"Maybe God wants us to meet a few wrong people
before meeting the right one
so that when we finally meet the right person,
we will know how to be grateful for that gift. "
"Don't go for looks; they can deceive.
Don't go for wealth; even that fades away.
Go for someone who makes you smile
because it takes only a smile to make a dark day seem bright.
Find the one that makes your heart smile."
My Memories
Yang Terindah Hanya Sementara
Saturday, May 29, 2004
***Suratan Atau Kebetulan***
Suratan atau Kebetulan
by : k e n n y r e m y a n d m a r t i n
Sesuatu yang tak disangka
seringkali mendatangi kita
itukah suratan dalam kehidupan
atau sekadar satu kebetulan
kita asyik membicarakan
persoalan hidup dan pilihan
serta kejujuran semakin berkurang
masih tiada bertemu jawapan
walau kita dihadapkan
dengan berbagai pilihan
mengapa sering terjadi
pilihan tak menepati
hingga amat menakutkan
menghadapi masa depan
seolah telah terhapus
sebuah kehidupan yang kudus
pertemuan sekali ini
bagi diriku amat bererti
tetapi kubimbang untuk menyatakan
bimbangkan berulang kesilapan
Sungguh suratan atau kebetulan kisah kita ini cik harry. Mungkin betula kata mai.. itulah jawapan muktamad awak.. mungkin saya yang belum boleh menerimanya....mungkin.. ada seseorang diluar saya yang sedang mencari saya, mungkin jua.. mungkin dah masanya saya lepaskan segala kenangan ini.... mungkin.. walau berat.. mungkin ini yang terbaik...
hati..berhentilah menangis yer...
***Pergilah Dari Sini***
Hilang mimpi lalu biarlah pergi...
andai terdampar disatu perhentiann
biarlah membawa makna
andai terhenti perjalanan ini
biarlah memberi erti
kulihat ada tunas-tunas bunga
bersama heningnya mentari pagi...
menyelubungi satu jiwa yang kepiluan
rasa kehilangan...
ciap burung mendamaikan rasa....
biarlah...ia berlalu dengan satu persatu
biar ku nikmati kehadiranya...
biar hadirnya benar ku perlukan
mungkin disitu harapan ku bersinggah nanti..
mungkin jua tidak..
mungkin kan ku harus menanti..
berserah pada yang esa..
kerana kupasti bahgia kunanti
kan kunjung tiba jua...
KU PASTI!!!!
Friday, May 28, 2004
***CITER PONTIANAK***
Hmm... tgk citer pontianak harum sundal malam, best gak, satu kelainan dalam citer melayu, cuma aku tak puashati dengan beberapa plot citer yang tidak logik, yang buat aku tertanya-tanya, contohnya, mana g anak marsani si zali, n norman tu anak zali ker, n logik ker jarak umur masa maria kecik, masih hidup lagi dizaman sekarang, hmm... n then.. marsani masih hidup, masa tu technology perubatan dah moden ker....
by the way puas hati denagn lakonan setiap pelakon, terutamanya Maya Karin yang dah banyak berubah... klu dulu aku mengutuk si maya ni, sbb lakonan nya yang hampeh dan bazirkan tiket jer tgk... cerita seri dewi malam n apatah lagi citernya, so far yang ni okaylah pelakon pon yang berkualiti. haa satu lagi yang kelako... gelagat si rosyam nor...dalam seram2 dia wat lawok lak....hehe..
hmm... lagu ni sedap gak , berhantu lak lagu si misha omar ni
PULANGKAN
Seharum bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dipuja
Kau pasti tak percaya
Kasih ku bukan,
Untuk mu, sayang
Tiada ku sangka kau sungguh kejam
Kau rampas segalanya yang kau dendam
Namun takkan bahgia kehidupan mu
Bila bunyi bersatu
Kau milik ku
c/o
F : Pulangkan cinta hati ku
M : Oh hentikan lah menghantui ku
F : Pulangkan oh pulangkan lah pada ku
M : Ku pulangkan kesan hidup mu
F : Yang dikau musnah tanpa relaku
M : Bebaskanlah maafkan daku, oh kasih
Tiada kemaafan di sini
Kau ragut degupan hati ku ini
Akan ku jejakimu, kemana jua
Hingga akhir masa, sayang….
