Saturday, July 31, 2004

***Hatinya Bukan Lagi Miliku***

Kalu dah kententuanya hati ini bkn milikmu.. aku redha melepaskan segalanya pergi. Biarlah rasa kasih yang tak bertepi ini menjadi miliku yang abadi. Aku harap kan tiba satu saat nanti hatiku ini akan benar-benar melupainya. Sayu hati ini mengenangkan aku terpaksa kehialngan seorang lelaki buat kali kedua dalam hidupku. Klu dulu pemergian ayah kutangisi, hingga sendu ku terhenti, hingga kini masih diingatan. Bagaimana pula dengan kasih yang satu ini,terlalu sukar untuk ku menagani kehilangannya. Hampir2 saja ku kecundang pada awalnya. Hampir saja aku terasa dunia ini bagaikan tidak bernyawa setelah dia mengambil keputusan itu. Kehilangannya benar2 menyedarkan aku dari mimpi yang panjang. Termangu aku memikirkannya. Mungkin ini laha yang dikatakan hikmah disebalik kejadian. Walau aku terlalu merasai kehilanganya, disatu sudut yang lain aku mengucapkan syukur.... kerana dia telah menjadikan aku insan yang jauh lebih tabah. Menjadikan aku insan yang jauh lebih mulia dari pandangannya. Aku akan buktikan betapa aku tidaklah sehina seperti apa yang disangka. Aku bukanlah manusia yang hipokrit. Moga dia mengerti pendirian ku ini. Acapkali teman2 ku menguatkan semangat, memberi perangsang bahawa aku insan yang tabah. Ya.. akan ku buktikan pada kalian aku insan yang tabah, takan ku biarkan kehilangannya menyebabkan aku tewas meneruskan cabaran kehidupan ini.

Walau rindu ini sentiasa mengetuk pintu hatiku, tapi aku akan cuba tangani.. Allah itu Maha Kuasa, dijadikan amalan-amalan yang dapat membawa manusia yang jauh kesesatan, kembali mencari kedamaian dibawah lembayung keagunganNYA. Aku bersyukur kerana masih sedar jalan yang terbaik harus ku pilih. Ku serahkan segalanya PadaMu Ya Illahi, hanya padumu ku memohon dan mengadu agar Kau mengerti apa yang terjadi. Terlalu payah untuku ceritakan namun airmata ini sudah cukup untuk menceritakan segala-galanya.

Wednesday, July 28, 2004

If you're not the One ....

If you're not the one then why does my soul feel glad today?
If you're not the one then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine then why does your heart return my call
If you are not mine would I have the strength to stand at all
I never know what the future brings
But I know you are here with me now
We'll make it through
And I hope you are the one I share my life with

I don't want to run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms?

If I don't need you then why am I crying on my bed?
If I don't need you then why does your name resound in my head?
If you're not for me then why does this distance maim my life?
If you're not for me then why do I dream of you as my husband?
I don't know why you're so far away
But I know that this much is true
We'll make it through
And I hope you are the one I share my life with
And I wish that you could be the one I die with
And I pray in you're the one I build my home with
I hope I love you all my life

I don't want to run away but I can't take it, I don't understandIf
I'm not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?
'Cause I miss you, body and soul so strong that it takes my breath away
And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today
'Cause I love you, whether it's wrong or right
And though I can't be with you tonight
And know my heart is by your side

I don't want to run away but I can't take it, I don't understandI
f I'm not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?

Thursday, July 22, 2004

***JANGAN ADA BENCI***

Lamer dah aku cari lagu ni, lagu ni aku tujukan khas untuk Harry yang berada di negeri sembilan dgn ucapan "ingat kat saya lagi tak??"

