Wednesday, December 29, 2004

***WISDOM WORD***


Ingatlah... "Jalan Buntu Di Hadapan, Ada Harapan Di Selekoh" Sedarkah teman bahwa engkau juga memiliki cukup Kekuatan untuk mengatasi segala permasalahan dalam hidup ini? Dimanapun, seberat dan serumit apapun juga. Kerana masalah tidak pernah dibiarkan melebihi kekuatan kita

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan


Hmm.. setiap maslah ada jalan keluarnya. Setiap derita pasti ada ubatnya. Ujian ni boleh ku harungi. Jangan tangisi lagi pemergiannya.. biarkanlah di berlalu dengan redha... hormati pilihannya.

Maafkanlah diri sendiri.. kerana kita bukan insan sempurna.. Kita tidak terlepas dari memebuat kesilapan. Jangan diulangi kesilapan lalu... Jadikanlah sebagai sempadan.. untuk sentiasa beringat... Kalu kasih itu masih bersisa.. biarkanlah.. kerna itulah yang tinngal untuk kamu. Hargainya. Jgn dibenci kenangan... kerana makin dibenci.. makin menyakitkan.. biarkanlah.. dia berlalu sendiri.. smapai nanti masnya.. memori itu akan terpadam sendiri...

Jika masih teguh ingatan mu padanya.. biarkanlah... kerana ingatan akan lenyap.. kerana tiada yang menyuburkanya....

Kasih.. biarlah dia berlalu pergi...

***SYABAS MALAYSIA***

Mlm tadi.. cancel smua appointment... sbb mlm tadi ada Piala Tiger Malaysia VS Indonesia..
Kehkeh.. sekali sekala.. rumah anak dara ni, dipenuhi dengan jeritan2 kecil, sorakkan kan ketika menonton perlawanan bola. Ada cik T, Cik C.... tgk sesama. Hmm seronok bkn main...bila Malaysia menang.. so hopefully nanti kat bukit jalil pon menang. Ada harapan masuk final.. dan juga leh gak jadik juara... Suka gak tgk bola ni.. cuma sebelum ni takder kawan.. tu yg.. tak tgk sgt.. Klu piala Malaysia.. lembik jer klu main.. Klu piala Tiger ni.. mostly mmg the best player.. tu yg syok tengok tu...

JAKARTA - Liew Kit Kong membawa skuad negara menghampiri perlawanan akhir bola sepak Piala Tiger buat kali kedua selepas menjaringkan dua gol untuk membantu Malaysia bangkit menumpaskan Indonesia 2-1 dalam pertemuan separuh akhir pertama di Stadium Gelora Senayan di sini, malam tadi.

Malaysia yang setakat ini berbangga selaku naib juara pada 1996, menyaksikan Indonesia yang pada mulanya begitu garang tetapi dikecewakan pada akhirnya di hadapan 80,000 penyokong sendiri yang kemudian bertindak liar dengan membaling objek ke dalam padang.
Selepas menunjukkan kehebatan membuat tandukan untuk gol penyamaan pada pertengahan usia babak pertama, Kit Kong kemudian membuktikan dia juga hebat membuat sepakan untuk gol kedua pada awal separuh masa kedua.

Kelicikan pemain Perak itu segera menenggelamkan kehebatan gandingan pemain barisan depan Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto dan Elie Aiboy yang pada awalnya begitu mencemaskan kem skuad negara dan kira-kira 500 penyokongnya.
Stadium Gelora Senayan sebelum itu sunyi seminit sebelum permainan bermula apabila kedua-dua pasukan dan penonton bertafakur selama seminit bagi menunjukkan tanda simpati kepada mangsa-mangsa ombak tsunami tetapi segera rancak apabila wisel kali pertama dibunyikan.
Gandingan penyerang supersub Kurniawan dengan pemain pertahanan, Elie yang diletakkan sebagai pemain sayap kanan malam tadi begitu menjadi sehingga membuatkan bahagian pertahanan skuad negara bekerja keras.

