***FIGHTING SPIRIT***
Cekal kah hati untuk melaluinya. Kukumpul saki baki semangat kehidupan ini untuk melupakan apa yang telah terjadi. Setiap jejak kehidupan ini ku gagahi untuk meneruskanya meskipun ianya terlalu sukar untuk dimengerti. Terlalu jauh ku rasa perjalanan ini sebelum sampai ketepi.
Aku tak tau apa yang aku rasa lagi. Kekadang terasa seperti tiada apa lagi untuk diri ini. Acapkali aku membiarkan diri ini jauh dariNya, tapi naluri yang halus telus dari dalam hati ini masih lagi terus mengingati.
Mereka memandang seperti tiada apa yang mengusik jiwa ku. Ku hadiah mereka dengan senyuman dan tawa girang ku, mengabui setiap sendu penderitaan yang kulalui. Biarlah mereka tidak lagi merasa bimbang dengan diri ini.
"you are the strong girl & strong women" said harry....
takperlah....macam-macam aku telah lalui, tapi yang ini terlalu berat untuk ku hadapinya. Tiada lagi airmata ini untuk di alirkan, dan aku takan biar ianya gugur lagi cukuplah yang sudah. Ku cuma harap sedikit bahagia atas semangat kehidupan yang tinggal ini.
Harry.... sampai hati awak biarkan saya sendirian melaluinya, saya harap awak akan hulurkan tangan untuk membawa saya keluar dari segala kekalutan permasalahan yang melanda. Rupanya ketika saya bersusah payah untuk menyambut tangan itu awak dah lepaskannya tanpa sempat saya menyambutnya. Saya kelemasan dan awak sedikit pun tidak menoleh kebelakang, bila saya mampu mengapai tangan saya ketepian saya merayu agar huluran tangan awak berikan sekali lagi, begitu angkuh awak menepisnya, tiada langsung simpati dari awak, saya kesakitan tapi awak pandang sepi semuanya. Pandangan awak seolah tiada lagi kewujudan saya ini. Takperlah .. saya sedar saper saya......
My fighting spirit sedikit semakin membara. Mungkin saya tak mungkin lagi atau tak layak menerima huluran tangan itu. Hary... sekiranya ada orang mintak tolong.. tapi tegal benar hati awak membiarkannya......kalau ketika saya kelemasan itu saya minta tolong tapi awak biarkan, rasa bersalahkah awak sekiranya orang yang meminta tolong takdapat nak teruskan kehidupanya kerana keangkuhan awak itu pergi tanpa sempat awak tolong dirinya????
Mungkin jawapan awak... pasti lah tidak ada rasa bersalah kan...
Fikirkanlah.....awak bijak, ada akal yang panjang boleh berfikir. Menjauhkan diri dari saya dan mengelak dari semuanya ada kaitan dgn diri saya bukanlah keputusan yang bijak. Face the truth. Tak perlu takut dengan semua itu, kalau awak yakin Allah redha dgn tindakan awak kenapa perlu mengelak. Tak payah berusaha mengelak kalau Allah dah putuskan awak dan saya tak bersatu tak perlu takut itu semua. Kalau awak yakin saya bukan jodoh awak tak perlu gusar. Dan saya hanya perlukan masa untuk melupakan segalanya. Saya hanya perlu jadik kuat dan harap Allah meredhai saya dgn keputusan yang awak ambil. Kalau saya berani hadapi segala dugaan yang awak tinggalkan kenapa pula awak tak berani nak hadapinya.
Jgn putuskan persahabatan yang lain hanya sbb saya. Kalau awak taknak jumpa saya, tak nak bila jumpa kawan-kawan saya akan tanya awak pasal saya. Thats no problem, i will tell them to never ask you about me. Settle! Dan saya cuba takan hadiri majlis-majlis yang mungkin awak akan hadirinya. Saya akan bagi awak aman tanpa gangguan saya.... kalau itu yang awak harapkan sesangat. Takder masalah.
My Memories
Yang Terindah Hanya Sementara

<< Home