***KISAH PENGAJARAN***
Anak tunggal pasangan ini,perempuan berusia 3tahun setengah.
Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan oleh pembantunya
yg sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap berkunci.
Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli
bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain
di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku yang berkarat, dia pun
melakar di atas simen temapt letak kereta ayahnyatetapi kerana
diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya
pada kereta baru ayahnya.
Ya...kerana kereta itu berwarna gelap, lakaran jelas kelihatan.
Apa lagi,kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya.
Hari itu ayah dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluan
sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya
gambar ibu dan ayahnya,gambarnya sendiri,lukisan ayam, kucing
dsbgnya. Kejadian itu langsung tidak disedari oleh si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta
yang Baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik.
Si ayah yg belum pun masuk ke rumah menjerit "siapa punya kerja ni?"
Pembantu rumah yg tersentak dgn jeritan itu berlari ke luar.
Dia juga turut beristigfar,mukanya merah padam ketakutan,
tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi
diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan
"tidak tahu". "Duduk di rumah sepanjang hari taktahu? apa
yg kau buat?" herdik si isteri lagi.
Si anak yg mendengar suara ayahnya tiba2 berlari ke luar
dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat
ayahhhh...cantikkan?" katanya, menerkan ayahnya ingin
bermanja seperti selalu.
Si ayah yg hilang sabar merentap ranting kecilpokok bunga
raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya.
Si anak yg tidak mengerti apa2 terlolong-lolong kesakitan sekaligus
ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang
tangan anaknya.Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan
berasa puas dgn hukuman yg dikenakan.Pembantu rumah telopong,
tak tahu nak buat apa2.
Si bapa cukup rakus memukul tangan kanan dan kemudian tangan
kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah diikuti si ibu,
pembantu rumah menggendong anak kecil itu,membawanya ke dalam
bilik.Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil
itu calar balar.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air dia
menangis, anak kecil itu pula terjerit2 menahan kepedihan sebaik
shj calar balar itu terkena air.
Si Pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa
sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokan harinya,kedua-dua tangan anak kecil itu bengkak.
Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas si ayah.
Pulang dari kerja,dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan
masa di bilik pembantu. kononnya mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya
sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada
pembantu rumah "Ita demam.." jwp pembantunya. "bagi minum
panadol tu" balas si ibu.
Masuk hari ke-4,pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu
badan Ita panas "Petang nanti kita bawa ke klinik" jelas majikannya.
Sampai waktunya si anak yg longlai dibawa ke klinik. Doktor
mengarahkan ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediadtrik doktor memanggil bapa &
ibu kanak2 itu. "Tiada pilihan.." katanya yg mencadangkan agar
kedua-dua tangan kanak2 itu dipotong kerana GANGREN yg terjadi
sudah terlalu teruk.
"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangannya perlu dipotong dari
siku ke bawah" jelas doktor.
Si bapa & ibu bagaikan terkena halilintar mendgr kata2 itu dengan
berat hati & lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar
menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yg dikenakan
habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga tertpinga2 melihat
kedua2 tangannya berbalut putih. Direnung ayah dan ibunya
kemudian wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat
semuanya menangis.
Dalam seksaan menahan sakit,si anak yg ketelah bersuara dalam
linangan air mata. "abah,mama ..ita tak buat lagi.Ita tak mau ayah
pukul, Ita tak mau jahat. Ita sayangkan ayah...sayang ibu"
"Ayah ..Bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil? Ita janji tak buat
lagi! Ita nak makan macam mana? nak main macam mana? Ita
janji tak conteng kereta lagi" kata si anak.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata2 anaknya...
(Petikan daripada Mastika Mei, 2004)
Ambil pengajaran dari apa yang terjadi, sayangilah anak2, kerana
mereka perlukan bimbingan.
My Memories
Yang Terindah Hanya Sementara

<< Home