Kurniawan, yang pernah berhijrah ke kelab Serie A, Sampdoria dan kelab FC Lucern di Switzerland, menjadi penyerang utama apabila pasukan Peter Withe bermain tanpa Ilham Jaya Kesuma dan Boas Salossa, kedua-duanya digantung satu perlawanan.
Kehilangan dua penyerang utama itu bagaimanapun tidak menjejaskan rentak permainan pasukan tuan rumah - sekurang-kurangnya untuk 20 minit pertama.
Indonesia menguji gawang Malaysia seawal minit pertama hanya untuk menyaksikan penjaga gol, Mohamad Syamsuri Mustafa menolak kemas sepakan sudut ke dalam oleh Firman Utina.
Namun, percaturan mereka untuk mendapatkan gol awal berhasil pada minit keenam apabila berjaya mematahkan serangan anak-anak buah jurulatih dari Hungary, Bertalan Bicskei.
Elie yang kemudian mengejar bola berhampiran garisan belakang gagal disekat oleh Kaironnisam Shahabuddin yang terjatuh untuk memberi ruang selesa kepada Elie yang segera mencari Kurniawan yang tidak dikawal dengan sepakan lintangnya untuk ditanduk masuk gol keempatnya pada kejohanan ini tanpa dicabar.

Sembilan minit kemudian, Syamsuri terpaksa pula melayangkan badan untuk menepis tandukan Elie yang menerima umpanan cantik pemain pertahanan kanan, Ortisan Salossa.
Elie sekali lagi bertindak cemerlang apabila hantarannya tepat kepada Kurniawan yang lepas daripada pandangan pertahanan negara, tetapi sepakan penyerang itu terkena palang pada minit ke-17.

Keghairahan pemain-pemain Indonesia mati secara tiba-tiba dengan stadium sunyi apabila sayap kanan, Kit Kong menanduk cantik ke penjuru kanan gawang hasil umpanan pemain tengah, Shukor Adan pada minit ke-28.

Indonesia, walaupun menguji Syamsuri pada minit ke-32 menerusi permainan 1-2, Elie dan Kurniawan tetapi nyata telah terjejas dengan gol ketiga Kit Kong pada kejohanan ini.
Malah stadium kembali senyap hanya dua minit selepas rehat apabila Kit Kong sekali lagi menemui sasaran setelah menerima hantaran jauh pemain tengah Pahang, Fadzli Saari.
Pasukan tuan rumah cuba bangkit tetapi beberapa percubaan mereka gagal melepasi ketangkasan Syamsuri dan juga Norhafiz Zamani Misbah yang bekerja keras menghalang tetapi barisan pemain Bicskei tetap mengekalkan tumpuan terhadap permainan.
Selepas menyaksikan Syamsuri menepis bola ke belakang, Norhafiz kemudiannya menyelamatkan gawang Malaysia pada minit ke-60 apabila menanduk keluar bola berhampiran garisan gol yang disepak oleh ketua pasukan Indonesia, Ponaryo Astaman untuk memastikan Indonesia tertekan pada perlawanan kedua di Bukit Jalil pada 1 Januari kelak. - Utusan

MALAYSIA: Mohamad Syamsuri Mustafa, Norhafiz Zamani Misbah, Wan Rohaimi Ismail, Mohd. Fadzli Saari, Mohd. Amri Yahyah (S. Saravanan), Liew Kit Kong, Muhammad Shukor Adan, K. Nantha Kumar, Muhammad Kaironisam Shahabuddin, Rosdi Talib, Khalid Jamlus (Mohd. Nor Ismail).

INDONESIA: Hendro Kartiko, Ismed Sofyan, Ortizan Salossa, Charis Yulianto, Muhammad Mauli Lessy, Elie Aiboy, Kurniawan Dwi Yulianto, Ponaryo Astaman, Firman Utina, Syamsul Bachri, Firmansyah.

Tuesday, December 28, 2004

***JALAN-JALAN***

Hmm.. weekend yang lepas.. aku dgn cik kay g jenjalan. Hmm memula rumah bekas supervisior aku kat cosmo tu kawin. Kat Mutiara Rini. Dlm kul 12.00 tgh baru bertolak. Sekali g kat mutiara rini tu, jalan dia.. mmg tak friendly.. pusing2 tak jumpa gak jalan yang dicari. Mengelirukan tull. Sekali tanya kat orang... kat situ jer rmh dia... rmh dai dkat dgn TASKA so we thought TASKA ada wat majlis2 apa2 ker... hmm skali rupanya.. rmh pengantin tu kat situ.. keh..keh..keh... buat pining saja..

Rindu kat cik s, tak sangka lak leh jumpa masa wedding dia, kat jb lak tu... hmm ingatkan dah tak jumpa lagi dah... Dia kahwin dgn sesorang yg isterinya dah meninggal, dan ada 3 orang anak. Tapi tgk hubby dia cam friendly, baik lak tu.. ramah tamah... umur cik s dah dkt 30.. rezeki dia laa. Majlisnya simple jer.. takder sanding pun... cik s pon sempoi jer... takder yg istimewa sgt. Borak dgn cik s pun kejap jer. Sbb nak berkejar ke BP lak. Rumah kawan cik kay.

