***ERTI BAHAGIA***
Terlalu luas untuk mendefiniskan bahagia.Sejak si dia meninggalkan aku.. aku mencari di segenap hidupku erti bahagia.En Harry.. awak suruh saya mencari kebahgian dengan orang lain. Hari ini awak telah membuka mata saya... kehilangan awak mengajar saya erti bersyukur.. terlalu banyak hikmahnya. En Harry bahagia tidak semestinya kita perolehi dari seseorang yang ber gelar kekasih atau seseorang. Setelah kehilangan awak.. saya lihat betapa luasnya dunia bahagia itu. Ia ada dimana-mana saja sebenarnya.Tapi tika dulu ketika bersama awak.. saya rasa awaklah satu-satunya dunia bahagia saya. Terima Kasih kerana saya sedar kini..bahagia itu ada dimana-mana. Hanya saya perlu membuka mata hati ini untuk melihat bahagia itu.
Saya berasa bahagia dan gembira, tika ini kerana masih ada teman2 disisi yang amat mengasihi saya. Sentiasa mengambil peduli atas apa yang berlaku pada saya, sekalipon ada diantara mereka yg jauh.. tapi kasih mereka sentiasa dihati. Membuatkan mereka tertawa dan gembira cukup sudah membuatkan hati saya puas.Berada disisi mereka disaat mereka memerlukan.. menghulurkan segenap bantuan tika mereka megharapkan.Meluangkan masa bergembira bersama mereka.. tertawa bersama juga satu persaan yang bahagia yang saya kira.
Alhamdulilah... raya haji tahun ni hubungan antara adik beradik..ipar duai makin akrab terasa.Senda gurau,usik mengusik antara ipar duai makin menambah keharmonian rumah sepi ini. Hubungan antara anak-anak buah makin mesra. Saling merindui antara satu sama lain bila lama tidak bersua. Masing-masing pasti tidak sabar untuk bertemu muka. Tawa si ipar duai, adik beradik, anak-anak buah berselangseli dgn tangisan si baby kecil dan juga tangisan anak buah bila ada yang bergaduh.Suasana harmoni.. menyelubungi teratak didesa tercinta ini. Wajah tua si ibu tidak lengkang dengan senyuman kegembiraan melihat keakraban anak menantu dan anak buah. Ya.. En. Harry.. saya amat gembira dengan kurniaan ini. Terlalu sukar untuk digambarkan dgn kata-kata. Allhamdulilah saya masih mempunyai mereka. Selepas awak pergi En. Harry.. segenap perhatian mereka tidak akan lupa pada saya... setiap masalah saya pasti akan mereka dengari. Murung hati ini takan dapat lama disembunyikan. Terlalu banyak jasa mereka dalam hidup saya. Mereka tahu akan derita hati saya .. mereka sentiasa menyokong saya.. mereka takan biarkan saya sendirian..kasihnya abang dan kakak pada si adik..kasihnya adik pada si kakak..dan kasihnya ibu pada si anak...I really love them.. Kasih Sayang mereka merupakan harta yang tidak ternilai.
Mengabdikan diri pada yang Esa juga amatlah membahagiakan.. disitulah ku mendambakan segala yang merengut jiwaku. Disitulah ku merintih saban malam.. meluahkan setiap keluhan dan derita hati ini.Sesungguhnya DIA maha pengampun lagi maha menyayangi... ketenangan,kedamaian...ku pasti kasihku abadi disini.
Di dalam kehidupan ini tidak ada yang sempurna. Kita hanya perlu bersyukur dengan kurniaanya dan dgn itu kita merasa bahagia dan itu akan membuatkan kita sempurna. En Harry.. takperlah.. saya boleh berdiri semula dengan kasih sayang mereka ini. Saya tahu tiba masanya nanti.. ada kebahagian yang lebih abadi menanti saya.. percayalah ada sinar bahagia yang menanti untuk saya. En Harry mungkin bukan awak orang nya.. tapi saya tahu ada orang lain yang akan saya buktikan yang dia berhak untuk saya bahagiakan.
Terlalu lama saya memandang pada pintu sepi itu.. saya tahu ia telah tertutup sekian lama.. tapi saya masih menanti agar satu hari nanti ianya akan terbuka..tapi saya sudah jelas.. disini nampaknya ia memang dah tertutup selama2nya untuk saya.. saya takan berpeluang untuk membukanya..
Nampaknya saya perlu mencari pintu bahagia yang lain.. yang terbuka.. saya takan memandang pintu sepi itu lagi...selamat tinggal pintu sepi..
well En. Harry....lihatlah..betapa luasnya dunia bahagia ini sebenarnya. Saya tidak perlu bimbang..kerana saya tidak bersendirian..kerana saya ada mereka.Saya terima segala ini sebagai ketentuan dariNya yg Esa.. Saya akui kesilapan saya, saya terima ini adaalh balasannya..Dan saban hari saya pasti berdoa untuk awak... agar awak ditemukan dgn seseorang insan yang jauh lebih baik dari saya..yang dapat mendambakan sejuta kebahagian buat awak yang tersayang..
