Friday, October 01, 2004

***JATUH CINTA***

Jatuh yang tidak orang simpati adalah jatuh cinta.Sebab jatuh cinta indah,tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok,sakit.Cinta banyak perkara cinta.Tidak ada siapapun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicinta. Kemuncak cinta,ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang juga yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta.cinta yang bagaimanakah yang boleh membawa seseorang ke syurga dan kenapa ada masuk neraka lantaran kerana cinta?

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya,hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya.Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki pada perempuan.Begitu juga wanita,jatuh cinta sebab lelaki kaya,handsome,bergaya,ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu.Lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat menumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut.

Orang yang bercinta sanggup membuat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki.Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta.Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua ,lelaki serta merta hilang cintanya.Habis manis sepah dibuang.Kalau pada lelaki pula ,ada duit abang sayang ,tak ada duit abang melayang.Inilah falsafah cinta yang melulu.Cinta ini yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara.Hingga sanggup buat apa sahaja ,sekalipun bunuh diri ,kalau kecewa dalam bercinta.

Seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah dan pada Rasul dan barulah pada makhluk-makhluk lain selainNya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat.Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Leave your messages here...
Name

URL or Email

Messages(smilies)