Monday, June 07, 2004

***VISIT TO HOSPITAL***

Soknya mak aku tak sihat... adik aku g anto klinik, klu aku yang cakap mesti mak dogil
taknak g klinik, takper lah aku amik cuti, aku kemas umah, basuh baju, masak siap2
untuk mak aku, cian mak aku kena tinggal sorang2, sedih gak aku nak balik...
settle segala keje kat umah aku bersiap nak g balik jb tapi g tgk S jap kat spital melaka,
so aku mintak adik aku anta sampi melaka, hmm habih melayang duit aku RM50, kasik upah dia
tak kisah lah.. bukan saper adik sndiri gak....

kul 3.30 aku dah smpi melaka, tunggu kat masjid al azim, sbb cda fetch aku kat situ, kul 4
dia pun sampi so aku terus g spital melaka, hmm aku ni dah tak tau dia duduk wad brapa
redah jer lah...hmm nasib baik jumpa....

YA ALLAH! aku tak sampai hati nak tgk keadaan dia, cukup memilukan, mak dia jer ada, aku ingat taklah teruk sangat sbb dah 2 minggu masuk spital, mesti hari ni dia dah sedar
Tapi sayunya.. tgk keadaan dia, dia tak boleh cakap, sbb tebuk kat kerongkong dia untuk
bernafas...sekejap dia ingat sekejap dia macam tak ingat,hmm.. aku tak dapat tahan sayu
hati aku... mula-mula kita orang sampai leh gelak2, cover perasaan sedih lah konon2 nya,pastu aku sedih tgk keadaan dia aku genggam tgn dia.. tanya ingat aku tak?camner leh accident smpi camnie sekali...dia macam nak cakap sesuatu, tapi takleh, tapi dia minta kertas,nak tulis sesuatu, tapi dia takleh nak tulis, tulisanya langsung tak boleh nak dibaca, sedihnya... bila mak dia kata tak menjadi tulisannya, cian anak aku nak menulis....aku hampir nak menangis...sbb dia tak mampu nak menulis.....airmata aku dah bergenang....sekali sekala aku tenung anak matanya, sayunya..sbb mata tu kosong tak bermakna,bibirnya bergerak2seolah2 dia nak berkata sesuatu...tapi aku sendiri tak paham apa yang cuba dinyatakan....

klu dulu aku kenal dia sebagai seorang yang cukup, yakin, tabah.. dan orang yang dihormati merupakan pelajar cemerlang kat sekolah, dan juga disegani kerana bijak dalam pelajaran tapi harini dia jatuh menjadi orang yang tak bermaya sama sekali... bagaimana harus aku nyatakan begini sekali dugaan yang terpaksa dihadapinya...AMIN..semoga dia cepat sembuh seperti sedia kala

Leave your messages here...
Name

URL or Email

Messages(smilies)