Monday, October 11, 2004

***MELAKA SEMINAR***

Hmm dua hari ada seminar kat City Bayview Hotel kat Melaka. Settle semua preparation untuk seminar, kami bertolak dari office pukul 3 ptg. Kemudian jemput wife bos aku jap kat Senai.Perjalanan sejauh 345km ke melaka mengambil masa hanya 3 jam. Pukul 7 kami samapi, check in, pergi dinner and cek bilik seminar, semak senari nama perserta pada pihak hotel. Nak makesure segalanya berjalan lancar esok pagi. Settle semuanya aku masuk bilik untuk siap Welcoming screen yang bos aku baru request tadi....:-(... bukan aku penat nak pikir design lak, takperlah buat yang simple2 jer lah. Hmm .. letih tapi aku takleh nak tido, biasalh tempat baru, nasib baik berteman, kalau sensorang aku memang takut...

Sedang aku terkebil-kebil, ingatan ku kembali kebumi bertuah ini..8 tahun aku tinggalkan tempat yang penuh sejarah dan kenangan. Di sinilah segalanya bermula kisah cinta ku dengan cik harry. Rasa nak menitis airmata bila kereta yang bos aku pandu memasuki kawasan sempadan Melaka. Tak sangka aku akan jejakkan kaki kembali kesini.Segalanya bagai kan terbayang diruang ingatan ini, sayunya.... Harry kalau saya boleh kembalikan masa alangkah baiknya.... kenangan di Sek Teknik tetap menjadi kenangan paling indah didalam sanubari ini, setiap peristiwa menjadi penawar rindu dikala kesunyian mencengkam hati ini. Teringat lak masa first time kitaorang dating.... hmm ingat lagi masa tu, Hari jumaat time budak perempuan keluar outing, aku keluar dgn member.. dgn siap aku kluar masatu ek.. aku tak ingat lak... Harry nak belanja makan Mc D dekat pasaraya Fajar. Kebetulan thats day dia dibenarkan outing kerana mendapat kebenaran untuk keluar atas urusan Kelab. So aku dah ada MCD tak lama tu pon dia sampai. So boleh kata tu first time dating not really official coz thats time we all just a freinds... tak couple lagi. Dia belanja aku makan sbb dia dah janji nak belanja aku makan. Sbb kitaorang selalu fight result. So thats is the best moment in my life....Lepas tu...zzzzzz..zzz.. aku pun tido...sambil tersenyum..

Sok pagi ada registeration, seminar kali lebih simple mudah sbb ada consultant dan perserta semuanya dah ada. So senang sikit. Hmm... dahsyat2 gak diorang yang atttend kursus ni ada Doktor, Professor,Engineer, Ketua Jururawat, Pegawai Sains. Hmm lagipun ini mmg targert kursus ni, golongan professional. Semua speaking.. and looking they all so freindly, even they did not know each other tapi diorang cepat mesra.

Petang tu bos kasik pelepasan untuk merayap..... hahaha... tanduk dah naik... bos kasik green light.. best wooo.. sekali bini dia nak ikut sekali :-(... puas merayap kat mahkota prade, g jenjalan pulak kat bandar hilir, sampailah gak kat muzium negeri melaka, posing amik gambar jalan kat kawasan kraft, belikan buah tangan untuk mak aku kat kgFuhh... penat wooo, berjalan. Kalau dulu masa student, tawaf satu bandar melaka pun tak per.... tu pun aku dah penat rasa cam nak nangis jer...lastly aku merengek mintak balik hotel.

Esok last day.... makan puas2, pagi tu takder apa sangat cuma jaga pendaftaran...amik attendence diorang jer, lunch bantai makan steamboat kenyang gila.... tghari terus checkout, sbb ptg tu nak terus g KUTKM, sosat kitaorang dibuatnya.

Sesi demonstration dan sesi lawatan tamat lebih kurang pukul 5 petang....kami bertolak balik ke JB.

Leave your messages here...
Name

URL or Email

Messages(smilies)