Tuesday, January 13, 2004

***Tersentuh Hati***
Maaf mengganggu... saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita iini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru2 ini. Ustazah yg menceritakan ini sekarang mengajar di kisas. ceritanya begini. suatu hari,dia travel, saya kurang ingat ke mana dan
dari mana. dia singgah di rumah seorang sahabatnya yg mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa.

Si suami seorg guru pen. kanan. beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tgh hari tapi belum zohor. Kedua2 suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 org anak mereka yg kesemuanya
lelaki yg mana yg paling tua dlm tingkatan satu & yg paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk. abang yg tua mengajak semua adik2nya yg baru pulang utk solat berjemaah dgn dia sendiri sbg
imam.

Sewaktu dlm rakaat kedua, salah seorg adiknya yg berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yg sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah. dia ikut ruku' apb imam
ruku'.

Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yg
tertinggal. Subhanallah... adik yg berumur 8 thn ini sudah pandai masbuk...ustazah yg melihat terkejut dan kami yg mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak2 yg masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua org tua mereka atau mana2 org dewasa dan tanpa disuruh2.

Cerita tak berakhir di situ. Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yg
paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak2 kecil semuanya sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 org budak lelaki
dgn yg paling tua berumur 13 thn dan yg ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' dibilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak2nya di tikar sembahyang dgn sabar sambil berzikir. Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsu nya yg masih bayi (yg sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah spjg mereka solat. Dan sekali lagi
cerita tak berakhir di situ. Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apb hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata,"anak2... hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan> puasa...". Dan 8 org anak termasuk si ibu dgn
tekun mendengar kuliah subuh yg disampaikan.

Subhanallah... bila ditanya kpd si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kpd anak2 nya dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak2 lelakinya yg 8 org itu dpt membacakan sekurang2nya fatihah utk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak2 mereka semuanya
lelaki... pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak2 mereka terabai tanpa pedoman...cuba kita tanya diri kita sendiri... berapa ramai keluarga Islam hari ini yg dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga...berapa ramai anak2
Islam berumur 8 thn yg pandai solat masbuk... berapa ramai anak2 berumur 13thn yg pandai mengimami solat memimpin adik2 mereka...dan berapa ramai ibubapa yg berjaya mendidik anak2 mereka sedemikian rupa yg taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yg lebih dewasa...
subhanallah...alhamdulillah... moga apa yg saya sampaikan ini menjadi pedoman dan i'tibar buat kita semua yg rata2nya
masih belum berumahtangga....
"Teruskan Perjuangan dengan IMAN dan UKHUWWAH"

Ditakdirkan dicabut nyawa seorang ayah....mampukah seorang anak sekurang kurangnya berjemaah mensolatkan jenazah ayahnya........??takala satu jenazah dimandi dan dikapan kan... roh nya berada disisinya.... dapatlah roh tersebut melihat anak anak yang disayangi sibuk menolong menyempurnakan batang tubuhnya yang telah
kaku itu....bayangkan anda sebagai roh tersebut melihat anak anak anda yang baik baik itu lari (berbagai alasan) bila tiba masa mensolatkan jenazah anda.......nauzubillah

***Pesanan Ibu untuk anak-anak perempuannya***


SEKADAR RENUNGAN UNTUK MEREKA YANG BERGELAR MUSLIMAH :

Menarik juga artikel nie.. ada 1-2 org member kat off yg praktikkan amalan beraya di umah mentua dahulu (keluarga suami).

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kali nie saya tak bercerita tentang ustaz kecil ku tapi saya nak berkongsi pesanan Allahyarhamah ibu saya.

Setiap kali menjelang ramadhan tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun. Diantara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika bulan puasa selepas bersahor sementara
menunggu waktu solat subuh ibu akan memanggil kami semua (3 orang anak perempuannya - ibu mempunyai 4 orang anak perempuan seorang dah berumahtangga dan dua orang anak lelaki) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah rendah dan ayah pula meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.

Ibu : Apa yang nak ibu cakap nie....dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Ateh (anak no. 3) dan Acik (anak no.5). Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri
akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampung siapa pada hari raya pertama.
Betul tak??????

Ateh & Acik : Betul....mestilah ghumah ibu dulu.........

Ibu : Dengar dulu....contohnya jika rumah kamu di Tanjong Malim, rumah ibu di Cheras dan rumah mentua kamu di Johor, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?

Ateh & Acik : Ghumah ibulah.....sebab dekat

Ibu : Tidak.......ibu tidak izinkan kamu balik ke sini.........baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu........ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun.

Ateh : Mengangguk.......(tanda faham ler tue...... dia nie banyak ikut perwatakan ibu....penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit, sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut....diantara kami adik-beradik
dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam islam seperti ibu juga).

Acik : Mana boleh macam tu tak aci lahhhhhh......kena gilir-gilirlah baru adil. (dia nie memang kaki bangkang pun.....outspoken skit kalau dia tak puas ati)

Ibu : Ingatlah......jika anak-anak perempuan ibu sayangkan ibu dan inginkan kebahagian ibu di akhirat nanti...taatlah pada suami dan mentua kamu........

Acik : Macam kaum h**** lak. Dah kawin tak boleh gi rumah emakbapak.

Ibu : Bukan macam tu......islam tu indah.......setiap anak-anak perempaun yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu..... dan seperkara lagi.....untuk menjaga
suami tidak sesusah mananye... hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan
suami kamu mengikut islammmm......JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA. InsyaAllah dia tak akan kemana.....kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga. Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala.

Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan abang ipar yang yatim piatu......jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak masih mempunyai ibubapa mentua . Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan
beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di Kedah).

Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba di rumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa.........terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar...

Ibu : Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?

Abang ipar : Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia nie memang malu sakan dgn ibu).

Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?

Abang ipar : Tidak bu.......saya izinkan keluarga saya beraya di sini.

Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?

Abang ipar : Mereka tiada halangan. (dalam hati saya rasa terkilan..........apalah ibu nie....biarkan jerlah Acik nak beraya di sini)

Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu. (abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu....lama gak ibu bergayut dengan besannya). Emak kamu tak ada
masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini.(sambil menitis airmata) Terima kasih kerana membawa anak dan cucu- cucu ibu ke sini.

Apabila habis bulan syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal di rumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat
membimbing anak-anak perempuan nya kearah islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka. Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulong tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain....(tak boleh cerita panjang.........dah masuk bab mengumpat lak.......).

Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya. Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga......masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah
pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang menantu yang disenangi. Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri......sempurnakah sudah aku sebagai seorang menantu? Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah?.........berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku
dulu???????? Ya Allah.....berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai.....Aminnnnnn

Selamat menjalani ibadah puasa agar ibadah nie dapat menyihatkan iman dan fizikal kita.

Wassalam

***Azan dan 3 tandanya***

Assalamualaikum wbt.
Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT, Mengapa lidah kelu disaat kematian? tetapi kematian itu pasti menjelma.Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.
Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Monday, January 12, 2004

***Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu***


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai $4.00
Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00
Tolong kemas bilik $2.00
Tolong siram bunga $3.00
Tolong sapu sampah $3.00

Jumlah : S$17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar' pada
mukasurat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?"Rasulullah menjawab,
"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

'love your God and your parents before u love somebody'-hyceid^tamk-

Jika kamu menyayangi ibumu,"forward"kanlah Email ini kepada sahabat-sahabat anda.

