Wednesday, March 31, 2004

***SOORY..***

kata Lela..
"Sory naik lori lah...."
Puas sudah ucapan maaf ku luahkan..dan kemaafan sudah diterima... apa lagi yang aku mahu..dia kembali tak mungkin itu pilihannya, keras benar hatinya. Saban waktu aku tertanya..sudikah dia terima aku kembali..walau seribu janji yang diluahkan.. dan jika itu keputusannya, pasti dia tetap teguh dengan pendiriannya...
en Harry maafkan lah saya....i really miss u much....

SORRY SEEMS TO BE THE HARDEST WORD

What have I got to do to make you love me
What have I got to do to make you care,
What do I do when lightning strikes me
And I wake to find that you're not there?

What have I got to do to make you want me,
What have I got to do to be heard,
What do I say when it's all over?
And sorry seems to be the hardest word,

It's sad (so sad)
It's a sad situation
And it's getting more and more absurd
It's sad, (so sad)
Why can't we talk it over?
Oh it seems to me
That sorry seems to be the hardest word

What have I got to do to make you love me
What have I got to do to be heard,
What do I do when lightning strikes me
What have I got to do?
What have I got to do?
When sorry seems to be the hardest word?

argh!!.. payah benar aku keluar dari belenggu jiwa ini... aku rasa benar2 terseksa....
"mana mungkin, kan kucari ganti irama syahdu...."
hati tabahkanlah hatimu....
jiwa semoga kau mangkin teguh
akal jgnlah kau alpa...
kaki jgn lah ko bergoyah

setiap nafas pasti ada kata semangat utk terus hidup...yeerr.. akan ku pastikan jiwa ku masih terus hidup utk insan yang masih menyayangi ku lagi...

Monday, March 29, 2004

***Weekend***

hujung minggu yang cukup meletihkan......apa tak nya.. balik keje ari sabtu.. ..dahlah balik lambat.. terus attend klas driving.. tupun sempat makan maggi n semayang jer...
mlm tu melayan cda shopping kat konvo tak beli apa2 pun sajer.. cuci mata jer.....penatnya... tak terkata...
pagi ahad..awal2 dah bangun biasal lepas subuh klu weekend aku tdo balik.. ni tak kena bersiap g driving klas lagi...

citer...Driving klas
"ok..wat lima perkara..."
"dah selesai jalan...."
"hai.. awak ni dah berapa kali kelas.. asyik lupa signal n turunkan hand brek jer.....wat lagi sekali.."

hmm aku asyik kena letter jer sbb macam... brek tak kemas lah.. tukar gear tak betullah tak pandang side mirror lah... hand brek lupa nak turun lah... macam2 .... by the way dah improve skit lah...

Friday, March 26, 2004

ERTI PERSAHABATAN...

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan
kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia
ternanti-nanti....kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya???Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan
sebagai laluan penyelesaianmasalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang dirikita hingga
kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaankawan, kerana dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia
ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita tidak tahu.......
tetapi jika kita cuba jadisahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu.

Renungilah.......

***HAri...***
hmm 14 lan 3 lepas cousin aku sblh ayah kawin....
hmm apa lgi mak aku dah cukup risau kat anak di yg sorang...ni..berleter jer lah..baila nak kawin lah..jgn pk sgt lah....carik jer yg lain... aku pon wat muka seposen jer..... kah..kah..kah...mak mmg syangkan anaknya..

terasa sungguh rindu ini pd ibu ku.. tetkla aku menjejakan kaki dirumah hari tu.. pelukan yang kejap .. jelas menunujukan ibuku turut merasa rindu seperti aku...

hmm... aku jadik sunyi setelah cik harry takder... tiadalagi ceria.. tiada lagi yang mampu mengembirakan aku.... aku benar-benar rindukannya....
dan aku rasa cam aku dah jadik org lain.. aku jadik pendiam...teringat kata2 Fadzillah Kamsah.. kata "buangkan segala perkataan kalau... kerana semuanya telah ditentukan.. kita kena terimanya dengan hati terbuka......"

insyallah.....

aku sudah mula dpat terima ketidakhadiran dirinya...tapi ingatan, rindu belum dapat ku lenyapkan sepenuhnya...

semoga dia bahagia.. tenang.. gembira.. dan bahgia ketika ini.. aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dirinya....

biarlah...pelbagai tomahan dan dugaan yang ku tempuhi... aku akan terus harunginya.....

