***AYAH...***
Untuk tatapan semua...
Hari ini ketika aku membuak mailbox aku, aku tertarik dengan satu mail yang bertajuk "Memuliakan Ibu Bukan Sekali Setahun". Lantas terbayang wajah ibuku yang semakin dimamah usia. Membawa bersama sejuta rasa kesunyian setelah kehilangan arwah ayahku 3 tahun yang lalu. Ibu... itulah harta ku yang tinggal... ibu kaulah segalanya
kisah yang akan ku coretkan ini adalah cerita sedih yang setiap yang berlaku masih jelas diingatan ku....
3 tahun lalu.....tanggal 8/8/99
Hari sabtu..em... minggu exam mid sem... banyak yang perlu aku study.. tak cover lagi subjek database nie..... network lagi mana lak aku nak campakan hemm semalam habis satu paper database. Hari ni paper network kul 5 ptg. Berasap lagi otak aku harini memerah keringat untuk mengumpulkan segala jawapan yang mungkin. Aku perlu buat sebaik mungkin untuk jaga pointer aku. Sementelah ketika tahun 1 dulu aku memain ketika belajarnya.. nah hasilnya... pointer aku memang rendah. Langsung tidak boleh dibanggakan....hem cukup-cukup makan jer. Tak macam cik odah n cik mai..So start tahun 2 aku berazam belajar-belajar bersunguh-sungguh untuk menaikkan pointer aku.
Habis jer exam terus balik ke bilik S35/102B Kolej Tuanku Canselor. Hemm bersepah dengan nota-nota, buku-buku almaklumlah 2 hari exam berturut-turut. Malam ni cik Beleza sambut besday dia yang ker 20. Besday dia pada 3/8/2003. Tema party kena pakai ala-ala seksi.. ada ker patut...Hemm hadiah dah settle.. baju lak problem.. belek punya belek baju yang ada akhirnya aku mengenakan long pants hijau lumut and baju sendat, warna kegemaranku dark blue. Hemm mekap lak... mekap tipis aku kenakan hanya secalit gincu kuwarnakan keatas bibirku dan aku ikat ketak-ketak rambut pendekku tu ala-ala negro.. bolehlah..ala kadar jerlah aku bersiap. Dah tak larat dah masa tu, penat... dengan seharian tak makan, stay up lagi.. tak cukup tidur... but for my freind.. anything i do it for you. Aku sarung sweater, pakai tudung(maklumlah duduk blok sebelah blok MT Kolej 6, bebudak laki lak tu, karang tak pasal-pasal kena 'fire'kan baru padan muka, so kena sopan-sopan sikit..ahaks..). Aku turun keblok party S15 jam 8.30mlm dengan ditemani cik Ally Mclarren. aku tak ingatlah dia pakai apa masa tu .. tapi sopan lah tak memenuhi syarat2 yang ditetapkan. Kihkih.. mesti cik Belleza benggang...
Turun jer dari tangga maut kat kolej 6 tu.. bukan kepalang gembiranya aku terjumpa member satu sekolah lamer aku. Ibab ditemani Bob naik motorsikal Kriss. Lantas aku menyapanya dengan ramah tamah... sampai macam tak cukup mulut bercakap.. sebab dah lamer tak jumpa. Sementelah aku memang terkenal dengan sikap ramahnya. Dia hanya tersenyum sajer..... namun ceriaku bertukar menjadi awan mendung...yang kelam. Mendengar tiap butir berita yang keluar dari mulutnya umpama ketulan-ketulan batu besar menghempap aku. Berita yang dibawa benar-benar meruntun jiwa mudaku...
Mula-mula berita yang disampaikan seperti biasa jer ... siap buat lawak-lawak lagi... aku ingatkan tak der apa-apa tapi disebalik intipati berita yang dibawa benar-benar membuatkan tergamam.
" ...bla.....bla......bla...
tadi Dila call umah... banyak kali.
tapi aku tengah mandi tadi.....si bob ni angkat .