***Bermesraan Ala Rasullulah***

Bermesraan, itulah yang membuat hubungan suami-isteri terasa indah dan nikmat.
Caranya?

Dalam berkomunikasi, ada dua jenis lambang yang bisa dipergunakan, yaitu lambang verbal dan lambang non verbal. Menurut penelitian Profesor Birdwhistell, maka nilai efektifitas lambang verbal dibanding non verbal adalah
35:65. Jadi, justru lambang non verbal yang lebih efektif dalam menyampaikan pesan. Bermesraan, adalah upaya suami isteri untuk menunjukkan saling kasih sayang dalam bentuk verbal. Sentuhan tangan dan gerak tubuh lainnya, adalah
termasuk lambang non verbal ketika suami berkomunikasi dengan isterinya. Komunikasi verbal semata belumlah efektif jika belum disertai oleh komunikasi non verbal, dalam bentuk kemesraan tersebut. Rasulullah saw pun merasakan pentingnya bermesraan dengan istri, sehingga beliau pun mempraktekkannya untuk menghias hari-hari dalam
keluarganya, yang tecermin seperti dalam hadis-hadis berikut:

1. Tidur dalam satu selimut bersama isteri
Dari Atha' bin Yasar: "Sesungguhnya Rasulullah saw dan 'Aisyah ra biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika
beliau sedang berada dalam satu selimut dengan 'Aisyah, tiba-tiba 'Aisyah bangkit. Beliau kemudian bertanya,
'Mengapa engkau bangkit?' Jawabnya, 'Karena saya haidh, wahai Rasulullah.'
Sabdanya, 'Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali kepadaku.' Aku pun masuk, lalu berselimut
bersama beliau." (HR Sa'id bin Manshur)

2. Memberi wangi-wangian pada auratnya
'Aisyah berkata, "Sesungguhnya Nabi saw apabila meminyaki badannya, beliau memulai dari auratnya dan
mengolesinya dengan nurah (sejenis bubuk pewangi), dan istrinya meminyaki bagian lain seluruh tubuhnya. (HR Ibnu
Majah)

3. Mandi bersama isteri
Dari 'Aisyah ra, ia berkata, "Aku biasa mandi bersama dengan Nabi saw dengan satu bejana. Kami biasa bersama-
sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana)." (HR 'Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

4. Disisir isteri
Dari 'Aisyah ra, ia berkata, "Saya biasa menyisir rambut Rasulullah saw, saat itu saya sedang haidh".(HR Ahmad)

5. Meminta istri meminyaki badannya
Dari 'Aisyah ra, ia berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah saw pada hari raya 'Idul Adh-ha setelah beliau
melakukan jumrah 'aqabah." (HR Ibnu 'Asakir)

6. Minum bergantian pada tempat yang sama
Dari 'Aisyah ra, dia berkata, "Saya biasa minum dari muk yang sama ketika haidh, lalu Nabi mengambil muk tersebut
dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut saya, lalu beliau minum, kemudian saya mengambil muk,
lalu saya menghirup isinya, kemudian beliau mengambilnya dari saya, lalu beliau meletakkan mulutnya pada tempat
saya meletakkan mulut saya, lalu beliau pun menghirupnya." (HR 'Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur)

7. Membelai isteri
"Adalah Rasulullah saw tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (istrinya) seorang demi
seorang. Beliau menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga beliau singgah ke tempat istri
yang beliau giliri waktunya, lalu beliau bermalam di tempatnya." (HR Ahmad)

8. Mencium istri
Dari 'Aisyah ra, bahwa Nabi saw biasa mencium istrinya setelah wudhu', kemudian beliau shalat dan tidak mengulangi
wudhu'nya."(HR 'Abdurrazaq) Dari Hafshah, putri 'Umar ra, "Sesungguhnya Rasulullah saw biasa mencium istrinya
sekalipun sedang puasa." (HR Ahmad)

9. Tiduran di Pangkuan Istri
Dari 'Aisyah ra, ia berkata, "Nabi saw biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haidh,
kemudian beliau membaca al-Qur'an." (HR 'Abdurrazaq)

10. Memanggil dengan kata-kata mesra
Rasulullah saw biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya, seperti 'Aisy, dan
Humaira (pipi merah delima).

11. Mendinginkan kemarahan istri dengan mesra Nabi saw biasa memijit hidung 'Aisyah jika ia marah dan beliau
berkata, "Wahai 'Uwaisy, bacalah do'a: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah
kekerasan hatiku, dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan." (HR Ibnu Sunni)

12. Membersihkan tetesan darah haidh istri Dari 'Aisyah ra, ia berkata, "Aku pernah tidur bersama Rasulullah saw
di atas satu tikar ketika aku sedang haidh. Bila darahku menetes ke tikar itu, beliau mencucinya di bagian yang
terkena tetesan darah dan beliau tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau shalat di tempat itu pula, lalu beliau
berbaring kembali di sisiku. Bila darahku menetes lagi ke tikar itu, beliau mencuci di bagian yang terkena darah itu saja
dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudia beliau pun shalat di atas tikar itu." (HR Nasa'i)

13. Bermesraan walau istri haidh
Dari 'Aisyah ra, ia berkata, "Saya biasa mandi bersama Rasulullah saw dengan satu bejana, padahal kami sama-sama
dalam keadaan junub. Aku biasa menyisir rambut Rasulullah ketika beliau menjalani i'tikaf di masjid dan saya sedang
haidh. Beliau biasa menyuruh saya menggunakan kain ketika saya sedang haidh, lalu beliau bermesraan dengan saya.
" (HR 'Abdurrazaq dan Ibnu Abi Syaibah)

14. Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, ia berkata, "Ketika Nabi saw menikah dengan Ummu Salamah, beliau bersabda
kepadanya, 'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan
beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengira
hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu."
Ia (Ummu Kultsum) berkata, "Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah saw, dan hadiah
tersebut dikembalikan kepada beliau, lalu beliau memberikan kepada masing-masing istrinya satu botol minyak
kasturi,sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut beliau berikan kepada Ummu Salamah." (HR Ahmad)

15. Segera menemui isteri jika tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi saw pernah melihat wanita, lalu beliau masuk ke tempat Zainab, lalu beliau
tumpahkan keinginan beliau kepadanya, lalu keluar dan bersabda, "Wanita, kalau menghadap, ia menghadap dalam
rupa setan... .Bila seseorang di antara kamu melihat seorang wanita yang menarik, hendaklah ia datangi istrinya,
karena pada diri istrinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu." (HR Tirmidzi) Begitu indahnya
kemesraan Rasulullah saw kepada para istrinya, memberikan gambaran betapa Islam sangat mementingkan
komunikasi non verbal ini, karena bahasa tubuh ini akan lebih efektif menyatakan cinta dan kasih sayang antara
suami isteri.

***Bunga-Bunga Cinta***

Putus cinta? Kecewa ditinggalkan? Ataupun bahagia mendapat cinta sejati? Beruntung sungguh bagi mereka yang mendapat cinta sejati. Namun, persoalannya; kenapa kita harus berasa tertekan dek penangan cinta yang kecundang di pertengahan jalan?

