Tuesday, September 28, 2004

***ISTANA BUKIT SERENE***

Hujung minggu tu balik dari shopping, dok beborak dengan housemate, sedar tak sedra dah dekat kul 7 rupanya, Laporr... sbb lum makan lagi..... kejap lagi ada anugerah ERA, So tak leh miss... Lepas semayang klua dgn CDa g carik makan.

Tengok anugerah ERA, banyak keputusan yang diluar jangkaan. Paling memeranjatkan Siti Nurhaliza tak menang satu anugerah pun... what happened? Adakah ini zaman kejatuhan nya, ataupun angkara e-mail berantai yang berunsurkan fitnah terhadap dirinya??? Hmm rezeki itu di tangan Tuhan, mungkin dah cukup segala nikmat yang telah diberikan padanya(yerlah.. setiap kali ada anugerah, mesti nya dia dapat awarded, at least satu awarded) Mungkin dah masanya tuah orang lain lak, seperti Ziana Zain menang untuk lagu pop terbaik-Lagu Bukan, Noraniza Idris anugerah lagu Global Pilihan, Misha lak Anugerah vokal wanita.

Tengah2 syok tgk anugerah tu, tetiba lak si aisyah ni call aku, ajak g joging, sbb dia bawak keta skang ni keta abang dia. Okay janji kul 7.00 pagi, klua rumah. Biasalah bila dah janji lambat sikit, 7.30pagi baru dia sampai, pastu decide nak g joging kat Istana Bukit Serene. Lama dah dtg sini dulu masa belajar, kekadang ptg2 ada gak joging kat sini dgn abot and the geng.

Hmm... best tengok pemandanagn kat situ, ramai orang joging, aku lak dah lama tak joging.. baru beberapa meter dah rasa pancit....... dulu aku mmg selalu joging, sekali dah berenti joging ni, sesekali joging rasa mengah lah pulak. Hmm.. bersebelahan kawasan kebun bunga istana tu Zoo, kawasan tu terbiar, biantang pun dah takder. Rasa terkilan lak tempat tu di biarkan tak terjaga. Hopefully pada masa akan datang, pihak-pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan memajukan semula zoo ni. Mungkin nanti boleh menjadi salah satu daya tarikan pelancong dtg ker JB... :-). Dekat satu jam gak kitaorang joging keliling kawasan. Dah penat tu aisyah ajak g makan kat ZZ corner, dia kata best makan kat situ. Hmm... baru joging berkillo-kilo meter, lepas joging bantai mee hoon soto???? mana berat nak turun kalau camni lah gayanya...Nye..nye...nye... Dalam mee hoon soto ada mee hoon- pembekal kalori, ayam-protien+lemak, kuah sup lagi....huish... klu selalu macam ni.... alamat joging tak berkesan lah ni..

Hmm balik tu ajak aisyah g Danga Bay, huish bestnya..... pemadangan kat sini, sesampai kat sana kebetulan ada konvoi kereta antik nak mulakan perjalananya, so tak lepaskan peluang amik gambar...... dan bertepuk tangan. Seronok tgk they all, macam-macam jenis keta dan moto zaman 50an dan juga zaman kolonial. Terpegun seketika aku memandang kereta2 antik tu, rasa tabik pada mereka kerana masih mampu mengekalkan usia kereta tu walaupun setelah berpuluh-puluh tahun. Apa yang penting nilai sejarah tu masih terkesan bila terpandang kereta model-model lama.Yang bawak keta tu pulak pun antik-antik belaka.... wakakaka...
Puas keliling Danga Bay, ajak aisyah balik. Letih dah.. joging tadi, jejalan pusing Danga Bay..

Balik rumah dah dekat kul 11.00 pagi, hmm buatlah aktiviti harian seperti biasa..basuh baju , kemas bilik, kemas rumah....... pastu tido... hmm tambah lagi berat badan aku.......

Monday, September 27, 2004

***SABTU BOSAN***

Hujung minggu yang lalu kuhabiskan dengan aktiviti yang bermanfaat (..erk!....shopping aktiviti yang bermanfaat ker??). Hmmm letihnya sbb sabtu ni minggu bekerja, hmm.. jam 8.45pg baru kutiba kat opis hari sabtu hari tu. Siap kan kerja yang tertangguh dan tetiba.... hujan lebat turun mencurah-mencurah. Setiap kali hujan turun..aku mengucap syukur diatas kurnian Tuhan atas rezekinya. Mungkin ada kebaikannya disebalik hujan yang diturunkan. Hmm.. aku cakap camni sbb nak pujuk hati aku yang sedih setiap kali hujan turun.. sbb aku naik skuter..... bukan keta, so mesti stuck kat opis kalau hujan turun. What ever pun aku mmg sentiasa bersyukur..... hujan membasahi bumi yang gersang, pasti ada kebaikannya..Lagipun dah hujung tahun .. mmg macam tulah, hujan selalu turun, lelagi dah dekat nak puasa ni... ALLHAMDULILAH!

