Monday, November 22, 2004

***SELAMAT HARI RAYA***

Hmm...bestnya cuti raya, lama noo.. dekat 10 hari aku cuti.... best-best.Hai kengkawan semua, selamat hari raya yerk...Aku start cuti dari Deepavali sampailah...21hb. Syok giler.. nielah cuti raya paling lama sejak aku kerja.

Raya tahun ni bengkok skit sbb anak buah dah bertambah, dan oleh kerana aku ni makcik kesayangan... hmmm aku belikan anak buah aku baju yang bungsu jerlah, sorang satu....anak buah lak dah besor-besor, angpau pun terpaksa besor lah gak.... takperlah.. asal tengok diorang happy dah ler....Tu lum mak aku lagi dgn adik aku... baju, kasut raya....mmg botak lah.....nak lagi best.. aku g gatal tangan buat teknik REBONDING...... keh..keh...nak lagi best.... raya ke-5 g jalan2 kat pekan BG, g kedai emas.. konon nak tgk jer... siap pilih, macam biasalah aku mmg tak bawak duit, ada ker big boss(mak)leh amik terus bayor... keh..keh.. hah melongo jap aku.. aku bukan nak beli pun gelang kaki tu, aku mmg teringin nak pakai..tapi tgh takder duit, nantilah gaji bulan depan, sekali jadik cam ni....camno ler.. big boss ni banyak lak bawak duit.... ish..ish...
Raya tahun ni.. agak meriah gak.. tu pun raya pertama jer lah...seperti biasa tak semua balik raya kata rumah, tapi seperti biasa petang raya pertama semuanya dah berkumpul kat rumah, macam biasalah.. klu time kumpul ramai2 ni kalau tak jadik tarzan memang tak sah,almaklumlah anak buah aku dah ramai, dah ler diorang dah besor, suka pakat2 buat jahat... geram tul lah.. yang kecik lak... suka merangkak sana sini, abih semuanya dia tarik,jumpa bende suka masuk mulut .. ish..ish.. kot kalau aku ada anak camner lah ek....

Tu lum lagi aku nak kena masak untuk diorang... banyak lak... abang2 aku dengki kuat komplen...sajer jer suka kenakan aku..

Ramadan ke-27
Hmm.... bangun pagi dengan semangat waja...nye..nye..nye.. ari ni nak balik kampung... ari ni start cuti... separuh barang dah bawak balik kampung ari tu naik keta abg jk. Hmm dari mlm tadi dah sibuk berkemas.. rasa seronok sangat nak balik raya kali ni, nak jumpa abang-abang, kakak, mak, anak buah... lamer dah tak kumpul reramai.... pastu ada bawak buah tangan untuk diorang.... tak sabar sangat nak kasik diorang hadiah.. yang aku beli.. mesti they all gembira kan.... aku tak gembira takperlah, asalkan diorang yang aku sayang happy. Itu dah cukup untuk membuatkan aku tersenyum gembira. Siap berkemas.. aku tlg anta cik tat balik kampung. Pastu ada misi lain sebenarnya aku dgn cik tat, keh..keh... cik mai.. kat sini lah aku auto rambut aku... dgn cik tat.. lamer gak, dlm kul 2 baru settle, kelam kabut balik semual ke teratai.. sbb dah nak ujan.. lagipun dah janji dgn abg jl nak join dia balik kg sekali. Sampai umah jer abg jl pon dah sampai. Hmm kelam kabut masukkan moto dlm umah, bangkit kain lagi.... tak cukup tangan aku di buatnya.....

Sampai kampung dalam 6.30 ptg. Hmm mak dgn adik dah tunggu, mak lak tak sabor dah nak tgk cucu dia, hmm.. rindu sgt kat mak.. takper kali ni aku cuti lamer.... hmm.. sibuk2 angkut barang tu... ada kad raya utk aku... ada 2 keping, dah tak sabor nak tgk saper anto, yang satu tu aku macam kenal jer tulisan dia... tapi dah nak buka, takperlah buka dulu..... hmm... tak sabar... dah settle prepare kat dapur.. tu.. lari jap naik atas, buka kad raya yang aku tak sabor nak baca tu.... hmm.. lepas jer baca... lemah longlai lutut.. rasa cam nak menangis pun ada..hilang semangat nak buka, tulah gatal sgt nak baca sblm buka, sudahnya aku langsung tak selera nak makan lak.....

