***Hatinya Bukan Lagi Miliku***
Kalu dah kententuanya hati ini bkn milikmu.. aku redha melepaskan segalanya pergi. Biarlah rasa kasih yang tak bertepi ini menjadi miliku yang abadi. Aku harap kan tiba satu saat nanti hatiku ini akan benar-benar melupainya. Sayu hati ini mengenangkan aku terpaksa kehialngan seorang lelaki buat kali kedua dalam hidupku. Klu dulu pemergian ayah kutangisi, hingga sendu ku terhenti, hingga kini masih diingatan. Bagaimana pula dengan kasih yang satu ini,terlalu sukar untuk ku menagani kehilangannya. Hampir2 saja ku kecundang pada awalnya. Hampir saja aku terasa dunia ini bagaikan tidak bernyawa setelah dia mengambil keputusan itu. Kehilangannya benar2 menyedarkan aku dari mimpi yang panjang. Termangu aku memikirkannya. Mungkin ini laha yang dikatakan hikmah disebalik kejadian. Walau aku terlalu merasai kehilanganya, disatu sudut yang lain aku mengucapkan syukur.... kerana dia telah menjadikan aku insan yang jauh lebih tabah. Menjadikan aku insan yang jauh lebih mulia dari pandangannya. Aku akan buktikan betapa aku tidaklah sehina seperti apa yang disangka. Aku bukanlah manusia yang hipokrit. Moga dia mengerti pendirian ku ini. Acapkali teman2 ku menguatkan semangat, memberi perangsang bahawa aku insan yang tabah. Ya.. akan ku buktikan pada kalian aku insan yang tabah, takan ku biarkan kehilangannya menyebabkan aku tewas meneruskan cabaran kehidupan ini.
Walau rindu ini sentiasa mengetuk pintu hatiku, tapi aku akan cuba tangani.. Allah itu Maha Kuasa, dijadikan amalan-amalan yang dapat membawa manusia yang jauh kesesatan, kembali mencari kedamaian dibawah lembayung keagunganNYA. Aku bersyukur kerana masih sedar jalan yang terbaik harus ku pilih. Ku serahkan segalanya PadaMu Ya Illahi, hanya padumu ku memohon dan mengadu agar Kau mengerti apa yang terjadi. Terlalu payah untuku ceritakan namun airmata ini sudah cukup untuk menceritakan segala-galanya.
My Memories
Yang Terindah Hanya Sementara

<< Home