Cinta merupakan satu perasaan yang sukar digambarkan melalui kata – kata. Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri. Cinta tidak dapat dipelajari tetapi dialami. Uniknya cinta kerana ia jelmaan kasih sayang yang teragung. Cintalah segalanya bagi mereka yang sedang bercinta. Cinta menjadi jambatan penghubung kepada dua hati yang asalnya terpisah dan saling tidak mengenali.

Pernahkah kita terpikir, cinta merupakan salah satu motivasi terbaik bagi manusia? Jika cinta sudah tiada di hati, tandanya salah satu nikmat Allah telah tercabut daripada seseorang, sedangkan cinta adalah salah satu nikmat Allah terhadap hamba – hambaNya. Ketiadaan cinta di hati, bakal merubah seluruh kehidupan seseorang.

Orang yang tiada perasaan cinta adalah orang yang telah kehilangan motivasi dalamannya. Cinta seharusnya melahirkan tindakan – tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutamanya di dalam membuat keputusan berhubung dengan insan – insan berlawanan. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan. Cinta yang murni adalah pemangkin kepada kehidupan yang penuh bahagia. Sebagaimana ia bermula, cinta seharusnya berkekalan sehinggalah ke penghujungnya. Selama mana cinta dapat dipertahankan kepada kedudukannya, selama itulah kebahagiaan menjadi penghias yang terindah. Apabila cinta sudah tidak dihargai, kehidupan akan berpaling ke tahap terendah. Jawapannya derita tanpa penyudah.

Tak usahlah disebut pasal cinta jika tidak tahu untuk menghargainya. Jangan ditanya tentang perasaan jika tidak berada di hati. Janganlah menunjuk di dada jika berhasrat untuk melukai hati pasangan masing – masing. Janganlah mengungkapkan cinta itu abadi selama – lamanya jika di hati terniat untuk berpisah. Janganlah memandang anak matanya jika berbohong kepadanya. Usahlah diucapkan hi hi jika kelak mengucapkan bye bye. Tak usahlah katakan padanya dialah satu – satunya, jika sudah ada orang di sisi. Janganlah dikunci pintu hatinya bak lagu Ramlah Ram; “ kau kunci cintaku di dalam hatimu.....” jika tiada anak kunci untuk membukanya kelak.

Kecewa cinta adalah kekecewaan yang amat menyakitkan. Kalau masih terdapat orang boleh tersenyum tatkala ditinggalkan, mungkin kita boleh mengatakan bahawa dia tidak jujur sewaktu bercinta, sebab itu dia tidak berasa apa – apa. Mengapa mesti dikecewakan? Hati yang jujur, mutlak kepadanya telah dikecewakan. Mengapa harus harus mengalami detik – detik yang menyakitkan sedangkan kita sebenarnya jujur dan tidak menyakitkan hatinya lantaran cinta kita padanya tulus?

Mungkin tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila akhirnya berjumpa insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian itu. Mungkin dia bukan insan yang terbaik untuk kita kerana kita terlalu baik untuknya, lalu kita dipisahkan untuk bertemu dengan insan lain yang lebih baik dan lagi sesuai. Janganlah terlalu kecewa kerana kita tidak tahu ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya dan janganlah terlalu gembira dengan sesuatu keuntungan kerana kita tidak tahu akan akibatnya.

Kita perlu berani untuk berdepan dengan semua cabaran yang mendatang. Kalaupun tewas, itu bukan bererti akhir kepada kehidupan. Tidak semestinya orang yang kita sangkakan terbaik untuk kita sebenar – benarnya terbaik. Kalau dia sudah sanggup meninggalkan kita pada waktu ini, ini menunjukkan sifat tidak bertanggungjawabnya. Adalah lebih baik dia meninggalkan kita sekarang daripada esok setelah kita mempunyai ikatan perkahwinan. Apabila dia meninggalkan kita, bererti dia telah memberikan satu peluang untuk kita menilai siapa dirinya yang sebenar. Dia memberi peluang kepada kita untuk mendapatkan seorang yang lebih baik daripada dirinya.

Lantaran itu, bercintalah selagi termampu kerana cinta seumpama cahaya; bukan pencetus masalah dan pembawa derita. Cinta akan membuatkan manusia bangkit untuk membina kehidupan terbaik. Jika cinta dijelmakan dalam diri ia begitu memotivasi. Sambutlah kehadiran cinta seadanya.

“Sebahagian daripada tanda – tanda kebesaran ALLAH bahawa DIA menjadikan untukmu jodoh (suami/isteri) daripada jenismu sendiri, agar kamu memperolehi sakinah (ketenangan/kegembiraan) padanya, dan kemudian DIA ciptakan antara kamu berdua cinta berahi dan kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagi mereka yang mahu berfikir.” Ar-Rum, 31.

***KENAPA AKU DIUJI?***

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129


AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Saturday, January 10, 2004

***Gotong Royong***

Hmm...ada gotong royong opis...
penat giler....opis dah ler beso(takderlah beso mana pon) emm tapi sbb kerahan tenaga cuma lima orang 2 orang lelaki yg cekeding, 2 orang pompuan dan sorang lagi pregnent....
cayalah....siap gak kitaorg kemas dlmm kul 3ptg, tapi penat x terkata...cam nak demam lak...balik tu g jumpa KN, trlelap aku masa dia ajar asp tu...x larat aku mintak balik....sampai umah je trus tdo..cam org pengsan

Thursday, January 08, 2004

***JOKES***

Kawasan Larangan Memancing
==========================
Sepasang suami isteri pergi memancing dgn perahu mereka disebuah tasik.. Si suami lebih suka memancing... manakala si isteri pula lebih suka membaca saja. Ketika sudah memancing beberapa jam si suamimemutuskan untuk tidur sejenak dan meletakka nalat pancingnya didalam perahunya.. Si isteri pula terus dengan tabiat membacanya.. Tiba-tiba datang seorang penjaga tasik dgn botnya danmenghampiri perahu pasangan tersebut dan berkata

"Selamat pagi Puan.. apa yg sedang Anda lakukan??"
"Membaca !!" Jawab wanita itu.. dalam hatinya berkata.."buta ke tak nampak aku membaca.."
"Sebenarnya Anda berada di kawasan yg dilarang memancing" kata penjaga tasik
"Tapi saya tidak memancing..!!! Saya hanya membaca"
"Tapi saya nampak Anda memiliki PERALATAN untuk itu...jadi saya mesti membawa Anda ke pejabat kami untuk idenda..."

"Kalau Anda membawa saya ke sana.. saya akan mendakwa anda melakukan jenayah rogol..." tengking wanita itu
"Tapi saya tidak menyentuh Puan... !!" balas penjaga tasik kehairanan
"Ya... itu betul.. tapi Anda ada PERALATAN utk itu.."



Kebun sayur-sayuran
===================
Ada seorang wanita cantik yang memiliki kebun sayuran.. dia sangat ingin memiliki buah tomato yang merah dan besar.. tapi walau sudah diberi baja apapun... tomatonya tetap kecil dan agak kehijau-hijauan.

Jirannya seorang lelaki tua.. juga memiliki kebunsayuran dan menghasilkan buah tomato yangmerah dan besar-besar.. akhirnya si wanita cantik itubertanyakan pada lelaki tua itu apa rahsianya supaya buah tomato itu menjadi besar dan merah.