My Memories
Yang Terindah Hanya Sementara
Thursday, January 27, 2005
Wednesday, January 26, 2005
***HARI RAYA AIDILADHA***
Wah.. bestnya cuti lamer kat kampung.. 6 hari. Hari khamis pepagi aku dah keluar rumah. Hmm.. malangnya bas penuh.. terpaksalah aku berhimpit2 naik bas tu.. apakan daya ni lah malangnya kalau takder kenderaan sendiri. Diatas bas sana.. bertemu pula dengan kenalan lama disekolah masa kat kampung... lamer kami bercerita panjang.. dari satu citer kesatu citer. Biasalah kisah berkisar.. teman2 sekampung.. dah kawin belum.. ada kat mana,kerja kat mana.. rancak kami berborak.. tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yang penuh dgn sendat dengan penumpang.
Perjalanan terasa agak lamer.. ditambah lagi dengan jumlah penumpang yang ramai.. serta kesesakan jalan raya akibat ramai orang yang sedang berpusu-pusu untuk pulang kekampung halaman ditambah lagi beberapa kereta rosak ditengah jalan..Lambat kami akan tiba L.C. Alhamdulilah sebelum kul 10.00 pg kami tiba disana. Nasib baik sempat teman tadi mengejar bas nya yang dijadualkan kan jam 10.00pg. Aku lak.. terkial2 mencari bas balik menuju kekampung. Argh.. parah.. tiket tak ambik awal.. tula... Semua bas jam 12.00tgh, 1.30ptg,2.00ptg. Aku bergerak dari satu kaunter ke satu kaunter yang lain. Ahh.. dihujung kaunter bas disana..aku lihat bas paling awal.. jam 11.00pg. Alhamdulilah.. tidak lah terlalu lamer aku perlu menunggu, ada lah..jarak lebih kurang 1 jam.. dapat lah aku mengisi masa dengan breakfast. Selesai urusan memebeli tiket.. aku pergi ke food court.. menjamu selera.. lapo giler. Aku konon order soto nasi.. tapi.. aku dapat soto mee lak.. alamak... camner lah boleh salah. Aku mana leh makan mee kuning tu.. bahaya..alergik nanti sakit perut. Aku belek2 mee tu, terkelip2 mata aku.. nak makan ker tak nak.. teringat lak.. betapa aku ni...cerewet makan ketika dulu.. sampai member2 complain dgn sikap aku.. tu. Kalau dulu org salah anta order .. aku suruh jer tukar..menu. Tapi kini.. i have to be change... Jadik aku pon decide makan jerlah.. Separuh mee tu aku mkn.. aku dah terasa pedih perut.. Alamak.. nilah penyakitnya yg menyebab kan aku jadik cerewet bila makan orang salah anta order... Ahh.. pedihnya perut... ni macam petanda kena gastrik ni..Sabor jerlah... dok jap kat kdai tu.. harap leh tahan sampai balik rumah.
Jam 11.00pg bas mula bergerak.. sepanjang jalan perut aku pedih.. sesekali-kali memulas2 ..rasa cam nak nangis.. Sampai di Bandar M, aku mintak seseorang menjemput aku. Kalau boleh aku tak nak dia jemput.. tapi keadaan aku ketika itu.. tak larat untuk ku berjalan jauh..Sampai disana aku solat zohor dulu semetara tunggu H sampai. Hmm puntcual dia datang.. 2 minit sblm kul 2 dia dah sampai. Terpakslah dia tunggu aku lak.. sbb aku lom selesai semayang. Hmm.. tak lamer pastu.. di kejauhan aku dah nampak dia.. sedang tersenyum menunggu kedatangan aku. Pastu tu.. aku mintak dia hantar aku kat Cosmopoint jap.. antar borang mintak keje kat situ. Then aku terus pulang kerumah.. tak larat tunggu lamer..pedih sangat rasa nya perut aku ni. Didalam keta aku banyak mendiamkan diri... bukan apa aku sibuk menahan sakit perut. H pun heran sbb kalau tak, mulut aku ni yang tak berhenti2 bercakap. Sblm sampai rumah aku pesan pada adik.. H anta aku balik.. pesan pada mak yg H anta, takut mak bising.. aku minta H anta sbb aku masa tu sakit perut, tak larat nak naik bas. Sampai dirumah.. mak ajak H masuk.. Nasib baik mak tak g soal siasat. Lega hati aku... bukan apa.. aku ni kawan jer dgn dia.. no heart feeling la...karang kalau macam-macam tanya pening aku..
Aidil Adha kali ini kami sekeluarga menyambutnya dengan gembira. Terasa benar keakraban antara kami adik beradik, ipar duai. Bukan apa sebelum ni tak lah camni sangat. Mungkin sbb Kakak ipar..perlukan masa yg lamer untuk serasi dgn keluarga ni. Aku adalah insan yg paling gembira melihat keharmonian ini. Terasa amat gembira dan bahagia.. sbb ada abang2 yg penyayang dan juga ada kakak ipar yang caring dan tak ku bezakan dgn kakak ku sendiri. Mereka tempat ku mengadu nasib. Hmm.. kakak ipar tak segan silu bergosip bersama2 ..kehkeh.. Banyak lah citer yg kami kongsi. Yup.. mungkin sbb smua kakak ipar ku educated.. they all smua bekerja.. yg sorang tu engineer, guru agama, akauntan, dan sorang lagi..aku tak sure dia keje apa. Usik mengusik.. senda gurau... silih berganti antara kami. Anak-anak buah.. pula mereka tak sabar bertemu muka antara satu sama lain..seronok tengok diorang main sesama. Sesekali aku jadik tarzan.. bila diorang wat jahat.. hmmm..garang aku ni.. I'm so happy with this family..I love them so much....Aku harap suasana ni akan berkekalan hendaknya. Mudah-mudahan..