Hmm.. lepas keje rasa malas pulak nak balik..rasa boring jer.. tak tahulah naper, tapi ari ni mmg rasa cam tak best jer....Sunyi?...Tension?...Rindu?.. Sedih? aku tau.. sbb aku teringat"...." Tu yang moody tu, so aku amik keputusan nak g jejalan kat JJ. Jam dah pukul 2.30ptg, kejenguk keluar tingkap, sang mentari sudah menunjukan sinarnya, hmmm ..hujan dah berenti nampaknya.. leka aku memerhati.. sisa titis hujan jatuh satu persatu dari bumbung... tenang sungguh titisan air itu.. walaupun kemudianya ia akan berderai bila jatuh menghempas lantai...Mungkin begitulah kehidupan, kita harus sentiasa bertenang, walau apa sajer rintangan yang melanda. Bila hujan dah reda aku teringat pada sahabat lama...."Aku suka suasana lepas hujan turun" dan hari ni setiap kali hujan reda aku akan menikmati susananya......Tanah-tanah gersang mula lembap semula, rumput2 kuning mula menghijau... pokok-pokok yang kering seolah-olah sedang tertawa kegembiraan dgn nikmat yang dikurniakan.....

Hujan reda jer kunci motor dan kunci opis ku capai. Selesai kunci opis, aku terus bergerak ke JJ. Hmm smlm pegi dgn mai, cam ada sale.. tu yang nak g tgk. Actually buakn nak shopping sesajer sbb dah takder aktiviti. Hehehe......

Hmm..aku beli track suit brand Googles siap dgn T-Shirt, semangat nak g joging...al - maklumlah sekarang dah tambah berat kalu tak control leh jadik cam Syanie aku...(tak sanggup aku klu jadik syanie) Sekarang dah dok risau ttg berat badan aku yang makin bertambah ni, dah control makan sikit. Kalau dulu berat aku maintain 45-46kg, la ni dah 52kg. Waarrggh tengok angka tu pun dah cukup gerun. Lagilah aritu masa g interview, kat P****C ni opis tmpat paraktikal aku, ada lah orang yang aku kenal leh dia kata "naper besar "sangat"?" Warghhh.. aku mula nak nangis.... hmm gemuk sangat ker aku ni...dia kata lagi"dulu masa praktikal rasa besar jari kelengking ni dah besar ibu jari lak" wargghh.... ayat di tu betul2 buat aku terjaga,
Hmm setahun lalu aku di landa masalah, murung jer, aku tak jaga penampilan diri, aku tak hirau langsung berat aku, sbb masa sakit tu aku kurus sangat, sampai semua orang risau... aku pun tak sedar bila badan aku makin berisi ni, pastu aku selalu kena gastrik. Tu yang dulu biala lapo jer aku bantai makan..... dan... ni lah kesudahanya.

Dengan semangat yang berkobar-kobar perkara pertama aku buat balik dari interview tu aku beli timbang... ekekek.. gelihati lak.. aku sbb tak pernah terpikir yang berat aku akan bertambah sampai begini, sbb dulu aku cukup kurus sampai member semua gelar aku ANEROXIA.... Makan banayak mana pun badan tetap cam tu jer...... tu yang bila naik macam ni aku tak tau nak wat camner. Aku pun mula jaga segala makan aku, klu rasa leh tahan lapar aku tak makan, kurangkan makan nasi...Risau beb. Kalau en Harry tgk aku yang sekang ni mesti terkezutnya. Kalau waktu dulu ketika sama dgn Harry klu pergi shopping complex, aku tak pernah lupa nak timbang berat badan aku, sampai gaduh-gaduh. Hmm.. teringat memory ketika bergaduh di Kerry's(Kini Metrojaya) , siap mengamuk campak2 kunci motor, lepas merajuk nak balik hostel tak nak jalan-jalan lagi, puncanya....dia tetiba menghilangkan diri, masa aku g timbang berat badan aku. Aku lak amik serius, dia lak memain jer masa tu...
Welll everything... now just a memory to remains..... always make me smile.... I miss u Harry..