Casey - Jangan Ada Benci  

( 1 )Andainya ada di antara kita nanti
       Berubah hala serta janji
       Jangan ada benci
       Suka dan duka dilalui
       Jadikan kenangan di sudut hati

( 2 )Andainya cita-cita tidak kesampaian
       Ikatan murni terputus di pertengahan
       Jangan dikesalkan
       Jangan lantaran kegagalan
       Kita saling berdendam saling bermusuhan

( 3 )Ungkit-mengungkiti
        Sakit-menyakiti
       Memusnahkan diri

( 4 )Kita harus tabah dan bersedia
       Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
       Kadangkala yang berlaku
       Di luar kemahuan kau dan aku

      ( ulang 2 & 3 )

      ( ulang 3, 4 & 1 )
      Di sudut hati

 

Tuesday, July 20, 2004

satu rasa tiada terkira
apa maksud tersurat
tiada dapat ku ungkap
persis mlm di pagari bintang
adakah aku bintang itu?

dimana langkah akan terhenti
membawa sukma nan dingin
disitu tersemadi jua
satu jiwa kan tenteram disitu
mendambakan segala kekesalan
mengungkap segala kekhusyukan
keinsafan terlafaz meyelubungi jiwa
tidak gentar atas cemuhan
tetap memperjuangkan nasib kehidupan

Sheila Majid - Ku Mohon

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuhi segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang
Dengan merasa kesyukuran

Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

( korus )
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku

Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

( ulang korus )
Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

( ulang korus )

Thursday, July 15, 2004

***PETUA 7 C DATUK FADZILAH KAMSAH***

Datuk Dr Fadzilah Kamsah telah merumuskan:
7 'C' yang boleh menyebabkan lelaki hilang minat atau bencikepada seseorang wanita.

1. Comot
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh
melibatkan wajah seseorang wanita itu,penampilannya yang selekeh, kerja yang
dilakukannya serta tindak-tanduknya.

2. Cerewet
kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal
percakapannya.

3. Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga
pasangannya merasa terkongkong akan membawapadah kepada perhubungan mereka. Ini
memandangkan lelaki akan merasakan dirimereka tidak dipercayai.

4. Cuai
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan
masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang
ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi
itu.

5. Celupar
Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.

6. Cabul
Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai sehingga seseorang wanita itu
langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan
mahramnya tanpa menghirau batas pergaulan itu.

7. Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu mereka tidak suka dicabar
terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki
tidak rasa tercabar.
Misalnya mencabar dengan kata-kata seperti, saya cabar awak........

8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita

1. Garang
Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh,cakap kasar, suka marah2
tak bertempat, silap sikit tak boleh..macam ler dia betul semua, atau seumpamanya.

2. Ganas
Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab perempuan bukan lawannya.

3. Gementar
Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada
orang lain dan seumpamanya.

4. Gabrah
Tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan aje, dan sebagainya.

5. Gentleman tiada Langsung
Tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambil kesempatan dan sebagainya.

6. Gerumal
Bahasa kedah-bohong atau tipu.

7. Ganggo Keterlaluan
Lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat dan seumpamanya

8. Gatal
Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri sendiri

***ALANGKAH SUSAH MENDAPAT KAWAN***

"Alangkah susah mendapat kawan... bukan kenalan di zaman ini,berpunca dari hati yang rosak, yang ada hanyalah di jalanan....."

Kata-kata Al-Qamah kepada anaknya....
Sifat-sifat seorang sahabat yang soleh ialah...
* bila engkau berbakti padanya, dia akan melindungimu
* bila engkau perlukan pertolongan, dia akan membantumu
* bila engkau melakukan kebaikan, dia akan menerimanya dengan baik
* bila dia melihat kelemahanmu, dia akan menutupnya
* bila engkau meminta daripadanya, dia akan cuba mengusahakannya
* bila engkau berdiam diri ( malu untuk meminta ), dia akan bertanyakan kesusahanmu
* bila datang suatu bencana menimpamu, dia akan meringankan kesusahanmu
* jika engkau merancang sesuatu, dia akan membantumu
* jika engkau berselisih faham, dia akan mudah mengalah demi menjaga kepentingan
persahabatan......

" Sahabat sejati.....memandang wajahnya teringat Allah, mendengar kata-katanya menambah
Iman di jiwa, melihat wajahnya teringat Kematian......."

Sahabat,
Aku ingin sepertimu dalam ketenangan ....menghadapi hidup ini........

***INFO***

Kekayaan, Kejayaan Atau Kasih Sayang?>

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.

Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua,tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan: "Namanya ialah Kekayaan,"
Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi,
" Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira. "Bagusnya!!" dia berkata.

"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya:

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan

Kejayaan:

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan,yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.

Di mana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

***TAZKIRAH***

Isteri meleteri suami

``Bang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca surat khabar, menghadap televisyen (TV), itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.


