Friday, October 29, 2004

***Channel Briefing Microsoft***

28hb Oktober aritu kena attend satu seminar anjuran Microsoft. Buat kat hotel Hyatt. Hmm bukan seminar apapun, just satu seminar untuk mempromosikan product Microsoft. Well camner ntah bos leh suruh kitaorang pergi. Aku pergi dgn opismate, nasib baik tak g sorang2 kalau tak naya jer lah aku. Hmm upset sesangat sbb majoriti semua kaun cer, yang melayu adalah dalam 10% jer. Yang mealyu pakai tudung tulah kiataorang berdua jer. Agaknya sbb bulan puasa ramai muslim malas nak join agaknya. Sbb semua breakfast,tea n lunch disediakan. Tapi berbaloi gak sbb kitaorang dapat baucher berbuka puasa. Dapat 2 keping tu. Orait gak sbb bleh bawak mak opismate aku, yerlah sbb aku tumpang keta laki dia pergi dan balik. Tak kisah sgt pun sbb buffet berbuka puasa, mmg best tapi tau jerlah puasa mana makan banyak sgt. Sementelah aku tgh jaga makan aku, hehehe... best sbb dah turun 2 kilo. Nak cuba turunkan lagi ni.

Habis seminar around kul 3.30 ptg. So sementara nak tunggu hingga waktu buka kita org pun merayaplah g kotaraya. Semayang asar kat sana, pastu p jalan2 cuci mata, Almaklumlah bazar nak raya ni, Macam-Macam Ada..... Taklamer pastu hubby n monther in law n daugther dia sampai. Jalan sekejap.. terasa boring.. pastu p City Square lak... shopping lagi... opismate aku sempatlah carikan baju untuk anak dia. Aku lak.. malas lah nak beli apa2.. pening2 lalat.. tgk orang ramai.

Dah sudah tu buak kat food court kat atas tu n semaynag magrhib terus kat CS, lepas tu baru kitaorang bertolak g Hyatt.... hmm ramai giler orang.. yang musykil bin ajaib tu ramai lak orang cina n oarng india yang memnuhkan tempat...... Makanan biasa jer... takder lah best sgt.. best lagi masa p City Bayview hotel aritu. Anak opismate aku mengamuk.. sbb dia mengantukk.. yerlah dah temapt tu panas.. bising lak.. tu.. so kitaorang duduk lak kat bahgian atas tu.... ciann anak dia ... mengamuk nak tido...

Dalam kul 9.00mlm tu kiataorang pun balik lah...... selesai satu ari yang panjang. ari ni tak pi terawikh lah aku.....

"... tika ku termenung menatap gambar kita tika majlis konvokseyen lalu hatiku bagai diruntun-runtun kesedihan, ianya tinggal sejarah.. tiada lagi yang nyata, hanya pilu mengiringi airmata ini.... sendu ni ku tahan agar hati ini tidak terus terluka......selamat berbuka puasa...."

Tuesday, October 26, 2004

Tunggu sekejap
Wahai kasih
Kerana hujan masih renyai
Tunggu sekejap
Dalam pelukan asmaraku
Jangan bimbang
Walaupun siang akan menjelma
Malam ini
Belum puas ku bercumbu
Dengan dinda

Tunggu sekejap
Wahai kasih
Tunggulah sampai hujan teduh
Mari kudendang
Jangan mengenang orang jauh
Jangan pulang jangan tinggalkan
Daku seorang
Tunggu sekejap kasih
Tunggu

"....Harry berilah saya peluang sekali ini untuk membetulkan segalanya.. bagilah peluang pada saya untuk membina semula segala kepercayaan saya pada awak..... sampai saat ini tidak ada pun yang mampu membuatkan saya lupakan awak selamanya........."

Monday, October 25, 2004

***BESDAY 25th years old***

Well.. 22hb Oktober yang lepas, genaplah usia aku 25 tahun.

"Allah selamatkan kamu.."
"Allah selamtakan kamu.."
"Allah selamatkan ............."

"Allah selamatkan kamu...."

Dah suku abad rupanya. Hmm... tak der jodoh lagi.. klu dulu nak kawin cepat2, tapi pakwe dah lari nak camner lorrr... kehkeh..takperlah.. aku terimanya sebagai cabaran dalam kehidupan ini. Kalau tidak hambar pula perjalanan hidup ini kalau tiada coretan cerita yang pahit dan manis. Hmm aku harap diusia menjengah suku abad ni, aku berharap sangat kehidupan aku akan menjadi jauh lebih baik. Financial, life, carrier, healthyness.... dan segala2 nay lah... Boyfreind nantilah dulu....tak nak pk lagi.. coz still masih teringat kisah lalu....