Saturday, September 25, 2004

***FAREWELL***

Semalam hilang lagi seorang teman sekerja, satu persatu mereka pergi meninggalkan opis ni, untuk medapatkan kerja yang jauh lebih baik. Tinggallah bersama cik N & cik F meneruskan perjuangan yang belum selesai. Apakah kesudahannya aku pon tak pasti. En W antara yang pekerja yang paling DrJ percayai. Dia juga seorang yang mudah dibawa berbincang, easy going... aku suka bekerjasama dgn dia, tak banyak kerenah....

Tapi situasai pejabat yang semakin mencengkam membuatkan dia mengambil keputusan meniggalkan pejabat ni....Well setiap orang berhak menentukan kehidupan masing2. Memilih jalan yang terbaik(macamna kita nak tahu jalan tu ada lah yang terbaik buat kita????) Hmm... teringat lagu.. Ricky&Martin "..persoalan hidup dan pilihan, tapi ku bimbang untuk menyatakan bimbang kan berulang kesilapan..." begitulah hidup ku kini. Aku macam fobia.. untuk teruskan kehidupan ini, apa yang aku lalui.... aku hilang kekutan diri.... kehilangan en harry benar2 buat aku rasa kehilangan dunia ku sendiri...

En harry semoga awak sentiasa bahgia

En W.. semoga gembira dengan dunia pekerjaan yang baru..

Thursday, September 23, 2004

***FREINDS***

Freinds are:
"To fight with each other and for each other"
"A true freinds are freinds forever"
"Those who help you to say cheese"
"To play pranks together without getting caught"
"To gossip together on any topic"
"Those who think and care about you when you far away from them"
Do you know that the simple HELLO can be a sweet one? The word HELLO means:
H = How are you?
E = Everything all alrights?
L = Like to hear from you
L = Love to see you soon
O = Obviously I miss you..
So HELLO,
He had me smile everytime I say hello since then

Monday, September 20, 2004

***INTERVIEW & MASTER EDUCATION***

Last thursday i have received call from company P****C. What a suprise, oooo ada interview rupanya. Hmm dia panggil interview untuk hari Khamis, hmmm... susahnya.Aku cakaplah naper cepat sgt, takut tak sempat nak apply cuti lak..... En R tu kata klu tak sempat leh la tukar hari Jumaat, hmm hari jumaat, camner yerk....kat kg ada kenduri lak tu, ish takleh lah...khamis pun khamis lah.. mesti bos aku tak kisah klu mintak cuti nya. Nye..nye..nye....

But panggilan tu menyebabkan aku bz lak, yerlah aku kena siapkan borang master aku tu, kena hantar Rabu gak tarikh tutup dia(aku lak baru tahu tu due date dia), Surat kepada pembekal kena siapkan, follow-up paper present tak settle lagi, follow-up payment pun tak settle lagi...wargh.. cam orang gila lak aku di buatnya.

Nak isi borang master tu tak semudah yang aku sangkakan, referee? saperlah nak jadik referee aku ni... hmm suruh jerlah bos kesayangan aku tu.. dia kan lectrurer gak..hehehe. Tapi nak dua orang, sorang lagi suruhlah student Ph.D sebelah opis aku ni lah pulak. Arghh.. my bos very-very particular person, he check every semester result in my transkrip,u know what did he ask me.. why my result going down in year three?...erk!..what should i answer??? Ada ker bos kata aku ni tengah angau masa tu???Dengan rasa berat hati aku ceritalah naper..... my mental was down, i cannot concerntrate with my study thats moments,coz my father was passed away... i'm so sad... thats why result aku teruk.... ku lihat anggukan kecil, dan raut wajahnya serta merta bertukar... mungkin dia rasa bersalah sebab anggap aku angau....hehe...Yang tak bestnya tu dia sempat komen dalam tu dan siap tulis "in third year his result is going down because his father was passed away....."alamak! mesti kena tulis ker cam tu....hish bos aku ni...

Lupa lah pulak... aku amik Master Education(Education Technology)

Aku sempat menyiapkan borang tu Dan hantar ke unit SPS tepat jam 4.30 ptg...fuhh..nasib sempat.Rupanya kat sana ramai lagi senasib dgn aku, buakn sorang jer hantar last minute, ada kat 10 org gak...Settle borang master tu aku bergegas balik ke opis semula, banyak lagi kerja yang belum siap...Aku tak sempat prepare untuk interview pon. Sempat update resume jer..

