Saturday, August 28, 2004

***SEPI***

Hari ini ku sendirian lagi disini, menatap sepi segala-galanya. Kekosongan ini telah mengimabau pada lena ku yang didatangi mimpi yang cukup sukar ku tafsirkan. Jelas sekali ku lihat disana aku sedang berhadapan denganya. Merenung seraut wajah yang tidak pernah kulupakan. Kerinduan yang menghambat jiwa ini telah meghadirkanya dilewat malam lalu. Arghh.. kerinduan yang setelah sekian lama ku nafikan tidak dapat lagi ku bendung... nahhh malam tadi dia datang untuk mengubat rinduku. Seraut wajahnya ku tatap puas.... ku renung setiap inci wajahnya.. berharap ianya kan brtukar menjadi realiti..........aku masih rindu padanya rupanya.. setelah sekian lama airmata ini tidak mengalir.. hari ini bagai disiat-siat hati ini bila kerinduan ini datang. Ku cuba mencari segenap semangat agar dirinya ku lupakan, agar bayangnya hilang di ingatan...... mengertikah dia akan rintihan ini... apakah dia seperti ku jua..... mungkin tidak baginya. Baginya namaku telah mati setahun lalu, tiada lagi insan sepertiku dalam kehidupannya....

"awak.. maafkan saya, anadainya awak terbaca coretan ini.. saya pohon pada awak.. moga awak dapat memberi peluang kepada saya, saya akan buktikan saya dah boleh menjadi kekasih yang baik, bagilah saya peluang untuk mengembalikan semula kepercayaan awak.. tolonglah..."

Gambar itu kutatap penuh pengertian. Hanya sendu ini yang dapat menceritakan segala apa yang terbuku di isi hati ini. Aku sentiasa mendoakan agar dirinya bahagia dan gembira. Gembirakah dia? Bahgiakah dia ketika ini? I have no answer for that question
Pengecutkah aku untuk berhadapan dengan realiti bahawa dirinya bukan lagi miliku... Tidak... aku tidak akan takut untuk berhadapan dengan realiti ini. Segalanya adalah takdir yang telah ditentukan. Ujian ini telah menjadikan aku insan yang jauh lebih tabah, lebih mengerti, lebih sabar....Tuhan itu maha kaya rupanya.....itulah hikmahnya...


Dalam kerinduan ini
Ku menatap gambar wajah mu diruang kamar
Rintihan asmara kau dan aku
Kini tinggal memori yang meghirisi kalbu
Duhai bayu sampaikan salam pada dirinya
Nyatakan betapa pilu perpisahan
Semu akan aku redhai
Oh mengapa tangisan dalam kerinduan ini
Menjadi kehidupan ku tidak menentu
Keretakan bak dihempas kaca
Oh mengapa
Ku masih merinduimu
Walau tidak dijodohkan
Suratan takdir telah menentukannya

Ku masih menyintaimu hingg ke akhir hayatku
Biar ku simpan persaan ini kasih
Izinkan ku membawa diri
Oh bayu sampaikan salam perpisahan
Oh kau dan aku

"saya akan buktikan saya tidaklah sehina mana yang awak sangkakan...."

Friday, August 27, 2004

***WISDOM WORDS***

"We spend so much time looking for the right person to love or finding fault with those we already love"

"Hidup ini memerlukan pengorbanan, Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan Ketabahan, Ketabahan memerlukan keyakinan,
Keyakinan perlu menentukan kejayaan, Kejayaan pula akan menentukan kebahgiaan"

Thursday, August 26, 2004

***TEST SPA***

Semalam test SPA... hmm taklah sesusahmacam test KPLI, test pagi jer.. tapi amik cuti sampai satu hari.. hehe malas nak g keje, sajer berehat dok kat rumah.
Tadi panas hati sikit sbb aku nya DC cen M pinjam... Hmm rasa nak suruh dia ganti sbb nya dah calar, bukan sikit2 tu banyak lak tu.... ish..ish.. marah tahap gaban ni......hmm cam nak suruh dia ganti jer.. aku punyaler.. jaga.. syang.. tak calar sikit pon... ish..ish.. marah.. ni...
nak carik air sejuk... kasik cool

***TAZKIRAH***

Renugan

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata,Nabi Muhammad saw bersabda:yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan...