Lepas g rmh cik s, g ke batu pahat lak. Aku ngantuk sgt, so cik kay drive sensorang. Aku ngantuk sgt sbb bangun awal, pepagi lagi aku dah g laundry baju 2 set. Dekat setengah jam aku tdo, tapi tak sampai2 lagi. Sampai di sana dah lewat... kul 4.30ptg. Dah siap sanding dah pon.. pengantin pon dah nak tukar baju pon.

Makan2 jap.. borak.. pastu kita org balik.. ingat nak singah rmh mak titi.. tgk mak uyut. Hmm tak bawak baju spare lak tu.. klu tak dah lamer aku kitaorang serang wet world tu. Skali sampai sana, kat dpn rumah cam org wat keje kawin. Tepon dik as, tanya ada majlis ker... sekali.. takdeer... org depan rmh pinjam laman jer..pastu mak titi & anea sekeluarga on the way nak balik.. cik omin pn nak balik gak.... alih2 maktiti.. suruh kitaornag stay.. tak yah balik..Kita orang dah la sehelai sepingang.. tak bawa baju spare. Ptg tu mak titi sampai.. ajak mak titi.. g Wira court.. g shopping baju. Sok klu jadi nak g wet world.

Malang tak berbau.. pepagi bangun.. skali tgk air.. tak klua.. paip bocor... Alamak.. aku smpatlah amik air semayang, semayang subuh.... yg lain dah tak menyempat... Pastu mak titi ajak g rmh sedara dia kat tmn perdana, mandi kat sana.. senang sikit.

Selesai dah dekat tengahari... tak jadi g wet world..krang kang terbakar lak kulit..
Balik JB terus ler jawabnya .....

on the way nak balik.. cik kay ajak g air itam.. kata nak beli patung garfield...yg besor..
Sampai kat sana, jalan jem gilo.. biaslah air itam mmg camtu, susah nak parking... skali tgh carik parking ada lak keta yg nak klua.. apa lagi.. tak lepaskan peluang ler...

Turun jer keta aku bawak cik kay g kdai yg mmg jual patung... ada bapak garfiled..mak garfield.. dan anak2nya. Cik kay amik mak Garfield.. kecik skit dari bapak garfield tapi tu pon besor cam dia.. harga RM28.00 jer selepas tawar. Pastu siap beli seliper mickey.. warnah merah comel jer.. harga RM12.00 daripada RM19.50. Smua skali cuma RM 40.00. Cik kay balik dgn senyuman sampai telinga.

Balik terus ker..JB,dah dekat.. jer.. so decide nak lalu highway ker lalu dalam. Cik kay belok kan keta masuk Highway.. kira dah dekat dgn tol Skudai.. tapi malang tak berbau bila... Masuk kat Sedenak... jalan jem teruk... dari jauh dah nampak. Esok baca kat paper.. ada accident rupanya berlaku jam 1.05 tgh. Melibatkan sebuah bas dan keta, dan mengakibatkan kematian. Bas melintang tengah jalan.. menyebabkan lalu lintas tergendala sebentar. Mereka terpaksa exit kat tol sedenak. Masa aku lalu diorang dah tunda keta dgn bas tu. Tapi masih nampak kesannya.. ngeri gak bila tgk dlm paper. Lepas ni aku tak nak naik bas mayang sari la.. bila balik johor.. takut beb!

Thursday, December 23, 2004

***DIA..dtg lagi***

Bangun dari tidur aku.. mengucap istighfar....Naper dia yang hadir dlm lewat mimpiku.. di ketika aku mencari sekuat tenaga utk melupakannya.... Kolam air mataku basah lagi...hatiku terlalu sayu.... Termangu aku sebentar di birai katil mentafsir segenap mimpi. Adakah dia juga bermimpi sama dengan ku...

Oh Tuhan kurniakanlah aku segenap kekuatan ini pada hambamu yang lemah ini... andai dia bukan lagi jodoh.... biarlah dia hilang dari pandangan ku.. andai dia jodoh utk ku.. dekatkanlah hatinya kembali pada ku...