Kelam kabut aku bertolak mlm Rabu tu. Asalnya nak bertolak jam 6 petang, Tapi memikirkan kerja kat opis tak siap-siap, terpaksa balik lewat sikit. Tu pun aku mintak cik K hantarkan ke Larkin.Sebelum bertolak sempat aku inform abang dengan kakak ipar aku kat Tmn P tu, tentang kedatangan aku ke KL untuk interview. Boleh aku stay kat rumah diorang tu. Karang terkejut lak diorang, Aku bertolak dari JB seawal jam 8 mlm. Aku lak memang penakut naik bas waktu malam untuk long distance, Lagilah klu sensorang...ish..ish...takper lah aku bantai tdo jer. Nasib baik bas ni seat dia 2-1. Aku dok kat seat yg satu. rasa safety sikit. Perjalanan yang jauh tu mengambil masa 4 jam setengah.

Jam 12.30 mlm aku tiba di Pudu... waiting my brother about 15 minutes. I'm so tired...letih sesangat sbb seharian sibuk berkejar kesana sini.. with menstrual disorder geting me more tired.Abang aku tanya naper pucat? dah makan lum? aku jawab dah...letih sikit banyak keje kat opis tadi. Senyap jer abang aku.. yerlah dua2 pendiam.... aku lak penat mmg takder mood nak cakap..Sampai rumah tgk diorng tgh bantai tgk citer Blade 2... tak tidur lagi rupanya anak buah aku ni..... jam dah kul 1 pagi lak tu. Aku pun apa lagi, join sekali lah....kul 2 tepat citer abis kitaorang pun masuk tidor... ahh.. letihnya.. dapat juga aku merehatkan badan.. setelah melalui hari yang cukup panjang hari ni....

Interview aku jam 3 petang...pagi tu bangun lambat, syok tidur dgn anak buah aku.. dia sekolah petang so pepagi tu dia bangun lambat lebih-lebih lagi dia tgk aku pun masih membuta....bangun jer tgk kakak ipar aku dah sempat siapkan breakfast mihun goreng dgn lauk mkn tengahhari....Nye..nye..nye.. sayang kakak ipar aku hehe....
Spoil tul.. lupa bawak alat make-up... hehe ni la masanya nak melaram.. hehe takperlah siap ala kadar jer lah.. lens aku leh buat hal.. x leh nak pakai mata aku pedih.. merah... huish. parah ni..nasib baik sblah jer.... last-last aku pakai contact lens sebelah jer... agak2 leh nampak jalan tak.... cam tak confident jer dgn mata sebelah ni.... takan nak g kedai lak.. cam tak sempat jer lah pulak..untuk interview tu aku pakai kebaya longar warna kuning air bunga pink dgn tudung pink. Make-up ala kadar, siapkan personal fail aku pun bertolak lebih kurang 2.15ptg, 2.30 baru dpt teksi pastu sesampai kat sana ada candidates yang lain,zafirah namanya... tanya punya tanya rupanya junior aku... dak UTM gak.... whats a small world!

Sebelum masuk interview kitaorang kena isi form dulu.. cam biasalah.. tu... kul 3.30ptg aku di panggil en R masuk ke dalam..3.45, aku masuk kedalam bilik... kat dalam tu ada 3 orang panel..
pucat lesi.. lamer tak g interview.They are looking so suprise coz aku dtg dari jb, sanggup tu dtg kl......first sokalan dia tanya, naper aku dtg kl mlm tadi kenaper tak hari ni sedangkan interview adalah kul 3 ptg. Merapu lah aku jawab... soalan yang dia asyik tanya naper aku "reason for living.." hmm aku pun explain lah kenaper.... "i need a stability" hehehe.. actually aku tau aku tak cukup qulified utk post ni, sbb aku bkn tau sgt pasal develop web portal atau lagguage Java.
Tapi sajer nak uji kemahiran komunikasi aku yang makin worst ni. Dekat 4.30ptg baru selesai sesi interview tu.

Balik tu sampai rumah perkara paling utama aku nak buat adalah g beli contact lens. Hmm..aku ajak lah anak buah aku yang dua orang tu.. sesajer ajak diorang jalan, ajak g makan... beli mainan, beli magazine... lamer tak jumpa diorang rindu lak.

