***DAMBAAN PILU***
hemm... satu minggu ni aku jadik cam orang tak betul....
aku asyik teringat kat dia mimpi dia..aku call dia...msg dia.. banyak kali
then aku amik keputusan nak dtg g kl jumpa dia... betulah kata mai....
kalau kita dalam situasi ni .. macam2 perkara pelik kita buat, Walaupun hakikatnya...aku tau jawapanya adalah sesuatu yg mustahil.
jam 6.30 ptg aku bertolak dari rumah, buka kat tengah jalan... then berenti kat machap mengisi perut yang tengah lapar ni, aku hanya buak minum air jer. Cik casper makan kuih karipap. Sampai machap lebih kurang dekat kul 8. Tengah kami makan, cik casper asyik tanya aku kenapa dengan aku, sbb muka aku asyik dok termenung. Argh...perasaan gundah ku sudah tidak dapat diselindungkan lagi. Makanan yang ku jamah juga tidak abis...nasi yang separuh tu pun terkulat2 utk ku abis kan. Hemm... akhirnya aku surrender... dah x larat. Masa onthe way tadi abg aku call pasal ada kekosongan lecturer kat kolej matrikulasi tangkak, aku apa lagi, tawaran yang menarik tu.... aku mmg tgh carik keje lain... yang lebih stabil. Lepas makan aku telefon dia semula untuk bertanyakan lebih lanjut... emm.. bila tepon kampung semau org mesti nak cakap, abg aku, mak aku n adik aku. Semua nya membawa seribu satu macam cerita yang penuh dengan persoalan.
Pasal kolej tu aku harap aku akan dapat. Esok akan ku usahakan untuk dapatkan borangnya.
Semakain kita besar, semangkin banyak seribu satu macam persoalan masalah kehidupan perlu dileraikan, sakit macamana pon aku akan terus hadapi. Bak kata cik Purple...FORMULA KEHIDUPAN. Ah.. payah sungguh untuk ku mengakhiri penderitaan ini.
Masa on the way tu aku call cik Harry.....
"hai tgh buat apa...?"
"saya dah on the way nak ke kl.. nak jumpa awak"
"tak payahlah datang.... susah jer..tak berbaloi awak dtg"
aku seolah-olah terkedu-kedu mendengar kata2 nya..., hujan malam yang mencurah2 seolah2 mengerti tentang
hati ku yang sedang berlagu sendu. Ku kuatkan semangat ... lantas bertanya..
"awak memang tak nak jumpa saya lagi....."
"ntahlah......tak guna awak dtg jumpa saya....esok mmg saya ada.. tapi tulah saya keluar berjalan g tengok wayang,
tengok ragbi.."
"sbb tu saya bagitau awal2 ni nak dtg....pleaselah sya dtg KL ni semata-mata nak jumpa awak tau..."
dan rindu awak jugak tau(tak terluah pulak kata2 ini).
lamer jugak aku berkira2 nak jumpa dia, pukul berapa? kat mana? ahh.. kat mana2 lah.. aku rindu sangat kat dia ni.
Emmm.. last aku ckap kat BCB kat tmn tun razak. HAhAH.. memmeber dia gelakkan cam takder tempat lain. Cissss... aku ni dtg dari jb kl ni aku tak tau sgt kat mana2.Hish....
Dalam perjalanan hujan terus mencurah-curah...emm.. beberapa kali kami tersasar dari perjalanan yang sepatutnya. Namun demikian... alahamdulilah Arah perjalanan itu dipermudahkan. Akhirnya jam pukul 12 mlm kami tiba juga didepan bilik Cik Ward. Gembira bukan kepalang kami setelah sekian lama tidak bersua muka. Cik yasmin pun ada sekali, ahh.. rindu sekali aku pada mereka.