KRU- Babe
perasan tak muram air muka?
eh mungkin tidak kerna ku gagal lupa?
jauh dimata apatah lagi hati
riuh tetap sunyi bila kau bersendiri,
oh patutlah lagu dah tak semerdu
hutan bayu dah tak senyaman dulu
ku pasti kerana tiada pelengkapnya
ketiadaan mu dirasa
jangan serkap jarang hidupku bahagia
memang berat takku nafikannya,
walau cinta mu rapuh dan keyakinan runtuh,
dengar ku bicara
oh babe,
ku masih menyinta...
oh babe,
ku masih setia pilu
lara hiba dijiwa kelabu di kalbu ku
oh babe,
ku makin tersiksa
oh babe
ku makin terasa haru
bisakan disembuh andainya kau disisiku?
oh babe
ku masih perlukanmu
sehari dua mungkin boleh ku harung
masuk ketiga melewa ku termenung
selepas seminggu fikiran bercelaru
meruap-ruap bimbangku
kesana sini terpinga tercari-cari
petanda kau masih menyayangi
walau cinta kau pudar
kan ku teruskan jua moga ku di jiwa
luahkan saja sebabnya
punca kita tak sehala?
akan ku ubah sikap ku
oh seperti yang kau mahu
katakan saja kau pinta
walaupun hujan ditadah
agar tak basahi cinta kita yang goyah
kembalilah......*
Wednesday, May 26, 2004
“Dalam hidup ini, kita kena maafkan org yg sakitkan hati kita. Kalau kita tak boleh maafkan org yg sakitkan hati kita, maafkanlah diri kita kerana kita memaafkan org yg tak sepatutnya kita maafkan.”
***KISAH PENGAJARAN***
Anak tunggal pasangan ini,perempuan berusia 3tahun setengah.
Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan oleh pembantunya
yg sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap berkunci.
Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli
bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain
di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku yang berkarat, dia pun
melakar di atas simen temapt letak kereta ayahnyatetapi kerana
diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya
pada kereta baru ayahnya.
Ya...kerana kereta itu berwarna gelap, lakaran jelas kelihatan.
Apa lagi,kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya.
Hari itu ayah dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluan
sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya
gambar ibu dan ayahnya,gambarnya sendiri,lukisan ayam, kucing
dsbgnya. Kejadian itu langsung tidak disedari oleh si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta
yang Baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik.
Si ayah yg belum pun masuk ke rumah menjerit "siapa punya kerja ni?"
Pembantu rumah yg tersentak dgn jeritan itu berlari ke luar.
Dia juga turut beristigfar,mukanya merah padam ketakutan,
tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi
diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan
"tidak tahu". "Duduk di rumah sepanjang hari taktahu? apa
yg kau buat?" herdik si isteri lagi.
Si anak yg mendengar suara ayahnya tiba2 berlari ke luar
dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat
ayahhhh...cantikkan?" katanya, menerkan ayahnya ingin
bermanja seperti selalu.
Si ayah yg hilang sabar merentap ranting kecilpokok bunga
raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya.
Si anak yg tidak mengerti apa2 terlolong-lolong kesakitan sekaligus
ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang
tangan anaknya.Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan
berasa puas dgn hukuman yg dikenakan.Pembantu rumah telopong,
tak tahu nak buat apa2.
Si bapa cukup rakus memukul tangan kanan dan kemudian tangan
kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah diikuti si ibu,
pembantu rumah menggendong anak kecil itu,membawanya ke dalam
bilik.Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil
itu calar balar.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air dia
menangis, anak kecil itu pula terjerit2 menahan kepedihan sebaik
shj calar balar itu terkena air.
Si Pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa
sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokan harinya,kedua-dua tangan anak kecil itu bengkak.
Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas si ayah.