Sok paginya aku balik... sbb ari Sabtu ada kenduri arwah. Al fatihah untuk roh ayahku... kini masuk 5 tahun pemergianya, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.

Monday, September 13, 2004

***MOVIE DAY***

Hmm.. lamer tidak menulis disini, minggu lepas g tgk PGL dgn member. Kedengaran seperti hebat jer citer nie, almkalumlah kos pembikinnanya menelan hampir 16 billion!.(mak aih...mentang-mentang dia bini menteri....) Dan pelakon-pelakonnya juga hebat2 belaka. Ada Christine hakim, Sofea Jane, Rahim Razali, Tiara & yang paling best ada M. Nasir tuu. Apatah lagi dgn promo YAB Datuk Ghani Othman. Hmm lebih-lebih lagi bila orang yang tgk sebelum ni semuanya memuji cerita ni hebat! best! cam nak tgk lagi.... fuiyooo! hmm tue yang merancang nak g tgk. Pk punya pk, amik ari yang sesuai, definitely tunggu movie day, hari selasa di MPV, hari Rabu GSC. Hari Selasa tak leh sebab aku ada tuisyen mlm tu, so amik hari Rabu.

Hmm..tgh hari tu aku dah siap booking untuk 4 orang, bertolak dari rumah kul 8.15, agak lewat. Pastu sampai dah 8.45, ngam2 untuk collect tiket sbb aku booking kena datang setengah jam awal. Tgk dekat counter punyalah lengang, aku dah risau.. emm takan takder orang tgk citer ni, hari ni kan movie day. Musykil lak, tapi dekat kul 9 tu, orang dah mula ramai lah..
PGL, 9.15 house No 5. Bila dah masuk tu, barulah ramai orang, hmm penuh gak panggung tu, nasib baik aku g booking tiket, dapat tmpt startegik sikit.

PGL... macam indah kabar dari rupa, punyalah gah ... tapi aku tgk.. cam nak menangis sbb citer lembap gilos. Mungkin jiwa aku tak sesuai dengan citer epik romantik ni. Terlalu slow emotions. Mungkin sesuai utk mereka yang suka menghayati cerita genre romantik ni. Tapi dari segi shot gambar, memang menarik, banyak mengetengahkan kesenian, kelembutan dan banyak mengambarkan kesenian melayu Melaka. Puteri Gusti Retno Dumilah lakonan tiara mmg bley dipuji. Begitu juga dengan MNasir sebagai Hang Tuah mmg hebat. Satu lagi watak yang harus dipuji ialah watak Alex Komang sebagai Raja Majapahit iaitu Gusti Adapati Handaya Ningrat Satu jer tak suka kenapa tampil kan orang islam sebagai terrorist. Penampilan Azmil Mustpaha sebagai Panglima Demak yang sering menganas boleh membawa satu dimensi yang boleh mengambarkan yang sememangnya orang islam suka mengganas. Aku mmg tak setuju!!!. Kenapa perlunya watak sedemikian? takan lah pelakon tak persaan, takanlah Tiara mmg saja biarkan skrip ni cam ni? ini boleh menyentuh sensitiviti orang islam ni, tak adil tul....

Overall..taksuka citer ni.....nak tengok..tengokler, tapi kalu rasa2 jiwa takleh ngam dengan kata2 puitis, maksud2 tersirat, slow emotions.. tak yah lah g tengok. Citer ni boring sket, buktinya member aku leh tido tgk citer sbb lambat sangat dia nak cakap tu yang dia tido dulu tu.. kehkeh.. lawak tul lah.

By the way ramai gak orang yang memuji, so ni pandangan aku jer, aku tak suka tgk. Ada gak kawan aku mati2 kata citer ni best, so nilaikanlah sendiri yer. Korang pegilah tengok sendiri nanti baru tau jawapanya.