Dalam suasana gembira ada juga perkara lucu yang berlaku. Kakak ipar merajuk??.. kehkeh aku tak pernah ader kakak ipar yg merajuk. Aku dgn kakak dan kakak ipar yg lain hanya memandang antara satu sama lain sambil tersenyum penuh makna. Mungkin kakak aku ni manja sikit kot. Umur dia sebaya aku. Biasalah.. klu dah reramai ni.. bila time makan jadik huru hara sikit. Masa tu lak aku lum sempat hidang kan makanan.. diorang dah terkam dulu. Kakak ipar aku yg sorang ni.. ntah kenapa tetiba jer naik atas rumah.. tak nak makan.. serabut dia kata dgn suasana begitu. Hahahaha... kak oi.. org lain boleh jer.. takan nak pk diri sendiri jer.. Yang kesianya mak aku.. dia rasa amat bersalah sangat sbb.. knapa kakak ipar aku tak jadik mkn.. laynan yg tak cukup sempurna ke?... Aku senangkan hati mak.. biarlah mak... dia manja kot,kejap jer dia merajuk tu.. takperlah next time nanti aku akan siapkan mkn dengan sempurna. Last tu dia turun makan gak.. sbb mak dah pujuk suruh makan. Mak pujuk dengan lemah lembut sekali. Nasib baik dia nak turun makan, tapi makan sambil menangis. hmm... aku dgn adik dikerah dgn mak utk temankan dia mkn.. diam jer tak berani nak tegur.. biarkan jer kakak aku tu...Hahaha... bila dia selesai makan.. aku dgn adik.. heboh lah bercerita pasal insiden tu..kehkeh... hishh.. ngada2nya kakak ipar aku yg sorang ni... Klu ketiga2 kakak ipar aku yang lain tu berperangai camni.. mau parah aku dibuatnya.
Wednesday, January 19, 2005
***SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA***
Hari raya hampir menjelma.. tiada apa2 persiapan. Ntahlah.. sbb umur makin meningkat.. so tiada apa2 untuk di raikan. Cuma pulang kekampung halaman bertemu ahli keluarga tersayang.
Sebenarnya ader berita duka.. baru2 ni. Aku tidak dapat meluahkanya. Hanya airmata peneman sepi ini. Nantilah aku akan carik ruang masa untuk meluahkanya. Agak sibuk 2-3 hari ini dengan kerja. Yerlah sok aku dah start cuti seminggu. Sajer amik cuti lamer.. untuk tenangkan hati yang terluka ini. Segalanya adalah dibawah ketentuannya.. aku redha.. dgn apa yg terjadi.. mungkin kau telah ditakdirkan bukan jodoh untuku, sekalipon rasa cinta terlalu sukar untuk ku ketepikan... semoga kau berbahgia.
Selamat Hari Raya Aidiladha pada teman2 sekelian.
Monday, January 17, 2005
***BINGKISAN KATA DARI SIDIA***
Semalam baru berseronok dengan teman serumah, ketawa tak ingat dunia.. hari ini aku dapat berita sedih. Tulah mak cakap klu suka jgn suka sgt nanti akan berduka pula.
Hening di waktu petang terganggu seketika dgn message yang ditinggalkan oleh En Harry di dalam Yahoo Massenger. Selesai jer solat zohor aku kembali ketempat duduk aku. Mata ku hampir saja tersembul melihat nama yg tertera..aku hampir saja menaggis.. seakan tidak percaya.Setelah sekian lama.. 2 tahun lamanya.. itu jer yang ditinggalkan.. seperti selama ini kasih ku tidak langsung bernilai. Kenapa penantian 2 tahun itu diakhiri dengan messeage yang di tinggalkan di YM tanpa ber balas. Kan bagus kalau dia sudi untuk bertemu muka.. untuk mengatakannya. Kenapa tidak bertindak secara matang.. awak dah dewasa En Harry.. Kenapa cara begitu yang awak pilih..
YM itu benar-benar mengganggu situasi aku pada petang itu. Merengut seketika...kegembiraan aku. Bukan kata-kata yang tertera itu yang membuatkan aku terluka. Kata-kata itu dapat aku terimnya dengan sabar dan saya boleh terimnya dengan hati terbuka En Harry. Saya akur dengan pilihan dan keputusan yang awak buat. Saya boleh terima kenyataan ini..sbb saya sudah belajar terima hakikatnya.. bahawa awak bukan lagi milik saya. Tapi sya benar-benar terluka..kerana cara awak tinggalkan msg di YM itu. Apa salahnya.. awak telefon saya atau bertemu muka dengan saya. Terus dari hati awak. Saya rasa saya langsung tiada nilainya di mata awak. Siapa saya dihati awak 7 tahun lalu.. inikah nilainya saya dimata awak untuk tidak berhak menerima penjelasan yang baiknya. Saya betul2 terluka. Andai awak balas YM saya sekurang2 nya saya tidak terluka sangat...
