Thursday, January 27, 2005

***ERTI BAHAGIA***

Terlalu luas untuk mendefiniskan bahagia.Sejak si dia meninggalkan aku.. aku mencari di segenap hidupku erti bahagia.En Harry.. awak suruh saya mencari kebahgian dengan orang lain. Hari ini awak telah membuka mata saya... kehilangan awak mengajar saya erti bersyukur.. terlalu banyak hikmahnya. En Harry bahagia tidak semestinya kita perolehi dari seseorang yang ber gelar kekasih atau seseorang. Setelah kehilangan awak.. saya lihat betapa luasnya dunia bahagia itu. Ia ada dimana-mana saja sebenarnya.Tapi tika dulu ketika bersama awak.. saya rasa awaklah satu-satunya dunia bahagia saya. Terima Kasih kerana saya sedar kini..bahagia itu ada dimana-mana. Hanya saya perlu membuka mata hati ini untuk melihat bahagia itu.

Saya berasa bahagia dan gembira, tika ini kerana masih ada teman2 disisi yang amat mengasihi saya. Sentiasa mengambil peduli atas apa yang berlaku pada saya, sekalipon ada diantara mereka yg jauh.. tapi kasih mereka sentiasa dihati. Membuatkan mereka tertawa dan gembira cukup sudah membuatkan hati saya puas.Berada disisi mereka disaat mereka memerlukan.. menghulurkan segenap bantuan tika mereka megharapkan.Meluangkan masa bergembira bersama mereka.. tertawa bersama juga satu persaan yang bahagia yang saya kira.
Alhamdulilah... raya haji tahun ni hubungan antara adik beradik..ipar duai makin akrab terasa.Senda gurau,usik mengusik antara ipar duai makin menambah keharmonian rumah sepi ini. Hubungan antara anak-anak buah makin mesra. Saling merindui antara satu sama lain bila lama tidak bersua. Masing-masing pasti tidak sabar untuk bertemu muka. Tawa si ipar duai, adik beradik, anak-anak buah berselangseli dgn tangisan si baby kecil dan juga tangisan anak buah bila ada yang bergaduh.Suasana harmoni.. menyelubungi teratak didesa tercinta ini. Wajah tua si ibu tidak lengkang dengan senyuman kegembiraan melihat keakraban anak menantu dan anak buah. Ya.. En. Harry.. saya amat gembira dengan kurniaan ini. Terlalu sukar untuk digambarkan dgn kata-kata. Allhamdulilah saya masih mempunyai mereka. Selepas awak pergi En. Harry.. segenap perhatian mereka tidak akan lupa pada saya... setiap masalah saya pasti akan mereka dengari. Murung hati ini takan dapat lama disembunyikan. Terlalu banyak jasa mereka dalam hidup saya. Mereka tahu akan derita hati saya .. mereka sentiasa menyokong saya.. mereka takan biarkan saya sendirian..kasihnya abang dan kakak pada si adik..kasihnya adik pada si kakak..dan kasihnya ibu pada si anak...I really love them.. Kasih Sayang mereka merupakan harta yang tidak ternilai.

Mengabdikan diri pada yang Esa juga amatlah membahagiakan.. disitulah ku mendambakan segala yang merengut jiwaku. Disitulah ku merintih saban malam.. meluahkan setiap keluhan dan derita hati ini.Sesungguhnya DIA maha pengampun lagi maha menyayangi... ketenangan,kedamaian...ku pasti kasihku abadi disini.

Di dalam kehidupan ini tidak ada yang sempurna. Kita hanya perlu bersyukur dengan kurniaanya dan dgn itu kita merasa bahagia dan itu akan membuatkan kita sempurna. En Harry.. takperlah.. saya boleh berdiri semula dengan kasih sayang mereka ini. Saya tahu tiba masanya nanti.. ada kebahagian yang lebih abadi menanti saya.. percayalah ada sinar bahagia yang menanti untuk saya. En Harry mungkin bukan awak orang nya.. tapi saya tahu ada orang lain yang akan saya buktikan yang dia berhak untuk saya bahagiakan.

Terlalu lama saya memandang pada pintu sepi itu.. saya tahu ia telah tertutup sekian lama.. tapi saya masih menanti agar satu hari nanti ianya akan terbuka..tapi saya sudah jelas.. disini nampaknya ia memang dah tertutup selama2nya untuk saya.. saya takan berpeluang untuk membukanya..

Nampaknya saya perlu mencari pintu bahagia yang lain.. yang terbuka.. saya takan memandang pintu sepi itu lagi...selamat tinggal pintu sepi..

well En. Harry....lihatlah..betapa luasnya dunia bahagia ini sebenarnya. Saya tidak perlu bimbang..kerana saya tidak bersendirian..kerana saya ada mereka.Saya terima segala ini sebagai ketentuan dariNya yg Esa.. Saya akui kesilapan saya, saya terima ini adaalh balasannya..Dan saban hari saya pasti berdoa untuk awak... agar awak ditemukan dgn seseorang insan yang jauh lebih baik dari saya..yang dapat mendambakan sejuta kebahagian buat awak yang tersayang..

Leave your messages here...
Name

URL or Email

Messages(smilies)