Monday, April 05, 2004

***040404***

Tarikh harini cantik sekali....040404 hhhmmm tu pasal agaknya anak prof B kahwin arini ekk aku g dgn kia tadi.. skali dgn dak opis...tapi dtg lain2 waktu..

masa xxx sampi aku brasa jengkel sikit dgn sikap partnernya...aku taulah aku pernah wat salah,apa lah aku ni kan.. biarlah orang nak layan camner pun kann suka ati dialah...

Dari smalam smpai arini aku g carik kasut... tiga pasaraya.. tak juga jumpa kasut idaman hati.. last2 beli jer lah dah tak larat nak carik sbb asyik takder saiz jer, semmlam satu amoi dah kena marah dgn aku sbbnya kasikinformation salah...last2 aku tinggal jer kasut yang aku dah pilih tu..lantaklah..panas tul hati aku...isshh.. marah tahap gaban ni...

hujung minggu yang sia2 aku boring, keje aku asyik tido jer...

aku masih tertanya2 apakah dijiwanya masih ada rindu seperti diriku...hampir saja airmata aku menitis setiapkali mengingatinya apakah sudah tersurat memang dia bukan milik ku lagi
kalu benar dia bukan milik ku...
Ya allah Ya Tuhanku...
kau Kurniakanlah padanya sejuta kebahgian diatas keperitan,kesengsaraan yang telah dilaluinya..
Biarlah jiwaku tenang seandai bahagia telah jadik miliknya, Kenangan ini tidak aku lupakan...ku harap dia bahagia selamanya....


mana mungkin kan kucari ganti
tertutup sudah seluruh dunia ku ini
tak kan mungkin akan ada jiwa yang lain
hambar terasa kehidupan ini..
tiada sinar dari jiwanya..
sayu sudah perjalanan kehidupan
tawa juga telah lenyap dimamah kerinduan..
tiada yang tinggal buat diriku..
seluruhnya telah hilang..
saat dia melangkah pergi
meninggalkan hati ini...
kan kuterus mencari keredhaanya...
mencari ketentuanya...
biarlah jiwa ini terus melagu rindu
walau tiada tepiannya....

moga dikau bahagia cik harry....sekalipun awak membenci saya, takan mungkin saya melupakan awak untuk selmanya
semakin saya ingin melupakan, semakin ia membunuh kembali jiwa saya ini...saya tak mampu....cik harry..
tolonglah katakan sesuatu....agar rindu ini terhenti...pls say something.. dari kali terakhir saya jumpa awak
sehelai pun awak tak pernah balas....balasla surat saya...biarlah saya mengerti apa yang tersirat dalam hati awak,
tak kisahlah apa yang awak nak tuliskan.... balaslah sebagai sahabat lame awak....izat saya betul2 terseksa...

awak ingat tak malam sehari sebelum raya saya ada call awak...
saya mmg tgh betul2 sakit....ketika itu...
muka say cengkung, pucat,tak selera makan,badan pun tak bermaya, tapi nasib baik saya ada kat umah...boley lah my family tlg jaga sya....abang2 saya semua woried takut saya jatuh sakit...nak bawak g spital dah
tapi saya berkeras tak nak lagipon tgh sibuk buat persiapan...hopefully saya dapat berita gembira malam tu.. tapi terpaksa lah saya terimanya....

