***AADC***
emm.. aku suka sangat dengar lagu Ada Apa Dengan Cinta, tiap-tiap hari aku mesti memutarkannya, dan kesemua lagu yang ada didalam cerita indon yang satu ni. Aku ni bukanlah suka sangat nak tengok citer indon.. mmg tak minat, ada diskriminasi skit lah .... walaupun asal keturunan nenek moyangku dari sana. Hehe.... aku nak sangat tengok citer ni pon sebab aku minta gila kat semua lagu Melly ni. Semua lagu ciptaannya memang mendapat tempat lah kat hatiku ni. First time aku tengok masa kat umah 42kmlian7. Satu hapa apapun aku tak paham.. sikit-sikit adalah... itupun ayat2 yang simple. Cian cik Hw aku asyik tanya dia...
"Cik..HW.... apa dia cakap tu.. tak pahamlah...."
"apa-apa tadi dia kata"
"kenapa-kenapa dia menangis"
"lahh.. nampak rangga tu lari" berulang-ualng kali aku tanya dia.
Naik boring dia melayan kerenah aku... yang tak paham2 tu... hehe... aku sengih jerlah...Namun aku telah tengok nya buat kali kedua.. yang ni ada malay subtitles sekali. Wahhh..... aku menangis.....dahsyat penangan AADC ni rupanya. Maybe sesuai dengan jiwa ku yang remaja, bahasa yang puitis, penuh kiasan. Cerita yang remeh tapi olahan cukup menarik, plot-plot cerita yang dibawa adalah biasa berlaku didalam kehidupan harian, namun pengarah mampu membuatnya menarik....dan setiap plot itu penuh makna. Berjaya membawa aku merasai apa yang dirasai oleh CINTA dan RANGGA. Aku jiwang...??? mungkin kot... sebab aku sukakan yang bahasa yang lembut... tidak terlampau.. berterus-terang. Kalau design suka yang simple tapi mesti menarik. So .. aku memang sukalah cerita ni... aku ada soundtracknya and aku cuba kumpul kesemua lirik yang ada. So kat sini aku sertakan bersama sajak-sajak yang telah dicipta oleh RANGGA dan CINTA dlm AADC. Cuba korang baca.. cukup simbolik.....cuba ku mencari rahsia disebalik kata.
"Jangan pernah menyanjung seseorang,
jika tidak mengerti makna kehidupan ini"
Setiap nafas yang terhembus adalah kata,
angan debur, dan emosi bercampur
Dalam jubah terpautan
Tangan kita terikat
Bibir kita menyatu
Maka setiap ada yang terucap
Adalah sabda pendita ratu
Diluar itu pasir
diluar itu debu
Hanya pasir meniup saja lalu hilang
Terbang tak dada
tetapi kita tetap menari
Tarian Cuma kita yang tahu
Jiwa ini adalah tandu
Duduk saja
Maka kita akan bawa semua
kerana kita adalah satu
~CINTA~
Ku lari ke hutan kemudian teriakku.
Ku lari ke pantai kemudian menyanyi ku.
Sepi .. sepi.. dan sendiri aku benci.
Aku mau bingar.. aku mau di pasar.
Bosan aku dengan penat.
Dan enyah saja kau pekat.
Seperti berjelaga jika ku sendiri
pecahkan saja gelasnya
Biar mengaduh sampai gaduh
Ah …ada malaikat menyulam
Jaring labah-labah belang ditembok
Keraton putih, Kenapa tak goyangkan saja
Loncengnya
Biar terdera.
Atau aku harus berlari kepantai, belok ke hutan..?
~RANGGA~
***Harry Potter***
Hai.. tengah buat apa ekkkk?
missing u so much...
will u accept my sorry...
bley kita mulakan semula.....
My Memories
Yang Terindah Hanya Sementara

<< Home