"rasa seperti segalanya hilang tetkala membaca setiapa kalimah yang tertera dalam kad tu, berulang kali kubaca, dan akhirnya itulah kesudahanya. Andai itu sudah takdirnya.. pahit mana pun harus diterima...."

Andai Itu Sudah Takdirnya
tetkala tangan mengapai sekeping kad
hati tertawa berbunga ceria
serasa segala rinduku terubat..
namum...
bila tiap baris ayat itu kubaca
bagaikan sembilu mengiris jiwa
awam mendung datang mengundang
segala rasa mengundang jiwa..
sayu..pilu...
dendam jgn kau terus membara..
andai coretan itu melukai hatiku..
biarlah tuhan sajer yang membalasnya....
biarlah tuhan membalas setiap kesalahan umatnya sendiri..
usai lah dendam didalam hati..
redhainya,
kerana aku hanya insan biasa tiada punya kuasa
Kerana itu adalah takdirnya...
Biarlah.. rindu ini ternoktah disini,
Walau hakikatnya rindu ini sepanjang hayat....

Untuk En Harry
Andai awak terbaca ruangan ini, saya dah terima kad awak tu...maaflah... kad awak tu saya baca selepas saya poskan kad raya saya. Saya mengerti... takperlah.. saya faham dgn apa yg awak nak sampaikan, walau saya rasa sedih takperlah.... saya boleh hadapinya. So saya doakan awak bertemu dengan orang yang "sesuai" dengan awak. Well.. this the ends for you.....i try to make it back, but u dont want it back... up to you, saya memberi peluang agar kita dapat perbaiki kesilapan memasing... tetapi nampaknya.. awak dah tak sudi("lelaki mmg camtu"). Hmmm.. takperlah... mungkin ada hikmah disebalik kejadian. Banyak pengajaran yang saya dapat.... sepatutnya saya tak perlu tangisinya lagi, saya patut bersyukur dengan apa yang terjadi. Saya jadi lebih mengerti dan mensyukuri. Dan saya sedar bukan awak sorang yang sayang kat saya, ramai lagi kengkawan, famili yang sentiasa ambil berat pada saya. Saya patut hargai mereka. Saya nak sambung semula pada awak, sbb saya benar2 nak perbaiki semula hubungan ini, memperbaiki setiap kesilapan saya, menghargai setiap kelebihan dan kekurangan awak, menjadi insan yang solehah disisinya.

Well.... semuanya tak seindah pelangi mimipi.... tak perlah.. banyak hikmahnya.. en harry.... walau sendu di hati ini sentiasa berlagu rindu.. aku kan terus hadapi apa jua yang datang. I have to be strong in my minds, my soul and my heart.

YOU ARE NOT EVERYTHING!!

".... tetkala saya perlukan awak untuk membimbing saya .. tapi belum sempat tali itu saya capai ... awak lepaskan tali untuk membimbing saya itu.... awak biarkan saya terkapai mencari arah tuju sendiri.......awak rasa bersalah tak??.. mungkin awak dah tak peduli kerana bagi awak saya bukan sesiapa, atau apa2 ... yang tak memberi makna....."

3 Syawal 1425H
Seawal pagi mak dah siapkan breakfast, popia goreng yang konon-kononnya aku nak wat. alih-alih mak aku dah siapkan pon,celik-celik mata popia dah siap pon... keh..keh..Siap wat breakfast terus masak makanan tengahari lak. Sbb ari ni ada abang2 aku yang dah nak balik sbb esok kena kerja dah.

Dalam kul 11.00pagi dah siap masak, so jemput they all makan. Hmm settle tugas aku.. ank kena kemas dapur lagi.. hish letih dibuatnya. Dalam kul 12 they all pon balik dah.. lapang skit rumah tinggal kakak aku jer lum balik.

