Thursday, December 09, 2004

***ULASAN BUKU***

Hmm.. hoby aku suka sgt baca novel and magazine. Cuma akhir-akhir ni aku banyakan sikit beli buku-buku motivasi. Terutama tulisan Dr. HM. Tuah. So beberapa minggu lepas ada beli novel baru terbitan Alaf 21. "Sedetik Cinta"-Kreisya Reisya. Puas aku bilek-belek buku ni kat MPH aritu. Rasanya ni antara novel terbaru terbitan Alaf 21. Macam best jer....So aku decide nak belilah. Ingatkan nak carik buku lain, alih2 baca buku lain lak... kuang-kuang.

Starting buku ni agak lembap, biasalah tu . Kemudian baru masuk plot-plot citer yang diketengahkan. To english... sbb banyak sgt lak.. cakap org puteh dlm novel ni... yerlah dalam citer ada kaitan dgn si mata biru. So rasa macam janggal lak. Cerita tentang pergolakan cinta Sophie Katyleen Azlina Ali dgn suami orang. Hmm.. bkn apa aku jemu disajikan dengan cerita yang tidak realistik dgn dunia nyata. Kalau di fikirkan secara realiti... cerita dalam Sedetik Cinta ni mungkin 1 dalam sejuta. Dan satu lagi, isu keagaman kurang di ketengahkan dalam hal ini. Watak Haji Aikimi yang dikatakan warak.. boley lak sesuka ati pegang tangan orang perempuan yang bukan muhrimnya. Begitu juga ketika Sophie mengikuti percutian ke UK. Soal sembahyang dijadikan isu remeh temeh. Padahal dia dikelilingi orang yang educated. Mungkin inilah kehidupan moden yang cuba diketengahkan oleh penulis. Tak setuju....

Keseluruhanya, aku kasik rate 2/5. Cerita tak menarik sgt, sbb di pertengahan cerita diselitkan pengalaman sepanjang percutian sophie ker UK. Aku rasa part tu tak perlu, hanya menggangu cerita yang hendak disampaikan. So.. babak tu hanya diadakan utk memanjang jalan cerita... kesudahnya cerita tu agak cacat akibat dari babak cerita yang tiadak penting. Sbb aku nak kualiti dari seorang penulis. Yang pasti aku amat menghormati penulis. Bagi aku mereka mempunyai imaginasi yang menarik. Bahasa yang puitis serta olahan cerita yang hebat. So bila jadik camni rasa tak berbaloi aku beli buku ni ..harga tak mahal tapi bila cerita macamni.. rasa nak marah lak. So lain kali kena beli buku yang mmg tidak dapat disangkal kehebatnya macam Sharifah Abu Salem, Amiruszati, Ahadiat Akashah, Illias Omar, Hm Tuah(Sekadar menyebut beberapa nama yang aku ingat)

So kalau ada sesaper nak beli buku ni .. aku tak sokong sangat.. belilah buku lain. So Kreisya Reisya.. berusaha lah lagi improvekan bahasa dan pengolahan plot cerita. Chaiyuuk..chaiyuuukk.

Leave your messages here...
Name

URL or Email

Messages(smilies)