Hujan renyai-renyai menghiasi petang dihujung minngu itu. Pandangan kosong kulemparkan jauh dihujung sana. Memerhati setiap titis gerimis. Peatang yang dingin itu seolah2 mengerti apa yang terjeruk jauh di sanubari ku.
Kulihat telefon bimbit model nokia 3250 disisi katil kayu ku,argh..hampa. SMS ku tidak berbalas. Manalah mamat ni pergi, mesti tengah merajuk, naksuruh aku pujuk la tu.Getus hatiku.Hmm... malas la, biar dia merajuk.
telah 2 jam berlalu. Malam pun sudah menjelma. Lepas solat Maghrib aku berwirid seketika dan aku sudahi dengan doa yang penuh kekhusyukan melahirkan segala kesyukuran keatas nikmatnya. Nak call ke tak nak. Akhirnya ego ku tumpas dek kerana rindu ini.
Perlahan-lahan ku dail no telefon insan tersayang.
"Trrut.ttrruut...." lama bunyi itu kedengaran, wah..panjang pula rajuknya kali ini.
"Hello...boleh saya bercakap dgn en adam" penuh sopan ku memulakan bicara, sengaja aku berlagak formal.
"Ya..bercakap" garang sajer bunyinya....
Didalam hati ku berbunga ceria, akhirnya panggilan ku dijawab jugak.Ala..marah2 sayang kan!
"Awak buat apa tu?"
"Baru nak keluar makan ni..."
"Awak saya mintak maaf yer tadi saya terkasar bahasa dgn awak saya minta maaf, lainkali saya tak buat lagi...maafkan saya...rindu awak ni" aku melembutkan suara sebaik mungkin untuk memujuk hatinya. Siang tadi aku termarah dia padahal kecil sahaja halnya. Dia tertumpah air di baju ku, aku mengamuk terus lari balik kerumah.Biasalah perempuan, hujung-hujung bualn memang cam gitu selalu jer angin satu badan. Aku tau dia tengah tersenyum mendengar suara aku yang sayu tu....
"Takperlah saya faham..perempuan mmg cam gitu...kenaper awak hari ni... tengah tooot..toot ek..?" selamba jer dia kenakan aku.
"Ekekke" aku tergelak sendiri, mendengar dia berseloroh sedemikian. Nasib baik understanding....hehe.
Akhir nya kami tergelak sama, ah.. terasa segalanya begitu indah, kejap baik, kejap merajuk, kejap marah tapi tetap bersama jua.
Akhirnya,
"Oklah.. kul 8.30 nanti saya jemput awak yer..kita makan sama-sama kat restoran Anggun kegemaran awak tu yerr..hah..jgn lupa pakai baju tebal sikit yer..sejuk ni"
HAti ku ceria semula...akan terlunas rinduku hari, dapat menatap wajahnya seketika.
My Memories
Yang Terindah Hanya Sementara

<< Home