***Lawak Jenaka***
Kahwin
Sejak mula berkahwin, Maria sering bertanyakan tentang kisah silam suaminya. "Bagitau la I, dah berapa ramai perempuan yang You bawak tidur?" tanya Maria. "Sayang..." kata suaminya, "kalau I bagitau You, You gerenti akan marah punya." "Tak... I janji tak marah," rayu Maria. "Baiklah... kalau You dah desak sangat," jawab suaminya, "Hmmm...satu...dua... tiga... empat... You... enam... tujuh... orang gaji kita...lapan..."
********************************************************************
Dot Pi Dot Mai.
Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian. "Kenapa ni sayang?" tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum
sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata, "Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar." Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Roslan(pun bukan nama betul) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian.Salman menarik Roslan keluar dan berkata, "Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"
********************************************************************
Siapa Ini?
Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut. Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"
Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"
Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"
Jururawat: "Erkkk..."
********************************************************************
Rahsia Menangkap Ikan.
Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut...so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.
Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"
Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi. Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."
CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"
Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu..."
CrewTV3 : "Oooooooooooo......."
********************************************************************
Malu Sesangat.
Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier
keluar. Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, waaa..!!!"
My Memories
Yang Terindah Hanya Sementara
Tuesday, November 11, 2003
Monday, November 10, 2003
***DAMBAAN PILU***
hemm... satu minggu ni aku jadik cam orang tak betul....
aku asyik teringat kat dia mimpi dia..aku call dia...msg dia.. banyak kali
then aku amik keputusan nak dtg g kl jumpa dia... betulah kata mai....
kalau kita dalam situasi ni .. macam2 perkara pelik kita buat, Walaupun hakikatnya...aku tau jawapanya adalah sesuatu yg mustahil.
jam 6.30 ptg aku bertolak dari rumah, buka kat tengah jalan... then berenti kat machap mengisi perut yang tengah lapar ni, aku hanya buak minum air jer. Cik casper makan kuih karipap. Sampai machap lebih kurang dekat kul 8. Tengah kami makan, cik casper asyik tanya aku kenapa dengan aku, sbb muka aku asyik dok termenung. Argh...perasaan gundah ku sudah tidak dapat diselindungkan lagi. Makanan yang ku jamah juga tidak abis...nasi yang separuh tu pun terkulat2 utk ku abis kan. Hemm... akhirnya aku surrender... dah x larat. Masa onthe way tadi abg aku call pasal ada kekosongan lecturer kat kolej matrikulasi tangkak, aku apa lagi, tawaran yang menarik tu.... aku mmg tgh carik keje lain... yang lebih stabil. Lepas makan aku telefon dia semula untuk bertanyakan lebih lanjut... emm.. bila tepon kampung semau org mesti nak cakap, abg aku, mak aku n adik aku. Semua nya membawa seribu satu macam cerita yang penuh dengan persoalan.
Pasal kolej tu aku harap aku akan dapat. Esok akan ku usahakan untuk dapatkan borangnya.
Semakain kita besar, semangkin banyak seribu satu macam persoalan masalah kehidupan perlu dileraikan, sakit macamana pon aku akan terus hadapi. Bak kata cik Purple...FORMULA KEHIDUPAN. Ah.. payah sungguh untuk ku mengakhiri penderitaan ini.
Masa on the way tu aku call cik Harry.....
"hai tgh buat apa...?"
"saya dah on the way nak ke kl.. nak jumpa awak"
"tak payahlah datang.... susah jer..tak berbaloi awak dtg"
aku seolah-olah terkedu-kedu mendengar kata2 nya..., hujan malam yang mencurah2 seolah2 mengerti tentang
hati ku yang sedang berlagu sendu. Ku kuatkan semangat ... lantas bertanya..
"awak memang tak nak jumpa saya lagi....."
"ntahlah......tak guna awak dtg jumpa saya....esok mmg saya ada.. tapi tulah saya keluar berjalan g tengok wayang,
tengok ragbi.."
"sbb tu saya bagitau awal2 ni nak dtg....pleaselah sya dtg KL ni semata-mata nak jumpa awak tau..."
dan rindu awak jugak tau(tak terluah pulak kata2 ini).
lamer jugak aku berkira2 nak jumpa dia, pukul berapa? kat mana? ahh.. kat mana2 lah.. aku rindu sangat kat dia ni.
Emmm.. last aku ckap kat BCB kat tmn tun razak. HAhAH.. memmeber dia gelakkan cam takder tempat lain. Cissss... aku ni dtg dari jb kl ni aku tak tau sgt kat mana2.Hish....