***Teman***
Rindu pada teman2 lama terutama cik mai n cik purple....pasti aku tidak lupa untuk menjengahnya....
sedikit berita dapat melapangkan rindu pada teman2 yang jauh tu..

hmm...cik purple.. apa kabor lah skang.. kecian dia tak lepas 2 dari masalah yang membelenggu... betul kata orang hidup ini penuh risiko.. nak tak nak kita kena hadapinya....kan cik purple....all the best to u, i dont know wahat really hapen to her... hopeefully everthing is ok.

akan ku terus menjengah kesini.. walupun aku leh terlupa password tadi ...hahaha padan muka aku....

wasalam....

Wednesday, March 03, 2004

***RELAKS JAP.....***

RAHSIA SUAMI
SUE tidak pernah ambil kisah mengenai satu kotak hitam misteri milik suaminya yang tersorok di bawah katil mereka. Sudah 20 puluh tahun kotak hitam itu disitu satu hari ketika membersihkan bilik, Sue tidak dapat menahan perasaan ingin tahu isi kandungan kotak hitam itu . Sue terperanjat dan hairan apabila dalam kotak hitam itu ada tiga biji telur
ayam dan wang tunai RM 3000. Dia cuba menyelesaikan misteri itu dengan bertanya kepada suaminya
"Kenapa abang letak 3 biji telur ayam di bawah katil kita? " Suaminya terperanjat beruk tetapi masih mampu menjawab " sayang , setiap kali abang curang kepada mu, abang letak satu telur ayam sebagai tanda penyesalan ".

Sue terdiam tetapi mampu mengawal kemarahannya kerana tiga kes curang dalam tempoh 20 tahun mereka bersama masih boleh dimaafkannya. Kemudian sue bertanya lagi :

" Tapi abang kenapa ada duit RM 3000 ? "

Dengan suara terketar-keta r suaminya menjawab,

"Setiap kali telur itu cukup sedozen abang jual dan duit abang letak dekat situ ".


JERUK PELAM
Maka tersebutlah kisah memurid tahun 6 Purple menyambut hari guru. Masing-masing berebut-rebut nak bagi hadiah kat cikgu kesayangan mereka, Ms. Choo (kira-kiranya cikgu mithali le nie). Bila lonceng berbunyi dan waktu Bahasa Inggeris tamat... maka beraturlah memurid tahun 6 Purple nak bagi hadiah buat guru kesayangan mereka nie. Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah...ada yang bagi hadiah...selepas bagi hadiah dan kad, masing-masing mengucup pipi Ms. Choo sambil mengucapkan Selamat Hari Guru. Maka tibalah giliran Anita Mui, si ketua kelas... dengan kotak hadiahnya yang bersaiz besar...lain dari yang lain... beriben merah cantik bungkusannya ... dengan senyum simpulnya si Anita Mui meminta Ms. Choo meneka apa yang dihadiahkannya... Maka jenuhlah si Ms. Choo meneka dari
kek sampailah kepada lampu tidur...semuanya disambut dengan geleng kepala oleh si Anita Mui tadi.

Tiba-tiba adalah cecair yang meleleh dan menitis dari bucu kotak tu..Ms.Choo segera menyambut titisan cecair tu dan memasukkan ke dalam mulutnya dan merasa...."Hummm...masam, Cikgu dah tau dah... kamu hadiahkan cikgu Jeruk Pelam yeak... cikgu suka jeruk pelam tau".

Errrrr...sebenarnya cikgu...saya hadiahkan anak KUCING ..


PANGGILAN KECEMASAN
Seorang pekerja lelaki bekerja di tingkat 13 menara KLCC. Tiba-tiba seorang menjerit.. "Omar.. Omar.. isteri engkau telefon ada kecemasan..!"