Wei.. awek ko call ni nangis-nangis nie...
aku pon berlari kelua bilk air tak siap mandi lagi..
adik ko call nangis-nangis.. cakap ayah ko accident"
Sampai disitu aku tak mampu menahan sendu... sekejapan saja kolam mata aku sudah digenagi air mata. Aku terasa nafasku terhenti seketika.. alam maya ini juga seolah2 terhenti.. tipu...tipu....hanya mulut ibab ini terus berkata-kata. Pelbagai persoalan terus aku tanyakan, tak cukup-cukup mulut ku bertanya.... bila?...teruk tak accidents?....bapak aku kat mana sekarang?.... saper yang bawak hospital?...accident kat mana? .. mak aku tau tak? adik beradik aku yang lain tau tak?.. aku tak percaya....
ayah kau accidents depan rumah masa balik dari sembahyang maghrib, sekarang dah bawak hospital...kesemua adik beardik aku telah diberitahu kecuali aku.. almaklumlah masa tu HP lum glamer lagi.... mahal giler harganya.. aku tak mampu nak pakai.... so aku lah orang yang terakhir dibagitau.. nasib baik ada ibab.. adik aku hanya ada no phone dia....
tanx ibab... sebab berusaha mencari aku untuk menyampaikan berita yang tersangat penting nie...jenuh gak ibab carik aku, dia carik kat kafe takder... kat blok takder... dia turun kafe balik.... takder naik balik.... jumpa kat tangga maut tulah...
"aku nak balik(3x)... aku nak baik kampung gak... malam ni".. tanpa sedar ayat itu keluar dari mulutku ini...
sedang aku tersedu menangis itu....
"zul sabar jer lah.... itu semua dugaan"
baru kutersedar.. cik ally ada bersamaku... lepas mengucapkan terima kasih pada Ibab dan Bob, cik ally memimpin ku terus kebilik cik Belleza.... kemurungan wajahku mengundang seribu pertanyaan diwajah sahabat-sahabatku....min, lini, wan, taty... so cik ally telah menerangkannya...... aku duduk terdiam.... dan aku telah meminta syiling dari mereka... untuk menghubungi kg halaman ku, untuk bertanya lebih lanjut lagi... apa yang sebenarnya telah terjadi....
aku pun berkejar ke pondok telifon yang berdekatan... kudail no rumah kampungku kring......kring...Sekali ku cuba tidak berangkat.. kucuba untuk yang seterusnya... entah smapai kali yang keberapa...baru aku dapat menyakinkan hati ku yang dirumah tiada sesiapa. Takper.. aku cuba pula no telefon abang aku dia kota tinggi.... setelah berkali-kali ku mencuba...
hampa..
argh...
pasti dia telah pulang ke kampung setelah mendapat berita itu....
harapan ku yang terakhir....
kudail no telefon rumah makcik ku...tak jauh dari rumah ku.... hampir putus asa aku dibuatnya
hampa....namun.. di hujung talian itu... sayup terdengar.. suara kanak2 lelaki bertanya..
"hello..assalamualaikum"
"He..llo.." tersekat-sekat nafasku.. namun kucuba tahan sendu ini sebaik mungkin, agar si pendengar tidak
sedar akan kegusaran di hati ini.
"akil ekk... kak yaya ni..." perlahan-lahan aku mengatur pernafasan ku kembali..
"wak camaner.. teruk tak....dah bawak pergi hospital? saper yang bawak...(bla..bla...)" pelbagai
persoalan ku tanyakan namun jawapanya seperti tadi...
di akhirnya...
"belakang kepala wak luka.. teruk..." pilunya aku ketika itu... namun sendu ini masih mampu ku tahan
"akak nak balik ni tengah tunggu abg jak dtg....bye assalamualaikum" ku tarik nafas dalam-dalam....
Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menghadapinya.... semoga segala-galanya selamat..
airmata ini terusan mengalir.... aku cuba meyekanya.. ia tetap mengalir jua...
dengan pantas aku berlari semula ke blok s15.. bimbang pula orang melihat airmataku ini.
Sesampai di blok ku lihat teman-temanku sudah pun siap berpakaian..
dan sedang menunggu cik belleza bersiap.. untuk diraikan.
Mataku terus melilau mencari cik belleza.. aku ucapkan selamat hari jadi padanya..
dan aku mintak maaf kerana tidak dapat bersama-sama denganya.Sementara itu aku mencuba sebaik mungkin
untuk tidak mengalirkan airmata ini. Kuhadiahkan senyuman manis, agar mereka tidak risau.