Esok paginya aku begitu gementar tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku bukan kepalang risau.. aku seolah2 dapat merencana akhirnya perhubungna kami ini ahh.... begitu gusar hati ini, hati damailah dikau....
emm.... tengahari itu aku memulakan perjalanan ke mimos utk bertemu cik yasmin... sbb dia n mawan akan memebawa kami keCheras. tu pon berapa kali tersasar jalan. Almaklumlah pertama kali menjejakan kaki ke KL dengan kereta, no wonderlah kalu tersalah jalan. Jam 2.30 aku sudah tiba disana, hujan terus mencurah-curah... aku rasa begitu juga dalam hatiku ini. Jam sudah melebihi jam 3.30... aku dah menangis.. ahh.. betulah dia taknak dtg jumpa aku.
aku terus menunggu.... jam 4.00 ptg baru muncul kelibatnya. Aku rasa hatiku berbunga ceria....lagu rinduku terubat, em.. MAH7917 selama sekian lama.. aku selalu menajdi pemboncengnya. ah... gembiranya saat2 itu... aku terlalu menyayanginya....
Cik harry PLEASE DO FORGIVE ME.
Turun dari motor... teman2 ku terus sajer menyapanya.. hai... lamer tak jumpa... Ah.. lenyap sudah... kerisauan dihati ini,
terubat sudah rindu ini sebaik saja ku menatap wajahnya... ah... dia dah kurus.. bersalahnya aku padanya
saat tu aku rasa dunia ini milik aku punya..... walaupon kutahu apa yang akan ku dengar lepas ni hanyalah satu yang
cukup melukakan dan memeritkan.
benar sudah dijangka, aku seolah-seolah tidak mahu mendengar setiap butir kata yang keluar dari mulutnya.
"saya taknak sambung lagi dengan awak.. telah banyak peluang yang telah saya berikan pada awak
saya taknak jadik orang paling bodoh kalau terkena sekali lagi..saya lepaskan awak.. awak cariklah lelaki lain yang
boleh besabar lebih dari saya yang ada keta, boleh kasik awak bunga, ada hp, boleh layan awak.....awak pun ada citarasa sendiri....."
oh tuhannnn... ampunilah hambamu ini, begini sekali dugaan mu.. untuk menyedarkan aku......betapa Maha berkuasanya Engkau ya TUHANKU..Aku tak mampu mendengar apa2 lagi..
mulakan sekali lagi.... no....itu katanya...
raya ini saya ingatkan datang rumah awak....bagitau kat emak awak sendiri.. kirim salam pada abg jak awak.. katakan padanya...saya tak mampu penuhi.. permintaanya...
aku terus berlalu meninggalkanya... airmata aku sudah tidak tertahan lagi.. sebaik saja ku merebahkan diri didalam kereta airmata ku mengalir dengan swenang2nya, sendu yang ku tahan .. terus terhambur... tiada henti... takan ku biarkan airmata ini mengalir didepannya. Kearana baginya airmata sudah tiadk membawa apa2 makna... kalau perempuan menangis baginya.. sudah tiada makna...
rindu yang terbalas....
sendu yang mengalir..
dendam yang mengakhiri...
pilu kan membuntuti
saya.. terima kalau awak taknak sambg balik.. dan saya mmg tak da hak nak marah, sbb semua yang terjadi disebabkan kesilapan saya, awak boleh ignorekan saja permintaan saya tadi..
tapi saya nak awak tahu.... saya sentiasa mengharapkan awak disini... sampai bila2....
izat please do forgive me.
malamnya..... sendu ku sudah tidak dapat ditahan... ah.. tiada lagi rasa malu.. aku menangis disis teman2 kesayangan ku....kutumpangkan kasihku pada mereka.. agar mengerti isi hatiku ini..... ahh.. pilunya....... airmata hentilah dikau....
teruskan pejuang hidup ini...enatah bial tangis ku terhenti...... aku terus menangis sehingga keletihan dan langsung tertidur......izat please do forgive me...
izat saya takan berhenti.. merindui dan menyintai awak... biarlah saya hidup begini.. dengan harapan iti. Hanya dengan harapan itu saya mampu untuk teruskan kehidupan ini. Saya takan biarkan orang mentertawakan nasib saya atau membiarkan syaitan durjana bertepuk tangan melihat kekalahn saya.....NO... saya akan terus hidup demi rasa cinta dan sayang saya pada awak sekalipon akhirnya bukanlah sesuatu yang pasti
"bagi saya ketawa adalah suatu misteri"
"senyum jugak bagi saya satu yg misteri"
My Memories
Yang Terindah Hanya Sementara

<< Home