Hmm sedih sikit, besday kali ni.... mana tak nya... dah bln puasa pastu lak.. aku tgh demam teruk, siap amik MC lagi. Date MC tu pon on 22/10/04. Apa lah nasib badan. Start 2-3 hari puasa hari tu aku dah tak sedap badan... sudahnya bila hari tu kena push buat kerja sampai lewat.. terus aku jatuh sakit. Amik MC terus.... tapi tak kurus gak aku , tu yang musykil tu..
So takder yang istimewa pun 22/10 tahun ni.. just a few of my freinds wishing me..

Tahnks a lot coz remember my besday.

Sepi itu indah
Mencengkam disegenap sanubari
Memberi satu erti yang baru
Untuk aku mengerti satu kehilangan
Satu ... kesunyian

Hanya saat terindah itu kan ku ingati
Kala sepi mengetuk jendela hati ini
Kasih ku kan terus abadi disini selamanya...
Dengan setiap ingatan, rindu, kasih padamu...


"Asm harry, awak tak ingat besday saya ker harini, sampai hati awak lupakan segala2nya yer..
Tidak terduga, kisah kita akan berakhir dengan kedukaan.... Dan kini kau telah pergi tinggal ku sendiri..."

Wednesday, October 20, 2004

***RAMADHAN AL-MUBARAK***

Alhamdulilah, tahun ni aku dapat lagi menyambut bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini.Semoga Ramadhan kali ini dapat memberi seribu pengertian buat diriku. Tahun ni tak sama seperti tahun2 lalu dimana sahur hari pertama adalah dirumah sewa, bukan bersama ibu dan adik dikampung. Hmmm terasa susah nak bangun sahur pula, iyerlah kalau kat kampung tu, mak kejut jer bangun sahur, tapi kat rumah sewa ni takleh nak ngada-ngada. Bangun sendiri... masak sendiri.. buka sendiri. Kalau kat rumah tu segalanya sudah tersedia ada, sebut jer nak makan apa mak mesti akan buatkan, sekalipun hanya menyebutnya(bukan betul2 nak pun) bila buka mesti dah tesedia ada, begitulah kasihnya ibu kepada sang anak. I love u so much mum!

Hmm... puasa tahun ni jatuh hari jumaat. Alhamdulilah.. hari yang penuh rahmat. So awal pepagi hari jumaat tu aku pun balik kg. Nasib baikbas banyak, takut takder tiket jer, almaklumlah 1 Ramadhan ramai yang ambik peluang balik kg, tak ketinggalan aku jugak. Tiket bas kul 10.30 pagi. Aku bantai tido atas bas. Perjalanan 2 jam setengah tu terasa terlalu pantas, sedar2 dah sampai tol, alamak aku kena turun kat sini, sbb adik aku akan jemput kat sini. Hehe tu lah asyik sangat membuta, sedar tak sedar dah sampai rupanya.

Hmm.. tgh syok-syok tungu adik aku tu, tetiba aku terasa haus, aku pon pergi lah kat vender mechine, korek2 syiling dalam handbag..cukup pun RM1.40. Satu-persatu syiling aku masukkan...keting..keting...Aku memilih ais lemon tea. Tgh sibuk-sibuk aku nak bukak air tu tepon bunyi..adik aku miscall. Hmm dah sampai lah tu.... aku pun terus lah pergi kat keta sambil pegang air tin aku tu. Masukan barang dalam keta(sambil pegang air tin lagi tu) Masuk jer dalam keta... adik aku tanya..

"Kak.. ko tak puasa ker?!(dgn muka dia yang terkejut tu)"
"Puasa ler....(konfiden jer jawab)"
"Abih tu air tu.. wat apa?"
"Hah!... Astaghfirullah...lupa lah.. patutlah masa beli tadi rasa haus sangat..." aku baru tersedar akan ke alpaan aku sendiri..kihkihkih...

Almaklumlah first day puasa....bley lak terlupa kan. Padahal dah ingatkan dari JB tadi jgn terbeli maknan atau air minum macam biasa klu nak balik kg.Hehehe.. gelihati tull.. sepanjang perjalanan balik tu adik aku dok bantai gelakan aku tak sudah.. nasib baik tak bukak air tin tu terus minum kalu tak haru ler...

Orang kata kalu bulan puasa syaitan kena ikat. Hmm abih aku terbeli air tu bukan sebab sayitan hasutlah ekk... Tu sebab kealpaan aku sendiri. Tu baru hari pertama puasa, camner dengan 29 hari lagi yang seterusnya. Syaitan kah yang akan terus mengoda atau diri sendiri yang tidak dapat mengawal nafsu....

"..Ramdhan ini ku harungi penuh dgn ketenagan dan kesyahduan...segala ingatan masih lagi tergambar jelas pada ramadhan yang lalu.....terlalu perit rasanya kenangan itu...i miss u harry!
Selamat Berpuasa Cikgu....."