``Sekurang-kurangnya, buatlah air kopi sendiri. Bukannya susah pun, tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti, pot, pet, pot, pet...,'' leter Intan kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.


Kalaulah Intan tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya, dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.


Dewasa ini, boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain, tidak menghormati suami, bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan, menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman. Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak, yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: ``Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya.''

Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi
kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: ``Aku masuk ke rumah nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan. Aku bertanya, ``hai Rasulullah, apa yang membuat anda menangis?'' Baginda menjawab, ``hai Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umatku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat.''

Mengherdik

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya. Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TN rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, maksudnya: ``Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya.'' Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela dan tabah hati. Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja, namun, percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu tidak menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya. Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: ``Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan kuberikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi?''

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya, walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekali gus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami, jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s.a.w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang ertinya: ``Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku.''

Tuesday, July 13, 2004

Subject:Love..
What is LOVE all about..


If you love some one because you think that he or she is really gorgeous .... then it's not love .. it's ~* Infatuation *~

If you love some one because you think that you shouldn't leave him because others think that you shouldn't ... then it's not love..it's ~*Compromise *~

If you love some one because you have been kissed by him ... then it's not love..
it's ~* Inferiority complex*~

If you love some one because you cannot leave him thinking that it would hurt his feelings ... then it's not love .. it's ~*Charity*~

If you love some one because you share every thing with him ...
then it's not love... it's ~*Friendship*~

But if you feel the pain of the other person more than him even when he is stable and you cry for him ... that's ~*LOVE*~

If you get attracted to other people but stay with him without any regrets...
that's ~*LOVE*~

If you let him go knowing that he has to go but he doesn't want to....
that's ~*LOVE*~

LOVE IS....!"
LOVE IS WHEN u wake up,he is already on ur mind
LOVE IS WHEN u lost ur heart,he iz all that u can find
LOVE IS WHEN u want 2 be the 1 to dry his eyes
LOVE IS WHEN u see the truth in every 1 of his lies
LOVE IS WHEN u want 2 listen 2 all his whims and woes,
LOVE IS WHEN u want him 2 take care everywhere he goes.
LOVE IS WHEN he calls u,ur heart goes a flutter.....
LOVE IS WHEN u see him;"I LOVE HIM",u silently shutter
LOVE IS WHEN u tell the world that u love him so
LOVE IS WHEN u have told the world but "HE" does not know
LOVE IS WHEN ur eyes light up when u see him there
LOVE IS SUDDENLY REAL LOVE when he says he loves u too
LOVE IS SUDDENLY REAL LOVE when his life revolves around u
LOVE IS SUDDENLY REAL LOVE when he says,he has always loved u but he didn`t dare,
LOVE IS SUDDENLY REAL LOVE when he says,he always loved u but thought u didn`t care,
LOVE IS SUDDENLY REAL LOVE when now it`s all coming true
LOVE IS SUDDENLY REAL LOVE when u love him and he loves u.....
LOVE IS SUDDENLY REAL LOVE when now ur life is nearly complete
LOVE IS SUDDENLY REAL LOVE when everyday its him u meet.
LOVE IS SUDDENLY REAL LOVE when ur friends accept him too
LOVE IS SUDDENLY REAL LOVE when u can have time for them & him & u
...LOVE is a of many splendoured things...and a really complex feeling
So when u love someone...just tell him...or her...u`ll never know how it`ll turn out...1 way or the other, tell him before he is gone...tell her before she is taken...

Monday, July 12, 2004

Hujan renyai-renyai menghiasi petang dihujung minngu itu. Pandangan kosong kulemparkan jauh dihujung sana. Memerhati setiap titis gerimis. Peatang yang dingin itu seolah2 mengerti apa yang terjeruk jauh di sanubari ku.

Kulihat telefon bimbit model nokia 3250 disisi katil kayu ku,argh..hampa. SMS ku tidak berbalas. Manalah mamat ni pergi, mesti tengah merajuk, naksuruh aku pujuk la tu.Getus hatiku.Hmm... malas la, biar dia merajuk.

telah 2 jam berlalu. Malam pun sudah menjelma. Lepas solat Maghrib aku berwirid seketika dan aku sudahi dengan doa yang penuh kekhusyukan melahirkan segala kesyukuran keatas nikmatnya. Nak call ke tak nak. Akhirnya ego ku tumpas dek kerana rindu ini.

