Thursday, January 01, 2004

***Lawak***

Malam Pengantin


Fuyooooooo.....nie lah first time aku berader didlm bilek dgn seorang wanita..macam jakun darat siot. Ye seorang wanita yg bergelar isteri,isteriku yg sah. Macam beruk dah kehilangan idea, aku duduk melangok kat atas katil memerhatikan isteriku yg dari tadi menyisir rambut di hadapan lemari solek. Mati kutu aku dibuatnyer, org ramai kat luar, sumernyer sedare mare pihak isteriku, mereka bermalam disini, maklumlah dah penat bertungkus lumus menyenggelarakan majlis persandingan kami siang tadi.

Penat memanglah penat, tapi di saat saat indah begini penat menat nie sumer tak main ah...tolak tepi dulu. Tapi sekarang yg menjadik tander soal ialah camner aku nak mulerkan...yelah nak approach isteriku?....Maklumlah bukannyer pernah aku buat kerja camgini. Aku peratikan isteriku sambil terpikiag kat kepaler hotak aper plan atao script yg hendak aku keutarakan...takkan nak duduk je sampai pagi beb.

"Abg ngantok??" isteriku bersuara..berderao aku dengar suara dia yg lunak merdu (ye lah baru kahwin lunak lah merdu lah....cuber dah sepuluh dopuloh tahun kahwin...kontrektor piling pun kao cakap lagik sedap)
Berbekalkan t-shirt Byford yg melekat di badan beserta kain pelikat yg terikat dipinggang diikuti dgn muker millenium yg amat menggoder aku pun menjawab "Tidak sayannnggg...abg blom ngantok lagikkk"

Isteriku berdiri lalu duduk disebelah ku dgn senyuman yg cukup berpower lagik berkaliber. Aku pun tersengeh macam cipan terkener karen...berdiri...lalu meluru mendapatkan suis lampu.....tup!.....lampu dimatikan......gulap gulita.

BEEEPPPPPPPP!!!!! BEEEEEEPPPPPP!!!!! BEEEEPPPPPPPPP! pager aku berbunyik!
Maner punyer hamlao suah page aku disaat saat genting begini! Ahhh! buat bodo suah....aku teruskan perjalanan menuju ke tempat isteriku berbaring.......

BEEEEEEEPPPPPPP!!!!!BEEEEEEPPPPPP!!!!!!!! BBBEEEEEEEEPPPPPPP!
Dia bunyik lagiiiiiiiiii! "Alaaahhhhhhhhh abggggg...saper yg page tuuuuuuu....pergilah response duluuuu" keluh isteriku.

Aku mencapai pager aku dan terus keluar dari bilek....dlm bilek aku takder tipon, jadik aku terpakserlah guner tipon diluar. Biler sajer aku keluar dari bilek...org org diluar sumernyer memerhatikan aku..mereka yg dari tadi riuh tetiber senyap...aku hanyer tersenyum, tander hormat sebagai pendatang baru dlm keluarga mereka, terus mendapatkan tipon yg berader di sudut ruang tamu. Mereka terus memerhatikan aku....ader yg tersenyum dan ader pulak yg tersengeh.

Bapa mertua aku baru keluar dari dapo, melihat aku dgn tipon di tangan
"Astaghfirullaaaahhhhhhhhhh!!!!" dia beristighfar
"Kenaper pak?" tanyer aku kehairanan
"Maner pergi kain kao Man?" jawab bapak mertua aku

SEKIAN
Pengajaran : Pastikan anda memakai celana dlm biler memakai kain pelikat...dan pastikan yg anda telah
dipastikan....ehehheehehe


CERITA SERAM
Peringatan bagi mereka yg menggunakan jalan melalui Kuala selangor) Kisah bermula pada suatu malam...
Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Mamat sorang nie bersama rakannya nama terpaksa dirahsiakan) dalam
perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong. Setibanya dia di Ijok, di kawasan
perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat India..tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakkan.
Mamat nie tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun dicuba berulang kali. Walhal kereta tersebut
baru sebulan pakai. Mamat nie dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu jalan dan mereka cuba mencari
bantuan jika ada kenderaan yang lalu. Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari arah Kuala Selangor. Bas tersebut bergerak terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah jauh, tetapi bas tersebut tidak jugak sampai-sampai. Tanpa membuang masa mereka pun pergi ke arah bas tersebut. Oleh kerana terlalu perlahannya bas tersebut, mamat tue dan rakannya dapat jugak menaiki bas tersebut walaupun ia sedang bergerak. Alangkah terkejutnya mereka berdua kerana tiada pemandu yang memandu bas itu. Mereka memberanikan diri untuk masuk ke dalam bas dan apabila mereka tiba di bahagian kerusi terakhir bas tersebut, mereka ternampak sesuatu di luar bas melalui cermin belakang bas dan...ya Allah!
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
* mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah.