Dalam perjalanan hujan terus mencurah-curah...emm.. beberapa kali kami tersasar dari perjalanan yang sepatutnya. Namun demikian... alahamdulilah Arah perjalanan itu dipermudahkan. Akhirnya jam pukul 12 mlm kami tiba juga didepan bilik Cik Ward. Gembira bukan kepalang kami setelah sekian lama tidak bersua muka. Cik yasmin pun ada sekali, ahh.. rindu sekali aku pada mereka.
Esok paginya aku begitu gementar tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku bukan kepalang risau.. aku seolah2 dapat merencana akhirnya perhubungna kami ini ahh.... begitu gusar hati ini, hati damailah dikau....
emm.... tengahari itu aku memulakan perjalanan ke mimos utk bertemu cik yasmin... sbb dia n mawan akan memebawa kami keCheras. tu pon berapa kali tersasar jalan. Almaklumlah pertama kali menjejakan kaki ke KL dengan kereta, no wonderlah kalu tersalah jalan. Jam 2.30 aku sudah tiba disana, hujan terus mencurah-curah... aku rasa begitu juga dalam hatiku ini. Jam sudah melebihi jam 3.30... aku dah menangis.. ahh.. betulah dia taknak dtg jumpa aku.
aku terus menunggu.... jam 4.00 ptg baru muncul kelibatnya. Aku rasa hatiku berbunga ceria....lagu rinduku terubat, em.. MAH7917 selama sekian lama.. aku selalu menajdi pemboncengnya. ah... gembiranya saat2 itu... aku terlalu menyayanginya....
Cik harry PLEASE DO FORGIVE ME.
Turun dari motor... teman2 ku terus sajer menyapanya.. hai... lamer tak jumpa... Ah.. lenyap sudah... kerisauan dihati ini,
terubat sudah rindu ini sebaik saja ku menatap wajahnya... ah... dia dah kurus.. bersalahnya aku padanya
saat tu aku rasa dunia ini milik aku punya..... walaupon kutahu apa yang akan ku dengar lepas ni hanyalah satu yang
cukup melukakan dan memeritkan.
benar sudah dijangka, aku seolah-seolah tidak mahu mendengar setiap butir kata yang keluar dari mulutnya.
"saya taknak sambung lagi dengan awak.. telah banyak peluang yang telah saya berikan pada awak
saya taknak jadik orang paling bodoh kalau terkena sekali lagi..saya lepaskan awak.. awak cariklah lelaki lain yang
boleh besabar lebih dari saya yang ada keta, boleh kasik awak bunga, ada hp, boleh layan awak.....awak pun ada citarasa sendiri....."
oh tuhannnn... ampunilah hambamu ini, begini sekali dugaan mu.. untuk menyedarkan aku......betapa Maha berkuasanya Engkau ya TUHANKU..Aku tak mampu mendengar apa2 lagi..
mulakan sekali lagi.... no....itu katanya...
raya ini saya ingatkan datang rumah awak....bagitau kat emak awak sendiri.. kirim salam pada abg jak awak.. katakan padanya...saya tak mampu penuhi.. permintaanya...
aku terus berlalu meninggalkanya... airmata aku sudah tidak tertahan lagi.. sebaik saja ku merebahkan diri didalam kereta airmata ku mengalir dengan swenang2nya, sendu yang ku tahan .. terus terhambur... tiada henti... takan ku biarkan airmata ini mengalir didepannya. Kearana baginya airmata sudah tiadk membawa apa2 makna... kalau perempuan menangis baginya.. sudah tiada makna...
rindu yang terbalas....
sendu yang mengalir..
dendam yang mengakhiri...
pilu kan membuntuti
saya.. terima kalau awak taknak sambg balik.. dan saya mmg tak da hak nak marah, sbb semua yang terjadi disebabkan kesilapan saya, awak boleh ignorekan saja permintaan saya tadi..
tapi saya nak awak tahu.... saya sentiasa mengharapkan awak disini... sampai bila2....
izat please do forgive me.
malamnya..... sendu ku sudah tidak dapat ditahan... ah.. tiada lagi rasa malu.. aku menangis disis teman2 kesayangan ku....kutumpangkan kasihku pada mereka.. agar mengerti isi hatiku ini..... ahh.. pilunya....... airmata hentilah dikau....