Kerana panik, lelaki ini terus meloncat keluar melalui tingkap... dari tingkat 13 itu. Ketika dia menghampiri tingkat 9, baru dia teringat bahawa dia tidak tidak ada isteri.. setelah dia menghampiri tingkat 5, baru dia tersedar yang dia belum berkahwin.. Dan ketika dia hampir menyentuh tanah.... barulah dia sedar yang namanya bukanlah Omar..

***MIMPI***

Hari tu lepas aku bersolat mlm aku sambung lena ku hingga kepagi.... aku bukan jenis yang mudah ingat mimpi tapi mimpi ku yang mejengah tidor benar2 membuatkan aku terkesima. Aku mimpi cik Harry.....

Aku bermimipi duduk sebuah rumah flat dengan kawan2 dan rumah yang penuh sesak dgn brg. Tempat yang begitu asing bagiku seolah2 aku baru berpindah kesitu. Lantas aku dirudung kesedihan yang teramat sgt. Tidak jauh dari situ hidup sebuah keluarga yang sederhana. Dan satu hari aku terima panggilan telefon.... Rupanya dari en Harry hatiku berbunga ceria, airmata ku hampir menitis, speechless... tak tahu nak kata apa, terlalu gembira, sampai aku kata kasik masa sikit aku terlalu gembira terharu sesangat.....aku tak ingatlah aku cakap apa lagi masa tu... ruapnya auntie dia duduk dekat dgn flat tu dan tenampak aku.....tapi everything it jus a dream... tapi atleast dapat mengubat rindukan yang mendalam ini... bila terjaga dari mimpi aku tetanya... apakah ertinya..... aku gembira sgt....

Well it just dream... aku teruskan jua kehidupan.....walau apa rintanganya... moga ada sinar bahgia untuk ku dipenghujung pencarian ku nanti.....

~::one day you will ask me, what is more important, my life or you, i will answer my life. then u will leave me and go,
without realizing you are my life::~

***HOW TO STAY YOUNG***

1.Keep only cheerful friends. The grouches pull you down.

2.Keep learning. Learn more about the computer,crafts, gardening,whatever.

3.Never let the brain idle. " An idle mind is the devil's workshop." And the devil's name is Alzheimer's.

4.Enjoy the simple things.

5.The tears happen. Endure, grieve, and move on.

6.The only person who is with us our entire life, is ourselves. Be ALIVE while you are alive.

7.Surround yourself with what you love, whether it's family, pets, keepsakes, music, plants,hobbies, whatever. Your home is your refuge.

8.Cherish your health: If it is good, preserve it. If it is unstable,improve it.If it is beyond what you can improve, get help.

9.Don't take guilt trips. Take a trip to the mall, to the next county, to a foreign country, but NOT to where the guilt is.

10.Tell the people you love that you love them,at every opportunity.

AND ALWAYS REMEMBER:
Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away.

Tuesday, March 02, 2004

***APPERCIATE WHAT YOU HAVE***

This is very true

A very meaningful article indeed, to share with you...

Adultery happens when you start looking for what you don't have.

"Wow, this girl in my office is a real looker. But it's not her Wynona Rider features that got me. I'm crazy about her because she's also understanding, intelligent, tender - so many things that my spouse is not."

Somewhere along the way, you'll find a woman or a man who will be more charming or sensitive. More alluring. More thoughtful. Richer. Have greater sex appeal.

And you will find a woman or man who will need you and pursue you and go loco over you more than your spouse ever did.

Because no wife or husband is perfect. Because a spouse will only have 90% of what you're looking for. So adultery takes place when a husband or wife looks for the missing 10%.

Let's say your wife is melancholic by nature. You may find yourself drawn to the pretty clerk who has a cherry laugh no matter what she says: "I broke my arm yesterday, Hahahaha . . ." Or because your wife is a homebody in slippers and pajamas, smelling of garlic and fish oil, you may fall for a fresh-smelling young sales representative that visits your office in a sharp black blazer, high heels, and a red pencil-cut skirt. Or because your husband is the quiet type, your heart may skip a beat when you meet an old college flame who has the makings of a talk show host.

