Monday, September 13, 2004

***MOVIE DAY***

Hmm.. lamer tidak menulis disini, minggu lepas g tgk PGL dgn member. Kedengaran seperti hebat jer citer nie, almkalumlah kos pembikinnanya menelan hampir 16 billion!.(mak aih...mentang-mentang dia bini menteri....) Dan pelakon-pelakonnya juga hebat2 belaka. Ada Christine hakim, Sofea Jane, Rahim Razali, Tiara & yang paling best ada M. Nasir tuu. Apatah lagi dgn promo YAB Datuk Ghani Othman. Hmm lebih-lebih lagi bila orang yang tgk sebelum ni semuanya memuji cerita ni hebat! best! cam nak tgk lagi.... fuiyooo! hmm tue yang merancang nak g tgk. Pk punya pk, amik ari yang sesuai, definitely tunggu movie day, hari selasa di MPV, hari Rabu GSC. Hari Selasa tak leh sebab aku ada tuisyen mlm tu, so amik hari Rabu.

Hmm..tgh hari tu aku dah siap booking untuk 4 orang, bertolak dari rumah kul 8.15, agak lewat. Pastu sampai dah 8.45, ngam2 untuk collect tiket sbb aku booking kena datang setengah jam awal. Tgk dekat counter punyalah lengang, aku dah risau.. emm takan takder orang tgk citer ni, hari ni kan movie day. Musykil lak, tapi dekat kul 9 tu, orang dah mula ramai lah..
PGL, 9.15 house No 5. Bila dah masuk tu, barulah ramai orang, hmm penuh gak panggung tu, nasib baik aku g booking tiket, dapat tmpt startegik sikit.

PGL... macam indah kabar dari rupa, punyalah gah ... tapi aku tgk.. cam nak menangis sbb citer lembap gilos. Mungkin jiwa aku tak sesuai dengan citer epik romantik ni. Terlalu slow emotions. Mungkin sesuai utk mereka yang suka menghayati cerita genre romantik ni. Tapi dari segi shot gambar, memang menarik, banyak mengetengahkan kesenian, kelembutan dan banyak mengambarkan kesenian melayu Melaka. Puteri Gusti Retno Dumilah lakonan tiara mmg bley dipuji. Begitu juga dengan MNasir sebagai Hang Tuah mmg hebat. Satu lagi watak yang harus dipuji ialah watak Alex Komang sebagai Raja Majapahit iaitu Gusti Adapati Handaya Ningrat Satu jer tak suka kenapa tampil kan orang islam sebagai terrorist. Penampilan Azmil Mustpaha sebagai Panglima Demak yang sering menganas boleh membawa satu dimensi yang boleh mengambarkan yang sememangnya orang islam suka mengganas. Aku mmg tak setuju!!!. Kenapa perlunya watak sedemikian? takan lah pelakon tak persaan, takanlah Tiara mmg saja biarkan skrip ni cam ni? ini boleh menyentuh sensitiviti orang islam ni, tak adil tul....

Overall..taksuka citer ni.....nak tengok..tengokler, tapi kalu rasa2 jiwa takleh ngam dengan kata2 puitis, maksud2 tersirat, slow emotions.. tak yah lah g tengok. Citer ni boring sket, buktinya member aku leh tido tgk citer sbb lambat sangat dia nak cakap tu yang dia tido dulu tu.. kehkeh.. lawak tul lah.

By the way ramai gak orang yang memuji, so ni pandangan aku jer, aku tak suka tgk. Ada gak kawan aku mati2 kata citer ni best, so nilaikanlah sendiri yer. Korang pegilah tengok sendiri nanti baru tau jawapanya.


Leave your messages here...
Name

URL or Email

Messages(smilies)