Dalam kul 1.30ptg aku received call dari cik mai.. kata nak dtg rumah... aku kata dtglah aku ada kat rumah. Cik mai dtg arround kul 2.45ptg. Dia dtg bersama dengan Zam, tunang dia. Sesampai kat rumah aku ajak cik mai n zam makan tengahari....... tak lamer pastu dia balik dah.
Lewat petang lak..mak dikunjungi oleh ex-penyewa bilik kat rumah aku tu, tapi mak dah angap kak nanai tu macam anak sendiri, dia dtg dengan husband nya, so aku pun siapkan makan malam terus untuk diorang. Mak punyalah suka sbb dah lamer tak jumpa dgn kak nani.
Hmmm.. lepas semayang n makan malam, kak nani pun balik..
Hishh.. letih ari ni dibuatnya.

4 Syawal 1425H
Hmmm... ari ni tinggal kakak aku jer lum balik, kul 9.30 karang dia baliklah.. adik aku tumpang kan dia... antar kat town...
Lepas tu mak wat kerahan tenaga, ajak aku g beraya rumah sedara mara, atuk nenek... ntah sesaper lagi yang aku tak kenal. Ikut jerlah mak aku, sbb mak aku kata aku ni tak duduk kg, asyik g belajar jer, jadi sedara2 tak kenal. Tu yang kena bawak berjalan. Hmm lecehnya.. bila oarang tanya.. ni anak yang keberapa ni, yang mana satu, tak pernah nampak pun, muka macam arwah hajjah midah(arwah nenek sebelah ayah), senyum lak macam arwah haji(arwah ayah aku ler.. tu) sengih jer lah aku.. hmm.. muka aku mmg saling tak tumpah macam nenek sebelah ayah aku... yerlah muka aku ni ikut ayah aku....so kalu nak tau rupa nenek sebelah ayahku.. tengoklah muka yang saling tak tumpah... ni... patutlah.. aku ni sejuk sikit mak aku kata, sbb ikut muka bapak, aku jarang bantah cakap arwah masa dia hidup... dan satu-satunya insan yang memanggil nama aku dengan sebutan jawi dengan jelas. Biasa orang sebut nama aku dengan sebutan rumi.... aku masih ingat camner dia panggil nama aku...dan takder orang lain panggil aku dengan panggilan itu.

5 Syawal 1425H
Ari ni nak rilek.... tlg mak kemas rumah, masak makan tengahari.... ari ni tak wat apa-apa pun... adalah sedara2 dtg.... tak ramai lah.. sorang dua jer... esok bz.. so ari ni rilek dulu...

6 Syawal 1425H
Hmm.... semalam tak wat apa-apa, ari tu tgk berita orang sibuk wat IC baru, aku pun apa lagi tak lepaskan peluang, lagipon ari ni tak wat apa2. Buat kat bandar T, dulu pekan koboi jer pekan T ni, sekang lak dah naik taraf jadik bandar. Kecik jer... bandar ni.. pejabat JPN dia pon kecik jer..besar rumah sewa aku jer.. okaylah... tu. Hmm... samapai kul 10.30 .. orang dah ramai, penuh tempat tu dgn orang jer... ish..ish.. tempat dah lak kecik, hmm.. daftar nama, tunggu queue.. kul 12 baru settle, elok jer aku nak pergi leh lak brader tu panggil..
"emm.. awak wat IC masa umur brapa tahun?"
"emm.. 18 tahun... masa tu IC hilang..."
"sure ker umur awak masa tu 18 tahun cuba tgk tarikh IC tu..""tarikh IC tu siap pada 6.3.79, sedang kan tarikh awak lahir adalah 22/10.. bermakna masa awak buat IC ni tak cukup umur 18 tahun..""ha..ah.. lah saya pun tak perasan... umur masa tu tak cukup 18 tahun..abih saya kena denda lah ni..""ha..ah.. lah... RM 30.00"

Perghhh.... tak pasal2 RM30 aku melayang.... klu ikutkan tak yah kena denda, hmm... tak perasan lak aku tak cukup umur 18 tahun masa tu.... ish selama ni confident jer tak kena denda.... keh..keh.. takperlah nak wat camner.
Tengahari tu makan kat luar, makan kat bus stand. Mak dah pesan awal-awal suruh makan kat luar sbb mak tak masak, mak g rewang. Hmm letih ...balik rumah.. terus tido, sbb ptg nak g beraya lagi.