Bila aku bercerita dgn seorang kenalan.... dia kata sbb aku terlalu rindukan dia. Aku tak tahu.. aku juga tidak mengerti.. Semenjak raya yang lalu aku berusaha utk tidak berfikir tentang Dia lagi. Dan aku berjaya menerima hakikat ini.. aku sudah mampu tertawa gembira.. melayan teman2 di Skype..layan msg member yg nak berkenalan. Happy go luck... kembali pada sikap asalku smula. Aku tahu aku sudah menjadi tabah...sehingga aku mampu utk menelefonya minggu yang lalu....tapi Dia sudah tidak sudi lagi bercakap dgnku.... tapi hati sukar benar menduganya.. sekalipon aku sendiri...

Rindukah aku padanya..? ..hati berhentilah berlagu sendu...

.....RINDU SEMAKIN JAUH......

Wednesday, December 22, 2004

***Kenduri Kahwin Cik Odah Golang***


Hmm... lepas penat-penat semalam wat open house, ari ni pepagi nak g Melaka lak. Bebudak ni tido lagi... hmm.. aku tak leh ikutkan kan sgt letih.. tapi badan aku mmg sakit2. Tak leh nak bengkok kan badan.. tulang belakang aku rasa sakit yg amat sangat.. cam nak patah jer. Sabar jer lah... aku wat keje sikit2. Siapkan breakfast diorang aku g mandi. Pastu suruh diorang siap2 lak.. aku lak sibuk membungkuskan makanan yang tak abis smlm kat adik sepupu aku.

Siap diorang berkemas n breakfast... pakai tudung ala wardina berjam-jam... hmm.. kul 10.30pg baru nak tolak. Nasib baik rmh aku tak jauh dari tol. Samapi di Melaka .. geng2 KL smua dah smapi. Sampai naik atas rumah bawah hadiah yg besar tu.. penuh bilik cik odah. Biasalah bila dah jumap geng.. perkara utama yang dibuat adalah mengumpat dan bergosip... biaslah tu. Gamat sekejap bilik Odah dgn gelak tawa kami. Rindu pada mereka.. yerlah semua dah kerja ada yang dah kawin... semua dah bawak haluan memasing... sekali jumpa mau gamat sekejap.. bkn kira kat mana2. Kat rumah orang ker.. kat tgh orang ramai ker.. bila dah start bercerita semua nak bercakap. Cik odah hari ni terpaksa tahan senyum n gelak.. takleh join kitaorang ngumpat... keh..keh..

Cik Omin baru lepas jalani pembedahan perut, cik onie lak dah masuk 5 bln mengandung. Ceria jer tgk diorang. Hmm.. mereka semua dah maju.. aku jer ketinggalan .. nak wat camner kan... Aku sentiasa doakan kebahagian rakan2 ku sekelian.

Puas dah bergelak.. makan... minum .. bergambar.. dah tiba sesi utk berangkat pulang. Masa tu baru kul 3.. So they all decide nak g jenjalan kat kota melaka... orait jer.. set.. Sempat berenti kat masjid utk semayang n tukar baju. Mula2 kitaorang p tmn buaya, pastu... naik kereta lembu... mengekek2 naik keta lembu.. sbb tak pernah naik.. Gelihati tul.. tu lah jadinya bila orang bandar baisa naik keta roda 4, ni naik kerta lembu lak. Pastu aku lak tak jub tul camner lembu ni leh lak dgr arahan dari tuannya... musykil... sbb lembu ni terror betul parking.. keta...hmm dahsyat...

Lepas g tmn Buaya.. cik O minta dibawa ke A Famosa... apa lagi.. kami tak buang masa terus bergerak kesana..... Tak g memana g kat Bukit St. Paul.. sambil tunggu cik Omin n hubby. Puas pusing kat situ.. menikmati keindahan kota lama bangunan gereja St. Paul. Hmm.. terpesona sekejap.. mendengar kelunakan suara sorang penyanyi jalanan disitu. Usaha yang cukup baik untuk menarik pelancung. Ramai diantara pengunjung.. terhibur dgn kelunakan suaranya. Dia tidak meminta sedekah dgn hanya mendah tangan, tapi dgn menghiburkan para pengunjung dgn kelunakan suarnya. Sblm aku berlalu pergi meninggalkan bukit St. PAul.. aku keluarkan beberapa helain ringgit dari dompet utk aku sedekahkan.. meskipon uncle tu bkn beragama islam.