Kusalam teman-teman yang lain..min,lini,ward,oly,wan kia,taty,nani..
memandangku dengan perasaan penuh pengertian... kukatakan pada mereka.. aku perlu naik ke bilik .
untuk menunggu kedatangan abangku. Mereka mengangguk tanda mengerti.
sesampai dibilikku.. aku terus merebahkan diriku dikatil. Sementelah dari semalam aku tidak berehat
kerana menghadapi peperiksaan, dan berita yang baru ku terima tadi.. benar-benar membuatkan aku
keletihan.. berpinar-pinar kepala ku menahan sendu.
masa terus berlalu... kelibat abangku tidak jua kelihatan. Setiap kereta yang lalu di depan blok ku..
kuterpa ketepi tingkap.. dengan harapan yang keluar dari kereta itu.. abang aku..tapi.. segalanya hampa..
sehinggalah jam 11.30 mlm. Arghh.. kalau bertolak pukul 8.30/9.00 mlm tadi sepatutnya dah
sampai. Getus hatiku. Dia terus balik kekampung kot. Naper dia tinggalkan aku.. tak bawak aku sekali
aku nak tengok jugak keadaan bapak. Entah-entah ada sesuatu yang lebih buruk telah berlaku..
Ayah aku meninggal ker..?? ahhh.. kenapa fikiranku pergi sejauh itu..astaghfirullah.. minta dijauhkan.
aku perlu bercakap dengan seseorang... jauh pula public phone dari blok aku ni. Hah.. akak huda ada,
penuntut tahun akhir fakulti elektrik. Anak orang kaya kakak ni.. ada jip sendiri, ada laptop..dan ada
handphone...no wonder lah, coz father dia ada company sendiri. Agak-agak kalau aku pinjam H/P dia kasik tak.
Nanti aku bayarlah. Aku pun mengledah dompetku mencari duit ringgit. Hampir 5 keping duit not RM1 aku keluarkan.
Perlahan-lahan aku ketuk biliknya.
"Tok..tok.."
"Masuk..pintu tak berkunci.." terdengar suara halus kak huda, emm tengah study rupanya akak ni.
"akak..." aku memulakan bicara...
"naper ni.. zul tak apa-apa ker?" terus sahaja soalan itu ditanyakannya. Aku tak mampu lagi melindungi wajahku
yang telah terserlah, kesayuan. Sementelah mataku bengkak dan merah kerana menangis.
"takder apa-apalah..."
"emm.. saya nak pinjam phone akak jap.. bley tak,nak tepon kampung.. ayah saya accidents
So nak taulah keadannya camner... pastu nak tepon abang saya...jap.. boley tak nanti saya bayarla.."
"..hah.. pakai..pakailah takper.." kak huda seolah-olah mengerti perasaan ku ketika itu yang tengah kerisauan.
Jap yer kak huda..., ku bawa hp tu kebiliku.. ku biarkan pintu bilikku terbuka(biliku bertentangan dengan biliknya)
tak mahu kak huda risau... aku apa bawak lari telefonya.
no pertama aku dail.. rumah abang aku, sah takder orang dirumah.
kemudian aku telefon.. rumah ku dikampung.. takder jawapan juga.
kemudian ku dail pula no tepon abangku yang di KL, tiada jawapan, kucuba pula dail rumah mak mertuanya
sebab selalu weekend dia ada disitu. Hampa.. abnagku dah on the way pulang, kupesan padanya
agar menelefon aku kembali dengan no telefon kak huda yang aku berikan.
Dan akhirnya aku telefon semula kerumah makcik aku di kampaung...
"assalamualaikum..."
"walaikumussalam.." ada suara perempuan menyahut panggilan ku itu.
"bik sal ekk... yaya nie"
"nak tanya.. bapak camner ...keadaan dia.."
"dia accident teruk gak... orang langgar dia dari belakang masa berhenti nak belok kat depan rumah"
"kan lampu jalan ada takan tak nampak..(ish org ni takan tak nampak bapak aku berhenti..
depan rumah aku kan siap ada lampu besar lagi)" getus hatiku.. geram dan marah.
"tapi yaya... bapak dah meninggal tadi.. bila samapai hospital..."
ayat yang ku dengar itu benar-benar membuatkan aku tergamam... terdiam ku seketika..
berputar-putar otak aku berfikir.. tentang berita yang aku terima...
macam cerita-cerita yang ku tonton didalam filem.. dimana sekarang ni aku tengah melakonkanya..
no.. this is a realiti.. he is my..FATHERR... noooo.........thats is not true.
"tapi bik sal bapak bukan accidents jer ker....." kata-kata ku itu seolah-seolah mengharapkan
jawapan untuk mengatakan tidak....
"memang dia accident tapi... cedera parah.. atk dapat diselmatkan...bla..bla.."
saat itu aku rasa .. aku tidak mendengar apa-apa lagi....suara dihujung talian...tangisan ku
terus berlagu....