Pulang dari kerja,dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan
masa di bilik pembantu. kononnya mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya
sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada
pembantu rumah "Ita demam.." jwp pembantunya. "bagi minum
panadol tu" balas si ibu.
Masuk hari ke-4,pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu
badan Ita panas "Petang nanti kita bawa ke klinik" jelas majikannya.
Sampai waktunya si anak yg longlai dibawa ke klinik. Doktor
mengarahkan ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediadtrik doktor memanggil bapa &
ibu kanak2 itu. "Tiada pilihan.." katanya yg mencadangkan agar
kedua-dua tangan kanak2 itu dipotong kerana GANGREN yg terjadi
sudah terlalu teruk.
"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangannya perlu dipotong dari
siku ke bawah" jelas doktor.
Si bapa & ibu bagaikan terkena halilintar mendgr kata2 itu dengan
berat hati & lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar
menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yg dikenakan
habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga tertpinga2 melihat
kedua2 tangannya berbalut putih. Direnung ayah dan ibunya
kemudian wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat
semuanya menangis.
Dalam seksaan menahan sakit,si anak yg ketelah bersuara dalam
linangan air mata. "abah,mama ..ita tak buat lagi.Ita tak mau ayah
pukul, Ita tak mau jahat. Ita sayangkan ayah...sayang ibu"
"Ayah ..Bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil? Ita janji tak buat
lagi! Ita nak makan macam mana? nak main macam mana? Ita
janji tak conteng kereta lagi" kata si anak.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata2 anaknya...
(Petikan daripada Mastika Mei, 2004)
Ambil pengajaran dari apa yang terjadi, sayangilah anak2, kerana
mereka perlukan bimbingan.
Tuesday, May 25, 2004
***MOVIE DAY***
hmm telah sekian lama aku tidak menjejakan kaki g tgk wayang , pesal ntah hari ni tetiba jer nak g tgk wayang lak...bebudak ni ajak... aku pun... taklah nak pergi sangat..amik ati member...
aku bukan tak nak g tgk wayang.. tau jerlah... tempat2 tu banyak kenangan antara aku dan cik harry so biar jer lah...tu yang malas nak klua bandar, karang teringat tak pasal2 mengalir air mata, karang orang kata aku gila lak.....
hari ni movie day kat MPV, 6 ringgit jer. Citer apa...citer best.. agaknya kot sbb tak tgk lagi... citer Pontianak Harum Sundal Malam..orang kata citer ni seram tak tahulah... kebenaranya... tgk jerlah karang nanti....
Jom kengkawan...kita tgk wayang
***TAZKIRAH***
Petua Rumahtangga Bahagia
1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar
berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang
akanberada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu
berseronok dengan isteri.
4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya
berada di rumah bersama-samanya.
5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan
jemu kepada pasangan.
6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah
tangga.
7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali
kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan
anak.
9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu
dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum
habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali
(rujuk).
10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya
rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi
nasihat.
11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar
berbanding keluarga sendiri.
12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia
luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit
dengan jualan langsung.
13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan
dan pergaulan sesama ahli keluarga.
14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila
keluar rumah.
15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu,
tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan
masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan
seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan
indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu
sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati
muda walaupun masing-masing sudah berusia.
20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa
tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka
panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan
tempat percutian.
22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang
berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan
kemesraan.
23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui
kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan
melahirkan generasi seterusnya."
***WISDOM WORD***
Jumpa kat ecircle sedundun
"Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."
"Cinta bukan satu paksaan. Memaksa orang untuk membuat apa yang kita mahu bukannya satu cinta, tapi perjanjian yang mengikat kebebasan. Tapi mencintai orang yang tak mahu mencintai kita juga bukan satu kesalahan. Kita tak jatuh cinta pada orang tu dengan syarat orang tu mesti mencintai kita. Jadi kenapa kita perlu takut untuk jatuh cinta?" - Elizabeth Thornston
To live without loving is to not really live.Gather the rose of love whilst yet
is time.Love consists in this, that two solitudes protect and touch and greet
each other.And think not you can guide the course of love. For love, if it finds you worthy, shall guide your course.