cik harry... walau apa yang terjadi sekalipon saya akan tetap harunginya..biar seribu kebencian awak terhadap saya biarlah saya terima segalanya atas balasan keatas kesilapan saya.....saya tak mahu dikatakan menegakkan benang yang basah....seandainya, awak ditempat saya mungkin baru awak mengerti apa yang terjadi...biarlah....saya tak mahu mempersoalkanya lagi kerana bagi saya, tiada yang mampu untuk saya lakukan lagi bilamana awak tak percaya pada kata2 saya..ya.. mungkin saya menyesal bila sya buat pengakuan.. hakikatnya pengakuan tu hanya untuk kepuasan awak....sebab saya bosan bertikam lidah dgn awak.....awak langsung taknak percaya pada kebenaran penafian yang saya naytaka...saya akur saya bersalah.. tapi tak semua perkara tu saya salah....orang pandang..orang dengar orang buat kesimpulan... mereka buat kesimpulan... pada hal tak lah seteruk yang mereka sangka....saya keluar kejap pun boleh jadik buah mulut....well... peristiwa yang berlaku telah banyak memberi pengertian saya tentang kehidupan, tentang apa yang di perkatakan, dan jangan sesekali memandai membuat telahan...sbb kita takan tahu apa akibat dari yang kita perkatakan, boleh jadi mungkin ianya membawa sesuatu yang baik dan mungkin juga ianya semakin mengeruhkan keadaan ..

well cik harry...betul awak maksudkan awak taknak jumpa saya lagi seumur hidup awak?

Thursday, April 01, 2004

Ibu bapa - Apakah bakti anak selepas mereka meninggal?
Oleh NURHELMI IKHSAN

Seseorang anak wajib mentaati dan berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, tetapi adakah ia memadai atau terbatas ketika mereka masih hidup sahaja? Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menyentuh atau memerintahkan agar seseorang anak berbakti atau membuat kebajikan terhadap kedua-dua ibu bapanya, dan ia tidak terbatas ketika mereka masih hidup. Terdapat beberapa amalan kebajikan yang boleh disumbangkan oleh seseorang anak kepada kedua-dua ibu bapanya setelah meninggal dunia.

1. Menjelaskan hutang.
Islam amat menitikberatkan persoalan memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia melibatkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia hingga ke akhirat kelak. Seseorang yang berhutang wajib menjelaskan segala hutangnya, dan sekiranya ia meninggal dunia sebelum sempat menyelesaikan hutangnya maka tanggungjawab untuk membayar hutang tersebut adalah ke atas warisnya. Semua hutang sama ada melibatkan orang perseorangan, pihak bank dan sebagainya hendaklah dibayar tanpa mengira jumlahnya yang sedikit ataupun banyak.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya. (Riwayat Bukhari, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah).
Abu Said r.a. berkata: Telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. jenazah untuk disembahyangkan, lalu baginda bertanya: Adakah mayat ini masih menanggung hutang? Sahabat menjawab: ``Ya, Rasulullah''. Baginda bertanya: Adakah ia ada meninggalkan harta kekayaan untuk membayarnya? Jawab sahabat: ``Tidak.'' Lalu baginda bersabda: Sembahyanglah kamu pada kawanmu itu. Baginda sendiri tidak turut serta menyembahyangkannya. Kemudian Ali bin Abi Talib berkata: ``Wahai Rasulullah, biarlah saya yang membayar hutangnya.'' Sesudah itu baginda segera maju untuk menyembahyangkan jenazah sambil berkata kepada Ali: Semoga Allah membebaskan tanggunganmu (dirimu) daripada api neraka, sebagaimana kamu telah membebaskan tanggungan saudaramu yang Muslim itu. Tidaklah seorang Muslim yang membayar hutang saudaranya melainkan Allah akan membebaskan tanggungannya (dirinya) daripada api neraka pada hari kiamat kelak.
Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Barangsiapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati, maka Allah akan bertanya pada hari kiamat: Apakah kamu mengira bahawa Aku tidak akan menuntut hak hamba-Ku? Maka diambil amal kebajikan orang itu dan diberikan kepada orang yang memberi hutang dan jika orang yang berhutang tidak mempunyai amal kebajikan, maka segala dosa orang yang memberi hutang itu, diberikan kepada orang yang berhutang.