Sekali lagi petang yang syahdu tu... bergegar dgn sendu ku yang tidak dapat ditahan. Petang tu juga aku isi borang keluar 2 jam. Aku tidak mahu teman-teman diopis mengesan kesedihan hati ini. Aku perlu keluar dari opis ini,sebelum mereka bertanya apa2. Airmata itu ku tidak dapat ditahan lagi.. 2 tahun lalu airmata ini gugur tiada henti.. akibat sendu..luka yang tidak tertahan. Kini ia merengut sekali lagi keriangan dihati ini. Sepanjang perjalanan pulang kerumah air mata ini tidak henti2 mengalir... segala sendu dan luka dihati ini ku hamburkan sepuas2nya... agar dunia ini mendengar.. apa yang ada didalam hati ini. Sampai dirumah.. tangisan ku masih belum terhenti.. terlalu pedih rasanya...aku menangis seperti budak kecil yang kehilangan mainannya.. tangisan ku terus tidak berhenti..hanya ANE(nama patung garfield..peneman setia ku selama 7 tahun) ku peluk erat. Tidak lama selepas itu.. Cik C(housemate) pulang..memangil2 namaku.. dia benar2 terkejut melihat aku menangis sesungguhnya..
"Kenapa ni Y....dah la tu.." dia datang terus memeluk ku... meredakan tangisan ku..
"aku tak pernah tengok ko menangis sampai camni sekali.. kenapa ni?" cik c dah mula risau..ditepuk2 lembut bahu ku.. agar reda tangisan ku..
aku cuba bertenang.. sebenarnya aku bersa malu.. andai ada orang melihat kesedihan hati aku ini.. aku tak nak mereka lihat aku sebagai insan yang lemah..sedikit demi sedikit aku cuba bertenang..mencari segenap kekuatan agar sendu ini terhenti..
"tadi.. I.. YM aku.."
"kenapa.. dia sakit kan hati ko lagi ker..dahlah biar jer lah dia.."
"tak.. dia tak luka hati aku pon... dia dah beri jawapan yang aku tunggu 2 tahun lamanya.. puas sudah aku cuba utk jumpa dia.. berpucuk surat ku tidak di balas.. email aku berkali2 ku hantar..berpuluh msg ku tinggalkan di YM.. hari ini baru dia membalasnya di YM... itu jer, tiada nilaikah perasaan aku ini dimatanya.. kenapa tak face to face.. bercakap secara insan yang matured.. aku betul2 terluka..dengan cara dia tu.."
"dah la..tu.. tak yah ingat.. jom kelua ekk..."
aku mengangguk lemah... betul juga tu baik aku kelua.. aku bukan boleh bersendirian waktu begini.. banyak setan yg menghasut disaat jiwaku lemah...
"tunggu jap ekk.. nak salin baju"
ku basuh muka ku.. emm.. buruknya muka lepas menangis....tukar baju.. pakai tudung.. aku pakai spek itam.. agar.. merah mata ini dapat ku sembunyikan...
Ya Allah...biarlah..segalanya..berlalu pergi.... sendu.. hentilah disini... pasti ada sinar bahagia untuk ku nanti..ku pasti....
Sunday, January 16, 2005
***HAPPENING WEEKEND***
Oh yeah... weekend ni kene keje..boring tul.. bos dah kluakan arahan suruh keje, sbb nak kasik weekend next week cuti masa raya haji. Keje jer lah. Wa cuma carik makan.. bos suruh wat apa buat jerlah. Jangan banyak songeh.
***TENGOK MOVIE**
Hmm.. ari Sabtu planning baik nya... nak mkn tengahahri sikitnya jauh kat Leisure Mall. Ader agenda lebih penting daripada lunch kat sana.. nak p tengok movie citer Gengster. Filem ini mengisahkan tentang penyangak2 kat kota metropolitan. Lintah darat. Dari jual dadah,along,skim cepat kaya dan pelumba kereta haram. Best.. taklah sgt sbb terlalu banyak citer yg nak diketengahkan.. so takder citer yang difokuskan.. so terasa hambar.. walaupun citer ni dari segi aksi mmg best. Klu di fokus kan main plot..cam buat citer KL Menjerit tu maybe lagi best.
Mengisahkan tentang percaturan hidup dikota besar. Rosli merupakan seorang peniaga yang mempunyai gerai makan. Tersepit dgn kehidupan kota...dia bertindak menyertai skim cepat kaya. Maka dia bertindak meminjam duit dari Along dgn jumlah amaun yang besar. Walau bagaimanapun dia telah tertipu oleh skim tersebut. Dia tidak mampu untuk membayar semula duit pinjaman itu, along telah bertindak menculik anak dan isterinya sebagai ganti untuk dia melangsaikan hutangnya.