Petang g beraya kat seri menanti, parit jawa dgn rumah mak enab. Huish.. kenyang perut den.. asyik mkan mee goreng jer.... rezeki jgn ditolak.. musuh jgn dicari.

7 Syawal 1425
HHmm.. ari ni pepagi mak dah kejut, nak g beraya kat Felda Bukit Kepong, Felda Medoi n tak lupa jugak Batu Anam.

Bertolak dari rumah jam 9.30 pagi. Dalam kul 10.15pg dah sampai dah rumah pakcik L kat felda bukit Kepong. Cousin yang sebaya dgn aku takder lak.... sampai sana.. Huis... siap hidangkan nasi lemak tu.... best..best, sbb aku lum breakfast lagi.....sedaplak makcik aku masak almaklumlah lapo kan.... hmmm mak aku dah ingatkan jgn makan banyak2 jgn badan tu.. nanti kalau gemuk tak cantik, nampak pendek... sengih cam kerang busuk jerlah aku. Hmm... dlm kul 11.15pg kitaorang pun bertolak p Felda Medoi. Kul 12.00tgh dah samapi dah.... makcik aku tgh sibuk masakan makan tengahari lak.... bestnya... beraya kali ni... breakfast orang sediakan, makan tengahhari orang sediakan.... mmg best.... mak aku lagi happy, tahun nilah dia baru nak beraya, kalau tak sebelum ni.. susah skit sbb takder transport. Ni dah ada keta.. jauh ler berjalan... dalam kul 1.15ptg bertolak nak p batu Anam... call cik mai inform nak dtg rumah dia. Hmm sekali punyalah jauh rumah cik mai.. mak aku kata.. ada rumah lagi ker dalam kelapa sawit ni... tak nampak pon.... biar betul ko.... aku pon sengih jer... Sory.. a'a cik mai.. mak ko ader citer tak pasal mak aku komplen rumah jauh... keh..keh...biasalah tukan..
sesampai cik mai tak balik keje lagi rupanya, tunggu sekejap.. siap semayang sekali. Hmm.. manolah makcik ni tak balik2 lak.. ish...ish...

Dekat kul 2.30ptg baru dia balik... gitu gini.. dia sempat lak siapkan makan tengah hari.. mak aih.. kenyang nasi lomak tak abis lagi dah nak makan tengahhari lagi sekali... pergh... kenyang giler..... hmm... tak tunggu lama dalam kul 3 lebih maka aku dah ajak balik... nak p rumah pakcik aku yang sorang lagi ni...
singgah rumah pakcik aku jap... pastu terus balik rumah... tak larat dah letih.......sesangat, sian kat adik aku drive sorang, aku ni tak pandai drive.....keh..keh.. tahun depan lah.. aku bawak keta...

8 Syawal 1425H
Huarghh... ari ni dah nak balik JB... malehnya.. lepas Subuh kitaorang tak tido balik, sibuk berkemas apa yang patut, mak pepagi dah siapkan makanan, n biasalah berleter itu ini.. mak lah katakan, macam2 dia ingatkan .. handphone, bag duit, jam.., kuih raya...
Hmm.. tiket bas kul 11.00 pagi. Hmm.. siap punya siap kul 10 pagi baru settle. Okay times utk peluk cium dgn mak tersayang... Pergh... tgh peluk tu leh mak aku tanya soalan cepu mas.. ni cik mai punya pasal lah ni..semalam beraya rumah dia leh lak dia kata aku tgh bercinta dgn orang kelantan.. aku tau dia wat lawak jer depan mak aku.... pastu mak aku leh amik serius lak masa nak balik.. sekali dia tanya aku..
"ko tgh bercinta dgn orang kelantan ker? "
"Kehkeh... " mengelekek aku ketawa....
"takderlah.. mak caya jerlah cakap mai tu.. sajer jer nak kenakan kita tu.."
"takderlah mak ingat ko tgh bercinta senyap2... "
"takderlah mak"
"Bye..Bye..mak kita balik dulu..."

p/s: wei cik mai.. ko ni betul lah.. tengok tak pasai2 den yang kena lak....

Leave your messages here...
Name

URL or Email

Messages(smilies)