"yaya.. sabar yaya.... itu semua dah takdir.." sayup..sayup kedengaran.. suara makcik ku..
menenangkan aku.
tangisan ku semakin menjadi-jadi... aku tak sedar bila masanya.. aku sudah terduduk diatas katil itu...
suara dihujung talian masih lagi berkata-kata.... dan aku tidak sedar bila masa telefon itu
terlepas dari tanganku....
sendu ku yang kutahan.. telah terlepas.. mengegarkan penghuni blok s35 yang sunyi sepi itu.
Kak huda pantas berlari masuk kebilikku......
"kenapa ni...." tanya kak huda...
tiada kata-kata yang mampu ku ucapkan ketika itu...
hanya tangisan ku sahaja yang kedengaran... dan aku hanya memandang telefon itu....
kak huda terus duduk disebelahku.... dan aku pun menjawab..
"ayah saya dah tak ader......." tangisanku terus-terusan tanpa henti....
dari anak matanya, aku tahu dia juga tergaman, lantas dia memelukku dengan kejap sekali..
menyabarkan aku...
"sabar zul.. sabar"
sekejapan sahaja biliku dipenuhi dengan beberapa orang akak-akak yang menghuni satu aras denganku
sebaik sahaja terdengar tangisan ku.
sebaik sahaja mereka mendengar berita..yang disampaikan mereka juga menjadi simpati.. ku lihat kak huda
juga sudah mengalirkan airmatanya.
mereka tanya aku..
"nak balik ker.."
"nak.. tapi esok pagilah saya balik... ni dah malam macamana nak balik"
"akak boleh tolong hantarkan.. muar tu tak jauhkan.. tapi biarlah orang lelaki yang drive
akak tak berani...nie dah lewat dah bahaya.." kak serena memberi cadangan.
"takperlah.. kak seren"
kemudian mereka pakat-pakat membacakan yassin....keadaan aku ketika itu sudah tidak bermaya lagi.
lansung aku terbaring kaku dikatil ku... sendu ku tersekat-sekat... dan sudah tiada airmata mengalir
pun.
tepat jam 12.30 mlm rakan-rakan ku datang. Membawakan ku makanan dari birthday cik belleza.
Wan, taty dan nany yang pertama sampai. Mereka terkejut memandang keadaan ku yang tak bermaya.
Lantas kak huda mengkhabarkan pada mereka musibah yang telah menimpaku...
apa lagi bukan kepalang sedihnya mereka menerima perkhabaran yang mengejutkan...itu
aku yang terbaring dikatil hanya mampu memandang mereka sahaja.
Lantas wan memelukku.. mengerti kesedihan yang ku alami...
aku tak pasti apa yang terjadik.. kemudianya.. aku cuma menenagkan hatiku.. dan menahan sendu
agar masalah ini ku terimanya dengan redha.
tak lama kemudian.. kawan-kawanku yang lain... min, sue, lini,ward,oly,aisyah,malin, dan ntah
saper2 lagi telah berdaa disisiku. i love u all so much!! tanx coz always supporting me...
Thats freinds for..
"when we laughs.. we laugh together
when we cry.. we cry together"
mereka beramai-ramai berpakat untuk menemankan aku pulang kekampung, menaiki kereta zika
(saper ntah budak.. kenalan member aku). satu masalah lagi.. mereka berkira-kira saper lak
patut untuk menemankan aku.. akhirnya ward dan wan serta zika dan kasai.
pastu.. ada pula insiden yang tak disangka.....disaat aku berada disituasi yang paling menyedihkan
ada pula insiden lucu.. aku tak tau.. haruskah aku ketawa... tapi aku dah tidak ada perasaan
kasai.. telah pergi ke blok awek dia untuk mengkhabarkan padanya dia akan menemankan zika, pulang
kekampung aku. ada ker patut dia merajuk sebab kasai tak kasik ikut.. yerlah. pergi bukanya untuk
bersuka ria tapi menziarahi orang meninggal... boleh bergaduh sakan macam aksi industan.. last-last kasai
tak jadik ikut... aku dah terkedu... kot2 zika berubah hati, tak jadik nak hantar aku pulang.
tapi... rancangan tetap diteruskan... aku yang telah siap berbaju kurung dan tudung putih.. serta
ditangan tidak lupa rakan membekalkan senaskah al-quran dan yasin. kami memulakan perjalanan
dari utm ke muar. aku ingat2 lupa jalan.. yerlah mereka pun tak pernah ke muar.. dah lewat malam pulak tu.