Jam 5.30ptg kami bergerak turun... nak g temapt kapal lak.. Sekali sampai.. tempat tu dah tutup lak. So kami pegi arked menjual pelbagai barangan kraft... sempatlah diorang shopping. Aku malas nak beli apa2. Jam 6.30 kami ber surai... utk kembali ke destinasi amsing... Cik O n d geng pulang semula ke kl...Aku n d geng kena pulang ke JB.. tapi singgah sebentar di alor gajah utk antar cik C, kemudian terus pulang ker JB. Cik Omin pulang semula kerumah cik Odah. Sesi peluk cium antara kami mengakhiri perpisahan ini.. ntah bila lagi leh jumpa they all.. missing them so much!


Gambo bersama pengantin Cik Odah Gelang dan teman-teman tersayang

Tuesday, December 21, 2004

***Rumah Terbuka***

Ntahlah camner aku leh dapat idea nak wat open house ni.. sbb nya member aku yang jauh kebetulan ada kat rumah minggu ni. So apa salah nya aku jemput they all. Boleh jumpa balik.. Lagipon aku kan suka masak. So aku wat dalam hari sabtu tu. jemput la.. sesaper.. termasuk ada kawan baru.. kehkeh... cik mai ko tau kan saper.

Hari sabtu tu seawal 6 pagi aku dah bangun g wat kek batik. Kekonon nak p pasar kul 7.30pg.. sudahnay adik aku kul 8.30 baru siap. Hmm.. beli segala macam keperluan, kul 10 pagi baru selesai. Menu.. nasi ayam, and laksa peneng. Hmm.. tu antara menu2 yang aku dah terror masak .. sekejap jer.. cuma lambat nak sediakan bahan nya jer.. Air lak aku buat koktail laici. Desert ada kek batik, buah tembikai merah and sedikit tropika jeli. Keh..keh.. nasib baik sempat wat jeli tu, ingatkan dah tak sempat.

Masak punya masak kul 3.30ptg baru siap. Tu lom lagi nak hidang makanan, dia punya salad dan bahan lain utk laksa peneng n nasi ayam lom potong, jeli lom masak lagi, air tak buat lagi.. meja & kerusi tak susun lagi. Perghh.. jadi charlie chaplin jap aku. Tu pon nasi baik decide nak wat kat bahagian ruang makan dekat dengan dapur jer klu wat kat depan rumah mau tak siap lagi. Sbb ruang tamu kat atas tu jauh...payah nak naik turun. Kul 4.30ptg siap. Aku sempat lah mandi dulu.. siapkan jeli dan wat air. Siap hidang semua tu.. mak aku dah bising2 suruh mandi. Yerlah aku dgn apron nya, seluar shortnya, muka yang berminyak2 tu.. camner nak sambut tetamu.

Siap mandi... semayang, pakai baju baru... make-up sikit, aku pn turun bawah.. menunggu kehadiran tetamu. Kul 5 tu N... dgn tunang jer sampai dulu. Aku layan they all... tak lama pastu housemate aku kat JB sampai. Kecoh jap bila diorang sampai. Tau jerlah.. mulut sorang2 kecoh. Masa they all sampai tu ada kawan adik aku dtg sekali. Gamat jap rumah tu. Lom lagi housemate aku yang suka buat lawak... mengekek jer... Gelihati sbb diaorang tahan lapar dari tengahari lagi.

Malam tu ramai gak kawan2 adik aku yang sampai. Aku lak just tunggu kawan "baru" tu dtg. Mula cakap x leh dtg, sekali leh dtg lak. Biasalah.. klu dah mlm susah nak jumpa rumah aku. Kawan adik aku siap dah pusing 2-3 kali kat dpn rumah... tak sampai2 gak. Kawan baru tu pn terpaksa aku tungu kat dpn rmh sbbnya dah 2-3 kali dia pusing. Hmmm..... naik GEN-2. Takperlah.. den tak materialistik.. apa ada pada harta.. ajak.. dia masuk.. Nampak pemalu orangnya.. aku lak.. semenjak duamenjak ni mmg dah kurang ckp.. sudahnya tak cakap.. banyak, nasib baik dia bawak cosin dia dtg boley layan dia cakap.. tu pon nasib baik aku larang sma sekali dia dtg sensorang. Karang malas nak menjawab dgn mak aku.. sbb aku pon baru knal.. nie smua N dgn tunang dia nya idea.

Kawan adik aku siap 2- 3 kali mengulang2 makan... aku lak mmg masak banyak.. makan jerlah.. berapa kali nak makan pun aku tak kisah pun. They all kata.. akak masak sedaplah.. ader amik order ker... kehkeh.. aku gelak jer.. mana ada amik order.. tak pandai masak.. tapi mmg suka masak... acctuallynya mak aku pon heran.. camner aku leh masak semua ni.... dia kata sedap.. pastu dia mmg takder ajar aku masak semua bende2 ni... aku pon jawablah.. ntahlah mak pandai.. sendiri sbb suka masak kat rumah sewa tu kot...