Sementara itu Rizal, seorang pemuda anak hartawan terlibat didalam lumba kereta haram. Ada aksi cabar mencabar didalam scene ni. Dia mencabar Legau seorang juara bertahan. dgn bantuan apek.. Rizal dapat enjin kereta yang dimpikan. Pada akhirnya.. Rizal tidak berpuashati kerana legau telah memenangi pertandingan itu sekalipon dia telah menukar enjinya seperti yang disarankan oleh apek. Rizal berang dan memandu didalam keadaan marah sehingga mengakibatkan kemalangan insan yang tidak berdosa.
Kisah ketiga pula adalah tentang Ria, terlibat didalam penjualan dadah yang didalangi oleh teman lelakinya sendiri iaitu Nala. Ria menjadi tertekan kerana sering jadi mangsa Nala dan merasa bosan dgn kerja tersebut. Sufi seorang pelayan bar sentiasa memerhati Ria menjalankan aktivitinya.. merasa kasihan kerana dia tahu.. Ria hanya dipergunakan oleh Nala. Lama kelamaan timbul rasa kasihan dan berjanji akan menolong Ria untuk melepaskan diri dari Nala. Akhirnya mereka berjaya melarikan diri dari kondo Nala, tapi malangnya mereka dikejar oleh kuncu Nala.
Dalam pada cuba melarikan diri, secara tetiba kereta mereka telah dilanggar oleh Rizal yang sedang memecut laju. Rizal mati ditempat kejadian, begitu jua dgn Sufi dan Ria. Ketika sedang bertarung dgn maut.. Sufi cuba meminta tolong.. Datang Rosli yang sedang kebingungan untuk mendapatkan sejumlah wang untuk membebaskan anak dan isterinya. Kerana terdesak.. Rosli mengambil semua duit Ria.. Ria pula yang berlumuran darah tidak sedar dan tidak berdaya..Kunco2 Nala juga terbunuh dlm kemalangan itu kerana mereka mengikut terlalu dekat dgn kereta yang dipandu Sufi.
Nala pula telah didatangi oleh bekas pekerjanya yang berniat untuk membals dendam... Nala dan kuncunya mati dlm aksi tembak menembak.
Along pula.. mendapat balasannya sendiri akibat kekejamanya terhadap para peminjam. Dia kehilangan anak dan isterinya sekaligus ketika... isterinya dibawa lewat kehospital untuk bersalin.
Moral.. setiap yang jahat.. akan di balas setiap perbuatan mereka. Dan kesilapan mereka akan menyebabkan insan tidak berdosa turut menjadi mangsa.
***MAIN BOWLING***
Best.. lamer tak main.. pepagi housemate kejut suruh bangun sbb lapo..(lapo pn kejut aku..erk..) kawannay pasal pun layan lah.. bawak dia g pasar tani.. beli apa2 yg patut. Pastu yeahh.... punya bersemangat nak main bowling dgn adik angkat. Kami bertiga klua dah lewat sikit. Main Bowling kat S.P. Awal lagi tak ramai orang... Memula main satu game jer... Pergh tak puas hati.. sbb tu baru acara panaskan badan... main lagi satu game... oraits smua puas hati.. aku beselah.. juara masuk longkang.. kehkeh..... apa pun sonok nooo.. lamer tak bersuka ria...
Sepanjang main tu.. dgn housemate.. asyik gelak jer.. apa yg gelihati sgt taktaulah.. ni laa.. klu lamer tak berkumpul... segala aura dah klua... sampai sakit perut bergelak..
Tetiba teringat pesan mak aku.. jgn terlalu suka sgt.. nanti ader berita duka...
Minta2 takderlah.. apa2..... harapnya lah...
Thursday, January 13, 2005
***DISUDUT ITU AKU BERDIRI SEPI***
Semalam tetkala kebosanan aku mangambil peluang untuk berborak dgn Cik mai. Terasa lamer dah tak berjumpa dengan dia. Dia gembira sebab tengok aku happy sekarang. Hmm hakikatnya hati ini terlalu sunyi mai. Tapi takan selamanya nak bersedih, so aku akan buat perkara2 yang membuatkan aku bahgia. Mai... takder apa yang lebih penting sekarang ni,cuma aku akan happy klu buat orang lain rasa happy dan bahgia. Cukup gembira kalau tengok orang lain tersenyum. Itu jer dah cukup untuk aku, aku takan minta-minta lebih2. Syukur diatas kurniaannya...masih memberikan aku peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Sesekali hati kecil ini menangis... kan ku pujuk supaya hati ini tidak terluka lagi. Terlalu lamer aku menghukum hati sendiri.. Akan aku berikan sedikit ruang untuk hati ini merasa bahgia. Sekalipon diri ini masih sendiri.. tapi aku akan pastikan hati ini...gembira, Menziarahi... orang sakit..memberikan mereka kekuatan... memberikan aku kepuasan, dapat menolong seorang hamba Allah nun jauh ditanah air yang memerlukan bantuan kewangan juga cukup mengembirakan aku, sekalipon hanya membaca ceritanya di dalam majalah Anis..aku tahu..mungkin dengan menabur bakti begini lebih membahgiakan aku. Andai ada hadirnya cinta nanti ..biarlah dia datang dengan keredhaan..dan ketentuannya.