teruskan pejuang hidup ini...enatah bial tangis ku terhenti...... aku terus menangis sehingga keletihan dan langsung tertidur......izat please do forgive me...
izat saya takan berhenti.. merindui dan menyintai awak... biarlah saya hidup begini.. dengan harapan iti. Hanya dengan harapan itu saya mampu untuk teruskan kehidupan ini. Saya takan biarkan orang mentertawakan nasib saya atau membiarkan syaitan durjana bertepuk tangan melihat kekalahn saya.....NO... saya akan terus hidup demi rasa cinta dan sayang saya pada awak sekalipon akhirnya bukanlah sesuatu yang pasti
"bagi saya ketawa adalah suatu misteri"
"senyum jugak bagi saya satu yg misteri"
Thursday, November 06, 2003
***TAZKIRAH***
Untuk renungan bersama...
Subject: Fwd: Tujuh Hal Penting
Barang siapa yang menghafal tujuh kalimat, ia dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa laut.
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terungkap perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala quwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.
Keluasan Neraka yang amat dahsyat
Untuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya....
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya." Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun
sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari
rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke
bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu,
tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg
lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. dipangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 " Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh
Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."
Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."
Sunday, November 02, 2003
***RINDU***
emmm hati ini terlalu lembutkah.. aku menagis lagi malam tadi.. aku rindu sangat kat dia , tak terucap oleh
kata-kata....kan baguih kalau awak baca blog saya ni.. saya rinduu sangat kat awak.....ni so please...
ku mengharapkan ramadhan ini muncul...agar dapat ku menikmati.. puasa satu amalan.... syahdu dengar lagu mambai ni......aku harap sgt kedatngan ramdahan dan syawal ini membuka satu lembaran baru utk aku hadapinya, aku harap sgt lepas ni apa saja yang aku lakukan akan diterima... my freinds.. wish me luck....that i can pujuk izat semula...
ding..dong.... aku merinduimu....
sayang awak.. rindu awak.......kata2 yang selalu ku luahkan di hujung ayat atau email yang ku hantar padanya....
sajak ni aku tuliskan.. satu ketika dahulu hanya untuknya....
dulu.. kini dan selamanya
nun jauh disini sentiasa merindui mu
dan hakikatnya.... sepanjang kehidupan ini
aku tidak pernah jemu merindu mu
biar pun jauh namun ku tahu
hati ini amat menyayangi mu
biarpun terpisah lautan api sekalipun
kau sentiasa dihati
ku pohon pada mu Ya Allah,
biarlah dia menjadi peneman hidup ku sehidup semati
hanya padaMu ku berserah
andainya sudah tertulis
biarlah ajal dan takdir menentukan
dan biarlah ianya datang daripadaMu
dan izinkanlah ku menyayanginya
sepanjang hayat ini
sekalipun
ketentuanmu
aku bukan miliknya.....
org kata jauh dimata dekat dihati....
saya dekat tak kat hati awak?
***TAZKIRAH***
Subject: Time never goes back
Once upon a time, there was a teacher and his student lying down under a big tree near a big grass area. Then, suddenly, the student asked the teacher,
Student : Teacher, I'm confused, how can we find our soul-mate? Can you please help me? Teacher : (Silent for few second, than he answer) Well, it's a pretty hard and easy question. Student : (Thinking hard) Ha??? Teacher : Look on that way, there are a lot of grass there, why don't you walk there but please never walk backward, just walk straight ahead. On your way, try to find a beautiful grass and pick it up then give it to me. But just one. Student : Well, ok then... wait for me... (walked straight ahead to the grass field).
A few minutes later ...
Student : I'm back. Teacher : Em, well I don't see any beautiful grass on your hand. Student : On my journey, I found few beautiful grass, but I thought that I would find a better one, so I didn't pick it up. But I didn't realize that I'm at the end of the field, and I hadn't picked up any. Cause you told me not to go back, so I didn't go back. Teacher : That's what happened in real life.
What is the message of this story? * Grass - is people around you * Beautiful Grass - is people that attract you * Grass Field - is time * In looking for your soulmate, please don't always compare and hope that there will be a better one. By doing that, you'll waste your lifetime, cause remember "Time Never Goes Back". It applies the same in finding your ideal life partner, your suitable career or business, therefore the morale is LOVE & grab hold of the opportunity that you have now, don't waste time
4 IBU UTAMA
Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : "Ada di pandang
sebagai ibu", yaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :
Orang yang tidak melakukan sholat pada :
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Dzuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Ashar : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isha' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