Jam 11.30mlm baru selesai. So aku kejut housemate aku dari JB tu nak sambung makan lagi ... Diorng bangun & bantai apa2 yang patut.. sblm aku wat closing... hmm.. taklah letih sgt... kemas sikit2 panaskan apa2 yang patut. Basuh segala pinggan mangkuk..

Pastu sblm tdo sempat kejut mak aku.. mak aku letih sesangat dia terlelap... cian dia.... tu nasib baik aku tak suruh dia wat apa2. Aku suruh mak aku tdo atas katil.

Aku pon... selesai semua skali.. tdo lah.. esok pagi nak jalan g Melaka lak... Cik Odah Golang Kawin Dgn Pak zul.

Monday, December 20, 2004

***Kenduri Aqiqah***

Last week banyak tul event salah satunya tulah, kenduri akikah pada hari khamis mlm jumaat. Mak bagitau last week, garu kepala jap masa dapat tau.. sbb cuti dah habis, so terpaksalah amik unpaid leave. Hmm.. yerlah kenduri ari kahmis.. takan aku nak amik cuti satu hari lak.. so kena amik dua hari terus.. khamis & jumaat. Pastu dok pk2 tu... takan lak hari khamis tu baru nak balik.. so hari rabu tu aku mintak klua awal... Tapi hari rabu.. bz dari pagi smpai kepetang. Consultant aku ni suka no wat keje last minute, yang susahnya kitaorang gak. Dokumen siap binding kul 3 ptg, nak kena semak pastu nak kena courrier ke kajang kena samapi before 10.00 am. Hmm.. call TNT leh tak delivery brg sampai before 10.00 am pagi esok.. tak leh gak sbb tmpt tu jauh. Pening nak uruskan, terpaksa courrier pakai trans courrier.. satu keje lak aku nak p kat larkin sana antar... pergh.. kelam kabut jer spnjang ptg. Selesai penghantaran ker larkin.. aku lak sibuk terkocoh kacah carik bas balik m... . Tak sangka lak.. aku g satu kaunter ni, masa tu dah kul 5.30..

"adik nak balik mana?"
"balik m.... ada tak skang ni"
"brapa orang.... sorang jer ekkk okay naik skang..."

Skali aku tgk rupanya bas tu kul 5.15 tapi tak jalan lagi... pastu terus dia suruh aku naik bas tu sbb bas dah nak jalan... aku ni tak hilang penat lagi angkat barang...tak sempat nak beli air...bas terus jalan... letih gila haus lak tu. Dan bila naik bas tu tugas aku tak selesai lagi.. kena inform kat consultant dokumen dah diantar dan bley collect kat kaunter trans dikeramat kul 8.30pg. Consultant aku lak naik angin.. sbb dia kata before this kata buka kul 8.00pg ni kul 8.30 lak. Dia kata tak sempat p amik. Alamak mana aku tahu. Klick aku leh salah bagi information.. kaunter trans hanya dibuka kul 8.30pg bkn kul 8.00pg.. masalah lagi..

Terpaksalah aku berurusan dgn dak jaga kaunter yg kat jb ..ni ada tak cara leh nak pickup brg tu cpat. Bley tapi kena tinggal kat security pickup kat situ jer.. Okaylah sekali lagi aku wat confirmation dgn pihak trans dan consultant aku. Dokumen leh amik kat security jam 10.30mlm. Settle masalah...

Aku dok atas bas tu .. dgn keletihan sesangat. Langsung tertidor.... Sedar2 aku dah sampai kat tol P... Pergh laju gila bas ni, aku budget jam 8.00 smpi tol, sudahnya kul 7.15mlm aku dah sampi... tu pon nasib baik aku tersedar..... dreber tu siap pelik(aku dok blakang dreber.. sure dia nampak aku membantai tido tadi)

"encik.. nanti berenti kat tol tu yer.."
"awak nak berenti kat sini ker..?"
"ha...ah la"
"ada orang jempu tak...?"
"adaa..."

sekali dah lepas dari tol dia berhenti nak turunkan aku. Pastu dia tanya...