Ya..Allah berikan lah aku segenap kekuatan ini..Aminn.
Takan ku ulangi sampai akhir nanti.. cukup derita ku sampai disini.
langkah tanpa arah.. sesat dijalan yang terang
ingin pulang membalut luka hatimu..
ku pun tahu betapa perit batinmu
berikan kesempatan.. atau jatuhkan hukuman
andai maaf pun tak kau berikan..
airmata tulus jatuh disudut bibirmu
tidak terlintas dendam
aku yg merasa sgt berdosa padamu..
masih pantas kah ku mendampigimu
Wednesday, January 12, 2005
***Nenek Ti***
Hmm.. semlam lepas abih keje g melawat nenek Ti kat Hospital Sultanah Aminah, keadannya agak kritikal bila dimasukan ke dalam wad Hosp. Pakar Tun Fatimah hari sabtu lepas. Terus dihantar ke HSA pagi ahad tu.
Keadaanya lemah tidak bermaya... sayu aku melihatnya, ada anak dia sedang setia menunggu disitu, Makcik Yati. Aku tak tahulah dia masih ingat pada aku lagi tak.. rasa macam nak menangis lak tengok dia berkeadaan begitu. Darah dia tinggi sangat sampai masuk ke otak. Dan dah terlalu lamer... hingga menyebabkan keadaanya begitu kritikal. Pembedahannya begitu berisiko kerana memandangkan usianya sudah lanjut. Mungkin akan membawa maut jika pembedahan itu dibuat. Sempat berborak seketika dgn makcik Yati. Sebelum pulang.. sempat ku kucup pipi yang dah mengleber tu....rasa kasih ... sekalipon hanya nenek sebelah rumah.. aku selalu melihat dia.. dari kecil hingga skang ni... kasihan pada dia.
Semoga dia selamat dibawah linduganNya
Tuesday, January 11, 2005
***SEMOGA SELAMAT***
Walau seketika saja aku pulang ker kampung kelmarin, pelbagai kisah menarik yang terjadi.. sedih dan gembira. Petang tu bila selesai.. celebrate besday mak, tengah berehat2, borak2 dgn mak.. tetiba kami dikejutkan suara org lelaki memberi salam dilewat petang. Oooo jiran sebelah rumah... minta mak dtg kat rumah.. tolong tengokan nenek Ti kat rumah. Ermm.. ada yang tak kena. Usianya sudah menjangkau 80 tahun...Mungkin sesuatu telah terjadi. Mak capai jer tudung... tak menyempat cakap apa2 mak dah samapi kat rumah sebelah. Aku kan perihatin orangnya.. apa lagi.. aku capai tudung.. terus g rumah sebelah...tapi..pakai seluar jeans..ahh tak kisahlah g jer..takan nak tukar baju lak..
Subhanallah .... ku lihat disana nenek Ti terlantar, tidak bermaya... Matanya yang terbuka itu memandang kosong kearah kami.. Mak yang terlebih dulu terus menepatkan diri disebelah kiri nenek Ti, membelai kepalanya dan tak putus-putus mengajak membaca.. istighfar..mengucap. Disebelah kanan nenek Ti, kakak yang setia... rumah nya hanya bersebelahan..teman dikala kesunyian diwaktu petang..tempat berbicara...diusia senja. Si kakak tak sudah2 menepuk2 lembut wajah nenek Ti..dan melaungkan perkataan Allah... sekali sekala dia mencium pipi si adik yang sejuk dgn penuh kasih sayang. Aduhai.. kasihnya kakak pada si adik......
Aku yang baru tiba.. terus duduk di hujung kaki. Kelihatan nenek Ti agak nazak.... nafasnya berkroh... hujung kaki... hujung tangan, mukanya.. sejuk..sesejuknya..seperti tiada darah yg mengalir.. kupicit-picit hujung jari kakinya.. ku lumurkan minyak panas.... sedih ku lihat keadaan nenek Ti, teringat pada arwah atuk..aku ader disisinya.. ketika dia nazak... Insaf seketika... Ya..Allah andai nanti klu ibu ku berkeadaan begini..aku harap.. aku yang akan memangkunya.. berada disisinya...
Lamer dia berkeadaan begitu... anak2nya baru dimaklumkan kan tentang keadaannya... aku pula dikerah untuk memangil jiran2 terdekat yg lain... sbb keadaanya amatlah.... menyedihkan ..seolah-olah sedang nazak... Jefri and Ana.. cicit yang berusia 2tahun & 3tahun itu belum mengerti apa-apa, turut setia berada dekat pada moyang mereka.. duduk memerhati..seolah2 mengerti derita yang dilaluinya...