2. Membayarkan zakat.

Seseorang yang meninggal dunia dan belum membayar zakat, maka wajib bagi warisnya menjelaskan zakat tersebut kerana zakat yang belum dibayar itu adalah hutang seseorang hamba kepada Allah s.w.t. Kewajipan membayarnya pula didahulukan sebelum menjelaskan hutang yang lain, memenuhi wasiat dan pembahagian harta pusaka.
Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s.a.w. dan bertanya: ``Ibu saya telah meninggal dunia dan berhutang puasa selama satu bulan. Apakah saya perlu membayarkannya?'' Sabda Rasulullah s.a.w.: Sekiranya ibu kamu mempunyai hutang, adakah kamu akan membayarkannya? Jawab lelaki tersebut: ``Ya.'' Baginda menjawab: Hutang kepada Allah adalah lebih utama dibayar. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Mengqadakan puasa.
Waris atau anak-anak disunatkan supaya mengqada puasa ibu bapanya yang telah meninggal dunia, ia termasuk puasa Ramadan, puasa nazar dan puasa kafarah.
Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang mati sedangkan ia ada kewajipan berpuasa, maka walinya berpuasa untuknya. (Muttafaq Alaih)
Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, bahawasanya seorang wanita berkata: Ya Rasulullah, ibu saya telah meninggal dunia sedangkan ia ada puasa nazar, adakah saya boleh berpuasa untuknya? Rasulullah s.a.w. bersabda: Bagaimana pendapatmu sekiranya ibu kamu mempunyai hutang dan kamu membayarkannya, tidakkah itu menunaikan hutangnya? Wanita itu menjawab: ``Ya.'' Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Berpuasalah untuk ibumu. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Membayarkan fidyah puasa.
Fidyah puasa itu ialah memberi sedekah dalam kadar satu cupak makanan asasi penduduk sesebuah negara sama ada daripada beras, gandum atau seumpamanya. Di Selangor kadar satu cupak itu ialah 900 gram bersamaan RM1.10. Mereka yang diwajibkan membayar fidyah puasa ialah:
l Orang sakit yang tidak ada harapan akan sembuh penyakitnya.
l Orang tua yang tidak upaya berpuasa atau menemui kesukaran untuk berpuasa dengan sebab tuanya.
Bagi mereka yang tersebut di atas yang tidak berupaya untuk berpuasa, maka diwajibkan bagi mereka memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan puasa dengan kadar satu cupak atau nilai yang bersamaan dengannya.
Firman Allah s.w.t. Dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. (Al-Baqarah : 184)

5. Mendoakan ibu bapa.
Doa anak yang soleh merupakan khazanah ibu bapa yang amat berharga. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara; sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh dan berdoa untuknya.

6. Menghubungkan tali silaturahim.
Menghubungkan tali silaturahim adalah termasuk dalam perkara yang amat penting dan ia merupakan salah satu tuntutan syariat yang harus mendapat perhatian utama daripada kaum Muslimin. Mengeratkan hubungan silaturahim dan berbuat baik dengan kaum kerabat dan sahabat ibu bapa adalah sebahagian daripada cara berbuat amal untuk kedua-duanya yang telah meninggal dunia.
Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya sebaik-baik kebajikan adalah seseorang itu menghubungkan silaturahim dengan orang yang dikasihi bapanya. (Riwayat Muslim)
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Malik bin Rabi`ah as-Sa`idi, kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w., datanglah seorang lelaki daripada Bani Salamah, ia bertanya kepada Rasulullah, ``Ya Rasulullah, masih adakah kebaikan (kewajipan) yang harus saya lakukan untuk berbakti kepada kedua-dua ibu bapaku setelah kedua-duanya meninggal dunia.'' Baginda menjawab: Ya ada, iaitu sembahyang atas (jenazah) kedua-duanya (maksudnya mendoakan kedua-duanya) dan memohon keampunan bagi kedua-duanya, memenuhi segala pesanannya (menyempurnakan janji mereka) setelah mereka meninggal dunia dan menghubungkan ikatan silaturahim yang tidak sampai serta menghormati para sahabat mereka. (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

7. Menziarahi kubur.
Menziarahi kubur ibu bapa adalah sunat muakad dan besar ganjaran pahalanya. Adalah lebih baik jika di-ziarahi pada setiap hari Jumaat dan dibacakan surah Yasin untuknya. Kelebihan mengenang ibu bapa dengan berdoa dan menziarahi kuburnya membawa kebajikan yang bukan sahaja kepada anak-anak yang soleh tetapi juga kepada anak yang derhaka. Dalam sebuah hadis diterangkan: Anak derhaka yang kematian kedua-dua ibu bapanya kemudian ia (menyesal dan bertaubat) dan sentiasa berdoa untuk kedua-duanya, nescaya ia diampuni Allah dan dianggap sebagai anak yang taat.