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatulmaut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambilmaka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh
KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amatmenyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat
WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni olehsyaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah,dengan berkat
ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuatdaripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dandikeluarkan
SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali diamendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglahpahala
PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yangsedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akandiusir, maka menjelmalah
MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya kekumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada didalam keadaan gelap gelitadisekelilingnya, sedangkan dia sendiri didalam keadaan binggung, makadatanglah pahala
HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya darikegelapan kepada tempat yang terang menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapimereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah
SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN
SESAMA UMATKU lalumenyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala
SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Thursday, August 19, 2004

***REJAB***

Hmm sedar tak sedar dah masuk Rejab rupanya. Biasanya aku alert bila masuk satu Rejab ni. Yerlah aku dgn mak aku akan puasa sama-sama walau pun kami tak duduk sama-sama. Hari itu aku call mak aku,
"puasa tak...."
"Alamak... lupa lah mak, tak sedar dah masuk 1 Rejab.. hehe...bla..bla"
"Rajin-rajin sikit puasa bulan rejab ni....bla..bla"

Biasalah mak aku kalau tak berleter kat anak dia yang sorang ni tak sah lah gamaknya. Banyak kelebihana bulan Rejab ni, tapi aku bukanya ingat, biasanya aku kerap puasa la bulan Rejab & Syaban ni. Bagus untuk melatih kita menjelang bulan Ramadhan.

KELEBIHAN BULAN REJAB
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, niscaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku, & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia
keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang
besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman
daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintuneraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu,
MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi
Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan
orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai
Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah
beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan> > > umur).

Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dandiberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukitJabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi danpetang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKudan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, keranakebesaran hari ISRAK-MIKRAJ. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluarnyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim. Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat,pemurah,kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih. SYA'ABAN bulan menyiram tanaman. RAMADHAN bulan menuai. REJAB menyucikan badannya. SYA'ABAN menyucikan hatinya. RAMADHAN menyucikan rohnya. REJAB bulan taubat. SYA'ABAN bulan muhibbah. RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

P E R H A T I A N
Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalan semuanya. Sama sama lah kita beramal selagi terdaya...

Selamat Beramal


Wednesday, August 18, 2004

***AKU CINTA KAMU***

Hari ni, sambil buat keje aku sambil mendownload lagu-lagu AF final season. Dan aku suka sangat kat lagu Linda yang satu ni. So dah berkali2 aku dengar, aku pun taip balik liriknya

Aku Cinta Kamu

Tak daya aku menanti
Dalam hujan yang masih renyai
Sayangku berikanlah ku peluang
Betapa aku menanti jawapan yang emas itu
Mungkinkah bisa kasih ku dikecewa
Semakin hari kumenanti

Makin lemah kuterasa
Walau apa yang telah terjadi
Engkau tetap milikku

Aku cinta kamu
Aku sayang kamu
Mungkinkah ada jawapannya
Benarkah imaginasi kukasih kan jadi realiti

Aku cinta kamu
Aku sayang kamu
Angin sampaikanlah cinta ku
Agar terubat semua luka lalu...
Hanya ku tak sanggup
Dikecewa lagi

Semakin hari kumenanti
Semakin lemah kuterasa
Walau apa yang telah terjadi
Engkau tetap milikku

Aku cinta kamu
Aku sayang kamu
Mungkinkah ada jawapanya
Benarkah imaginasi
Ku kasih menjadi realiti

Aku cinta kamu
Aku sayang kamu
Mungkinkah benar imaginasi
Angin sampaikanlah
..oooooo...

Aku cinta kamu....

Tuesday, August 17, 2004

***MAJLIS***

Alhamdulilah... selamat dah segalanya. Hari ahad ni aku penuhi undangan sahabat lamer untuk meraikan majlisnya. Pada awalnya masa diberitahu minggu lepas aku agak terkejut, tiada angin, tiada ribut tau-tau jer nak bertunang. Aku cam tak caya jer. Tapi aku berjanji untuk turut sama berada didalam majlisnya. Aku takan hampakan permintaan seorang teman sementelah bersempena Hari Jadinya yang ke-25.