Lelaki tu itu memberitahu.. "Senang aje.. setiap hari.. diwaktu pagi dan petang.. saya akan berdiri telanjang di depan pohon tomato saya dan dalam masa dua minggu tomato ituakan membesar.. cuba lah....

Akhirnya si wanita cantik itu mencuba.. setiap pagi dan petang dia akan bertelanjang bulat di kebunnya... setelah dua minggu datang lelaki tua dan bertanya.."bagaimana dengan buah tomato kamu sudah membesar?"

Si wanita menjawab.."tomato saya tetap kecil.... tapi mentimun & terung jadi lebih panjang"


Akta 15
===============
Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating...

Hamid : "Kita nak kemana nie?"
Rosni : "Tak kisah la.. mana-mana pun boleh"
Hamid : "Apa kata kalau kita ke pantai.."
Rosni : "Saya ok aje.."
Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluardari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual didalam kereta.. Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan.. Hamid meletakkan tangannya dipaha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah... hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi..

Rosni berkata dengan sopan.."Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial"
Setelah mendengarkan teguran Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta15 itu..

Hamid : "Maafkan saya"
Rosni : "Tak apa"

Lalu mereka pulang... Di rumah.. Hamid terus masuk kebilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya...

"Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja"

***Akal wanita senipis rambutnya***


Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka
semakin liar.

Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia. Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.

Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman... Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya... Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.. Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya... Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus... Bahkan akan semakin membengkok...Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya... Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata... Tapi binalah kepimpinan... Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya... Jinakkan diri kepada allah... Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu... Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' , Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

SABAR itu iman , DUIT bukan kawan , DUNIA hanya pinjaman dan MATI tidak berteman..


***Bermalam di katil seorang lelaki ~ kisah benar~***

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ketempat bersejarah. Bila sampai ketempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan tempat yang tidak dikunjung sesiapa...lengang,
sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada ditempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju
ketempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi ceritaaaaa, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar, dah tertinggal. Trainer yang lak ingat semua cikgu cikgi dah ada dalam bas, so mereka balik.

Cikgu pelatih yg tertinggal tu mula gabra..... menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa. So dia tekat berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju kekampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Start lah letih dan menangis panggil mak ayah. Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawab lah cikgu tadi yg dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.

Berkata lah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin dituju nya berletak di selatan dan tempat mereka berada diutara, dan tempat tu memang takda didiami sesiapa. Maka menangis lah cikgu tadi bagai org hilang akal...Disebab kan kesian, lelaki tadi suruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh utk hantar di pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yg cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak renti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala terus bakar jarinya satu persatu.

Cikgu tadi apalagi,bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamal kan ilmu songsang.. mengeletar giler maut... Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi......

......??????............................

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.

Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yg terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit pucat lesi dan takut amat lah
sangat.

Si bapa pun pergi ketempat yang dimaksudkan anak nya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi heran tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa...??????

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau.Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadi nya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jari nya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumah nya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah..................................

MOTIF CERITA....................
Beruntung lah lelaki tersebut kerana menghindar kan diri dari melakukan benda haram satu malam, dan dia berjaya mendapat sesuatu yang indah dan halal seumur hidup...............

So apa lagi geng.... kot ada awek tersesat.. bakar lah jari korang!

Monday, January 05, 2004

***Motor TERLOCKED!!!!***

Hmm aku baru jer anto adik aku balik kg. ada citer disebalik kedatangan adik aku semalam. Aku sepatutnya balik minggu ni...nak amik barang yang dah banyak tertinggal kat umah tu. Pagi sabtu aku g opis dulu... buatlah apa yang patut, then aku kena g jumpa keon, my freind tlg wat sistem tu, sampai kat umah dia aku pun tunggu , kejadian yang tanpa kusedari telah menyusahkan diri aku sendiri. Aku teramik kunci and put in the "boxes" then aku tutup seat aku.... bengang gua.. camner aku nak amik wallet, beg, nota aku nak tunjuk keon.... wargh tension....

"kenaper" keon tanya..
dengan muka kerang busuk aku pun menjawab... "hehe...aku tetinggal kunci dalam seat ni...so aku x leh keluakn semua brg dlm ni termasuklah kuncinya" kelat2 asam kundang aku jawab.
"larrr... ko bior betul...camno ko ni zulllll"keon tanya dgn nada kesal atas kecuaian aku......
"sungguh aku x perasan pun....camnerlah aku boleh x sedar" wargh....aku menjawab cam orang nak nangis...
"kunci spare ada?" aku geleng ..kukatakan tetinggal dirumah muor...pada hal ada dlm boxes tu jugak...

mati akal aku dibuatnya, keon cuba untuk mengumpil, tapi x leh.... sbb ni moto modenas...so dia pun tak leh bukak gak.
aku pon g tpon tuan punya kedai aku beli moto, tanya dia ada solution tak... lpas aku explain lokasi moto aku....masalah moto aku..camner nak g tmpat tu... settle tu..then aku pon terus call adah mintak dia jemput aku...
aku call adik aku ..cancel balik kg, then mintak dia dtg esok nya..., after that adah amik aku, ikut adah balik.... tdo kat umah shila. aku tension so aku bantai tdo... bgn tdo aku sakit kepala sbb lamer sgt tdo n dah lamer x tdo siang....nasib x terlajak sampai asar...... then aku call keon tanya pasal moto aku... then dia kata dah settle, bayar kat cina tu..RM 20.

petang tu gah aku g amik moto aku. Senyum sampai ketelinga aku...hehe...terkilan lak x balik kg.. boring lak...
sampai kat uamh... aku terhibur melihat gelagat... kanak2 and bapak diaorg main lelayang... bebudak kat umah bantai tdo lak... aku pun lpas semayang asar kelua balik menyibukkan diri kat tepi padang dpn umah tu....suka tul tgk diorg nie.. then aku g umah jiran aku..g tgk anak dia yang selalu aku sakat tu... comel adib....mesti x lupa aku mencubit pipinya yang gebu tu.

Swiming
bila dah 6.30 aku pun balik umah.... tetiba jer cda ajak g swiming..pantas jer aku jawab... nak, padahal.. aku mmg x suka nak g swiming, bukan apa... situasi dan pakain yang harus ku pakai menyebabkan niatku terbantut. Tapi hari tu terus jer kukata ok..sbb cda kata leh pakai T-shirt and pakai cap dia. Aku yg kebosanan x kan lepaskan pluang..... bila aku ikut yang lain pun ikut gak..... cda gelak jer.....

besttt.......dekat 1 jam setengah kitaorang dalam pool tu... pkwe cda ajo step berenang....best giler....
tutup jer kompleks nusa mutiara tu.. kitaorg g makan sesamer kat res aliff... best...cik purple kata lamer dah tak kumpul semua... seronok lak....smpatlah kau bercerita sedikit kisah kepahitan hati ini... dan dia pula...ada juga bertanyakan persoalan... ttg kehidupan....antara bualan yg masih kuingati..

