Wednesday, October 20, 2004

***RAMADHAN AL-MUBARAK***

Alhamdulilah, tahun ni aku dapat lagi menyambut bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini.Semoga Ramadhan kali ini dapat memberi seribu pengertian buat diriku. Tahun ni tak sama seperti tahun2 lalu dimana sahur hari pertama adalah dirumah sewa, bukan bersama ibu dan adik dikampung. Hmmm terasa susah nak bangun sahur pula, iyerlah kalau kat kampung tu, mak kejut jer bangun sahur, tapi kat rumah sewa ni takleh nak ngada-ngada. Bangun sendiri... masak sendiri.. buka sendiri. Kalau kat rumah tu segalanya sudah tersedia ada, sebut jer nak makan apa mak mesti akan buatkan, sekalipun hanya menyebutnya(bukan betul2 nak pun) bila buka mesti dah tesedia ada, begitulah kasihnya ibu kepada sang anak. I love u so much mum!

Hmm... puasa tahun ni jatuh hari jumaat. Alhamdulilah.. hari yang penuh rahmat. So awal pepagi hari jumaat tu aku pun balik kg. Nasib baikbas banyak, takut takder tiket jer, almaklumlah 1 Ramadhan ramai yang ambik peluang balik kg, tak ketinggalan aku jugak. Tiket bas kul 10.30 pagi. Aku bantai tido atas bas. Perjalanan 2 jam setengah tu terasa terlalu pantas, sedar2 dah sampai tol, alamak aku kena turun kat sini, sbb adik aku akan jemput kat sini. Hehe tu lah asyik sangat membuta, sedar tak sedar dah sampai rupanya.

Hmm.. tgh syok-syok tungu adik aku tu, tetiba aku terasa haus, aku pon pergi lah kat vender mechine, korek2 syiling dalam handbag..cukup pun RM1.40. Satu-persatu syiling aku masukkan...keting..keting...Aku memilih ais lemon tea. Tgh sibuk-sibuk aku nak bukak air tu tepon bunyi..adik aku miscall. Hmm dah sampai lah tu.... aku pun terus lah pergi kat keta sambil pegang air tin aku tu. Masukan barang dalam keta(sambil pegang air tin lagi tu) Masuk jer dalam keta... adik aku tanya..

"Kak.. ko tak puasa ker?!(dgn muka dia yang terkejut tu)"
"Puasa ler....(konfiden jer jawab)"
"Abih tu air tu.. wat apa?"
"Hah!... Astaghfirullah...lupa lah.. patutlah masa beli tadi rasa haus sangat..." aku baru tersedar akan ke alpaan aku sendiri..kihkihkih...

Almaklumlah first day puasa....bley lak terlupa kan. Padahal dah ingatkan dari JB tadi jgn terbeli maknan atau air minum macam biasa klu nak balik kg.Hehehe.. gelihati tull.. sepanjang perjalanan balik tu adik aku dok bantai gelakan aku tak sudah.. nasib baik tak bukak air tin tu terus minum kalu tak haru ler...

Orang kata kalu bulan puasa syaitan kena ikat. Hmm abih aku terbeli air tu bukan sebab sayitan hasutlah ekk... Tu sebab kealpaan aku sendiri. Tu baru hari pertama puasa, camner dengan 29 hari lagi yang seterusnya. Syaitan kah yang akan terus mengoda atau diri sendiri yang tidak dapat mengawal nafsu....

"..Ramdhan ini ku harungi penuh dgn ketenagan dan kesyahduan...segala ingatan masih lagi tergambar jelas pada ramadhan yang lalu.....terlalu perit rasanya kenangan itu...i miss u harry!
Selamat Berpuasa Cikgu....."

Leave your messages here...
Name

URL or Email

Messages(smilies)