tangisan ku telah lama terhenti... hanya pandangan kosong ku lemparkan sepanjang perjalanan.
jam 3.00 pagi mungkin aku sampai kerumah...
dirumah ku... sudah ada beberapa kereta..aku tetap masih mengharap... bukan ayahku yang pergi..
ini tidak benar....ayahku tak pernah sakit. yang berat2.. belum puas kasih yang kutagih darinya..
dan belum puas aku berbakti padanya, atas segala pengorbanannya.. hingga aku menjejakan kaki ku
ke utm ini....
mereka semua terkejut.. yang keluar dari kereta tu aku.. sebab mereka semua tengah binggung bagaimana
mahu menghubungi ku yang nun jauh di UTM.
abang jak menyambut kepulanganku.. dia memelukku.. sambil minta maaf kerana tidak mejemputku
sekali, sebab dia tidak menyangka kemalangan yang berlaku ini hingga membawa maut. disitu kulihat
adik beradik ayahku, mak aku juga telah ada.
menjejakan kaki keatas rumah.. aku disambut pula dengan adik ku.. pilunya... hatiku melihat dia
"kak... kita nampak semuanya...." sambil menangis dia memelukku... hiba sungguh rasanya.
aku tercari-carik mak aku mana....?
abang ku yang lain telah sampai dari KL. Mereka sedang bersiap untuk kerumah mayat dihospital Muar...
ibuku telah berada disana dengan abg jul.
"nak jumpa mak ekk.." abg we bertanya
ku anggukan kepala..
kami adik beradik naik satu kereta kerumah mayat.. tinggal adiku sahaja yang ada dirumah. ku minta pakcik
dan makcik jangan pulang.. tunggulah kat rumah ini dengan adik aku.
Kesokanya majlis pengebumian berawal seawal pagi. Ketika pulang dari hospital, ku lihat kakau yang sulung sudah sampai dirumah. Kesayuan jelas terlihat diruang anak matanya tatkala pandangan kami bertemu.
Dari malam tadi lagi telah ramai saudara maraku yang berkunjung kerumah. Sauadar jauh dekat, sahabt taulan, jiran tetangga telah mula memenuhi rumahku untuk memeberikan penghormatan yang terakhir terhadap arwah ayahku. Aku pun begitu terkejut sekali kerana begitu ramai yang hadir. Yerlah.. ayahku memang terkenal denagna sikapnay yang baik, rajin menolong, merendah diri..... ramai orang yang sayang padanya... sehingga berita kematiannya benar2 membuat semua orang benar berasa kehilangan, apatah lagi aku sebagai anaknya. Arwah takpernah menghidapi sakit yang teruk sepanjang hayatnya.
Namun biarlah dia bersemadi disana, biarlah tenang jiwanya, biaralah dia abadi disana...mungkin sudah masanya dan itu yang terbaik buatnya. Usia yang semkain lanjut membuatkan dia semakin letih mengharungi kehidupan ini. Arwah juga pastinya lebih tahu yang dia akan pergi meninggalkan kami. Begitu banyak petunjuk yang menyatakan dia akan pergi menyahut seruan ilahi. Namun begitulah... manusia buat membuat penilaian......masa kehidupanya arwah telah dipertanggungjawabkan membersihkan masjid dan ada ketikanya pada masa lapang arwah membuat batu nesan sekiranya ada tempahan. Dan yang terakhir dia ada membuat sepasanag nisan yang tidak diketahi siapa penempahnya.. alasan nya sena.kalau ada oarang temapah karang tak payah buat lagi.....rupa2 ruapanya nisan itu adalah untuknya..
Hargai kedua orang tua kita selagi mereka masih ada, berbakti lah kepada mereka selagi kita mampu, hormatilah mereka
sebagimana kita menghormati diri kita sendiri..... walau macamana kita tak suka ibu bapa kita .. tapi tanggungjawab kita sebagai anak harus kita laksanakan sebaik mungkin.. kerana itu urusan kita dengan ALLAH. Ingatlah sebelum kita kehilanganya.. penuhilah ruang waktu yang ada.. jgn sampai diakhirnya baru kita nak menyesal tiada gunanya..... ingatlah wahai teman2
Aku cuba lakukan sebaik mungkin menjaga ibuku.. kerna itulah janji ku pada diriku.... aku sanggup mengadaikan keseluruhan hidupku hanya untuk melihat dia tertawa, gembira dan bahagia.
My Memories
Yang Terindah Hanya Sementara

<< Home