Tuesday, September 28, 2004

***ISTANA BUKIT SERENE***

Hujung minggu tu balik dari shopping, dok beborak dengan housemate, sedar tak sedra dah dekat kul 7 rupanya, Laporr... sbb lum makan lagi..... kejap lagi ada anugerah ERA, So tak leh miss... Lepas semayang klua dgn CDa g carik makan.

Tengok anugerah ERA, banyak keputusan yang diluar jangkaan. Paling memeranjatkan Siti Nurhaliza tak menang satu anugerah pun... what happened? Adakah ini zaman kejatuhan nya, ataupun angkara e-mail berantai yang berunsurkan fitnah terhadap dirinya??? Hmm rezeki itu di tangan Tuhan, mungkin dah cukup segala nikmat yang telah diberikan padanya(yerlah.. setiap kali ada anugerah, mesti nya dia dapat awarded, at least satu awarded) Mungkin dah masanya tuah orang lain lak, seperti Ziana Zain menang untuk lagu pop terbaik-Lagu Bukan, Noraniza Idris anugerah lagu Global Pilihan, Misha lak Anugerah vokal wanita.

Tengah2 syok tgk anugerah tu, tetiba lak si aisyah ni call aku, ajak g joging, sbb dia bawak keta skang ni keta abang dia. Okay janji kul 7.00 pagi, klua rumah. Biasalah bila dah janji lambat sikit, 7.30pagi baru dia sampai, pastu decide nak g joging kat Istana Bukit Serene. Lama dah dtg sini dulu masa belajar, kekadang ptg2 ada gak joging kat sini dgn abot and the geng.

Hmm... best tengok pemandanagn kat situ, ramai orang joging, aku lak dah lama tak joging.. baru beberapa meter dah rasa pancit....... dulu aku mmg selalu joging, sekali dah berenti joging ni, sesekali joging rasa mengah lah pulak. Hmm.. bersebelahan kawasan kebun bunga istana tu Zoo, kawasan tu terbiar, biantang pun dah takder. Rasa terkilan lak tempat tu di biarkan tak terjaga. Hopefully pada masa akan datang, pihak-pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan memajukan semula zoo ni. Mungkin nanti boleh menjadi salah satu daya tarikan pelancong dtg ker JB... :-). Dekat satu jam gak kitaorang joging keliling kawasan. Dah penat tu aisyah ajak g makan kat ZZ corner, dia kata best makan kat situ. Hmm... baru joging berkillo-kilo meter, lepas joging bantai mee hoon soto???? mana berat nak turun kalau camni lah gayanya...Nye..nye...nye... Dalam mee hoon soto ada mee hoon- pembekal kalori, ayam-protien+lemak, kuah sup lagi....huish... klu selalu macam ni.... alamat joging tak berkesan lah ni..

Hmm balik tu ajak aisyah g Danga Bay, huish bestnya..... pemadangan kat sini, sesampai kat sana kebetulan ada konvoi kereta antik nak mulakan perjalananya, so tak lepaskan peluang amik gambar...... dan bertepuk tangan. Seronok tgk they all, macam-macam jenis keta dan moto zaman 50an dan juga zaman kolonial. Terpegun seketika aku memandang kereta2 antik tu, rasa tabik pada mereka kerana masih mampu mengekalkan usia kereta tu walaupun setelah berpuluh-puluh tahun. Apa yang penting nilai sejarah tu masih terkesan bila terpandang kereta model-model lama.Yang bawak keta tu pulak pun antik-antik belaka.... wakakaka...
Puas keliling Danga Bay, ajak aisyah balik. Letih dah.. joging tadi, jejalan pusing Danga Bay..

Balik rumah dah dekat kul 11.00 pagi, hmm buatlah aktiviti harian seperti biasa..basuh baju , kemas bilik, kemas rumah....... pastu tido... hmm tambah lagi berat badan aku.......

Leave your messages here...
Name

URL or Email

Messages(smilies)