Aku tidak henti2 memicit kakinya... untuk memastikan.. kakinya tidak terlalu sejuk.. ku pakaikan stoking. Anak lelakinya menyuapkan ..air suam.... kelihatan.. dai macam sedar.... tak lamer kemudian.. bubur nasi disuapkan... nampaknya sudah ader tindak balas.. lega aku melihat perubahan itu. Kakinya pon sudah tidak sesejuk tadi. Waktu maghrib sudah menjengahkan diri... melihat nenek Ti keadaannya sudah bertambah positif.. aku pon.. minta utk beransur pulang. Tak manis rasanya..aku pakai T-shirt n jeans... duk kat tengah2 tu.. ader lak sedara mara dia. Aku pon beransur pulang.... nampak dah ok..tu
Monday, January 10, 2005
***Bersyukur...***
Hmm.. weekend ni cadang nak balik kg. Mintak cuti sabtu..sbb minggu ni sabtu keje. Tapi bos mintak masuk keje ari Ahad tu kul 2 ptg... Pergh..sabor jerlah aku... nak balik cuti pon payah. Takperlah.. tak yah berkira sangat.... satu hari nanti kalau aku dah takder.. baru dia tau betapa pentingnya aku ni kat opis ni...Tu aku kena harus bersyukur.. sbb masih lagi berkerja kan...
Balik saing cik N, tapi cik N, mlm jumaat tu mintak teman dia kat hostel. Sok pepagi lepas subuh dh bangun... tetapi seawal pagi sabtu tu.. huajn turun membasahi bumi tanpa henti..Masyallah.. Harus aku bersyukur atas kurniaanya... tak sepatutnya aku merungut hujan tak henti. Sudahnya dlm kul 10.00pg tu aku suruh cik N bersiap.. by hook or by crook... sblm kul 12tgh aku mesti nak balik gak. Amik cab balik rumah... bersiap apa yg patut...Hujan masih turun lagi... macam sedih sgt harini.. sbb hujan turun tak henti. Tunggu bas depan rumah sambil berpayung...5minit..10 minit.. hmm.. bas takder.. call cab lah.. tapi punyalah mahal dia caj, ader ker sampai RM12.00. Tak lamer tu cik N kata.. eh ader bas kuning lah(bas yg terus ker larkin dari depan rmh aku). Tulahh.... tak sabar.... apapun kita buat.. hendaklah banyak bersabar , jgn terburu2.
Sampai di Larkin, dlm 1.15ptg, dpt tiket kul 1.30ptg.. dapat seat paling belakang skali.. tu pun harus bersyukur.. sbb dapat seat... Mengekek2 aku naik dgn cik N... Sbb tmpat dok blakang tu agak bahaya.. siap org naik leh jatuh sbb kedudukanya sebelah tangga...Bersykurlah... sbb tu lah satu2nya bas yg tinggal .. sbb yg lain smua kul 2.
Sampai tol Pagoh lebih kurang kul 3.45ptg.. adik dan mak dah sedia menanti. Bersyukur kerana ada mak dgn adik yg tahan melayan kerenah aku ni yg manja mengalahkan anak bungsu. Balik berjemput..pergi berhantar. Senangkan.. Alhamdulilah. Degil2 dia tulah adik aku sorang...rajin tolong aku.... Bersyukurlah.
Ajak adik g pekan BG. Mak beli apa ntah.. ajak adik singah kedai kek... nak celebrate besday mak... 1/1/44. Alhamdulilah.. umur mak 61tahun.. mak masih sihat. Masih gagah untuk kupeluk ku cium..masih rajin melayan kerenah aku....Yang penting masih ada tempat untuk ku bermanja. Balik singgah nusery.... ajak mak beli pokok bunga.. pilihlah apa yg mak suka.. utk hadiah hari jadi. Mak tersenyum gembira.... patutlah nak sangat balik... yer mak.. apa sajer untuk mak.. kerana kau lah ratu hatiku....
Sampai dirumah..... sibuk ajak mak potong kek... mak gelak jer.. dah tua2 pun sibuk potong kek. Yup.. mak baca doa selamat.. pastu hadiahkan cium.. sebagai tanda kasihku... Alhamdulilah.. kerana melihat mak masih gagah berdiri.. disana.
Monday, January 03, 2005
***HAMPAS SAMPAH KENANGAN......buangkan ia jauh-jauh***
Tirai 2005......ku nanti dgn penuh segala keazaman...mencari sekelumit erti bahgia untuk aku nikmati atas sedikit ruang yang tinggal. Hidup ini terlalu singkat...Tuhan aku bermohon agar segalanya dapat ku lupakan. Biarlah si dia dgn keputusannya sendiri. Hormatilah pilihannya.. redhakanlah pemergiannya... Doaku agar kau sentiasa bahgia.. dan menemui seseorang yang dapat mendambakan kebahgian padamu.
Hari ni aku membaca sebuah artikel yang cukp bermakna, untuk ku memahami...dan sebagai penawar hati ku ketika membuka tirai 2005.. Aku akan tinggalkan segalanya.. termasuklah segalanya di daerah yang menjadi saksi cintaku buat sekian lamanya...