Sunday, May 23, 2004
***Airmata***
Semalam aku tak g keje...ponteng bukan apa aku sakit kepala..hehehe and mata aku bengkak bengkil sbb kan menangis tu ler..mlmnya tu aku tulis surat kat harry... tetiba jer aku jadik sedih sangat and then aku menangis...
Aku sedih sangat... tak dapat aku gambarkan perasaan aku ketika itu.....ntahlah aku pun tak tau bagaimana harus aku mengawalnya... semoga aku menjadik lebih tabah...
selepas aku tersedu sedan ... member lamer aku calll... C-T tq sbb call aku hargai sangat.. walaupun kau tak tlg apa2 tapi..meluahkan apa yang aku rasa sungguh melegakan aku...
Mungkin benar katanya....dah takder jodoh antara kami...
"...apa kesudahannya.. klu ko balik kat dia..klu dia terima ko hanya kerana simpati..tak guna juga ... cubalah lupakan dia, buatlah perkara yang mengembira kan hati ko...dah lah jangan begini.. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... sabarlah..."
Thursday, May 20, 2004
***Besday***
Tak lama lagi besday cik harry...
what suppose i do, kasik hadiah ker tak.. atau hanay.. kad, camner yer... yang mana satu aku nak bagi, klu kasik ntah dia terima atau tak... hai.. camner kengkawan...
by the way aku tak sabar nak ajak cda g jj, carik apa2 yang patut utk hari jadi dia...aku pernah kata selagi aku masih ingat aku akan wish besday akt dia...
Hmm ada berita lain yang lebih membuatkan aku terkedu... companay nak bankrup.. kena carik keje lain, taktercapailah hasrat aku nak beli KELISA..... beli ikan kelisa jer lah nampaknya.....hikhikhik...
"...biarlah berapa tahun aku perlukan untuk melupakan dia , aku akan terus disini, bersama hati yang mati, tak berdaya untuk ku melupainya...aku redha dengan Ketentuan Ya Illahi.... Amin.. moga aku terus tabha menghadapinya...setabah aku merelakan pemergian ayah tersayang....."
Wednesday, May 19, 2004
***TAZKIRAH***
Rebutlah Pangkat Isteri Solehah
Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya. Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa.
Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita. Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk. Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahnya untuk mendapatkan wang.
Sepatutnya kita kena banyak menangisi diri yang gagal menunaikan amanah Allah itu. Rasulullah selepas di Isyrak Mikrajkan, baginda tidak henti-henti menangis kerana terlalu amat sedih dan sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya kaum wanita dan umat-umat yang disayanginya diselamatkan dari azab api neraka. Bayangkanlah, baginda saksikan bahawa di dalam neraka itu 75% adalah terdiri dari kaum Hawa. Badan-badan kita akan disambar oleh api neraka dan terbakar rentung dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh lalu dibakar lagi hingga mengikut sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan itu. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang beramal soleh. Wanita-wanita yang solehah akan disambut oleh 'wildan-wildan'nya (suami) diiringi dan serta diperelokkan kedudukannya di dalam syurga.
Bila diceritakan mengenai peribadi wanita bertaqwa dan solehah pastilah mereka-mereka ini mendapat pendidikan agama yang secukupnya. Bila ilmu telah dipelajari lantas terus diamalkannya. Maka jadilah mereka insan-insan yang terdidik untuk mentaati segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangannya. Orang-orang yang banyak menangis kerana takutkan neraka Allah. Orang-orang yang sanggup berkorban apa saja demi kepentingan hari akhirat. Orang-orang yang sanggup hidup susah dengan berbagai ujian dan rintangan; tidak putus asa serta selalu ingat mati demi rindunya mereka untuk melihat wajah Allah swt dan Rasulullah.
Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana ianya tidak dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan kesepian dan dilupakan.
Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya. Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya.
Bila suami berhajat, hendaklah segera mendapatkannya dan tinggalkan kerja-kerja yang sedang dilakukan. Hiasilah diri dengan pakaian yang menarik, bersolek dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak yang menangis ketika itu kerana para malaikat sentiasa menjaga mereka sehingga kita selesai menunaikan amanah Allah terhadap suami kita dan mereka mendoakan semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Generasi yang bakal mengamankan dunia!