PERSOALAN
"kenaper org tu x meluahkan...maksudnay x pernah cakap ...suak atua tidak....dan yg sorang lagi penuh dgn ucapan cinta kasih dan sayang...., over 25 klu takder sesaper lagi.. aku nak mak aku carikan.... cukuplah... setakat 25 jer.."
jelas kelihatan..jauh disudut hatinya.... ada kekecewaan dan terkilan.... terhadap masa silamnya....aku simpati padanya...yerlah setiap orang akan hadapi sendiri masalahnya.

kisah aku pula.....
"mak aku banyak kali ingatkan aku..jgn lamer2 sgt bersendirian x baik... cian kat anak2 nnti diorg besar ko...dah tua, dah jgn ingat yg lamer tu".... puas mak ku memujuk... aku wat muka seposen jer...

aku katakan pada cik purple... selagi hati ini masih ingat padanya.... biarlah..... aku taknak tambah dosa lagi.. klu kawin.. hatiku masih pada dia.... so biarlah takdir, masa , jodoh yang menetukanya utk aku..aku pasrah dan redha... aku tak boleh menolak ketentuanya....dan aku pula tidak mahu berperas sangka... terhadap ketentuan Ilahi... yerlah.. aku buat jahat.. aku takut bila aku kahwin... kehidupan aku tiadak sebahagianya... cukup ku takuti..... tapi perasan itu salah .. berperasangka terhadap ketentuanya..... sbb tu sekarang ni aku Redha jer.....biarlah aku serahkan padanya.... klu pun ada jodoh adalah.... klu x der nak buat camner......

i enjoy my new life now.....i hope all happiness alwyz be with me...

Saturday, January 03, 2004

***Setiap Wanita Itu Cantik***

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Karena aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya,
"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Tuhan berkata: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk diteteskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan kapan pun ia butuhkan."
"Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada."

Kirimkan ini kepada setiap wanita cantik yang Anda kenal hari ini untuk memperingati Bulan Sejarah Wanita.
Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi. Anda akan menambah harga diri wanita!

Setiap Wanita itu Cantik.

***Tazkirah II ***

Pasangan Muslim Modern

1. Contoh-contoh hubungan suami isteri yang negatif

Banyak suami isteri Muslim yang memperlakukan pasangannya seperti musuh, dan bukannya sebagai teman bekerja sama. Suami merasa dirinya boss, apa pun titahnya harus terlaksana. Isteri merasa ia harus memerasa apapun yang bisa didapat dari suaminya.

Ada isteri yang sengaja tidak pernah menunjukkan perasaan puas pada apapun yang dilakukan atau dibelikan suami, semata-mata untuk mengelabui suami agar mau melakukan atau membelikan lebih banyak lagi. Isteri seperti ini senang melihat suami merasa gagal bila tak bisa membuat isterinya bergaya hidup seperti teman atau keluarga lainnya.

Ada suami yang berbicara sangat kasar kepada isterinya, menghinanya, dan bahkan menyiksanya secara fisik. Isterinya tak dibolehkan punya suara atau pendapat dalam keluarga.

2. Rumah tangga di mata Allah

Betapa sedihnya melihat hubungan yang telah dibangun dengan izin Allah Subhaanahu wa ta’ala untuk kebaikan telah dijadikan sumber pertengkaran, dusta, manipulasi, penindasan, penghinaan, dan penyiksaan. Ini bukan bentuk rumah tangga yang seharusnya.

Allah Swt menggambarkan perkawinan dengan cara yang sangat berbeda di dalam kitab suci Al-Quran: “......Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri, sehingga kamu bisa hidup tenang bersamanya, dan Dia telah memberikan cinta dan kasih sayang diantara (hati) kalian....” (Ar-Ruum: 21)

3. Jangan jadi penindas

Terlepas dari apakah Islam menjadikan suami sebagai kepala rumah tangga atau tidak, seorang Muslim tidak seharusnya jadi diktator atau tiran (penindas). Kita dituntun untuk memperlakukan isteri-isteri kita dengan baik. Nabi Muhammad Shallallaahu ‘alaihi wa sallam diriwayatkan telah bersabda: “Muslim yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaqnya, dan yang terbaik diantara kalian adalah yang paling memperlakukan isteri-isterinya.” (dari Misykat al-Masabih, diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi)

4. Jadilah teman dalam proses pengambilan keputusan

Ikutilah prinsip Syura, dan ambillah berbagai keputusan sebagai sebuah tim keluarga. Akan lebih banyak keselarasan dalam keluarga bila keputusan-keputusan tidak dipaksakan dan setiap orang merasa ambil bagian dalam pengambilan keputusan itu.

5. Jangan pernah terpancing emosi

Jangan pernah melukai atau menyiksa pasangan Anda baik secara emosional, mental, maupun fisik. Nabi Saw tidak pernah memperlakukan isterinya dengan kasar. Diriwayatkan bahwa ia pernah bersabda: “Bagaimana mereka bisa memukuli isterinya di siang hari dan tidur dengannya di malam hari?”

6. Berhati-hatilah dengan kata-kata

Berekstra hati-hatilah dengan apa yang Anda katakan ketika Anda marah. Kadang-kadang Anda akan mengeluarkan kata-kata yang tidak akan pernah Anda katakan bila tidak sedang marah. Jika Anda marah, tunggu sampai Anda tenang sebelum melanjutkan percakapan.

7. Tunjukkan rasa sayang

Tunjukkan rasa sayang kepada pasangan Anda. Bersikap sopanlah, lembut, dan penuh cinta.

8. Jadilah teman bagi pasangan Anda

Tunjukkan perhatian pada kehidupan pasangan Anda. Seringkali kita hidup serumah tapi tak tahu apa-apa mengenai kehidupan penghuninya satu sama lain. Akan sangat baik jika suami dan isteri dapat bekerja bersama dalam tujuan atau proyek yang sama. Mereka mungkin bisa berda’wah bersama di penjara, mengasuh anak yatim di rumah, atau memimpin pengajian di akhir pekan.

9. Tunjukkan penghargaan

Tunjukkan penghargaan pada apa yang dilakukan pasangan Anda untuk keluarga. Jangan pernah membuat suami Anda merasa tidak cukup melakukan yang terbaik untuk keluarga. Jangan pernanh membuat suami Anda merasa Anda tidak puas dengan kerja dan usahanya, kecuali, tentu saja, jika dia benar-benar pemalas atau bahkan tidak berusaha sama sekali mencari nafkah bagi keluarganya. Nabi Saw diriwayatkan pernah bersabda: “Di Hari Pengadilan, Tuhan tidak akan sudi memandang wanita yang tidak berterima kasih (menghargai) suaminya.” Kepada para suami, tunjukkan pula penghargaan kepada isteri Anda. Jika dia merawat dan mengurus rumah serta anak-anak, jangan pernah anggap bahwa hal itu biasa saja, atau sudah seharusnya. Itu merupakan kerja keras, dan tak seorangpun senang jika merasa tidak dihargai.

10. Bekerja bersama di dalam rumah

Rasulullah Saw diriwayatkan rajin membantu pekerjaan isteri-isterinya di rumah. Dan jika Nabi Utusan Allah saja tidak merasa rendah karena melakukan pekerjaan rumah tangga, para suami Muslim di zaman modern ini tentu tak seharusnya merasa mereka lebih dari Nabi.

