***CERITA LAWAK***
Cerita teladan hari ni...
Subject: Kisah Burung Gagak
Alkisahnya, seorang nenek telah sakit kuat dan disahkan oleh Doktor hanya dapat hidup selama 3 bulan sahaja.
Nenek itu yang mempunyai 3 orang anak lelaki masing-masing ingin membuktikan ketaatan dan kasih-sayang kepada emak mereka yang dikasihi.
#ANAK SULUNG - telah memberi sebuah BANGLO yang mempunyai 15 bilik , dan akan memastikan maknya akan selesa menghabiskan sisa hidupnya di banglo mewah tersebut.
#ANAK KEDUA - telah menghabiskan wang simpananya dan memberi sebuah kereta MERCEDEZ dengan seorang DRIVER ,dan berharap maknya akan pasti suka akan kemewahan itu.
#ANAK BONGSU- telah menghadiahkan Burung Gagak kesayanganya yang telah dilatih 15 tahun dan pandai menghafal ayat-ayat Quran dan berharap burung gagak tua itu akan menemani maknya sambil menghafal ayat-ayat suci setiap hari sehingga maknya menghembuskan nafas terakhir.
Selepas seminggu, Nenek itu bertemu anak sulungnya dan berkata " NAK, saya tahu kamu anak bagus, tapi rumah banglo itu terlalu besar bagi mak..ada 15 bilik tapi mak cuma pakai 1 bilik..tak larat mak bersihkan dan jaga rumah itu..rumah tu..tak sesuai untuk mak...."
Lepas itu, Nenek terserempak dengan anak keduanya dan berkata " nakk..itu kereta mewah dan sangat cantik..tapi mak tak suka makan angin dengan kereta mewah .mak tak biasa..tolong kembalikan kereta itu..dan simpan balik wang kamu.."
Akhirnya , nenek itu memanggil anak bongsunya dan berkata dengan gembira " Nakkk..kamu yang paling tahu isi hati makkk...tima kasi atas hadiah nakkk.. ayam itu sungguh sedap dimasak dengan sos tomato tapi dagingnya
kental sikit..!!!
MORAL: bukan kemewahan punca selesai masalah dan juga berbakti perlu kena caranya...!
My Memories
Yang Terindah Hanya Sementara

<< Home