Perlahan-lahan ku dail no telefon insan tersayang.
"Trrut.ttrruut...." lama bunyi itu kedengaran, wah..panjang pula rajuknya kali ini.
"Hello...boleh saya bercakap dgn en adam" penuh sopan ku memulakan bicara, sengaja aku berlagak formal.
"Ya..bercakap" garang sajer bunyinya....
Didalam hati ku berbunga ceria, akhirnya panggilan ku dijawab jugak.Ala..marah2 sayang kan!
"Awak buat apa tu?"
"Baru nak keluar makan ni..."
"Awak saya mintak maaf yer tadi saya terkasar bahasa dgn awak saya minta maaf, lainkali saya tak buat lagi...maafkan saya...rindu awak ni" aku melembutkan suara sebaik mungkin untuk memujuk hatinya. Siang tadi aku termarah dia padahal kecil sahaja halnya. Dia tertumpah air di baju ku, aku mengamuk terus lari balik kerumah.Biasalah perempuan, hujung-hujung bualn memang cam gitu selalu jer angin satu badan. Aku tau dia tengah tersenyum mendengar suara aku yang sayu tu....
"Takperlah saya faham..perempuan mmg cam gitu...kenaper awak hari ni... tengah tooot..toot ek..?" selamba jer dia kenakan aku.
"Ekekke" aku tergelak sendiri, mendengar dia berseloroh sedemikian. Nasib baik understanding....hehe.
Akhir nya kami tergelak sama, ah.. terasa segalanya begitu indah, kejap baik, kejap merajuk, kejap marah tapi tetap bersama jua.
Akhirnya,
"Oklah.. kul 8.30 nanti saya jemput awak yer..kita makan sama-sama kat restoran Anggun kegemaran awak tu yerr..hah..jgn lupa pakai baju tebal sikit yer..sejuk ni"
HAti ku ceria semula...akan terlunas rinduku hari, dapat menatap wajahnya seketika.

***JAUH DISUDUT HATI***

Jauh disudut hati ini,aku masih gagal melupakannya, kadang kala aku menjadi terlalu rindu pada tawa dan senyumnya. Sampai bilakah ianya akan berakhir? tiada ternoktah persoalan ku ini, aku belum lagi bersedia untuk menerima sesiapa, tapi hatiku terlalu sunyi tanpa dirinya, dan aku rasa tiada siapa yang mampu menganti tempatnya, aku bimbang jika menerima seseorang, orang itu akan sentiasa dibayangi cik harry.

Mai...aku rindu sgt padanya, tapi pada waktu yang sama aku tahu harry tak pernah megharapkan hubungan ini terjalin semula. Lantas aku akan menjadi perindu sepikah? aku tak mahu menjadi hidung tak mancung pipi tersorong2. Semoga dia berbahagia tika ini. aku tak tahu bilakah derita ini akan berpenghujung. Telah kucuba segenap tenaga dan ingatan agar dirinya kulupakan, tapi kadang kala bila dia datang...menari2 di ruang fikiran ku..aku menjadi terlalu gundah. TUHANKU..ampunilah aku.....kalau benar jodohku dgnya... satukanlah hati kami kembali....bukakanlah hatinya agar dapat menerima diriku kembali......wajarkah doaku begini...seolah sukar menerima takdir yang terjadi...

"L'amour n'est pas parce que mais malgre"
Cinta itu bukan "kerana", tetapi "walaupun"
I love U no matter what..... not I love U because......


***LAWAK***
Cerita teladan utk suami2 yang malas.........

Kedai Roti


Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".

"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.

"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.

"Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.

"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?".

"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya".

" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.

"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"

***TAZKIRAH***

ENAM PESANAN KHUSUS UNTUK WANITA

oleh ulama muktabar

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

Semoga mendapat manafaat.

Saturday, July 10, 2004

TO : Harry

"Love only hurts when it's STILL THERE, and not when it's ALREADY GONE."

"Larilah pergilah ke mana kau nak pergi aku tak kan kejar kau lagi .."


To:...