Majlis agak meriah dengan kehadiran teman-teman sekerja dan riuh rendah dengan suara adik beradik dan anak buah yang ramai tu, alMaklumlah anak bongsu. Puas aku tanya siapakah gerangan jejaka pilihan, tak banyak aku tahu tapi mungkin itu adalah pilihan yang terbaik buatnya. Puas dah aku cuba untuk melihat si jejaka ...hhmmm hampeh sbb aku rabun, langsung aku tak dapat nak lihatnya....ekekek

Apapun aku sentiasa mendoakan agar dirinya bahagia bersama insan tersayang.

Wahai teman...
carilah bahgia itu, binalah bahagia itu.....
kerana ia sudah ada didepan mu....
jgn silap membuat perkiraan....
perjalanan hidup perlu diteruskan
kisah lampau jadikan sempadan
ingatan untuk mulanya satu kisah yang baru
jangan biar airmata mengalir kembali
teguhkan untuk jiwanya yang satu
bintang kan terus berkelipan
menerangi sang malam yang kesunyian
sampai ke penghujungnya

WISH U THE BEST MY FREIND......

p/s: thanks for your advise, for your support...insyallah... aku akan tabah menghadapinya, pray for me....so that i can forget him forever in my life, doakanlah semoga ada bahagia yang menanti untuk aku nanti.......

Monday, August 16, 2004

***FIGHTING SPIRIT***

Cekal kah hati untuk melaluinya. Kukumpul saki baki semangat kehidupan ini untuk melupakan apa yang telah terjadi. Setiap jejak kehidupan ini ku gagahi untuk meneruskanya meskipun ianya terlalu sukar untuk dimengerti. Terlalu jauh ku rasa perjalanan ini sebelum sampai ketepi.

Aku tak tau apa yang aku rasa lagi. Kekadang terasa seperti tiada apa lagi untuk diri ini. Acapkali aku membiarkan diri ini jauh dariNya, tapi naluri yang halus telus dari dalam hati ini masih lagi terus mengingati.

Mereka memandang seperti tiada apa yang mengusik jiwa ku. Ku hadiah mereka dengan senyuman dan tawa girang ku, mengabui setiap sendu penderitaan yang kulalui. Biarlah mereka tidak lagi merasa bimbang dengan diri ini.

"you are the strong girl & strong women" said harry....

takperlah....macam-macam aku telah lalui, tapi yang ini terlalu berat untuk ku hadapinya. Tiada lagi airmata ini untuk di alirkan, dan aku takan biar ianya gugur lagi cukuplah yang sudah. Ku cuma harap sedikit bahagia atas semangat kehidupan yang tinggal ini.

Harry.... sampai hati awak biarkan saya sendirian melaluinya, saya harap awak akan hulurkan tangan untuk membawa saya keluar dari segala kekalutan permasalahan yang melanda. Rupanya ketika saya bersusah payah untuk menyambut tangan itu awak dah lepaskannya tanpa sempat saya menyambutnya. Saya kelemasan dan awak sedikit pun tidak menoleh kebelakang, bila saya mampu mengapai tangan saya ketepian saya merayu agar huluran tangan awak berikan sekali lagi, begitu angkuh awak menepisnya, tiada langsung simpati dari awak, saya kesakitan tapi awak pandang sepi semuanya. Pandangan awak seolah tiada lagi kewujudan saya ini. Takperlah .. saya sedar saper saya......

My fighting spirit sedikit semakin membara. Mungkin saya tak mungkin lagi atau tak layak menerima huluran tangan itu. Hary... sekiranya ada orang mintak tolong.. tapi tegal benar hati awak membiarkannya......kalau ketika saya kelemasan itu saya minta tolong tapi awak biarkan, rasa bersalahkah awak sekiranya orang yang meminta tolong takdapat nak teruskan kehidupanya kerana keangkuhan awak itu pergi tanpa sempat awak tolong dirinya????

Mungkin jawapan awak... pasti lah tidak ada rasa bersalah kan...