Monday, October 11, 2004

***MELAKA SEMINAR***

Hmm dua hari ada seminar kat City Bayview Hotel kat Melaka. Settle semua preparation untuk seminar, kami bertolak dari office pukul 3 ptg. Kemudian jemput wife bos aku jap kat Senai.Perjalanan sejauh 345km ke melaka mengambil masa hanya 3 jam. Pukul 7 kami samapi, check in, pergi dinner and cek bilik seminar, semak senari nama perserta pada pihak hotel. Nak makesure segalanya berjalan lancar esok pagi. Settle semuanya aku masuk bilik untuk siap Welcoming screen yang bos aku baru request tadi....:-(... bukan aku penat nak pikir design lak, takperlah buat yang simple2 jer lah. Hmm .. letih tapi aku takleh nak tido, biasalh tempat baru, nasib baik berteman, kalau sensorang aku memang takut...

Sedang aku terkebil-kebil, ingatan ku kembali kebumi bertuah ini..8 tahun aku tinggalkan tempat yang penuh sejarah dan kenangan. Di sinilah segalanya bermula kisah cinta ku dengan cik harry. Rasa nak menitis airmata bila kereta yang bos aku pandu memasuki kawasan sempadan Melaka. Tak sangka aku akan jejakkan kaki kembali kesini.Segalanya bagai kan terbayang diruang ingatan ini, sayunya.... Harry kalau saya boleh kembalikan masa alangkah baiknya.... kenangan di Sek Teknik tetap menjadi kenangan paling indah didalam sanubari ini, setiap peristiwa menjadi penawar rindu dikala kesunyian mencengkam hati ini. Teringat lak masa first time kitaorang dating.... hmm ingat lagi masa tu, Hari jumaat time budak perempuan keluar outing, aku keluar dgn member.. dgn siap aku kluar masatu ek.. aku tak ingat lak... Harry nak belanja makan Mc D dekat pasaraya Fajar. Kebetulan thats day dia dibenarkan outing kerana mendapat kebenaran untuk keluar atas urusan Kelab. So aku dah ada MCD tak lama tu pon dia sampai. So boleh kata tu first time dating not really official coz thats time we all just a freinds... tak couple lagi. Dia belanja aku makan sbb dia dah janji nak belanja aku makan. Sbb kitaorang selalu fight result. So thats is the best moment in my life....Lepas tu...zzzzzz..zzz.. aku pun tido...sambil tersenyum..

Sok pagi ada registeration, seminar kali lebih simple mudah sbb ada consultant dan perserta semuanya dah ada. So senang sikit. Hmm... dahsyat2 gak diorang yang atttend kursus ni ada Doktor, Professor,Engineer, Ketua Jururawat, Pegawai Sains. Hmm lagipun ini mmg targert kursus ni, golongan professional. Semua speaking.. and looking they all so freindly, even they did not know each other tapi diorang cepat mesra.

Petang tu bos kasik pelepasan untuk merayap..... hahaha... tanduk dah naik... bos kasik green light.. best wooo.. sekali bini dia nak ikut sekali :-(... puas merayap kat mahkota prade, g jenjalan pulak kat bandar hilir, sampailah gak kat muzium negeri melaka, posing amik gambar jalan kat kawasan kraft, belikan buah tangan untuk mak aku kat kgFuhh... penat wooo, berjalan. Kalau dulu masa student, tawaf satu bandar melaka pun tak per.... tu pun aku dah penat rasa cam nak nangis jer...lastly aku merengek mintak balik hotel.

Esok last day.... makan puas2, pagi tu takder apa sangat cuma jaga pendaftaran...amik attendence diorang jer, lunch bantai makan steamboat kenyang gila.... tghari terus checkout, sbb ptg tu nak terus g KUTKM, sosat kitaorang dibuatnya.

Sesi demonstration dan sesi lawatan tamat lebih kurang pukul 5 petang....kami bertolak balik ke JB.

Friday, October 01, 2004

***JATUH CINTA***

Jatuh yang tidak orang simpati adalah jatuh cinta.Sebab jatuh cinta indah,tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok,sakit.Cinta banyak perkara cinta.Tidak ada siapapun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicinta. Kemuncak cinta,ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang juga yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta.cinta yang bagaimanakah yang boleh membawa seseorang ke syurga dan kenapa ada masuk neraka lantaran kerana cinta?

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya,hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya.Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki pada perempuan.Begitu juga wanita,jatuh cinta sebab lelaki kaya,handsome,bergaya,ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu.Lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat menumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut.

Orang yang bercinta sanggup membuat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki.Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta.Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua ,lelaki serta merta hilang cintanya.Habis manis sepah dibuang.Kalau pada lelaki pula ,ada duit abang sayang ,tak ada duit abang melayang.Inilah falsafah cinta yang melulu.Cinta ini yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara.Hingga sanggup buat apa sahaja ,sekalipun bunuh diri ,kalau kecewa dalam bercinta.

Seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah dan pada Rasul dan barulah pada makhluk-makhluk lain selainNya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat.Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Leave your messages here...
Name

URL or Email

Messages(smilies)