***LESEN AGUNG***
HIKHIK...
nak tau tak apa yang best dan yang tak best hari ni..
aku half day.... ada mision penting yang perlu diselesaikan. Unfortunately ada meeting staff pagi ni, hehe.. mana kau tau nak ada meeting pagi ni, akak admin tulak ingatkan aku half day petang. Tu yang tak bestnya. nanti Drj ingatkan aku g monteng lak....yer lah bila meeting mestilah nak mereport apa2 yang patut....takperlah...
emmmm yang bestnya hari ini apa....?
Tepat kul 8.00 pagi tadi, dengan semangat berkobar2 aku dah menuggang SN125 ker K.P. Sesampai disana orang tak ramai, aku trus duduk amik angka giliran.... hehe sajer aku amik yang keenam padahal... akulah paling depan sekali duduk, aku tak nak jadi cam test yang sebelumnya, gabra coz jadik 4 orang pertama. Badan pun tak panas lagi. Tu yang fail tu. Lepas sedikit taklimat, checking test form..... bermulalah sesi TEST MOTOR. Dalam hati aku dugdap... bawak bertenang , mengucap banyak2... wahai lutut janganlah ko bergetar-getar.. kesianlah kat aku yang nak amik test ni. Jenuh gak aku membaca pelbagai ayat bagi aku tenang .. aku taknak fail lagi.. membazir duit jer....bila tiba giliran aku.. dengan tenang aku naik motor JEG7496... memulakanya dengan pusingan angka lapan....ahhh.. depan2 ni aku tak kisah cuma aku risau kat part brek emergency tu jer, sbb tulah yang membuatkan aku fail...pada test yang first tu, tiba part emergency... vroom... vrooommmm.....aku memecut dengan kadar kelajuan 35km/j. setelah melepasi jarak yang ditetapakan aku lepaskan minyak... dan membrek dengan bersungguh... mengeluarkan segala aura yang telah ku pelajari.....dan akhirnya.. yer..yer...yer....aku dah berjaya melepasi ujian motor, hehe..maka dengan rasminya hari ini aku pemegang lesen motor yang sah disisi undang2. Hehe....Tulah haritu masa test yang first tak wat betul2, kan dah kena re-test, mahal lak tu, korang nak tau berapa....RM80..ish..ish ada ker patut.. nyampah aku, tapi nak taknak terpaksalah... coz i want my license before my birthday...hehehe.... Test yang ni okay jerlah...
Camnerlah aku nak ilangkan rasa pobia aku ekk.. bila atas jalan raya....aku rasa semua keta cam nak langgar aku.. ish
ish... ada ker patut... yerlah sejak.. arwah ayahaku terlibat didalam insiden jln raya , aku betul-betul jadik pobia....
adik beradik aku semua ada lesen keta dgn moto, aku jer yang terkedek-kedek baru nak belajar.... beginilah nasib apa nak dibuat...
ingatkan nak amik lesen keta lak.... sabor2 jerlah... dulu...
Amacam.. geng cik mai..cik purple..cik casper.. wa ada talent tak jadik pemandu kereta yang berhemah?
wakekek.....muka aku yang lembik2 ni mestilah korang tak confident aku leh bawak keta...
Takper akan ku tunjukan keterroran aku....
My Memories
Yang Terindah Hanya Sementara

<< Home