Hakikatnya mmg sukar... untuk kumelupakan. Hati ini seolah2 tersiat sembilu..ketika hati ini cuba untuk tidak mengingatinya lagi. Pertemuan dgn seorang adik angkat..u harap dpt menolongku.. tapi acapkali pula kuserasa airmata ini akan mengalir sesudah berborak atau keluar dgnya. Hati ini digamit2 kenagan tika kluar dgn si dia. Tawa dan senyuman ini tak mampu untuk berikan pd insan lain. Aku seolah tertawa dgn sidia...padahal disiku orang lain. Oh Tuhanku..aku cukup takut dgn perasaan ini... Oh tuhan... bawalah dia jauh dariku..andai itu adalah suratanmu.... aku redha dia bkn miliku..Tapi hati ini terlalu gentar....Tuhan..lindungilah hati mu ini....hatiku terlalu teguh untukmu....
USAH HIDUP MEMBAZIR USIA
Kehilangan orang yang pernah "dimiliki", disayangi dan menyayangi hanya sebahgian kecil daripada pengalaman hidup yang menyebabkan hampas perasaan. Adakalnya ada perkara yang tidak pernah berlaku juga boleh meninggalkan hampas perasaan. Pelik kan? Ada perkara yang kita harap akan berlaku dan merasakan ia "sepatutnya berlaku" tetapi malangnya "tidak pernah berlaku" lalu menyebabkan kita berkabung sepanjang masa. Hidup begini adalah hidup didalam ilusi. Hidup membazir usia.
Seorang ingin jadi juruterbang sejak kecil. Ibu bapa pula memberi dorongan dan sokongan. Buku tentang penerbangan menjadi minat utama. Nampaknya laluan hidup dirancang menuju ke arah citi-cita. Entah bagaimana menyebabkan beberapa perkara sahaja yang menyebabkan dia gagal menjadi juruterbang, tetapi berjaya menjadi jurutera penerbangan.
Menyimpan terus hampas perasaan (kecewa harapan tidak terapai) boleh menjejaskan prestasinya sebgaai jurutera. Alangkah baiknya jika dia meredai apa yang gagal dicapai dan mensyukuri apa yang "dimilikinya" kini. Sikap melepaskan dan meredai apa yang telah berlaku memberinya kekuatan untuk fokus dalam bidang yang ditakdirkan untuknya.
REDA-KEKUATAN DAN KEMAMPUAN MEMBUANG HAPAS PERASAAN
Kemampuan untuk membuang hampas dan sampah persaan hanya dpat dimiliki dengan keyakinan yang mantap kepada Allah. Reda melepaskan apa yang pernah kita miliki, reda dengan kehilangan yang berlaku. Reda dan melepaskan sepenuhnya apa yang ditakdirkan tidak pernah menjadi milik kita, walaupun harapan untuk memilikinya setinggi melangit.
Yakinlah dengan sifat Tuhan yang maha Sempurna. Dia Maha Kaya, perbendaharan ilmu dan kasih sayang-Nya tidak terhad. Dia pernah mendatangkan orang-orang dan barang2 yang kita saynagi dan miliki kali pertama, seterusnya menghilangkanya dari hidup kita. Pasti dia boleh memberikannya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Dia Maha Berkuasa menahan sesuatu daripada berlaku pada kita. Jangan lupa ilmu-Nya Maha luas. Pasti Dia yang Maha Adil dan Maha Penyayang mahu memberikan yang lebih baik untuk kita. Maha Suci Allah dari sebarang sifat cacat dan negatif. Lepaskan segala yang berlaku atau tidak berlaku dan telah berlalu dengan penuh Penyerahan kepadaNya.
Berusahalah mengenali Allah sekenal-kenlanya dengan Tauhid yang tepat. Tidak kenal maka tidak cinta. Jika kenal Allah dengan tepat, pasti kita akan jatuh cinta. Dengan kekuatan cinta kepada Allah, sampah dan hampas perasaan boleh menjadi baja dan santan perasaan akan disyukuri.
HIDUP SENTIASA INDAH
Tinggalkan segala sampah sarap danhampas perasaan bersama perginya 2004 yang tidak mungkin akan kembali. Bawalah santan dari segala peristiwa yang telah berlalu untuk menghadapi 2005 dan tahun2 seterusnya selagi rezeki dan umur masih kita miliki. Hidup akan sentiasa indah dengan fikiran dan perasaan yang lebih bersinar dengan petunjuk dan pimpinan Ilahi. Akrabkan lagi perkenalan dan hubungan dengan Tuhan, pasti akan utuhlah perhubungan kita sesama manusia.
Banyak lagi peristiwa yang akan kita alami, ramai lagi orang-orang yang akan datang dan pergi dalam hidup kita, akan banyak lagi santandan hampas yang akan kita kendalikan. Namun Tuhan tetap satu. Esa tanpa sekutu. Dia Maha Agung dan Maha Sempurna, Maha berkuasa walaupun kita menderhakai-NYA, walaupon kita tidak mahu tunduk dan menyerahkan segala urusan kepada takdir-Nya. DIA tidak pernah memaksa. DIA menawarkan hanya yang terbaik. Anda yang budiman, buatlah pilihan....
-Majalah Nur-Januari 2005-
Pilihan ada di tanganmu...buat pilihan yang sebaiknya..untuk masa depanmu.Yakinlah diluar sana pasti ada insan yang jauh lebih mulia darinya.......Insyallah..kupasti.....