"Maafkan saya menumpang kesunyian awak untuk melupakan kedukaan saya"

Jangan Bersedih Lagi
ANUAR ZAIN

Kekasihku Jangan Bersedih Lagi
Keringkanlah titisan Airmata Di pipi
Kekasihku Tabahkan Hatimu
Sekalipun Tak Pernah Terduga Halangan Yang Melanda
Melenyapkan Impian Bersama

Jangan Di Kesali Atas Apa Yang Terjadi
Mungkin Rahmat Sebaliknya
Membuahkan Bahagia

C/o
Kekasihku Aku Tahu Kita Sama Saling Percaya
Tidak Pernah Ada Dusta Kasih Antara Kita
Jangan Berduka ( Kekasihku)
Jangan Berdendam Pada Sesiapa
Bersabarlah Menerima Segala -galanya Dengan Redha

Tuhan masih kasihmu sayang
Aku Masih Mengharap Segalanya Kan Berulang Semula.

***INGAT***

Nampaknya sedikit sebanyak aku dah mampu untuk melepaskannya, cuma kekadang aku terlalu rindukan setiap kenangan bersamanya, sampai ketikanya aku rasa dah tiada lagi airmata ini utuk mengalir, sedari telah kering kolam air mata ku ini rupanya, apa lah kabar dirinya sekarang ini. jauh di sudut hati ku ni, aku masih terlalu mengingatinya, tiada satu pun yg mampu kulupakannya, kuharap segala memori ini tersimapan kemas di kotak memori ku, kalau boleh aku tak mahu membukanya kembali, cukuplah apa yang terjadi.

Kekadang, senyumnya, tawanya, kenakalanya seringkali menari di ruang fikiran, sampai ada ketikanya, aku menjadi terlalu sayu.....YA ALLAH YA TUHANKU... andai ini dugaan mu dan hukuman mu aku redha... dan aku mohon padaMU YA ILLAHI... kau kurang kan lah.. beban seksaanya...aku hanya insan biasa, bisa membuat kesilapan....dan YA ALLAH andai telah di takdirkan dia bukan lagi Jodohku.. kau berkatilah kehidupan ku ini dgn pertemukan aku dengan seorang yang dapat membimbing aku dunia akhirat, membawa aku keluar jauh dari segala kemaksiatan dan perkara mungkar....dan menemani aku ke akhir hayat nanti...amin.

aku akan sentiasa ingat..ada pernah satu ketika seorang insan berjaya mencuri hati ku...dan sampai sekarang dia masih lagi.. mencurinya.....
dan aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dirinya, semoga dia bertemu dengan seorang insan yang jauh lebih mulia dari diriku..yang dapat menjaga dirinya dan hatinya, memberi kanya sejuta kegembiraan , kebahgaian dan kegembiraan. balasan dari segala penderitaan yang telah dialami....

..................AKU RINDU KAMU..................

EVERYTHING CHANGES BUT BEAUTY REMAINS SOMETHING SO TENDER, I CAN'T EXPLAIN

CAN WE MAKE THIS DREAM LAST FOREVER AND I'LL CHERISH ALL THE LOVE WE SHARE

Thursday, July 08, 2004

***TAZKIRAH***

RUPA MANUSIA YANG DI HALAU DI PADANG MAHSYAR...


- Ditukar rupa menjadi wajah kera. Mereka itu adalah manusia yang suka
mengumpat.

- Ditukar rupa menjadi wajah babi. Mereka adalah kalangan mereka yang suka
memakan harta anak-anak yatim.

- Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah.
Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.

- Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring). Mereka adalah daripada
kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.

- Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal. Mereka itu adalah
kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.

- Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur
hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan. Mereka
adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan perbuatannya.

- Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki dan tangan. Mereka itu
terdiri daripada yang suka mengganggu tetangga.

- Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pokok kurma neraka.
Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai
supaya membela pemerintah yang tidak jujur kepemimpinannya.

- Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas. Mereka itu
adalah manusia yang takbur, sombong dan bongkak.

Daripada perbezaan kumpulan itu, jelaslah bahawa walaupun ketika berada di
dalam dunia dalam keadaan normal, tiada cacat cela, tetap akan ditukar oleh
Allah mengikut amalan yang dilakukan di dunia. Sebelum sampai hari
pengadilan di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Allah telah berfirman dalam Surah Taha ayat 124-126 bermaksud: "Dan barang
siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya
penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat
dalam keadaan buta. Berkatalah ia: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau
menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang
yang melihat? Allah berfirman: "Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat
Kami maka kau melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamu pun
dilupakan."