But wait! That's only 10% of what you don't have.
Don't throw away the 90% that you already have!
That's not all.
Add to your spouse's 90% the 1000% that represents all the years that you have been with each other.
The storms you have weathered together.
The unforgettable moments of sadness and joy as a couple.
The many adjustments you have made to love the other.
The wealth of memories that you've accumulated as lovers.

Adultery happens when you start looking for what you don't have. But faithfulness happens when you start thanking God for what you already have.

But I'm not just talking about marriage.

I'm talking about life!

About your jobs.
About your friends.
About your children.
About your lifestyles.

Are you like the economy airline passenger that perennially peeks through the door of the first class cabin, obsessed with what he's missing? "They have got more leg room! Oh my, the ir food is served in porcelain! Wow, their seats recline at an 80% angle and they've got personal videos!"


I guarantee you'll be miserable for the entire trip!

Don't live your life like that.

Forget about what the world says is first class.

Do you know that there are many first class passengers who are miserable in first class -- because they're not riding in a private Lear Jet?

The main message:

If you start appreciating what you have right now, wherever you are IS first class!

***10 MUHARAM***

semoga hari-hari yang aku lalui akan bertambah bermakna...
Ya allah...cekalkan hati hamba mu... izinkan aku berlindungan di bawah lembayung kebesaran dan keanggungan mu...moga tiap rintangan yang berlalu dapat ku harungi......Ya Allah berilah kesempatan untuk bertaubat kepadamu.... Sesungguhnya hidup dan matiku hanya padamu...

KISAH KELEBIHAN BERPUASA PADA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU PADA HARI TERSEBUT

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

Monday, March 01, 2004

KISAH TELADAN
KITA SEMUA ADALAH TEMPAYAN RETAK
Seorang tukang air di India memiliki dua tempayan besar; masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawanya menyilang pada bahunya. Salah satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan retak itu hanya dapat membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari paras yang seharusnya dapat diberikannya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu." "Kenapa?" tanya si tukang air. "Kenapa kamu merasa malu?" "Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah paras air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi," kata tempayan itu.

Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan." Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memperhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu? Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya.

Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."

Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Tuhan maha bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekuranganmu. Kenalilah kelemahanmu dan Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemukan kekuatan kita.

***LAWAK BEST***

"Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura kura) nak gi bekelah bersama sama. Kekura pertama membawa makanan, Kekura kedua membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun selamber jek lenggang
perut.

Didalam perjalanan tiba-tiba ujan pun turun dengan lebat dan derasnya, sehingga mereka tak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka.

Kekura I : "ERmmm..... salah sekor dari kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pegi ni?"

Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.

Kekura III : "Tak nak ahhh. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Sure nkorang akan bedal mengkanan ni semua."

Kekura I & II : "Takk lah. Kita orang tunggu sampai nko datang."

Kekura III : "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?"

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "Kalau 3 jam ??"

Kekura I & II "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "Kalau 1 hari ?? "

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "3 hari ???"

Kekura I & II :"Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "5 hari???? "

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "1 minggu? "

Kura I & II : ""Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "2 minggu?"

Kekura I & II : ""Kita orang akan tetap tunggu." !!!!!!! nko pegi jek lah"

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan minggu telah berlalu. Kekura III tak jugak balik balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar.

Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni . Kita makan jek lah "
Kekura II : "Aku pun dah nak pensan ni. Jom ahh kiter perabih mengkanan ni"

Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak-semak dan berseru " Hoii!!!!!!!!!!!!!!! Nasib baik aku belom pegi lagi... kalau tak sure nkorang abiskan mengkanan ni kan kan????!!!!!!!

Moral of the story: Siol betul kekure tu....

tazkirah Hari Ini

Assalamualaikum ...


Hanya Ingin Mengingatkan ...


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ...

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.


(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

" Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.


Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

Beberapa kata renungan dari Qur'an :


Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Leave your messages here...
Name

URL or Email

Messages(smilies)