11. Komunikasi itu penting

Komunikasi, Komunikasi, Komunikasi! Ini kata yang selalu muncul dalam nasihat perkawinan. Dan harus. Para suami dan para isteri harus bicara satu sama lain. Lebih baik menghadapi persoalan sejak dini dan terus terang daripada membiarkannya terpendam sampai meledak dahsyat di belakang hari.

12. Lupakan persoalan masa lalu

Jangan ungkit-ungkit berbagai persoalan masa lalu jika sudah terselesaikan.

13. Hidup sederhana lah

Jangan iri kepada mereka yang kelihatannya hidup lebih mewah daripada rumah tangga Anda. Rezeki itu jumlah dan waktunya dari Allah Swt. Demi meningkatkan rasa syukur, lihatlah kehidupan orang-orang yang lebih kekurangan dari Anda, jangan lihat mereka yang lebih dari Anda. Sering-seringlah bersyukur kepada Allah Swt atas begitu banyak karunia-Nya dalam hidup Anda.

14. Beri kesempatan pasangan Anda untuk menyendiri

Jika pasangan Anda tidak ingin bersama Anda setiap waktu, itu tidak berarti dia tidak mencintai Anda. Orang perlu menyendiri sewaktu-waktu untuk alasan yang beragam. Kadang mereka ingin membaca, ingin memikirkan persoalan-persoalannya, atau hanya ingin santai. Jangan buat mereka merasa berdosa karena ingin menyendiri.

15. Akuilah kesalahan-kesalahan Anda

Bila Anda membuat kesalahan, akuilah. Bila pasangan Anda berbuat salah, maafkanlah dia dengan mudah. Jika mungkin, jangan pernah tidur dalam keadaan saling marah dengan pasangan Anda.

16. Hubungan fisik sangat penting

Selalu siaplah berhubungan seksual dengan pasangan Anda, dan jangan biarkan hubungan seksual Anda bersifat hanya untuk memenuhi kebutuhan salah satu dari Anda berdua. Nabi Saw diriwayatkan pernah bersabda: “Tidaklah baik jika kalian meniduri isteri-isteri kalian seperti binatang buas melainkan kalian harus mengirimkan pesan cinta sebelumnya.”

17. Makanlah bersama-sama

Usahakan makan bersama seluruh anggota keluarga sebisa mungkin. Tunjukkan penghargaan kepada siapapun yang memasak maupun yang mencuci piring untuk kerja keras mereka. Nabi Saw tidak pernah mengeluh tentang makanan yang disajikan di hadapannya.

18. Berhati-hatilah tentang obrolan Anda

Jangan pernah membicarakan hal-hal rumah tangga yang pasangan Anda tidak akan suka bila mengetahuinya, kecuali jika ada alasan yang Islami untuk melakukannya. Ada suami atau isteri yang mengeluh tentang penampilan fisik pasangan mereka kepada orang lain. Ini merupakan resep yang manjur menuju kehancuran. Informasi tentang hubungan intim Anda berdua harus dijaga ketat hanya untuk Anda dan pasangan Anda.

Banyak diantara kita memperlakukan pasangannya dengan cara yang tidak pernah kita lakukan kepada orang lain. Kepada orang lain, kita berusaha sopan, baik, dan sabar. Kepada pasangan kita, kita sering tidak menunjukkan penghormatan seperti ini. Tentu saja, kita sering bersama pasangan kita di sisa-sisa waktu –saat kita kecapekan dan frustrasi setelah menghadapi hari yang berat. Setelah hari yang buruk di kantor atau pekerjaan, para suami biasanya pulang ke rumah dalam keadaan marah dan letih. Isterinya barangkali juga baru saja melewati hari yang berat dengan anak-anak dan pekerjaan rumah tangga. Para isteri dan suami harus membicarakan terus terang bom waktu seperti ini jadi kalau mereka agak gampang marah satu sama lain selama waktu-waktu seperti ini, mereka akan saling mengerti dan tidak begitu saja berpikir bahwa pasangannya tidak lagi mencintainya.

Perkawinan yang baik membutuhkan kesabaran, kebaikan, kerendahan hati, pengorbanan, empati, cinta, pengertian, mudah memaafkan, dan kerja keras. Mengikuti prinsip-prinsip di atas akan membantu memperbaiki perkawinan. Inti dari semua tips tadi bisa dirumuskan dalam satu kalimat: “Perlakukan lah selalu pasangan Anda sebagaimana Anda ingin dia memperlakukan Anda.”
Jika Anda mengikuti aturan ini, perkawinan Anda punya kesempatan lebih banyak untuk berhasil. Jika Anda mengabaikan aturan ini, kegagalan sudah dekat.

Ibrahim Bowers, pengasuh situs keluarga Muslim Kanada SoundVision.com. Artikel ini diterjemahkan dan diadaptasi dari situs itu.


***Tazkirah***

Jangan biarkan ibu hidup sebatang kara

SEORANG wanita berusia dalam lingkungan 70-an tinggal erseorangan di rumahnya di sebuah pekan tidak jauh dari Kuala Lumpur. Anak-anaknya yang masing-masing mempunyai keluarga sendiri, tinggal berjauhan termasuk beberapa orang di ibu negara.

Tidak tahu mengapa wanita itu enggan tinggal bersama anaknya. Mungkin dia tidak selesa tinggal bersama mereka kerana tiada kebebasan seperti di rumah sendiri.

Anak-anak beliau pula jarang menjenguknya kerana masing-masing kesibukan dengan urusan kerja dan hal-ehwal keluarga.

Pada suatu hari, entah bagaimana salah seorang anak menelefon si ibu. Disebabkan telefon tidak diangkat, dia terus bergegas ke rumah ibunya. Alangkah terkejutnya si anak apabila mendapati si ibu sudah tidak bernyawa lagi di atas katilnya. Menurut doktor, si ibu telah meninggal dunia tiga hari sebelum ditemui.

Ini kisah benar yang diceritakan kepada Mualim oleh seorang rakan yang mempunyai pertalian keluarga dengan wanita berkenaan.

Mualim percaya anak-anak Allahyarham menyesal tidak sudah kerana membiarkan si ibu hidup sebatang kara. Apa salahnya pujuk si ibu supaya tinggal bersama salah seorang daripada mereka. Orang tua memang sensitif. Jika diajak sambil lewa, mereka tidak akan meninggalkan rumah sendiri sekalipun menghadapi pelbagai kesusahan hidup bersendirian.

Andainya si ibu masih berkeras tidak mahu meninggalkan rumah di kampung, apa salah menggaji seorang pembantu untuk menjaganya. Tentulah ada saudara-mara atau jiran yang sanggup menjenguknya setiap hari.

Paling tidak, jika ibu sudah tua dan uzur, pastikan menelefonnya setiap hari. Benarlah kata pujangga bahawa seorang ibu boleh menjaga 10 anak, tetapi 10 anak tidak boleh menjaga seorang ibu.

Sebenarnya kisah ibu tinggal sebatang kara bukanlah fenomena yang luar biasa pada zaman sekarang. Ini zaman anak-anak tidak lagi tinggal bersama ibu bapa apabila dewasa, apatah lagi apabila sudah berumah tangga.

Ini juga zaman anak-anak kadang kala terlupa kepada ibu bapa, pada hal sebagai umat Islam mereka sentiasa diperingatkan supaya menjaga ibu bapa.

``Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Ku kamu kembali.'' 31:14

Jika difahami maksud ayat ini, barang siapa yang tidak berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa ertinya mereka juga tidak bersyukur kepada Allah.

Perubahan cara hidup ekoran kemajuan pendidikan dan pembangunan yang merubah pertanian kepada industri dan mendorong perpindahan dari desa ke bandar, turut mengubah struktur kekeluargaan besar di kampung kepada famili kecil di bandar.

Di kampung dulu, tali persaudaraan amat kukuh walaupun hubungan darah sudah agak jauh. Saudara dua pupu dirasai bagaikan adik-beradik. Seorang tua yang sakit di kampung akan dirawat oleh ramai sanak-saudara. Di bandar kini, seorang lelaki atau wanita tua yang kehilangan pasangan akan hidup kesunyian jika tidak tinggal bersama anak-anak.

Sepatutnya anak lelaki yang bertanggung jawab menjaga si ibu atau bapa, tetapi lebih lumrah anak perempuan yang memikul tanggung jawab ini.

Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa lelaki sentiasa bertanggungjawab terhadap ibunya, tetapi wanita pula mestilah mengutamakan suami apabila berkahwin. Entah di mana silapnya, kita dapati pada zaman ini anak perempuan pula yang lebih bertanggungjawab terhadap ibu bapa.

Barangkali kaum lelaki lebih mentaati isteri daripada ibu bapa setelah berkahwin. Si isteri pula mudah merajuk jika suami memberikan lebih perhatian kepada ibu.

Keadaan ini amat pincang. Sepatutnya wanita mestilah memberikan layanan baik kepada ibu mertua kerana ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab mentaati suami. Si ibu yang dilayani menantu perempuan dengan baik, hendaklah membalas dengan kasih sayang sama seperti yang diberikan kepada anak lelakinya.

Namun perkara ini hanya mudah dicakap, tetapi sukar untuk dilaksanakan kerana kebanyakan manusia beriman kepada Allah dan Rasul hanya di bibir sahaja. Kepercayaan kepada kitab Allah (al-Quran) hanya bersifat ilmiah, iaitu sekadar untuk mengetahui isi kandungannya. Mengamalkan apa yang dipelajari jauh sekali.

Malahan lebih ramai yang menjaga hubungan dengan ibu bapa berdasarkan norma yang tidak berasaskan agama. Ini bukan sahaja berlaku di kalangan yang tidak berilmu agama, malah di kalangan orang-orang yang bergelar ustaz.

Jika berilmu tetapi tidak melaksanakannya, ertinya seorang itu sudah fasik. Lama kelamaan dia boleh kehilangan iman yang masih ada sedikit dalam dirinya.

Mualim tidak sengaja mengada-adakan cerita sebagai bahan ruangan ini. Seorang rakan Mualim yang berkelulusan Al-Azhar telah tidak bertegur sapa dengan ibu bapanya sendiri kerana perselisihan faham mengenai isterinya.

Akhirnya si ibu rakan Mualim itu meninggal dunia sebelum anaknya sempat menuntut maaf. Menangis air mata darah sekalipun, Mualim pasti si ustaz itu tetap melakukan satu dosa besar yang tidak patut dilakukannya. Nauzubillah


Friday, January 02, 2004

***KPLI***
Result hari ni keluar
(791022-01-XXXX)nama anda tiada dlm senarai calon layak
kui..kui.. padan muka aku..apalah aku nak buat...

kecewa ker bahagia
sedih ker gembira
apa yg harus ku rasa
hmmm...dgn azam baru aku nak kehidupan aku lebih baik

2003 meninggalkan seribu satu cerita dan kenangan.....
saat bahagia, kehilangan, kecewa, derita dan penantian
biarlah kisah ku berkubur...jgnlah diungkit atau diperkatakan...cukuplah segala kepayahan dan kesakitan yang tercipata atas kesilapan aku ni, biarlah ada sinar kan menerangi hidup ini...kembali

aku lebih bisa begini, misi aku telah gagal utk mengembalikn apa yg ada didalam jiwa ini, aku hormati pilihan dan keputusannya, kerana setiap orang berhak memilih yang terbaik buat dirinya. Dan aku akur kerana inilah balasan yang setimpal terhadap kesalahan ku. Biarlah sisa kasih dan sayang yang tinggal ini, akan aku jaganya.Kerana harapan dan masa saje yang berupaya untuk aku teruskan kehidupan ini.

Thursday, January 01, 2004

***Lawak***

Malam Pengantin


Fuyooooooo.....nie lah first time aku berader didlm bilek dgn seorang wanita..macam jakun darat siot. Ye seorang wanita yg bergelar isteri,isteriku yg sah. Macam beruk dah kehilangan idea, aku duduk melangok kat atas katil memerhatikan isteriku yg dari tadi menyisir rambut di hadapan lemari solek. Mati kutu aku dibuatnyer, org ramai kat luar, sumernyer sedare mare pihak isteriku, mereka bermalam disini, maklumlah dah penat bertungkus lumus menyenggelarakan majlis persandingan kami siang tadi.

Penat memanglah penat, tapi di saat saat indah begini penat menat nie sumer tak main ah...tolak tepi dulu. Tapi sekarang yg menjadik tander soal ialah camner aku nak mulerkan...yelah nak approach isteriku?....Maklumlah bukannyer pernah aku buat kerja camgini. Aku peratikan isteriku sambil terpikiag kat kepaler hotak aper plan atao script yg hendak aku keutarakan...takkan nak duduk je sampai pagi beb.

"Abg ngantok??" isteriku bersuara..berderao aku dengar suara dia yg lunak merdu (ye lah baru kahwin lunak lah merdu lah....cuber dah sepuluh dopuloh tahun kahwin...kontrektor piling pun kao cakap lagik sedap)
Berbekalkan t-shirt Byford yg melekat di badan beserta kain pelikat yg terikat dipinggang diikuti dgn muker millenium yg amat menggoder aku pun menjawab "Tidak sayannnggg...abg blom ngantok lagikkk"

Isteriku berdiri lalu duduk disebelah ku dgn senyuman yg cukup berpower lagik berkaliber. Aku pun tersengeh macam cipan terkener karen...berdiri...lalu meluru mendapatkan suis lampu.....tup!.....lampu dimatikan......gulap gulita.

BEEEPPPPPPPP!!!!! BEEEEEEPPPPPP!!!!! BEEEEPPPPPPPPP! pager aku berbunyik!
Maner punyer hamlao suah page aku disaat saat genting begini! Ahhh! buat bodo suah....aku teruskan perjalanan menuju ke tempat isteriku berbaring.......

BEEEEEEEPPPPPPP!!!!!BEEEEEEPPPPPP!!!!!!!! BBBEEEEEEEEPPPPPPP!
Dia bunyik lagiiiiiiiiii! "Alaaahhhhhhhhh abggggg...saper yg page tuuuuuuu....pergilah response duluuuu" keluh isteriku.

Aku mencapai pager aku dan terus keluar dari bilek....dlm bilek aku takder tipon, jadik aku terpakserlah guner tipon diluar. Biler sajer aku keluar dari bilek...org org diluar sumernyer memerhatikan aku..mereka yg dari tadi riuh tetiber senyap...aku hanyer tersenyum, tander hormat sebagai pendatang baru dlm keluarga mereka, terus mendapatkan tipon yg berader di sudut ruang tamu. Mereka terus memerhatikan aku....ader yg tersenyum dan ader pulak yg tersengeh.