Begitu juga dengan pengiringan dan penghalauan manusia ke Padang Mahsyar,
jangan sekali-kali menganggap ringan kerana memikirkan perkara itu belum
pernah berlaku. Bagaimanapun Allah telah berfirman dalam al-Quran ia pasti
berlaku. Firman itu bermaksud: "Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu)
Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan akan
Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun
daripada mereka."

Umat Islam sekarang harus ingat bahawa kematian adalah wajib dan mesti tiba
apabila sampai waktunya. Setelah manusia dibangkitkan dari kubur
masing-masing, maka semua manusia itu dihalau menuju ke Padang Mahsyar.

Keadaan mereka ketika itu berbeza-beza. Ada yang berjalan kaki, berkenderaan
dan ada juga yang berjalan menggunakan mukanya. Pendek kata semua mengikut
amal perbuatan ketika hidup dulu.

Seperkara lagi yang harus ditempuh oleh manusia di Padang Mahsyar ialah
tidak akan mendapat perlindungan. Matahari terlalu hampir dengan ubun
kepala. Maka tidak hairan ada yang berpeluh kerana terlalu kepanasan
sehingga terasa seperti terbakar itu hingga sampai ke kaki, lutut, dada,
leher mahupun sekadar bahagian muka saja.

Sewaktu dalam penantian persidangan itu, kelihatanlah wajah mereka yang
tunduk cemas, kelihatan muram dan hitam kelam. Keadaan itu samalah seperti
kita melihat pesalah yang akan dibawa ke muka pengadilan. Takut serta
bimbang sentiasa bermain-main pada fikiran.

Bagaimana ketika di Padang Mahsyar tidak siapa yang dapat melepaskan diri.
Bukan itu saja, malah untuk mencari pohon tempat berteduh juga tidak ada.
Siapa saja akan tetap diadili dan bergantunglah betapa taatnya dia dengan
perintah Allah swt.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan
daripada setiap umat segolongan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, iaitu
mereka dibahagi-bahagi (dalam kelompok-kelompok)." - (surah An-Naml:83).
Hantar pada kawan!


BERSAMA-SAMALAH KITA BERDOA MOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM KALANGAN
TERSEBUT........

Tuesday, July 06, 2004

***PIL***
dah dekat seminggu aku berenti makan ubat tu..so far kekadang ok kadang tak, aritu berenti kejap..sebulan jer lepas tu.. aku tak leh tdo, tu yang risau...aku tak nak biasakan mkn ubat tu, tapi nak camner ek.....

Monday, July 05, 2004

***VISIT TO KL***

Hujung minggu lepas aku telah menghabiskan waktu berada di KL, lepas balik keje, kami bertolak lebihkurang jam 7.30 mlm lepas mkn kat gerai payung kat skudai sambil tunggu dik as. Cik casper bawak keta kan main laju lagi, aku dgn dik as kat blakang bkn main ngeri lagi... nak tdo pun tak lena.. lebih2 lagi bila mesej bunyi.. dia mesti nak baca n nak balas, rasa cam nak terajang jer... silap2 dia terxcdent.. kitaorang lak jadik arwah... ish2 tak patut tul.....lebih kurang jam kul 10.30 dah sampai kat tempat min, tapi sesat nak cari rmh min, jln dah lah pack, banyak keta tensen aku.....lebih kurang kul 11.00 smpi rmh min, tu pun stlh mawan n min jemput kitaorang kat somewhere, rmh dia kat Bukit Sri Serdang. Sampai Cik ODah dah ada ade dah dgn Zul, lamer gila dia tunggu kitaorg tak samapi...sampai jer min kata

"nie nak pindah sini ker apa nie...." sbb kitaorang siap bawak bantal,toto,selimut, kipas dan ntah apa lagi ntah