Fikirkanlah.....awak bijak, ada akal yang panjang boleh berfikir. Menjauhkan diri dari saya dan mengelak dari semuanya ada kaitan dgn diri saya bukanlah keputusan yang bijak. Face the truth. Tak perlu takut dengan semua itu, kalau awak yakin Allah redha dgn tindakan awak kenapa perlu mengelak. Tak payah berusaha mengelak kalau Allah dah putuskan awak dan saya tak bersatu tak perlu takut itu semua. Kalau awak yakin saya bukan jodoh awak tak perlu gusar. Dan saya hanya perlukan masa untuk melupakan segalanya. Saya hanya perlu jadik kuat dan harap Allah meredhai saya dgn keputusan yang awak ambil. Kalau saya berani hadapi segala dugaan yang awak tinggalkan kenapa pula awak tak berani nak hadapinya.

Jgn putuskan persahabatan yang lain hanya sbb saya. Kalau awak taknak jumpa saya, tak nak bila jumpa kawan-kawan saya akan tanya awak pasal saya. Thats no problem, i will tell them to never ask you about me. Settle! Dan saya cuba takan hadiri majlis-majlis yang mungkin awak akan hadirinya. Saya akan bagi awak aman tanpa gangguan saya.... kalau itu yang awak harapkan sesangat. Takder masalah.

Saturday, August 14, 2004

***MTEST***

Hari ni ada periksa MTEST(Malaysian Teacher SelectionTest) KPLI. Permohonan aku untuk memasuki KPLI baru sajer melalui peringkat tapisan pertama. Ujian aku bertempat Sek Men Tun Fatimah. Nasib baik teman ketika dikolej dulu mendapat ujian ditempat yang sama. Seawal pagi aku dah bangun sementelah semalam hingga kedinihari aku sukar melelapkan mata. Risaukan dengan ujian pada esok harinya. Untuk persediaan ku belek-belek buku grammar, buku rujukan matematik, membaca portal pendidik bahasa melayu untuk melengkapkan pengetahuan kosa kata. Esoknya tepat 7.40 bertolak dari rumah aku. Jalan agak jem nampakanya, kami perlu berada disana 30minit sblm peperiksaan bermula, Alhamdulilah setibanya kami disana jam baru menunjukan angka 8.20pagi. Masa yang terluang tu kami penuhi dgn membaca soalan INSAK.

Jam 8.55 mula memasuki bilik peperiksaan. Bilangan meja aku F159. Soalan terbahagi kepada 3 kategori A-Kuantitatif & B. Inggeris, B-INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan), C-Verbal & B. Melayu. Ya..Allah susahnya soalan.. samapi tak cukup masa aku buat, soalan tak susah sgt tapi masa yang diberikan terlalu singkat. Aku jawab sampai tak cukup nafas, segala aura-aura dan khidmat yang aku pelajari aku keluarkan. Hmm.. nak toleh kiri kanan pun takder masa, dahlah dah lame tak jawab test.... cam orang sasau jer. 12.30 baru abis periksa. Fuhhhh..... selesai gak.
Kawan-kawan tolong doakan supaya aku sampai ke peringkat yang seterusnya. Balik tu aku bantai tidur, bayar balik malam tadi sbb tak cukup tido ekekek......

*** KONSERT AF ***

Malamnya ada konsert AF Final, kena tengok ni, tak leh miss. Kul 5.30 baru bangun tido, semayang, mandi . Pastu g kelua carik makan lapor gila sbb tgh tadi tdo, lom makan lagi.. nak masak malas sbb penat, lagipon malam ni ada AF. Nak consentrate tengok. Jeng..jeng 8.30 pun start. Wahh.. bestnya tengok Farah & Zahid nyanyi. Aku kiranya peminat fanatik diorang gak ni. Tak lupa juga nak AFUNDI mereka berdua. Hmm nampaknya Zahid jer yang berjaya, Farah cuma dapat tmpt ke-4. Takper janji Zahid menang. Tak puas hati Adam n Linda leh dapat tempat ketiga dan kedua tu. Patutnya Farah. Sbb farah memang best. Kalau kelua album mesti aku belinya nanti. Abis konsert 12.30 kena tdo cepat sbb soknya pepagi nak kena g Segamat lak

Thursday, August 12, 2004

***WARKAH TERASING***

asalamualaikum..

hai apa kabar awak sekarang?

