuatu daripada berlaku pada kita. Jangan lupa ilmu-Nya Maha luas. Pasti Dia yang Maha Adil dan Maha Penyayang mahu memberikan yang lebih baik untuk kita. Maha Suci Allah dari sebarang sifat cacat dan negatif. Lepaskan segala yang berlaku atau tidak berlaku dan telah berlalu dengan penuh Penyerahan kepadaNya.
Berusahalah mengenali Allah sekenal-kenlanya dengan Tauhid yang tepat. Tidak kenal maka tidak cinta. Jika kenal Allah dengan tepat, pasti kita akan jatuh cinta. Dengan kekuatan cinta kepada Allah, sampah dan hampas perasaan boleh menjadi baja dan santan perasaan akan disyukuri.
HIDUP SENTIASA INDAH
Tinggalkan segala sampah sarap danhampas perasaan bersama perginya 2004 yang tidak mungkin akan kembali. Bawalah santan dari segala peristiwa yang telah berlalu untuk menghadapi 2005 dan tahun2 seterusnya selagi rezeki dan umur masih kita miliki. Hidup akan sentiasa indah dengan fikiran dan perasaan yang lebih bersinar dengan petunjuk dan pimpinan Ilahi. Akrabkan lagi perkenalan dan hubungan dengan Tuhan, pasti akan utuhlah perhubungan kita sesama manusia.
Banyak lagi peristiwa yang akan kita alami, ramai lagi orang-orang yang akan datang dan pergi dalam hidup kita, akan banyak lagi santandan hampas yang akan kita kendalikan. Namun Tuhan tetap satu. Esa tanpa sekutu. Dia Maha Agung dan Maha Sempurna, Maha berkuasa walaupun kita menderhakai-NYA, walaupon kita tidak mahu tunduk dan menyerahkan segala urusan kepada takdir-Nya. DIA tidak pernah memaksa. DIA menawarkan hanya yang terbaik. Anda yang budiman, buatlah pilihan....
-Majalah Nur-Januari 2005-
Pilihan ada di tanganmu...buat pilihan yang sebaiknya..untuk masa depanmu.Yakinlah diluar sana pasti ada insan yang jauh lebih mulia darinya.......Insyallah..kupasti.....
My Memories
Yang Terindah Hanya Sementara

<< Home