Satu hal lagi min ni dah lah duduk tingkat 4, jenuhlah gak panjat tangga, naik mengah akau dibuatnya, dah lah bawak brg kan main banyak lagi....sampai tak cukup tangan dibuatnya,sampai kat atas.. ya Allah letihnya, PN OMIN belikan kitaorg mee goreng,mkn jap borak2 layan wada n zul, sementara tunggu oly dtg. Omin kata dia ada pakwe baru... tu yang tunggu dia tu, nak sgt tgk pakwe baru dia ni. Klu tak dulu klu ada pakwe mesti tak senonoh , yg ni ok sikit kot. Nampak nude sikit.

odah n zul balik dah.. tak lama leoas tu oly sampai dgn boiprennya, dah sudah oly balik...apa lagi tdo mampus lah....tak larat dah...kul 2 baru tdo tu, smpat gak layan juON-3. Sok pagi bangun lewat.. lps breakfast trus g giant dgn tak mandi sbb beli brg untuk nak bawak berkelah ptg nanti. masak nasi lemak ayam buat piknik......

seronok gak................masak sama2, ketawa sama2, buat gotong royong... rindu sgt saat camnie....bila dah jauh tulah....teringat lak zaman kat kolej dulu... rindu btul pada waktu itu. So waktu yang terluang ini, tak kami lepaskan untuk kami nikmatinya bersama.

siap segalanya...packing siap2, mandi na semayng kami pn bertolak g sg congkak.
sampai sana lini dah ada dgn buaya, tinggal tunggu mak wan jer.....hmm.. trasa cam malas lak nak tulis aku copy jer yang minit mesyuarat cik odah wat...

sabtu- 1.30 petang
ketibaan wada dan zul ke umah min
kawan- kawan masak
bau ayam goreng yg menyelerakan
bau nasi lemak yg menyamankan
makan bihun goreng sementara tunggu taty goreng ayam
minum air anggur sementara zul buat sambal
tgk gambo kawen min sambil cerita pasal artis bernama norli dalam gambar tu
cerita pasal norli datang malam td ........ saja je si norli ni dtg
lambat,tak nak tgk muka aku la tu
cerita pasal pak we norli yg datang ngan dia malam tadi .... positif beb
cerita pasal norli dah kurus ke gemuk
cerita pasal cup bra norli dah tukar ke B atau still A (wakakakakaka)
cerita pasal make up pada muka norli ketika datang malam tadi still mentain atau tak

3.30 petang
nani yg kepeningan jalan ke umah min
nani sesat dan sesat lg
bergerak ke lokasi perkelahan
merungut pasal jauh nak ke tempat perkelahan
sakit kepala asyik kena pandang belakang tgk mana kereta kiah ilang
ikut kereta proton saga itam yg lajunya 40km/j sakit ati beb
melihat kiah memotong satu demi satu kereta demi untuk tindak terlepas
pandang guide kat depan
lapar gila melihat pondok2 jual buah2an...banyak sehhhhh

sampai kat lokasi nampak onie ngan laki dia
nani mengumpat, tanya kenapa rambut buaya jd lagu tu, apa sebenarnya yang berlaku td
acara mencari tempat duduk.... pegi sana sini, akhirnya jumpa kotak2
peninggalan tok nenek
makan dengan lahapnya
mak buyung datang bawa kfc...idamanku selalu.... terperanjat tgk perut dia
dah besau gitu
bercerita pasal perut wan
bercerita apa jantina anak wan, mak bidan min kuarkan bakat menelek jantina
bebudak mandi kat sg
dik as dengan skin colour short pants dia
nani muncul ntah dr mana dengan pinggan2 yg dah bersih ...ala2 gadis kampung
kura-kura besar memanjat batu

mawan sampai dengan muka kelaparan
makan lagi , ayam goreng resepi puan omin best wo
bergerak ke mines letihnya badan
main bowling sampai lebam
tangan2 keras yang 1st time main terus jd terror
dik as ngan kiah yg kena dajal dek geng kl wakakakakakakakakaakk
"dik, semua org pakai stokin tak?"---> argh ini semua dik as ngan nani nyer
pasal...siapa soh pakai suar tak cukup kain
semua dengan muka selamber bagi strike la, spare la...tapi yang penting mmg jaguh
terus lepas tu
semua tunjuk stokin... "patutlah aku tadi tak power" semua nya kerana stokin....
musykil........

Leave your messages here...
Name

URL or Email

Messages(smilies)