8. Menyelesaikan harta pusaka mengikut faraid.Pembahagian harta pusaka hendaklah dibuat setelah dijelaskan segala hutang si mati sama ada hutang dengan Allah mahupun sesama manusia, wasiat dan segala perbelanjaan pengurusan jenazah.
Firman Allah s.w.t. Allah telah memerintahkan pembahagian harta pusaka terhadap anak-anak kamu iaitu bahagian seorang lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan. (An-Nisa :11)

9. Memohon keampunan bagi dosanya.
Perkara yang paling mudah dan dapat dikerjakan oleh semua orang pada bila-bila masa ialah berdoa serta memohon keampunan bagi dosa kedua-dua ibu bapanya sama ada yang masih hidup lebih-lebih lagi yang telah meninggal dunia, seperti mana doa yang dianjurkan di dalam al-Quran Wahai Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kepada kedua-dua ibu bapaku dan juga kepada semua orang mukmin pada hari terjadinya hisab. (Ibrahim : 41)
Firman Allah s.w.t. Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka), ``Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil. (Al-Isra: 24)

10. Membuatkan haji untuknya.
Anak-anak digalakkan untuk membuatkan haji bagi kedua-dua ibu bapanya yang telah meninggal dunia yang belum sempat menunaikan haji. Ia boleh dilakukan dengan membuat sendiri (bagi yang telah menunaikan haji untuk diri sendiri) atau dengan cara mengupahkannya kepada orang lain.
Walau bagaimanapun sekiranya kedua-dua ibu bapa telah bernazar untuk menunaikan haji tetapi tidak berkesempatan kerana telah meninggal dunia, maka wajib bagi waris atau anak melakukan haji untuknya dengan segala perbelanjaan adalah daripada harta peninggalan si mati.
Diterima daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa seorang wanita dari Juhainah datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu bertanya: ``Ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji tetapi ia meninggal dunia sebelum menunaikannya. Apakah saya akan melakukan di atas namanya?'' Jawab Baginda: Ya, berhajilah menggantikannya. Bagaimana pendapat kamu, jika berhutang apakah kamu akan membayarkannya? Oleh itu, bayarlah hutang kepada Allah kerana hutang kepada Allah adalah lebih utama dibayar.
Sebagai kesimpulannya, marilah sama-sama kita menghayati semula peranan seorang anak kepada ibu bapa. Tanpa mereka siapalah kita dan adakah kita boleh berada dalam keadaan dan kedudukan yang kita miliki pada hari ini? Sedarlah bahawa tanpa keredhaan mereka, kita juga tidak akan mendapat keredhaan Allah s.w.t. Semoga kita akan tergolong dalam golongan yang diredhai Allah.
- NURHELMI IKHSAN, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Selangor.


***TAZKIRAH***

SEMUA WANITA ITU CANTIK


Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."


"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

Namun begitu, sebenar-benarnya…………

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.

Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana setiap cinta itu ada.”

Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali....

Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita! kerana, Setiap Wanita itu Cantik...

***TAZKIRAH***

SATU PENERBANGAN...

Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith

Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah

Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita

Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf dengannya tetapi kain putih kotton

Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan cendana

Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam

Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'

Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain

Di mana layanany a dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonmi, sekadar kain yang diwangikan

Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan

Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelita

Di mana pegawai imegresen adalah Munkar dan Nakir, mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan

Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan

Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh

Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan

Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang

Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan

Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya

Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria

Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu

Ya! Berita Baik!!
Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini
Oleh itu bergembiralah selagi boleh! dan sekiranya anda boleh!
Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

Leave your messages here...
Name

URL or Email

Messages(smilies)