Wednesday, September 08, 2004

***MENCARI PASANGAN***
Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim

Kenapa perlu mendapat jodoh(Dr. Fadzilah)
1) Belum sampai masa
2) Usaha betul, bersyukur
3) Terlalu memilih
4) Fobia- benci lelaki, benci perempuan
5) Masih ada sifat -ve, orang tak suka
6) Pasangan mesti bertentangan
7) Sihir - supaya tak dapat jodoh

Cara mendapat jodoh(Dr. Fadzilah)
1) Hati mestilah bersih
2) Maafkan semua orang sebelum tidur
3) Solat taubat
4) Cari yang sama taraf
5) Doa yang ikhlas, jujur(beri yang terbaik untuk diriku)
6) Ada chemistry
7) Bercinta kerana Allah

Amalan untuk melengkapkan petua mencari pasangan(Dr. Mashitah)
1) Jangan kecewa, teruskan berdoa dan pengharapan kepada Allah S.W.T
2) Asalkan ada kriteria minimum kerana bukan senang bertemu dgn Mr. Rights
3) Jangan anggap kita sebagai satu beban kerana tidak berkahwin. Buatlah cara hidup asalkan kita bahgia dan tidak menyusahkan orang lain.
4) Zikir amalan:-
a) Amalkan Asmaul Husna
b) Selawat Keatas Nabi
c) Doa seri wajah, baca surah An-Nur- mula dari Allahunurusama wati wal ar masaluhulnuri kamis kati fihi misbah , sampai ke penghujung ayat.

Amalan untuk melengkapkan petua mencari pasangan(Dr. Fadzilah)
1) Solat suant taubat setiap malam
2) Istighfar 70x setiap solat
3) Solat hajat
4) Maafkan semua oarang sebelum tidur
5) Doakan semua orang
6) Jangan benci orang
7) Tolong orang untuk dapatkan apa yang mereka mahu
8) Jangan lewat menyatakan hasrat

Monday, September 06, 2004

***TAZKIRAH***

Dosa Yang Lebih Besar Dari Berzina

"Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencengkam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya, tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya, kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah membelenggu hidupnya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.

Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun bercerita, "Saya... telah berzina. "Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun... lantas hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... tewas," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca terhempas ke batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia perlahan-lahan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu ke mana lagi nak pergi. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?

Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

"Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran."Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina"

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya. (Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy)

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub.

Satu huqub adalah 80 tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakherat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia. Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah.

Thursday, September 02, 2004

***KERJA***

Hmm.. bila tengok meja penuh dgn kerja yang berlambak, terasa sesak nafas lak aku. Akhir-akhir ni banyak tul keje yang nak kena settlekan. Rasa cam nak menangis jer bila cuti merdeka haritu aku kena keje, Hmm...TAK ADIL! . Waktu cuti ni lah nak berehat. Aku pulak perlu memerah keringat. Bukan lah banyak sangat kejenya, tapi sbbkan *** cerewet sangat dalam apa yang dibuat. Kalau cerewet ttg apa yang dibuat takper, ni cerewet ttg perkara yang tidak penting. Rasa angin satu badan jer aku ni. Banyak masa aku dah luangkan, last minute gak baru dia nak wat keje tu. Kenaper lah dia taknak fikir kan orang lain. Muka aku yang cam tempe tu aku cuba gak untuk senyum, dalam hati Tuhan jerlah yang tahu betapa sakitnya hati aku....ish.. rasa cam nak marah jer. Tapi atas nama komitment aku buat jer lah tugasan tu. Hmm kalau dah tak suka cam tu lah...

Wednesday, September 01, 2004

"Biarkan diriku sendirian tanpamu.." -DJW

Hmm... bila kita terlalu megharap....tapi bila harapan tinggal harapan, terasa seperti mahu berputus asa. Aku bukan mahu berputus asa, tapi kasihan pada hatiku sendiri. Biarlah hatiku tenang dengan cintanya pada yang Esa.

Kenangan makin di kenang makin teringat. Dan hakikat sebenarnya yang kita rindukan adalah kenangan itu dan bukan lagi si dia, tapi aku merindui kedua2 nya. Lautan mana yang tak bergelora, insan mana yang tak membuat kesilapan. Selalu dalam novel, plot citernya orang yang berjaya, baik, orang yang kaya, orang yang ingin berpelajaran. Terlalu sempurna watak yang dimainkan, hakikatnya d realiti bukanlah begitu. Jarang sekali mengetengahkan plot citer tentang keinsafan seorang pesalah, citer bagaimana masyarakat yang memberi peluang kepada pesalah untuk membetulkan kesilapanya. Mengapa yang salah harus terus dihukum, sedangkan dalam hatinya mahu benar2 berubah, menginsafi.. tapi kenapa mereka tidak diberi peluang. Lantas mereka terus dilupakan dan dikenang sbg orang yang membuat kesilapan dan harus terus dihukum kerana itu. Adil kah?

Leave your messages here...
Name

URL or Email

Messages(smilies)