Ramai juga kaum wanita hari ini berjaya melayani suaminya dengan baik tapi bila saja suami sebut hendak kahwin seorang lagi dia mula tarik muka empat belas, hempas itu, hempas ini malah boleh jadi perang besar. inilah yang dinamakan cinta nafsu. Dia mahu dia seorang sahaja menguasai kasih sayang suami. Padanya bermadu itu suatu yang hina dan tidak mengapa kalau si suami memiliki perempuan simpanan walau sebanyak manapun.
Seorang isteri yang bertaqwa, dia tidak peduli samada hidupnya terpaksa bermadu dua, tiga atau empat sekalipun sebab itu bukan urusannya malah sebuah ketentuan dari Tuhan untuk menguji sejauh mana keikhlasannya melayani suami. Dia tidak akan ambil kisah sekiranya suaminya mengecilkan hatinya malah di hati kecilnya akan sering berkata, "Ini tugas aku dengan Allah, aku mesti laksanakan". Akhirnya tidak timbul perkelahian bila bermadu bila setiap isteri telah faham dengan kedudukannya.
Hanya isteri solehah saja yang gembira bila dimadukan sebab suaminya telah menyelamatkan seorang lagi hamba Allah bila dikahwinkan. Bila seseorang itu telah berkahwin, InsyaAllah sembahyangnya akan lebih khusyuk kerana sebagagian dari agamanya telah diselamatkan.
Tuesday, May 18, 2004
TAZKIRAH
Dosa Yang Lebih Besar Dari Zina
"Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencengkam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya, tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya, kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah membelenggu hidupnya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.
Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah
saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.
"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan
ragu-ragu!" desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun bercerita, "Saya... telah berzina. "Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun... lantas hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... tewas," ucap
wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.
Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik. Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca terhempas ke batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia perlahan-lahan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya
amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu ke mana lagi nak pergi. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?
Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"
Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"
"Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran."Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina"
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.
Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.
Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya. (Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy)
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang
meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub.
Satu huqub adalah 80 tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakherat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia. Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul
niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah
Saturday, May 15, 2004
***selamat hari guru cik harry***
well sedar tak sedar dah hampir setahun kisah cinta aku berlalu, dah semusim berlalu.
Hmm ..aku masih lagi disini meneruskan kisah hidupku....ntah apa cik harry buat, apa kabar agaknya dirinya sekarang ni. sihat ke tak, gembira ke tgh berduka, bahagia ker tak? ntah lah seribu satu perasaan, biarlah ianya berlalu....tapi aku masih benar2 belum mampu melupakannya namun aku harus sedar, ini adalah balasan terhadap kesilapan aku yang lalu...
Ya Allah yanh maha mengasihani...ampunkanlah dosa-dosa ku yang lalu....redhakanlah hambamu yang hina ini, andai ini balasanmu aku redha, Ku pohon padamu,ringankanlah beban perasaan yang kutanggung Aku cuba untuk....melaluinya setabah yang mungkin...aku hanyalah insan biasa...Ya..Allah..jgn lah biar rindu ini membunuh diriku.. kembali...Amin....
Thursday, May 13, 2004
***MASTER***
Aku ada berkira2 nak amik master Pendidikan , yerlah mengenangkan nak masuk KPLI pon susah baik aku ambik master jer lah.... lagi pon bosan sungguh hidup ni. what wil be happen for becoming future..... rasa lost aku tak hilang lagi... aku rasa sejak dia hilang aku hilang segalanya termasuk lah segala kekuatan yang aku...So untuk mengisi kekosongan ni baik aku sambg master ada gak faedahnya, dah ler sorang2 hidup ni, tak semangat rasanya....
Aku dah isi separuh borang master ni dan dah pilih pon coursenya, Master in Education(Educational Technology), Hmmm....tapi tgh befikir tanya pendapat abang aku...
Tgh pk pasal abg aku, tetiba lak dia call tadi....
