***INGAT***
Nampaknya sedikit sebanyak aku dah mampu untuk melepaskannya, cuma kekadang aku terlalu rindukan setiap kenangan bersamanya, sampai ketikanya aku rasa dah tiada lagi airmata ini utuk mengalir, sedari telah kering kolam air mata ku ini rupanya, apa lah kabar dirinya sekarang ini. jauh di sudut hati ku ni, aku masih terlalu mengingatinya, tiada satu pun yg mampu kulupakannya, kuharap segala memori ini tersimapan kemas di kotak memori ku, kalau boleh aku tak mahu membukanya kembali, cukuplah apa yang terjadi.
Kekadang, senyumnya, tawanya, kenakalanya seringkali menari di ruang fikiran, sampai ada ketikanya, aku menjadi terlalu sayu.....YA ALLAH YA TUHANKU... andai ini dugaan mu dan hukuman mu aku redha... dan aku mohon padaMU YA ILLAHI... kau kurang kan lah.. beban seksaanya...aku hanya insan biasa, bisa membuat kesilapan....dan YA ALLAH andai telah di takdirkan dia bukan lagi Jodohku.. kau berkatilah kehidupan ku ini dgn pertemukan aku dengan seorang yang dapat membimbing aku dunia akhirat, membawa aku keluar jauh dari segala kemaksiatan dan perkara mungkar....dan menemani aku ke akhir hayat nanti...amin.
aku akan sentiasa ingat..ada pernah satu ketika seorang insan berjaya mencuri hati ku...dan sampai sekarang dia masih lagi.. mencurinya.....
dan aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dirinya, semoga dia bertemu dengan seorang insan yang jauh lebih mulia dari diriku..yang dapat menjaga dirinya dan hatinya, memberi kanya sejuta kegembiraan , kebahgaian dan kegembiraan. balasan dari segala penderitaan yang telah dialami....
..................AKU RINDU KAMU..................
My Memories
Yang Terindah Hanya Sementara

<< Home