***SABTU BOSAN***
Hujung minggu yang lalu kuhabiskan dengan aktiviti yang bermanfaat (..erk!....shopping aktiviti yang bermanfaat ker??). Hmmm letihnya sbb sabtu ni minggu bekerja, hmm.. jam 8.45pg baru kutiba kat opis hari sabtu hari tu. Siap kan kerja yang tertangguh dan tetiba.... hujan lebat turun mencurah-mencurah. Setiap kali hujan turun..aku mengucap syukur diatas kurnian Tuhan atas rezekinya. Mungkin ada kebaikannya disebalik hujan yang diturunkan. Hmm.. aku cakap camni sbb nak pujuk hati aku yang sedih setiap kali hujan turun.. sbb aku naik skuter..... bukan keta, so mesti stuck kat opis kalau hujan turun. What ever pun aku mmg sentiasa bersyukur..... hujan membasahi bumi yang gersang, pasti ada kebaikannya..Lagipun dah hujung tahun .. mmg macam tulah, hujan selalu turun, lelagi dah dekat nak puasa ni... ALLHAMDULILAH!
Hmm.. lepas keje rasa malas pulak nak balik..rasa boring jer.. tak tahulah naper, tapi ari ni mmg rasa cam tak best jer....Sunyi?...Tension?...Rindu?.. Sedih? aku tau.. sbb aku teringat"...." Tu yang moody tu, so aku amik keputusan nak g jejalan kat JJ. Jam dah pukul 2.30ptg, kejenguk keluar tingkap, sang mentari sudah menunjukan sinarnya, hmmm ..hujan dah berenti nampaknya.. leka aku memerhati.. sisa titis hujan jatuh satu persatu dari bumbung... tenang sungguh titisan air itu.. walaupun kemudianya ia akan berderai bila jatuh menghempas lantai...Mungkin begitulah kehidupan, kita harus sentiasa bertenang, walau apa sajer rintangan yang melanda. Bila hujan dah reda aku teringat pada sahabat lama...."Aku suka suasana lepas hujan turun" dan hari ni setiap kali hujan reda aku akan menikmati susananya......Tanah-tanah gersang mula lembap semula, rumput2 kuning mula menghijau... pokok-pokok yang kering seolah-olah sedang tertawa kegembiraan dgn nikmat yang dikurniakan.....
Hujan reda jer kunci motor dan kunci opis ku capai. Selesai kunci opis, aku terus bergerak ke JJ. Hmm smlm pegi dgn mai, cam ada sale.. tu yang nak g tgk. Actually buakn nak shopping sesajer sbb dah takder aktiviti. Hehehe......
Hmm..aku beli track suit brand Googles siap dgn T-Shirt, semangat nak g joging...al - maklumlah sekarang dah tambah berat kalu tak control leh jadik cam Syanie aku...(tak sanggup aku klu jadik syanie) Sekarang dah dok risau ttg berat badan aku yang makin bertambah ni, dah control makan sikit. Kalau dulu berat aku maintain 45-46kg, la ni dah 52kg. Waarrggh tengok angka tu pun dah cukup gerun. Lagilah aritu masa g interview, kat P****C ni opis tmpat paraktikal aku, ada lah orang yang aku kenal leh dia kata "naper besar "sangat"?" Warghhh.. aku mula nak nangis.... hmm gemuk sangat ker aku ni...dia kata lagi"dulu masa praktikal rasa besar jari kelengking ni dah besar ibu jari lak" wargghh.... ayat di tu betul2 buat aku terjaga,
Hmm setahun lalu aku di landa masalah, murung jer, aku tak jaga penampilan diri, aku tak hirau langsung berat aku, sbb masa sakit tu aku kurus sangat, sampai semua orang risau... aku pun tak sedar bila badan aku makin berisi ni, pastu aku selalu kena gastrik. Tu yang dulu biala lapo jer aku bantai makan..... dan... ni lah kesudahanya.
Dengan semangat yang berkobar-kobar perkara pertama aku buat balik dari interview tu aku beli timbang... ekekek.. gelihati lak.. aku sbb tak pernah terpikir yang berat aku akan bertambah sampai begini, sbb dulu aku cukup kurus sampai member semua gelar aku ANEROXIA.... Makan banayak mana pun badan tetap cam tu jer...... tu yang bila naik macam ni aku tak tau nak wat camner. Aku pun mula jaga segala makan aku, klu rasa leh tahan lapar aku tak makan, kurangkan makan nasi...Risau beb. Kalau en Harry tgk aku yang sekang ni mesti terkezutnya. Kalau waktu dulu ketika sama dgn Harry klu pergi shopping complex, aku tak pernah lupa nak timbang berat badan aku, sampai gaduh-gaduh. Hmm.. teringat memory ketika bergaduh di Kerry's(Kini Metrojaya) , siap mengamuk campak2 kunci motor, lepas merajuk nak balik hostel tak nak jalan-jalan lagi, puncanya....dia tetiba menghilangkan diri, masa aku g timbang berat badan aku. Aku lak amik serius, dia lak memain jer masa tu...
Welll everything... now just a memory to remains..... always make me smile.... I miss u Harry..
My Memories
Yang Terindah Hanya Sementara

<< Home