"klu kita nak smabg belajo camner? ok tak... nak amik master pendidikan"
"hmmmm ..... klu nak amik gak, kesian kat bibik(panggilan abg aku terhadap aku)..."
"kenaper lak.....", pada hal dlm hati ku sudah mengagak kenaper dia kata kesian tu..
"adalah sebabnya... nanti jumpa leh citer pjg2 lagi.."
hmm nak suruh aku dtg uamh dia lah tu....
abg aku yang sorang ni mmg sayang tul kat aku....byg kan lah dah besar pajg pon dia masih cium aku lagi, peluk aku... dia tak rasa kau ni dah besor... bila aku putus cinta tu hari baru dia rasa aku ni dah besor tak lagi anak2 yang masih kecil, dah cukup kuat untuk melalui satu keperitan.....satu kehilangan....satu kesedihan
abg ---- jgnlah risau ttg diri ni, i just need something yang bermakna untuk hidup ni setelah segalnya hilang, mana mungkin dalam masa ni aku dapat carik penganti, melupakan kisah cinta dan kenagan aku terhadapnya amatlah menyakitkan, aku memerlukan sesauatu untuk menolong aku melupakannya, apa lagi sambg belajar lah. ada gak manfaatnya.
Aku tak tau berapa banyak masa lagi utk aku melupakannya, aku masih berpikir andainya dia sudi terima diri ku kembali...cik Harry Selamat Hari Guru
***TAZKIRAH***
PERBEZAAN IBADAH LELAKI DAN WANITA
Para ulamak Fekah mengklasifikasikan beberapa perbezaan ibadah serta tanggungjawab syariat yang harus dilaksanakan oleh kaum lelaki dan wanita antaranya,
I. Kaum wanita tidak boleh membawa jenazah ke tanah perkuburan baik jenazah itu perempuan, kanak-kanak atau dewasa. Kaum wanita tidak wajib keluar berjihad bersama lelaki.
II. Mereka dikehendaki duduk di tempat yang paling belakang sekali dalam solat berjemaah.
III. Kaum wanita tidak wajib solat berjemaah di masjid. Bagi wanita yang belum berkahwin adalah makruh solat di masjid dan bagi yang telah berkahwin mereka perlu meminta izin dari suami tetapi lebihafdal jika dikerjakan di rumah.
IV. Wanita diharuskan menepuk belakang tapak tangan mereka jika berlaku kesilapan imam dalam solat tetapi lelaki disunatkan membaca tasbih.
V. Wanita tidak boleh azan dan tidak boleh mengimamkan lelaki dalam solat.
VI. Wanita tidak boleh membaca dengan nyaring di dalam solat jika ada lelaki ajnabi dan menurutsetengah pendapat memang tidak boleh jika ada lelaki ajnabi atau tidak.
VII. Kaum wanita hendaklah merapatkan anggota badan mereka ketika rukuk dan sujud tetapilelaki disunatkan membukanya.
VIII. Wanita tidak diwajibkan solat Jumaat, mereka juga tidak boleh mengangkat suara ketika takbir hari raya atau talbiah pada haji.
IX. Aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangannya sedang lelaki auratnya antara pusat dan lulut.
X. Wanita boleh memakai pakaian sutera dan perhiasan emas sedang lelaki diharamkan memakainya.
XI. Wanita (isteri) tidak dikenakan kifarat sekiranya melakukan jimak di siang hari dalam bulan Ramadan tetapi lelaki (suami) wajib membayar kifarat.
XII. Wanita tidak boleh bermusafir jika tidak disertai oleh muhramnya seperti suami, bapa atau sebagainya.
XIII. Air susu wanita boleh mengikatkan pertalian ibu susu sedangkan lelaki tidak.
XIV. Dalam hak penjagaan anak wanita lebih didahulukan dari lelaki.
XV. Wanita akan mengalami haid, nifas dan istihadhah sedang lelaki tidak.
XVI. Jenazah wanita dikafani dengan 5 lapis kain sedang jenazah lelaki dikafani dengan 3 lapis kain.