"takder pon orang tunggu"
"jap lagi adalah..."

keh..keh mesti uncle tu .. confuse.. aku celik2 mata jer mintak turun kat tol... kehkeh...apa-apa lah labu....

sampai jer terus call adik aku kata dah sampai.. keh keh... dia pn terkejut... cepatnya sampai! Jap lagi dia dtg. Hmm cuak gak aku tunggu akt situ sekor2... dah lah ngeri sbb nya ada 2-3 biji lori berenti kat situ.. huishh.. kot aku diperapa2kan oleh drebernya.. hmm.. minta dijauhkan...yerlah skang ni banyak citer2 yg sadis... kisah kenny ong, kisah norzi ayu.. and ntah sesaper lagi.

kul 8.00mlm adik aku sampai... sampai rumah jer aku terus mandi, semayang, tukar baju, aku terus dok kat dapur tu.. kopek bawang untuk kenduri esok. yerlah saper nak tolong mak aku... aku ni bkn apa takleh tengok mak aku susah..karang nanti dia penat.. sbb tu seboleh mungkin aku nak balik petang ni gak.

Kenduri aqiqah, mestilah kena ada kambingnya. Mak dah upah orang tolong sembelih, lapah sekali dan siap di bersihkan. Hmm senang sikit, kat rumah tinngal sediakan perencah dan bumbu jer. Lepas zohor tu dah ramai jiran & sedara dtg. Abang2 aku kat kl pn baru sampai. Abang aku yang sorang tu bawak udang galah berkilo2 utk dibuat kenduri.. pergh.. kenduri besar ari ni.

Petang sikit tu lepas antar berkat(macam nasi ambang tu tapi ni dah siap bungkus) kat rumah jiran2 dan saudara mara. Aku lak buat kerahan tenaga kat anak2 buah aku yg pompuan tu... buat bunga rampai. Hmm.. anak buah aku ni dah besra dah tingkatan satu... tapi perangai cam bebudak lagi... nakal n jahat... suruh buat keje.. mulut membebel jer cam mak nenek... hai pining kapala bibik dibuatnya.

Dalam kul 7 ptg tu anak buah yang nak di raikan tu baru balik. Hmm Amar nama dia... makin bulat lak badan dia. Mak aku suruh cepat2 siap... jap lagi majlis bermula. Lepas maghrib tu.. lauk pauk tu dah siap dihidangkan.. tinggal nak bawak kat depan jer. Leaps bacaan yasin.. ada sedikit bacaan selawat & berzanji.. utk potong jambul. kelam kabut.. jer sbb semua berlaku dgn pantas... lepas sesi potong jambul.. time utk makan lak. Perghh.. ni lagi haru... biaslah time makan mesti kelam kabut sikit.. tu tak termasuk yang nak tambah hidangan udang lagi tu...nasi tak cukup lah... apalah..

Sekitar kul 10.30mlm majlis selesai.. tinggal kami ni utk membasuh pingan mangkuk yang berlambak2 ni.

Aku.... letih gila.... konon-kononnya.. orang yang terpenting...selesai mengemas aku g tukar baju.. n carik temapt tdo.. yang startegik... ditengah-tengah anak buah aku yang bergelimpangan sedang tido tu...

Monday, December 13, 2004

TEMAN
Seorang teman akan...
Menguatkanmu dengan doanya,
Menghargaimu dengan cintanya,
Memberi semangat dengan harapannya...

"Words can say so little when someone means so much"

Thursday, December 09, 2004

***ULASAN BUKU***

Hmm.. hoby aku suka sgt baca novel and magazine. Cuma akhir-akhir ni aku banyakan sikit beli buku-buku motivasi. Terutama tulisan Dr. HM. Tuah. So beberapa minggu lepas ada beli novel baru terbitan Alaf 21. "Sedetik Cinta"-Kreisya Reisya. Puas aku bilek-belek buku ni kat MPH aritu. Rasanya ni antara novel terbaru terbitan Alaf 21. Macam best jer....So aku decide nak belilah. Ingatkan nak carik buku lain, alih2 baca buku lain lak... kuang-kuang.