Hmm... sory klu saya menggangu.. eceh.. macam awak bukak mail sya ni...
ntah mail yang ke berapa pun saya tak tau.. tak nak baca.. ker taknak balas ker.. suka ati awaklah... saya just nak luahkan perasaan jerTadi malam saya mimpi awak.. saya klu mimpi susah nak ingat.. tapi ni saya ingat lak......so nak tanya awak.. awak sihat ker.... ker demam ker sakit ker...takper lar.. say tanya jer.. saya tau org kat sana takan balas email ni... klu balas magick ler....

Or any goods news... yerlah mana tau.... dah terpinang anak dara orang ...jgn lupa nak inform kat saya, saya nak tumpang gembira gak...

awak saya banyak wat salah kat awak.. oleh itu setiap saat saya taklupa doa untuk awak.....klu saya dah bukan jodoh awak.... biaralah ada seorang insan yang jauh lebih baik dari saya yang telah dijodohkan untuk awak untuk menemani awak... di sepanjang kehidupan... biarlah awak bahagia......saya nak sangat tengok awak bahagia...

saya...sekarang makin sihat, makin gemuk klu awak terjumpa mesti tak caya n tak kenal.... saya bukan lagi budak keding cam dulu.....hehehe... tapi saya tau klu awak terserempak dgn saya pon awak takan sapa saya.... saya tau... dan saya faham semua tu...

hhhmmm hujung minggu ni saya test MTEST, test untuk tapisan KPLI, klu awak masih ingat kat saya yang bernama cik apple ni, tlg sama2 doa untuk saya supaya berjaya dalam ujian itu ek....

Harry...... klu dalam hati awak dah takder nama saya lagi... saya pohon pada awak..... klu awak berdoa jgn lupa untuk doa untuk saya supaya lupakan diri awak.....restuilah saya untuk teruskan kehidupan....ikhlas kan hati awak memaafi saya......

Klu awak dah katakan takan jumpa saya lagi saya akan ingatinya... dan pastikan ianya takan terjadi walau apa yang berlaku sekalipon...

Salam di kejauhan.......untuk sesorang yang sentiasa di ingatan....


WASALAM

Tuesday, August 10, 2004

***HAPPY BIRTHDAY***

Allah selamatkan kamu.....
Allah selamatkan kamu.....
Allah selamatkan kamu.....

Allah selamatkan cik mai..
Allah selamatkan kamu....

Mai... selamat hari jadi yang ke-25, semoga panjang umur murah rezeki....dan cepat kawin... hikhikhik.......nampakanya..aku takleh join korang dah, sbb dah tak sama level...korang berdua dah jadi tunangan orang... tinggal aku sendirian......Jangan luap cepat2 kawin.. kang aku leh tolong ko....


Monday, August 09, 2004

***TAZKIRAH***

Diam Sewaktu Azan Dilaungkan

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa..lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Sunday, August 08, 2004

***AL FATIHAH***

PEjam celik pejam celik , dah genap 5 tahun pemergiannya. Wajahnya yang diselputi usia tuanya jelas masih terbayang diruang ingatan ini. Pada tarikh inilah ianya terjadi. Peristiwa 5 tahun lalu masih terngiang2 di telinga ini. Segala-galanya masih jelas dan baru. Semoga arwahnya abadi disana.... kawan-kawan sdekahkan lah Al Fatihah untuk arwah ayah ku

Sunday, August 01, 2004

"Life like a novel, many chapters read and fogotten,
but theres one i wont forget its the chapter,
when i meet you all and we all
becomes good freinds"
"A good friend is like a wonderful book. The inside is better than the cover.""Friends are the chocolate chips in the cookie of life."
Thanks for being a freind
LOVE YOU ALL SO MUCH!!!!!!!!

SINCERE FROM MY HEART
HAPPY FREINDSHIP DAY

Leave your messages here...
Name

URL or Email

Messages(smilies)