Kisah Ngeri diITM Shah Alam
Sebelum anda membaca kisah nih, hendaklah periksa kesihatan supaya tidak ada penyakit lemah jantung yg boleh memudaratkan kesihatan anda, pas tuh jgn lupe basuh kaki dan tangan sebelum tido..... Cerita ini telah diceritakan oleh seseorang kepada saya. Perkara nie jadi 2 tahun lepas....masa tu member aku belajar kat itm shah alam masa dok kat kolej jati seksyen 2 tuh.... dia nie kira berani jugak orang nyer....susah ler aku jumpa orang cam dia nie....kira kalau setakat lepak kat padang kawat uitm s/a tuh sampai pukul 2 pagi tu rilek jerk.. isk tak berani aku....korang..? sampaikan pak guard and mak guard pun dah naik maleh nak tegur sikap dia tuh.. Gamaknyer pakguard pun takut nak tegur kot tapi memang berani mamat sekor nie... Nak dijadikan cerita nyer....

satu hari tuh dia gaduh ngan awek dia dak mass comm....... so malam tuh dia tak bleh nak tidur... asyik mengenangkan kes siang tadi.... jadi dia keluar dari bilik,then lepak kat satu kawasan yg agak tinggi yg ader kat uitm s/a ............ sedang dia lepak untuk menikmati keindahan alam........dia perasan ader 3 objek di bawah cerun bukit yg dia sedang lepak tuh..... aku memula ingat dia nak lari ker ..aper ker....rupanyer member aku nie kata dia stay kat situ gak sebab dia kata nak tengok benda tuh... aiseh... kalau aku ler..dah lama hilang... member aku nie stay tengok benda tu...benda tuh melompat-lompat mendaki lereng bukit itu dan jelas menuju kearah... member aku nie... bila member aku nie tengok bebetul dia kata benda tu tak ubah seperti antu pocong.....!!!!! isk...ngeri .... tapi ader satu keanehan ... member aku kata masa dia tengok benda tuh... dia pun dah nak lari dah..tapi kaki dia dah lembek giler... nak melangkah pun dah tak boleh dia kata... member aku kata dia hanya berserah jerk....
macam aku cakap tadi.. ada satu keanehan..dimana... semasa objek tuh sedang mendaki lereng bukit tuh... salah satu daripada benda yg macam antu pocong tuh jatuh dan bergolek golek jatuh kembali kebawah..... Bila member aku
nie tengok salah satu dari lembaga tu jatuh....dia terkejut laa jugak.. dia terus perhati.... perhati punyer perhati....satu lagi lembaga tuh jatuh..... tapi satu lagi terus meloncat loncat menuju kearah member aku... member aku nie agak takut sikit..tapi nak lari dah tak bleh dah.... sian kat kawan aku nie..kan........ tu la berani sangat......lembaga tu terus meloncat-lompat kearah member aku nie..... tiba satu masa tu lembaga tuh dah ader didepan dia..........entah camana member aku jadik berani plak..... Dia tanya kat lembaga tu...... dia tanya cam nie....
"hoi lembaga.....kenapa member ko tuh jatuh kebawah..tak macam ko boleh melompat-lompat ........"?
Lembaga tu jawap plak.... "diorang tu pakai bateri biasa jerk... pakcik pakai..Energizer...." gagagagaga...mengong..


Lawak exam
Suatu hari di Fakulti Sains sebuah Universiti Tempatan..sedang berlangsung ujian berkaitan serangga.. Ujian kali ini sungguh susah... Mahasiswa mesti mampu menentukan jenis dan nama serangga dari potongan-potongan kaki yang diberikan oleh Pensyarah...

Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorangpun pun yang boleh menjawab soalan ujian. Seorang mahasiswa yang amat kecewa.. memutuskan untuk keluar dewan Ujian... dia menghempas daun pintu dengan kuat... "Dummmm!!!!"

Melihat keadaan itu... pensyarah didalam dewan marah dengan berkata..
"Hey! suka hati mak bapak hang je hempas pintu tu ye?! Siapa nama kau???!!!"

Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya ke pintu sambil berkata...
"Nie kaki saya... encik... Cuba encik teka.. siapa nama saya?"


Mesin Timbang
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan
membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM1.00..mesin komputer menjawab: "47 kg!"

Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemukdan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu.
Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:
"Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!"


Peguam materialistik
Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S terbarunya di depan pejabatnya.. ketika
dia membuka pintu keretanya.. sebuah lori melintas terlalu dekat menyebabkan terlanggar dan menerbangkan pintu kereta itu sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dg kuat..
Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu menjerit-jerit dan menangis dengan histeria sambil menunjuk keretanya yang sudah kemek itu. Beberapa minit setelah dia dapat menguasai emosinya,beberapa orang menggeleng-gelengkan kepala dan memandang hina kepada peguam itu. Seorang dari mereka berkata,
"Saya tidak sangka yang sifat matrelialistik engkau sudah keterlaluan dan mata duitan. engkau hanya pentingkan
harta dan tidak pentingkan benda lain"
"kenapa engkau berkata demikian?", tanya si peguam lelaki itu menjawab..
"Tidakkah engkau tahu yang lengan kiri engkau terputus diseret lori tadi?"
"Ya Tuhan!!", jerit si pengecara tadi dengan kuat..
"Di mana jam tangan Rolex saya?!!"

Leave your messages here...
Name

URL or Email

Messages(smilies)