Starting buku ni agak lembap, biasalah tu . Kemudian baru masuk plot-plot citer yang diketengahkan. To english... sbb banyak sgt lak.. cakap org puteh dlm novel ni... yerlah dalam citer ada kaitan dgn si mata biru. So rasa macam janggal lak. Cerita tentang pergolakan cinta Sophie Katyleen Azlina Ali dgn suami orang. Hmm.. bkn apa aku jemu disajikan dengan cerita yang tidak realistik dgn dunia nyata. Kalau di fikirkan secara realiti... cerita dalam Sedetik Cinta ni mungkin 1 dalam sejuta. Dan satu lagi, isu keagaman kurang di ketengahkan dalam hal ini. Watak Haji Aikimi yang dikatakan warak.. boley lak sesuka ati pegang tangan orang perempuan yang bukan muhrimnya. Begitu juga ketika Sophie mengikuti percutian ke UK. Soal sembahyang dijadikan isu remeh temeh. Padahal dia dikelilingi orang yang educated. Mungkin inilah kehidupan moden yang cuba diketengahkan oleh penulis. Tak setuju....

Keseluruhanya, aku kasik rate 2/5. Cerita tak menarik sgt, sbb di pertengahan cerita diselitkan pengalaman sepanjang percutian sophie ker UK. Aku rasa part tu tak perlu, hanya menggangu cerita yang hendak disampaikan. So.. babak tu hanya diadakan utk memanjang jalan cerita... kesudahnya cerita tu agak cacat akibat dari babak cerita yang tiadak penting. Sbb aku nak kualiti dari seorang penulis. Yang pasti aku amat menghormati penulis. Bagi aku mereka mempunyai imaginasi yang menarik. Bahasa yang puitis serta olahan cerita yang hebat. So bila jadik camni rasa tak berbaloi aku beli buku ni ..harga tak mahal tapi bila cerita macamni.. rasa nak marah lak. So lain kali kena beli buku yang mmg tidak dapat disangkal kehebatnya macam Sharifah Abu Salem, Amiruszati, Ahadiat Akashah, Illias Omar, Hm Tuah(Sekadar menyebut beberapa nama yang aku ingat)

So kalau ada sesaper nak beli buku ni .. aku tak sokong sangat.. belilah buku lain. So Kreisya Reisya.. berusaha lah lagi improvekan bahasa dan pengolahan plot cerita. Chaiyuuk..chaiyuuukk.

Monday, December 06, 2004

***JAMUAN RAYA AND SUPRISE PARTY***

Hmm... minggu ni penuh dengan open house jer... Biasalah tu bulan Syawal. Aku lak elok-elok puasa 6 boley abis awal, terpaksa postponed. Minggu depan nak abis kan lagi 2 hari lagi. Selasa open house housemate, g lepas buka. Hari Jumaat open house kat opis n surprise birthday party. Malam tu lak open house En. HA. Pernah buat wiring kat rmh ni dulu.. lgipun dia satu fakulti dgn sorang housemate ni.

Hari Jumaat aritu, sibuklah opismate yang lain wat preparation utk jamuan petang tu. Hmm tapi aku tak terlibat sgt... yerlah sbb nak wat suprise party utk aku ler... kan..Majlis bermula jam 4 ptg, hari jumaat biasa masuk balik kul 2.45ptg, tapi dak 2 org lagi tak masuk lagi sbb sibuk makanan n beli apa2 brg yang patut. N masuk opis dgn hubby n anak dia yang montel tu. Siap wat preparation utk jamuan tu, sementara tunggu bos dtg,kitaorg sibuk penuh kan masa dgn sesi bergambar dgn anak N. Geram tgk pipi dia yang montel tu...

Kul 4.15 majlis bermula. Tgk dlm bilik tu dia org kelua kan kek birthday n ada hadiah utk aku. Hehe... diorang wish belated happy birthday kat aku... keh..keh.. dah 25tahun ni.. masih lagi potong kek. Hmmm ingatkan dah 25 tahun ni dah tak berpeluangnak dapat hadiah, apatah lagi celebrate dgn siap potong kek lagi... jamuan ringkas tu.. mengukuhkan lagi ikatan ukhawah antara kami yang tak seramai mana ni. Mereka ku hormati sbg teman yang saling memahami dan mengerti.. I love u all so much. Thank You for the lovely present.


Tgh potong kek untuk besday yang ke-25


Thursday, December 02, 2004

***TAZKIRAH***
KISAH SEORANG AYAH DAN 3 ANAKNYA

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tigaorang anak lelaki.Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal.
Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis. Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya..jadi merayau-rayau lah sianak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?" Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana
anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?" Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu"jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal, tolong hantar ayah ke pulau seberang.. "Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan. Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.

Sekian adanya.

APA PENGAJARAN CERITA INI.

Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

1) Harben ialah HARTA-BENDA,
2) Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
3) Amsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ini jangan lah lupa dgn akhirat dan rukun Islam yang lima ..

Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.

Leave your messages here...
Name

URL or Email

Messages(smilies)