***BINGKISAN KATA DARI SIDIA***
Semalam baru berseronok dengan teman serumah, ketawa tak ingat dunia.. hari ini aku dapat berita sedih. Tulah mak cakap klu suka jgn suka sgt nanti akan berduka pula.
Hening di waktu petang terganggu seketika dgn message yang ditinggalkan oleh En Harry di dalam Yahoo Massenger. Selesai jer solat zohor aku kembali ketempat duduk aku. Mata ku hampir saja tersembul melihat nama yg tertera..aku hampir saja menaggis.. seakan tidak percaya.Setelah sekian lama.. 2 tahun lamanya.. itu jer yang ditinggalkan.. seperti selama ini kasih ku tidak langsung bernilai. Kenapa penantian 2 tahun itu diakhiri dengan messeage yang di tinggalkan di YM tanpa ber balas. Kan bagus kalau dia sudi untuk bertemu muka.. untuk mengatakannya. Kenapa tidak bertindak secara matang.. awak dah dewasa En Harry.. Kenapa cara begitu yang awak pilih..
YM itu benar-benar mengganggu situasi aku pada petang itu. Merengut seketika...kegembiraan aku. Bukan kata-kata yang tertera itu yang membuatkan aku terluka. Kata-kata itu dapat aku terimnya dengan sabar dan saya boleh terimnya dengan hati terbuka En Harry. Saya akur dengan pilihan dan keputusan yang awak buat. Saya boleh terima kenyataan ini..sbb saya sudah belajar terima hakikatnya.. bahawa awak bukan lagi milik saya. Tapi sya benar-benar terluka..kerana cara awak tinggalkan msg di YM itu. Apa salahnya.. awak telefon saya atau bertemu muka dengan saya. Terus dari hati awak. Saya rasa saya langsung tiada nilainya di mata awak. Siapa saya dihati awak 7 tahun lalu.. inikah nilainya saya dimata awak untuk tidak berhak menerima penjelasan yang baiknya. Saya betul2 terluka. Andai awak balas YM saya sekurang2 nya saya tidak terluka sangat...
Sekali lagi petang yang syahdu tu... bergegar dgn sendu ku yang tidak dapat ditahan. Petang tu juga aku isi borang keluar 2 jam. Aku tidak mahu teman-teman diopis mengesan kesedihan hati ini. Aku perlu keluar dari opis ini,sebelum mereka bertanya apa2. Airmata itu ku tidak dapat ditahan lagi.. 2 tahun lalu airmata ini gugur tiada henti.. akibat sendu..luka yang tidak tertahan. Kini ia merengut sekali lagi keriangan dihati ini. Sepanjang perjalanan pulang kerumah air mata ini tidak henti2 mengalir... segala sendu dan luka dihati ini ku hamburkan sepuas2nya... agar dunia ini mendengar.. apa yang ada didalam hati ini. Sampai dirumah.. tangisan ku masih belum terhenti.. terlalu pedih rasanya...aku menangis seperti budak kecil yang kehilangan mainannya.. tangisan ku terus tidak berhenti..hanya ANE(nama patung garfield..peneman setia ku selama 7 tahun) ku peluk erat. Tidak lama selepas itu.. Cik C(housemate) pulang..memangil2 namaku.. dia benar2 terkejut melihat aku menangis sesungguhnya..
"Kenapa ni Y....dah la tu.." dia datang terus memeluk ku... meredakan tangisan ku..
"aku tak pernah tengok ko menangis sampai camni sekali.. kenapa ni?" cik c dah mula risau..ditepuk2 lembut bahu ku.. agar reda tangisan ku..
aku cuba bertenang.. sebenarnya aku bersa malu.. andai ada orang melihat kesedihan hati aku ini.. aku tak nak mereka lihat aku sebagai insan yang lemah..sedikit demi sedikit aku cuba bertenang..mencari segenap kekuatan agar sendu ini terhenti..
"tadi.. I.. YM aku.."
"kenapa.. dia sakit kan hati ko lagi ker..dahlah biar jer lah dia.."
"tak.. dia tak luka hati aku pon... dia dah beri jawapan yang aku tunggu 2 tahun lamanya.. puas sudah aku cuba utk jumpa dia.. berpucuk surat ku tidak di balas.. email aku berkali2 ku hantar..berpuluh msg ku tinggalkan di YM.. hari ini baru dia membalasnya di YM... itu jer, tiada nilaikah perasaan aku ini dimatanya.. kenapa tak face to face.. bercakap secara insan yang matured.. aku betul2 terluka..dengan cara dia tu.."
"dah la..tu.. tak yah ingat.. jom kelua ekk..."
aku mengangguk lemah... betul juga tu baik aku kelua.. aku bukan boleh bersendirian waktu begini.. banyak setan yg menghasut disaat jiwaku lemah...
"tunggu jap ekk.. nak salin baju"
ku basuh muka ku.. emm.. buruknya muka lepas menangis....tukar baju.. pakai tudung.. aku pakai spek itam.. agar.. merah mata ini dapat ku sembunyikan...
Ya Allah...biarlah..segalanya..berlalu pergi.... sendu.. hentilah disini... pasti ada sinar bahagia untuk ku nanti..ku pasti....
My Memories
Yang Terindah Hanya Sementara

<< Home