Bapa mertua aku baru keluar dari dapo, melihat aku dgn tipon di tangan
"Astaghfirullaaaahhhhhhhhhh!!!!" dia beristighfar
"Kenaper pak?" tanyer aku kehairanan
"Maner pergi kain kao Man?" jawab bapak mertua aku

SEKIAN
Pengajaran : Pastikan anda memakai celana dlm biler memakai kain pelikat...dan pastikan yg anda telah
dipastikan....ehehheehehe


CERITA SERAM
Peringatan bagi mereka yg menggunakan jalan melalui Kuala selangor) Kisah bermula pada suatu malam...
Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Mamat sorang nie bersama rakannya nama terpaksa dirahsiakan) dalam
perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong. Setibanya dia di Ijok, di kawasan
perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat India..tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakkan.
Mamat nie tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun dicuba berulang kali. Walhal kereta tersebut
baru sebulan pakai. Mamat nie dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu jalan dan mereka cuba mencari
bantuan jika ada kenderaan yang lalu. Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari arah Kuala Selangor. Bas tersebut bergerak terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah jauh, tetapi bas tersebut tidak jugak sampai-sampai. Tanpa membuang masa mereka pun pergi ke arah bas tersebut. Oleh kerana terlalu perlahannya bas tersebut, mamat tue dan rakannya dapat jugak menaiki bas tersebut walaupun ia sedang bergerak. Alangkah terkejutnya mereka berdua kerana tiada pemandu yang memandu bas itu. Mereka memberanikan diri untuk masuk ke dalam bas dan apabila mereka tiba di bahagian kerusi terakhir bas tersebut, mereka ternampak sesuatu di luar bas melalui cermin belakang bas dan...ya Allah!
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
* mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah.


Kisah Ngeri diITM Shah Alam
Sebelum anda membaca kisah nih, hendaklah periksa kesihatan supaya tidak ada penyakit lemah jantung yg boleh memudaratkan kesihatan anda, pas tuh jgn lupe basuh kaki dan tangan sebelum tido..... Cerita ini telah diceritakan oleh seseorang kepada saya. Perkara nie jadi 2 tahun lepas....masa tu member aku belajar kat itm shah alam masa dok kat kolej jati seksyen 2 tuh.... dia nie kira berani jugak orang nyer....susah ler aku jumpa orang cam dia nie....kira kalau setakat lepak kat padang kawat uitm s/a tuh sampai pukul 2 pagi tu rilek jerk.. isk tak berani aku....korang..? sampaikan pak guard and mak guard pun dah naik maleh nak tegur sikap dia tuh.. Gamaknyer pakguard pun takut nak tegur kot tapi memang berani mamat sekor nie... Nak dijadikan cerita nyer....

satu hari tuh dia gaduh ngan awek dia dak mass comm....... so malam tuh dia tak bleh nak tidur... asyik mengenangkan kes siang tadi.... jadi dia keluar dari bilik,then lepak kat satu kawasan yg agak tinggi yg ader kat uitm s/a ............ sedang dia lepak untuk menikmati keindahan alam........dia perasan ader 3 objek di bawah cerun bukit yg dia sedang lepak tuh..... aku memula ingat dia nak lari ker ..aper ker....rupanyer member aku nie kata dia stay kat situ gak sebab dia kata nak tengok benda tuh... aiseh... kalau aku ler..dah lama hilang... member aku nie stay tengok benda tu...benda tuh melompat-lompat mendaki lereng bukit itu dan jelas menuju kearah... member aku nie... bila member aku nie tengok bebetul dia kata benda tu tak ubah seperti antu pocong.....!!!!! isk...ngeri .... tapi ader satu keanehan ... member aku kata masa dia tengok benda tuh... dia pun dah nak lari dah..tapi kaki dia dah lembek giler... nak melangkah pun dah tak boleh dia kata... member aku kata dia hanya berserah jerk....
macam aku cakap tadi.. ada satu keanehan..dimana... semasa objek tuh sedang mendaki lereng bukit tuh... salah satu daripada benda yg macam antu pocong tuh jatuh dan bergolek golek jatuh kembali kebawah..... Bila member aku
nie tengok salah satu dari lembaga tu jatuh....dia terkejut laa jugak.. dia terus perhati.... perhati punyer perhati....satu lagi lembaga tuh jatuh..... tapi satu lagi terus meloncat loncat menuju kearah member aku... member aku nie agak takut sikit..tapi nak lari dah tak bleh dah.... sian kat kawan aku nie..kan........ tu la berani sangat......lembaga tu terus meloncat-lompat kearah member aku nie..... tiba satu masa tu lembaga tuh dah ader didepan dia..........entah camana member aku jadik berani plak..... Dia tanya kat lembaga tu...... dia tanya cam nie....
"hoi lembaga.....kenapa member ko tuh jatuh kebawah..tak macam ko boleh melompat-lompat ........"?
Lembaga tu jawap plak.... "diorang tu pakai bateri biasa jerk... pakcik pakai..Energizer...." gagagagaga...mengong..


Lawak exam
Suatu hari di Fakulti Sains sebuah Universiti Tempatan..sedang berlangsung ujian berkaitan serangga.. Ujian kali ini sungguh susah... Mahasiswa mesti mampu menentukan jenis dan nama serangga dari potongan-potongan kaki yang diberikan oleh Pensyarah...

Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorangpun pun yang boleh menjawab soalan ujian. Seorang mahasiswa yang amat kecewa.. memutuskan untuk keluar dewan Ujian... dia menghempas daun pintu dengan kuat... "Dummmm!!!!"

Melihat keadaan itu... pensyarah didalam dewan marah dengan berkata..
"Hey! suka hati mak bapak hang je hempas pintu tu ye?! Siapa nama kau???!!!"

Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya ke pintu sambil berkata...
"Nie kaki saya... encik... Cuba encik teka.. siapa nama saya?"


Mesin Timbang
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan
membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM1.00..mesin komputer menjawab: "47 kg!"

Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemukdan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu.
Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:
"Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!"


Peguam materialistik
Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S terbarunya di depan pejabatnya.. ketika
dia membuka pintu keretanya.. sebuah lori melintas terlalu dekat menyebabkan terlanggar dan menerbangkan pintu kereta itu sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dg kuat..
Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu menjerit-jerit dan menangis dengan histeria sambil menunjuk keretanya yang sudah kemek itu. Beberapa minit setelah dia dapat menguasai emosinya,beberapa orang menggeleng-gelengkan kepala dan memandang hina kepada peguam itu. Seorang dari mereka berkata,
"Saya tidak sangka yang sifat matrelialistik engkau sudah keterlaluan dan mata duitan. engkau hanya pentingkan
harta dan tidak pentingkan benda lain"
"kenapa engkau berkata demikian?", tanya si peguam lelaki itu menjawab..
"Tidakkah engkau tahu yang lengan kiri engkau terputus diseret lori tadi?"
"Ya Tuhan!!", jerit si pengecara tadi dengan kuat..
"Di mana jam tangan Rolex saya?!!"

Leave your messages here...
Name

URL or Email

Messages(smilies)