Monday, December 20, 2004

***Kenduri Aqiqah***

Last week banyak tul event salah satunya tulah, kenduri akikah pada hari khamis mlm jumaat. Mak bagitau last week, garu kepala jap masa dapat tau.. sbb cuti dah habis, so terpaksalah amik unpaid leave. Hmm.. yerlah kenduri ari kahmis.. takan aku nak amik cuti satu hari lak.. so kena amik dua hari terus.. khamis & jumaat. Pastu dok pk2 tu... takan lak hari khamis tu baru nak balik.. so hari rabu tu aku mintak klua awal... Tapi hari rabu.. bz dari pagi smpai kepetang. Consultant aku ni suka no wat keje last minute, yang susahnya kitaorang gak. Dokumen siap binding kul 3 ptg, nak kena semak pastu nak kena courrier ke kajang kena samapi before 10.00 am. Hmm.. call TNT leh tak delivery brg sampai before 10.00 am pagi esok.. tak leh gak sbb tmpt tu jauh. Pening nak uruskan, terpaksa courrier pakai trans courrier.. satu keje lak aku nak p kat larkin sana antar... pergh.. kelam kabut jer spnjang ptg. Selesai penghantaran ker larkin.. aku lak sibuk terkocoh kacah carik bas balik m... . Tak sangka lak.. aku g satu kaunter ni, masa tu dah kul 5.30..

"adik nak balik mana?"
"balik m.... ada tak skang ni"
"brapa orang.... sorang jer ekkk okay naik skang..."

Skali aku tgk rupanya bas tu kul 5.15 tapi tak jalan lagi... pastu terus dia suruh aku naik bas tu sbb bas dah nak jalan... aku ni tak hilang penat lagi angkat barang...tak sempat nak beli air...bas terus jalan... letih gila haus lak tu. Dan bila naik bas tu tugas aku tak selesai lagi.. kena inform kat consultant dokumen dah diantar dan bley collect kat kaunter trans dikeramat kul 8.30pg. Consultant aku lak naik angin.. sbb dia kata before this kata buka kul 8.00pg ni kul 8.30 lak. Dia kata tak sempat p amik. Alamak mana aku tahu. Klick aku leh salah bagi information.. kaunter trans hanya dibuka kul 8.30pg bkn kul 8.00pg.. masalah lagi..

Terpaksalah aku berurusan dgn dak jaga kaunter yg kat jb ..ni ada tak cara leh nak pickup brg tu cpat. Bley tapi kena tinggal kat security pickup kat situ jer.. Okaylah sekali lagi aku wat confirmation dgn pihak trans dan consultant aku. Dokumen leh amik kat security jam 10.30mlm. Settle masalah...

Aku dok atas bas tu .. dgn keletihan sesangat. Langsung tertidor.... Sedar2 aku dah sampai kat tol P... Pergh laju gila bas ni, aku budget jam 8.00 smpi tol, sudahnya kul 7.15mlm aku dah sampi... tu pon nasib baik aku tersedar..... dreber tu siap pelik(aku dok blakang dreber.. sure dia nampak aku membantai tido tadi)

"encik.. nanti berenti kat tol tu yer.."
"awak nak berenti kat sini ker..?"
"ha...ah la"
"ada orang jempu tak...?"
"adaa..."

sekali dah lepas dari tol dia berhenti nak turunkan aku. Pastu dia tanya...

"takder pon orang tunggu"
"jap lagi adalah..."

keh..keh mesti uncle tu .. confuse.. aku celik2 mata jer mintak turun kat tol... kehkeh...apa-apa lah labu....

sampai jer terus call adik aku kata dah sampai.. keh keh... dia pn terkejut... cepatnya sampai! Jap lagi dia dtg. Hmm cuak gak aku tunggu akt situ sekor2... dah lah ngeri sbb nya ada 2-3 biji lori berenti kat situ.. huishh.. kot aku diperapa2kan oleh drebernya.. hmm.. minta dijauhkan...yerlah skang ni banyak citer2 yg sadis... kisah kenny ong, kisah norzi ayu.. and ntah sesaper lagi.

kul 8.00mlm adik aku sampai... sampai rumah jer aku terus mandi, semayang, tukar baju, aku terus dok kat dapur tu.. kopek bawang untuk kenduri esok. yerlah saper nak tolong mak aku... aku ni bkn apa takleh tengok mak aku susah..karang nanti dia penat.. sbb tu seboleh mungkin aku nak balik petang ni gak.

Kenduri aqiqah, mestilah kena ada kambingnya. Mak dah upah orang tolong sembelih, lapah sekali dan siap di bersihkan. Hmm senang sikit, kat rumah tinngal sediakan perencah dan bumbu jer. Lepas zohor tu dah ramai jiran & sedara dtg. Abang2 aku kat kl pn baru sampai. Abang aku yang sorang tu bawak udang galah berkilo2 utk dibuat kenduri.. pergh.. kenduri besar ari ni.

Petang sikit tu lepas antar berkat(macam nasi ambang tu tapi ni dah siap bungkus) kat rumah jiran2 dan saudara mara. Aku lak buat kerahan tenaga kat anak2 buah aku yg pompuan tu... buat bunga rampai. Hmm.. anak buah aku ni dah besra dah tingkatan satu... tapi perangai cam bebudak lagi... nakal n jahat... suruh buat keje.. mulut membebel jer cam mak nenek... hai pining kapala bibik dibuatnya.

Dalam kul 7 ptg tu anak buah yang nak di raikan tu baru balik. Hmm Amar nama dia... makin bulat lak badan dia. Mak aku suruh cepat2 siap... jap lagi majlis bermula. Lepas maghrib tu.. lauk pauk tu dah siap dihidangkan.. tinggal nak bawak kat depan jer. Leaps bacaan yasin.. ada sedikit bacaan selawat & berzanji.. utk potong jambul. kelam kabut.. jer sbb semua berlaku dgn pantas... lepas sesi potong jambul.. time utk makan lak. Perghh.. ni lagi haru... biaslah time makan mesti kelam kabut sikit.. tu tak termasuk yang nak tambah hidangan udang lagi tu...nasi tak cukup lah... apalah..

Sekitar kul 10.30mlm majlis selesai.. tinggal kami ni utk membasuh pingan mangkuk yang berlambak2 ni.

Aku.... letih gila.... konon-kononnya.. orang yang terpenting...selesai mengemas aku g tukar baju.. n carik temapt tdo.. yang startegik... ditengah-tengah anak buah aku yang bergelimpangan sedang tido tu...

Leave your messages here...
Name

URL or Email

Messages(smilies)